Friday, February 27, 2009

HVAC will killing me

As I mentioned on my last entry, my boss had came to me and asked about my 2 days HVAC training. I told him that the trainer taught us so fast. But I am not blame the trainer. All the competitors almost come from HVAC background such as aircond contractor, aircond supplyer and building consultant. Only Naim and I, both of us are new HVAC engineer-to-be, but I don't like the title "HVAC Engineer". I know I need to learn more about technical side, not only on piping and mechanical. But my situation now is, all the things must be go on faster and faster . I means, we (Naim & I) must be take over the other person work load. We need to answer all the queries and comments from client for the job that we are not involve before. I hate it, really hate it. I don't know how can I give the answer if one day one of the client come to me and fire me with a killer question, or my boss ask me the same as client fire him with the mistakes on the report prepared by....by someone. May God bless me. Amin.

Sometimes I think that I am not stay here for a long time. I have to go to somewhere, but not now. When I was so 'bengang' tadi, I think I want to get out from MMC right now, sekarang juga. Kepala saya pening, berserabut sikit. I cannot thinking properly, I cannot give an attention to anybody who come to me to chit chat, I cannot smile and cannot laugh. What I can do is...sleep! I'll wake up with the fresh head and mind tomorrow morning.

When we (my friends and I) were go out to Kg.Baru for lunch, I try to smile and laugh to others eventhough my heart was so sad. I ate the nasi campur with a variety of lauk pauk, it's so delicious. I took ikan terubuk bakar, ulam, sotong masak pedas, terung masak sambal, tempe goreng and air limau ais. Banyak kan? and guess what, my plate is the most expensive compared to others...RM12.

Material Handling is my focus on next week.

Tuesday, February 24, 2009

Training at Armada hotel

I have and MUST attend 2 days HVAC training at Hotel Armada, PJ starting tomorrow. All the payments are sponsored by MMC. Alhamdulillah, bukan byk sgt pun, cuma RM1960 je (sambil tersenyum jahat). I am not be there alone. I have a partner, actually my colleague, Naim.

This is my first time to attend the course/training since I was started working as an engineer. I did piping before, but my boss told me that he want assigned me as piping/HVAC engineer. I have zero about HVAC, totally zero. Sebenarnya saya agak berat hati untuk involve dalam HVAC, mungkin kerana saya lebih berminat pada piping. Tapi kata-kata boss tak boleh disangkal. He's the boss!Boss is always right. So I have learn all about HVAC (Heating, Ventilation and Airconditioning) from basic to complicated level. For the beginning, of course lah belajar yang basic dulu. Yang basic pun terkial2, lagi kan pulak yang complicated.

I will be back to the office on Friday. I must get ready with questions from my boss. Saya dah boleh hafal soalan dia. Bunyinya begini:
"Huhhh..ok julie, how's your training?apa you dapat?bla....bla....bla..."

Jahat aku...

Monday, February 23, 2009

Farewell pics

Here, I would like to show you our farewell party for Mas at Thaharah Seafood Restaurant at Kg.Pandan. I don't know what should I write, I think I just attach the pics, and enjoy it. I love the makan-makan situation. It's makes me happy, and also feel free from all the troubles.


*Drive from office to Kg.Pandan*
This pic was taken by Mas. She sat behind me.


*Arrived at Thaharah. Waiting for nasi and lauk-pauk*


*This pics was taken by K.Su*


*My office-mate*
Ali,Azrein,Jijoe


*Cik Kimah (blue tudung) and K.Ila*


*Ikan Dua Jiwa*
1 side masak sweet sour, and the other side masak steam.


*My plate*
Nasi separuh je sbb nak ratah lauk


*K.Su (baju&tudung biru) and K.Laila*
Bersemangat menyuap nasi


*K.Laila, me & Cik Kimah*


*Masyudi, Kimi, Azrein and Ali (tgh sedut air...haus sgt..)*


*Sany, Hilmy & Masyudi*


*Jijoe*
Nape mu jeling gitu?
Yang lain tu dah tersandar tak bleh nak kata apa dah...
kenyang giler.


*Kamarul & Meor*
Skandal apakah ini?
This pic was taken by Mas...jgn mrh ha..


*Fad*
Fuh...lega dapat sedut air sampai abes..


*Ohh..plz, perut sudah kenyang ma...*


*Orait...masa utk balik*
K.Ida & K.Ila bersedia melangkah pulang


*Last snap before go back to office*
Nak drive pun tak larat, tu pun nasib baik amek nasi separuh.

I really really enjoy for the makan-makan at Thaharah. Menunya sedap dan it's quite cheap. Untuk Mas, selamat pengantin baru (Mas kawen 28 Feb 09), selamat maju jaya dalam kerjaya, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Hopefully we were keep in touch and see you next time.Tata.


Saturday, February 21, 2009

Come on, we jogg!

My broadband connection speed is too slow. I cannot upload the pics of farewell party at Thaharah Restaurant. Maybe I'll try to upload it again next time. I don't know and really really don't understand why the internet connection is too bad when I was at home. Dulu ok je. Skrg nak upload 1 gambar pun kena tunggu berkurun. Leceh betul.

I woke up pretty early this morning. Basuh muka, gosok gigi dan bersiap untuk jogging. Saya tak tahu kenapa pagi ni saya rajin untuk jogging. Selalunya saya jogging atas katil saja.Haha. Mungkin saya dah ada kesedaran dalam diri bahawa exercise itu penting untuk menjaga kesihatan tubuh disamping meningkatkan stamina. Dah agak lama saya tak jogging, tapi selepas mula masuk gym, saya rasa saya perlu buat sesuatu untuk mencergaskan badan dan melapangkan fikiran.

So kepada mereka2 yang belum sedar atau sedar tapi buat2 tak sedar bahawa exercise tu penting, mari lah kita bersama2 menjaga kesihatan tubuh badan. Sebenarnya exercise ini bukan semata2 untuk kurus, tetapi untuk menjaga kesihatan dalaman seperti jantung. Sebab itu kita selalu dengar orang2 tua selalu sakit bila usia mereka meningkat. Ini bukan sahaja faktor pemakanan, tetapi juga faktor kurangnya melakukan senaman. Sebab itu saya suka melihat kaum cina, terutama yang sudah agak berumur. Mereka rajin melakukan taichi (I don't know the spelling is correct or not). Semasa saya jogging pagi tadi ramai orang2 cina melakukan taichi bertemankan alunan muzik. Saya seronok melihat mereka rajin menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Saya jarang nampak orang melayu buat macam itu. At least, berjalan pun satu aktiviti sihat.

Mulakan senaman perlahan2 jika belum biasa. Jangan terburu2 terus melakukan aktiviti berat. Ini akan membuatkan tubuh kita terkejut dan kita akan pengsan, otot mudah jadi kejang. Lakukan senaman ringan dahulu, baru di ikuti dengan aktiviti lain seperti jogging atau berbasikal. Lama kelamaan kita akan dapat rasa tubuh kita jadi ringan, tak lesu dan lebih bertenaga untuk berkerja. Di samping itu kita boleh membakar kalori dan segala lemak2 tepu dalam tubuh badan yang dah lama terkumpul. Just remember: tak semestinya orang yang kurus itu staminanya kuat. Jangan ingat anda kurus, bermakna anda sihat. Kita tak tahu apa masalah dalam tubuh kita, sebab itu kita harus menjalani gaya hidup sihat, jaga pemakanan dan lakukan lah senaman. Bagi yang bertubuh besar, mereka masih belum terlewat untuk mengurangkan berat badan. Seperti yang saya katakan tadi, do it slowly, not drastically.

So come on frens, change our lifestyle and we jogg!




Thursday, February 19, 2009

Mas nak pegi dah...

*Masihah@Mas*

My colleagues and I went to the one of the best seafood restaurant at Kg. Pandan for celebrate Masihah@Mas. She will resign and move to Sime Engineering, Pasir Gudang Johor. You're gonna be a Johorean Mas. Welcome to Johor!

Let me introduce the restaurant. 'Thaharah Seafood', that's the name of the restaurant, located at Kg.Pandan. We ordered about 6-7 menus. The main menu is Ikan Steam Limau. It's yummy. Good for anybody who in diet process. The other menus are Kailan Ikan masin, tomyam seafood, kerabu mangga, sotong masak pedas, daging bakar, udang goreng tepung, kerabu kangkung and additional: Ikan dua jiwa. Ikan dua jiwa di beri nama kerana sebelah di masak steam, dan sebelah lagi di masak sweet sour. Sedap.

I will upload the pics tomorrow.


Sunday, February 15, 2009

Hidup mesti terus

Jun, 2004 (5 tahun yang lalu).
  • Pada ketika ini saya membuat surat letak jawatan di pejabat yg sama saya sedang berkerja sekarang. Yang berbeza cuma jawatan ketika itu. Dulu, saya seorang pelukis pelan. Saya rasa ketika itu saya masih biul2 lagi, baru mengenal alam perkerjaan, baru berhijrah ke kuala lumpur dan baru rasa berjauhan dengan keluarga.Saya berhenti kerja kerana nak sambung belajar (degree).
  • Sebelum berkerja sebagai pelukis pelan, saya berkerja di sektor kerajaan. Kerja sementara kerana saya baru saja habis pengajian diploma. Apabila menjejakkan kaki ke kuala lumpur, saya merasa hidup dengan titik peluh sendiri walaupun keadaan ketika itu agak mencabar dan banyak dugaan terutama masalah kewangan.
  • Saya merasai pengalaman naik bas pukul 6.30 pagi, berebut2 sampai terpaksa berdiri di hujung tangga bas. Bayangkan lah...,terlalu naif ketika itu.
  • Saya juga merasai pengalaman berkerja selama sebulan tanpa cuti, termasuk sabtu dan ahad kerana waktu itu terlalu banyak kerja dan tidak dibenarkan cuti. Rasa nak pitam.
  • Saya merasai naik putra sama macam naik bas juga, berebut2 sehingga rasa nak termuntah dengan bau badan manusia. Saya juga pernah tertinggal diluar tren kerana kawan saya dah berebut2 naik dulu. Lawak.
  • Selama berkerja di kl ketika itu, 3 kali saya pindah rumah. Semuanya gara2 nak jimat duit. Dari tinggal di apartment, saya turun pangkat tinggal di flat biasa.
  • Saya juga pernah merasai pengalaman hampir2 nak diragut, tapi peragut itu tak dapat meragut handbag saya kerana dia bukan peragut profesional. Syukur kepada Allah.
Februari, 2009 (Sekarang).
  • Sudah hampir 2 tahun saya tamat belajar dalam jurusan Ijazah Kejuruteraan Bahan di sebuah universiti di utara tanah air. Alhamdulillah, dapat juga saya segulung ijazah.
  • Saya berkerja di sektor minyak dan gas (oil & gas industry), di salah sebuah syarikat milik bumiputera di tengah2 bandaraya kuala lumpur.
  • Saya gembira dengan kehidupan sekarang. Bohong lah jika saya kata saya tiada masalah langsung. Manusia yang hidup tanpa masalah adalah manusia yang tiada perasaan.
  • Sebelum saya berkerja di syarikat ini, saya terlebih dulu berkerja di Shah Alam, sektor yang sama (oil & gas), cuma jawatan yg berbeza.
  • Di sini, saya belajar banyak perkara, ramai kawan yang semuanya baik2. Saya memang mengimpikan untuk berkerja di sini kerana saya mahu belajar sesuatu sebelum saya bertukar ke tempat lain. Di pendekkan cerita, saya ingin mengumpul seberapa banyak pengalaman yang boleh. Walaupun ada beberapa perkara yang tidak menyenangkan hati, saya terpaksa lalui juga. Bak kata bekas bos saya; "Julie, every company have their own politic".
2014 (5 tahun akan datang).
  • Mungkin ketika ini saya sudah berkahwin, memiliki keluarga sendiri, ada komitmen yang banyak pada keluarga dan kerja.
  • Mungkin juga saya sudah tidak berkerja di sini lagi (MMC).
  • Saya ada anak (cuma tak pasti berapa orang).
  • Saya terkejar2 nak uruskan rumah, uruskan anak dan suami, uruskan kerja di pejabat.
  • Mungkin juga saya sudah memiliki rumah sendiri, hasil perkongsian dengan pasangan saya.
  • Saya akan pastikan ketika ini saya tetap kekal kurus walaupun sudah ada anak.
  • Pada ketika ini juga karier saya sudah mantap, ekonomi saya juga sudah stabil kerana saya sudah ada pasangan untuk berkongsi segala susah dan senang. Dia lah suami, dialah sahabat dan dialah bapa kepada anak-anak saya.
That's my dreams. Hopefully, my dreams will comes true. Saya percaya pada qada' dan qadar Allah. Angan-angan tidak semestinya jadi kenyataan. Cuma setiap manusia harus berusaha untuk merealisasikannya. Jika tak berjaya, anggap saja itu bukan rezeki kita. Kerana saya percaya, setiap apa yang kita rancang belum tentu baik untuk kita, tetapi setiap apa yang Allah tentukan, itulah yang terbaik untuk hambanya.

Saya akan membaca ruangan ini semula pada tahun 2014 nanti untuk melihat adakah apa yang saya impikan itu dapat saya realisasikan atau tidak. InsyaAllah.

365 hari kasih sayang

Semalam 14 Februari, adalah hari kasih sayang atau lebih dikenali sebagai Valentine's day. Saya keluar untuk menghantar house-mate ke hospital kerana disyaki dijangkiti chikungunya. Saya ada nyatakan dalam blog semlm bahawa kawan saya dijangkiti virus itu. Suasana jalan penuh sesak. Saya tak sangka keadaan jalan begitu teruk. Mungkin kerana ramai orang keluar untuk menyambut valentine, atau mungkin kerana malam minggu, ramai yang keluar untuk berhibur. Waktu itu sekitar pukul 8.30 malam.

Pada saya, tak perlu menunggu 14 feb untuk menyambut hari kasih sayang. Putaran hari dalam setahun ialah 365 hari. Jadi selama 365 hari juga lah kita boleh meraikan kasih dan sayang kita bersama orang yang kita sayangi. Bagi muslim pula memang tidak digalakkan menyambut valentine's day kerana itu bukan budaya kita. Bagi sesiapa yang tahu siapakah Valentine yg sebenarnya, mereka tidak akan menyambut hari tersebut. Namun itu terserah pada hak individu. Cuma saya rasa kita boleh meraikan kasih sayang kita setiap hari tanpa batas. Kerana kita hidup memang memerlukan kasih sayang, baik dari ibubapa, teman-teman atau kekasih tercinta. Itu lumrah dan fitrah.

Kasih dan sayang harus disemai dalam jiwa setiap hari agar kita dapat merasakan hidup ini begitu bermakna dan berkualiti. Apakah maksud hidup yg berkualiti? Bagi saya hidup yg berkualiti ialah kehidupan yg lengkap. Maksudnya, ia lengkap dengan kasih sayang, wang ringgit, karier, riadah, hiburan, keagamaan dan keperhatinan kita terhadap alam sekitar dan orang yg berada di sekeliling kita. Tetapi tahukah anda bahawa teramat sukar untuk membina satu kehidupan yg lengkap. Kita tidak sempurna. Kerana itulah Allah menganugerahkan satu perasaan kasih sayang dalam diri setiap hambanya supaya kita dapat menemui insan yg dapat melengkapkan hidup ini. Kerana itulah juga Allah cuma memberi kita satu hati, kerana yg satu lagi kita akan dapat dari insan lain.

Selamat berkasih sayang!

Saturday, February 14, 2009

Chikungunya

Semakin dunia ini maju, semakin banyak lah penyakit yang pelik2 wujud. Mungkin penyakit2 itu wujud sejak zaman firaun, cuma kita yang tak begitu tahu. Selama ini kita hanya takut pada binatang2 buas seperti harimau, ular, kala jengking, singa dan pelbagai lagi. Memang kita patut takut pada binatang2 tersebut kerana binatang itu kategori liar. Tapi bagaimana pula dengan binatang sekecil nyamuk?



Nyamuk hanyalah binatang kecil yg terbang hinggap pada badan manusia lalu menghisap darah hingga kenyang. Tanpa kita sedari binatang sekecil itu mampu membunuh manusia dengan hanya menyebarkan virus semasa sedang menghisap darah. Antara penyakit berpunca daripada nyamuk ialah denggi dan chikungunya. Kita biasa mendengar denggi, namun mungkin kita kurang biasa mendengar chikungunya.


Chikungunya ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh alfavirus dari gigitan nyamuk aedes. Wabak chikungunya ini berpunca dari lautan Hindi dan sedang mengancam pantai Mediterranean ketika ini. Tapi kini ia sedang mengancam negara Malaysia kerana semakin ramai rakyat Malaysia dilaporkan diserang virus ini. Ia masih boleh diubati, namun ada juga yang menemui ajal.Sebenarnya penyakit ini dianggap sebagai penyakit yang membawa maut. Namun dengan adanya perubatan moden, ia boleh di selamatkan. Namun, bak kata pepatah inggeris, 'Prevention is better than cure', adalah lebih baik mencegah dahulu sebelum dah terkena baru nak mengubati.

Antara simptom2 penyakit chikungunya ialah:

1)Demam yg mencecah 39 darjah celcius.
2)Keradangan/petekia/makulopapular biasanya membabitkan tangan, kaki dan badan dan artralgia atau artritis menyerang sendi yang boleh melumpuhkan sekiranya teruk.
3)Sakit kepala

Untuk mengelakkan nyamuk aedes membiak, jangan biarkan pasu, tayar atau apa saja benda yg boleh menakung air, kerana nyamuk mudah membiak dalam bekas2 yg bertakung air. Saya rasa ramai daripada kita sudah sedia maklum dengan perkara ini, cuma kita kadangkala lupa atau malas nak membersihkan kawasan persekitaran. Oleh itu untuk mengelakkannya daripada terkena penyakit ini, kita harus berubah. Pihak2 tertentu juga harus memantau kawasan yang banyak dilaporkan diserang wabak ini seperti mengadakan semburan nyamuk atau forging 2 kali sebulan.

Kenapa tiba-tiba hari ini saya bercakap mengenai penyakit ini? Saya jarang berbincang atau bercakap mengenai penyakit. Kerana....................................................................

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Kawan saya sudah dijangkiti virus ini...
Saya doakan dia cepat sembuh....ketahuilah bahawa sesuatu penyakit itu ada penawarnya...
InsyaAllah...



Friday, February 13, 2009

What I Feel


If anybody ask me why I create this blog, I have 2 answers for that question. The answers are:

1)To immortalize all the things and what is on my mind, so that I can read it again in 20 years in future.
2)One sweet day, it's might be I will getting married with somebody, and I want my kids read this entry and they'll know the way of my life.

I found a poem about life. It's nice. The title is What I Feel. Check it out.


What I feel


If only I knew how's it gonna be
If only when I try to fix things, they became better
If only I was certain of how others feel
And if only people believed what I say...

If I knew how to show what I really felt
If I knew how to make people understand
If I knew how to make them believe
If I knew how to make them happy

If making people happy doesn't leave me sad
If making them understand doesn't make me an ignorant
If making them believe doesn't make me a liar
And if letting them know how I feel doesn't leave me numb

Things would've never reached that point
I know I would be in a much happier place
No one would ever blame me for not caring
No one would blame me for not thinking

That's life ....You're never certain
You never know, you're never sure
You're not gonna live that dream of yours
And life would never be "trouble free"

You have to live with what you have
You try to fix the broken glass
You try to collect the shattered pieces
You make the best of everyday

It's like a train that never stops
Keep going through life without pausing
Just live each day and throw it behind you
Don't look back or you'll break your neck !


Thursday, February 12, 2009

Bumbu Bali gathering

September, 2008.

Flashback to the past memory of 2008, my ex-colleagues and I had the gathering at Bumbu Bali, Puchong. We went after office hour and dinner with the delicious authentic Bali's food. It's yummy! The restaurant is located at Jalan Persiaran Puteri 1, Bandar Puteri Puchong. This place is recommended by Irene, my cute chinese friend and also my ex-office mate at VME. I like the decoration of the restaurant. It's gave me the aroma like I am at Bali.

Bumbu Bali Restaurant served Balinese, Malaysian and Western cuisine. For the first time I ordered the food, I smiled. Why? because the name of the Bali's food is weird but all the menus look delicious. Actually, it's really really delicious. Tak tipu.


*Clockwise: Irene,Ana,Niza,Me and Jane*




*Lamb Chop. Price: RM21.50*
Berbaloi kerana sememangnya sedap.



*Siap Memanggang (Barbeque chicken). Price: Not remember*
This menu makes me smile.



*Grilled Salmon. Price: Not remember.Sori*




*Nasi Campur Bumbu Bali. Price: RM23.50*
Definitely must try, sedap.




*Ayam Bertutu Rice Set. Price: RM19.50*
This menu makes me smile. The name is so funny, but it's yummy!

I like Bali's food. But I need mention here, Bumbu Bali also served Carlsberg. Saya tak tahu mengenainya sehingga lah saya sampai di situ, duduk dan lihat sekeliling. Saya terpandang poster dan botol-botol carlsberg. Oleh kerana memang sudah dirancang makan disitu, I have no choice and just ignore it. Saya tawakal saja. For muslim who interested to try at Bumbu Bali, jangan order Carlsberg pulak. Banyak lagi minuman lain yang lagi sedap seperti papaya, honey & lime juice, Italian Soda, Honeydew, Avacado Milkshake, Mango juice and many more.

Wednesday, February 11, 2009

Mistake

I took an annual leave on last tuesday, and it's makes somebody at my office tension on me. Who's that guy? He is Mirko, our Senior/Lead Mechanical Engineer. He gave me a job last week, and he asked me to submit by tuesday. Actually I have a plan to take an annual leave but I forgot to inform him. I also forgot to apply leave earlier, so that I had mentioned to him as an emergency leave. Oleh kerana rasa bersalah yg amat sangat, maka saya dengan muka seposen pegi la say sorry kat Mirko sebab ambil cuti tanpa memberitahu dia. And guess what he said to me?

"It's ok, maybe next time you have another chance to change your image".

Oh..pedih sungguh ayat itu. I know that I make a mistake. Saya baru sekali buat silap, dia dah cop saya mempunyai imej yg kurang baik. Saya lupa bagitahu dia pun kerana dia juga. He gave me that job on last minutes office hour. Suruh check itu ini, then Monday public holiday. An urgent MTO must be submit on tuesday. Best sungguh. Because of kelam kabut buat kerja saya lupa nak apply cuti sekaligus lupa beritahu dia saya nak cuti. Buy the way, I admit my mistake but I hate the statement from his mouth. So, what happen to the other peoples who always take MC?Dalam seminggu mesti ada yang ambil MC. Mereka itu mempunyai imej yang bagus ke? Yang tiap2 minggu ambil MC pun ada. It's sound angry huh? No la, saya bukan marah, cuma ada sikit saja bengang. Ok, forget about it. Dah selesai pun. The MTO has been submitted yesterday, and many thanks to my friend for helping me to settle on that thing.

Time to rest. Take a good rest for a good health. Sambil2 tu berfikir macam mana nak ubah imej.. ;-)

Thursday, February 5, 2009

Migraine

I got an info about how to cure migraine without take any medicines, for example panadol. As we know panadol is a one of the pain killer, and it's not good for our body system if we take it more than 4-6 tablets a day. This is because panadol is toxic to the body, and it's harms the liver. According to the doctor, Panadol will reside in the body for at least 5 years.


So here, I would like to share the other alternatives to cure the very bad migraine. Saya adalah salah seorang pesakit migraine tahap kronik, dan saya juga kerap mengambil panadol untuk melegakan kesakitan. Tapi jika sakit itu tidak terlalu teruk, saya cuba mengelak untuk mengambil panadol. Apa yg saya lakukan ialah:



1)Minum air 100 plus dicampur dengan air masak
Nisbahnya 1:1
Bermakna 1 gelas air 100 plus dicampur dgn 1 gelas air masak biasa, dan minum. Jika rasa terlalu banyak untuk dihabiskan, boleh dikurangkan kpd 1/2 gelas 100 plus di campur dengan 1/2 gelas air masak.

2)Minum Tea mix lemon & hibiscus dari produk Herbalife.
Teh ini sangat bagus bukan saja untuk melegakan migraine, tetapi juga untuk membekalkan tenaga dalam tubuh. Sebenarnya fungsi teh ini adalah sebagai pembakar lemak, iaitu ia diminum bersama produk diet herbalife. Tetapi ia boleh juga diminum tanpa susu diet kerana fungsinya bukan saja sebagai pembakar lemak, tapi dalam masa yang sama membekalkan tenaga bagi mereka yg aktif, kurang rehat, memandu dalam jangka masa yang lama dan pelbagai lagi. Ia juga boleh membuang angin dalam badan dan melegakan sakit kepala.

3)Bernafas dengan lubang hidung kiri.
It's sound funny rite?Tapi ini info terbaru yang saya perolehi. Begini, setiap manusia dianugerahkan 2 lubang hidung untuk bernafas iaitu lubang hidung kiri dan kanan. Tapi mustahil lah Allah menjadikan sesuatu itu tanpa sebab dan fungsinya. Kedua2 lubang hidung itu berfungsi tidak sama. Sebelah kanan mewakili matahari, ia mengeluarkan udara panas. Sebelah kiri pula mewakili bulan, ia mengeluarkan udara dingin. Jika sakit kepala, tutup lah lubang hidung sebelah kanan, dan cuba bernafas menggunakan lubang hidung sebelah kiri. Lakukannya dalam masa lebih kurang 5 minit, dan insyaAllah sakit kepala akan beransur hilang. Mungkin ia tidak sembuh sepenuhnya, tapi boleh melegakan. Secara teorinya, apabila kita bernafas menggunakan lubang hidung kiri, kita akan menyedut dan mengeluarkan udara dingin. Udara dingin akan sampai ke otak, dan insyaAllah sakit kepala itu akan berkurang.

Kita hanya mencuba, jika sakit kepala tak hilang, terpaksa telan ubat juga. Tapi sebaiknya jadikan panadol itu pilihan terakhir dalam mengatasi masalah sakit kepala. Sesungguhnya setiap penyakit itu ada penawarnya, InsyaAllah.

Monday, February 2, 2009

Plus size

Bercakap mengenai fesyen, seringkali kita lihat dipasaraya byk menjual pakaian hanya untuk mereka yg kurus langsing. Saya tahu ramai wanita berbadan besar diluar sana yg kecewa kerana teramat susah mencari pakaian yg sesuai untuk org yg berbadan agak besar. Pada saya sesiapa sahaja boleh berfesyen. Tidak semestinya seseorang itu mesti berbadan langsing baru boleh berfesyen. Untuk org yg berbadan besar juga boleh berfesyen asalkan kena dengan gayanya.

Untuk itu saya lampirkan beberapa fesyen pakaian yg saya rasa bersesuaian bagi mereka yg berisi. Cuma, pemilihan gaya dan warna amat penting. Untuk mereka yg bertubuh gempal atau besar haruslah memilih warna gelap agar dapat melindungi diri dari kelihatan gemuk. Namun bagi mereka yg tidak kisah mengenakan pakaian berwarna cerah seperti putih, apa salahnya mencuba asalkan mereka selesa. Saya bukanlah tahu atau arif mengenai fesyen. Saya berfesyen ala kadar sahaja. Maksud saya, sederhana. Yang penting nampak cantik dan selesa di tubuh.

Bagi mereka yg bertubuh besar, jgn merasa rendah diri. Semua wanita itu cantik tidak kira kurus atau gemuk, hitam atau putih. Beauty is universal. Yang penting kita yakin dengan diri sendiri dan tahu mengenakan pakaian bersesuaian dengan situasi. Jangan mengenakan pakaian yg pelik2 kerana ia akan mendatangkan mudarat. Maksudnya, jangan mengundang ketawa orang apabila melihat kita berpakaian keterlaluan. Pakai apa yg perlu. Yang penting cantik dan selesa. Always remember, all womans are beautiful.


BLOUSE



*Stripe facade blouse Jr.plus size (black)*



*Sexy lace wraps blouse Jr.plus size (black)*
Untuk wanita bertudung,boleh pakai black tight di bahagian dalam.




*Printed satin roomy blouse Jr.plus size (Orange/Green)*



*Print lady's plus size shirt (black)*


*Pin stripe blouse Jr.plus size (black/white)*


*Kimono arm print blouse Jr.plus size (black)*



*Facade trendy blouse Jr.plus size (plum/black/brown)*


*Facade trendy blouse Jr.plus size (black)*
Untuk wanita bertudung,boleh pakai black tight di bahagian dalam.


*Facade long sleeve top Jr.plus size (black/brown)*


*Facade blouse with 3/4 sleeve Jr.plus size (black/brown)*



*Facade and dot blouse Jr.plus size (black)*
Untuk wanita bertudung,boleh pakai black tight di bahagian dalam.


TOP


*Trendy X top fashion Jr.plus size (brown)*


*Trendy multi color top Jr.plus size (black&white)*



*Save water hood top teen plus size (white/black)*


*Lovely smile active top teen plus size (white)*
Untuk wanita bertudung,boleh pakai black tight di bahagian dalam.


*Lovely smile active top teen plus size (blue)*
Untuk wanita bertudung,boleh pakai black/white tight di bahagian dalam.


*Hood long sleeve active top Jr.plus size (white)*


Gorgeous print comfortable top Jr.plus size (black)*
Untuk wanita bertudung,boleh pakai black tight di bahagian dalam.



*Crown print long sleeve top Jr.plus size (black/grey/white)*


*Astronaut neck tunic top Jr.plus size (cappuccino)*


All items are in 4XL/5XL size.

Sunday, February 1, 2009

Perfumania

Saya adalah pencinta minyak wangi atau dengan kata lain, I am perfumania! Saya suka sentiasa wangi sehingga kadangkala terlebih wangi. Tapi saya kena pandai memilih wangian yg bersesuaian dengan diri dan personaliti saya. Saya tidak sukakan wangian yg keras kerana wangian sebegitu akan memeningkan kepala saya. Saya adalah penghidap migraine. Sudah tentu saya memerlukan wangian yg lembut tapi segar agar ia tidak mendatangkan mudarat.

Melalui bacaan yg saya perolehi dari sumber-sumber tertentu, perfume terbahagi kepada 4 jenis yg utama iaitu:

1) Perfume
Dikenali sebagai ekstrak perfume yg memiliki konsentrasi bahan dasar minyak wangi terbesar iaitu antara 22-40%. Ia paling tahan lama dan sudah tentu paling mahal!

2) Eau De Perfume (EDP)
Ia cukup popular dipasaran dan harganya agak mahal. Memiliki kadar essence antara 15-22% dan tahan antara 4-6 jam.

3) Eau De Toilette (EDT)
Tidak kurang popular dipasaran walaupun ia tergolong dalam kategori wangian ringan. Memiliki kadar essence 12% dan sesuai dipakai dalam apa jua suasana.

4) Eau De Cologne (EDC)
Ia adalah wangian paling ringan kerana memiliki kadar essence paling rendah iaitu sekitar 5%, dan kandungan alkoholnya paling tinggi. Tidak hairan jika baunya cepat hilang dan hanya bertahan sekitar 2-3 jam. Namun ia sesuai di sembur pada tubuh selepas mandi utk menyegarkan badan.

Untuk itu saya ingin berkongsi antara wangian yg pernah saya gunakan dahulu dan kini. Mungkin orang lain tak suka pada apa yg saya suka, itu hak individu. So I have attached all perfumes that I ever used before and currently.



*Pleasure dari Estee Lauder*
Seingat saya inilah wangian pertama yg saya pakai. Saya sukakan baunya,walau ia agak keras semasa awal semburan,namun selepas 2-3 jam,baunya beru
bah menjadi lembut. Long Lasting.


*Pure White Linen dari Estee Lauder*
Percayalah, baunya sangat sangat sweet dan segar. Maaf,saya belum pernah memakainya tapi saya hadiahkan perfume ini kepada kawan baik saya pada harijadinya tahun lepas. I like it so much. Dan pastinya kawan baik saya juga menyukainya.



*Miracle dari Lancome*
It's fruity opening. Saya sukakan wangiannya yg lembut dan segar.




*Hypnose dari Lancome*
Maaf jika saya katakan yg saya kurang suka dengan baunya. Saya tak tahu kenapa saya membeli perfume ini. Mungkin semasa mencubanya dikaunter saya rasakan baunya begitu sedap,tapi bila sudah membelinya, saya rasa menyesal. Walau bagaimana pun saya berjaya menghabiskannya. Ia adalah campuran bunga jasmine, magnolia, ginger dan pelbagai jenis bunya lagi yg saya tak ingat.



*Dior Addict 2 dari Dior*
Saya baru membelinya tapi belum pernah cuba untuk memakainya. Saya hanya membeli botol kecil sahaja sebagai langkah berjaga2 kerana ditakuti menyesal. Bijak kan?Namun saya sukakan baunya.




*Hugo Boss for Woman dari Hugo*
Saya sukakan baunya yg lembut dan riang. The most important thing is it's long lasting.




*Echo for Woman dari Davidoff*
I feel like I am the sweetest woman when I use this perfume. Baunya sangat sweet, lebih sweet dan kekal lama jika dipakai satu set dengan lotion dan body wash.




*Cool Water dari Davidoff*
Baunya teramat segar dan terasa fresh bila disembur di badan selepas mandi. But it's not long lasting. Tapi saya sukakannya.




*Envy Me dari Gucci*
This is perfume that I am using currently. Baunya seperti bunga ros yg sedang mekar semerbak di halaman rumah. But it's not long lasting too. Ohh..