Sunday, May 31, 2009

Spectacle makes me look different

Saya cuma pakai cermin mata hanya di rumah, tapi pada khamis lepas kepala saya jadi pening gara-gara pakai lens baru. Nasib baik saya bawa spec ke opis sebagai langkah berjaga-jaga ditakuti lens yang baru dibeli tak sesuai dengan mata. Lagipun orang kedai tu dah pesan, kalau rasa tak selesa or mata jadi merah, cepat-cepat datang semula ke kedai. Apa yg berlaku (pening) adalah perkara biasa sebab lens yang baru itu ada silau, berbanding sebelum ini lens yang saya pakai tidak ada silau. Jadi mula-mula pakai tu ada sikit pening-pening lalat.

Masa pakai spec kat opis saya jadi kekok sebab tak biasa. Dan orang-orang di sekeliling mula bertanya:

"Eh..kau memang pakai spek ke?".

Saya hanya anggukkan kepala. Diaorang ingat saya saja suka-suka nak pakai spek ke..haha. Bila saya tengok muka saya kat cermin, kelakar pun ada. Tapi disebabkan kepala dah sakit, saya terpaksa bercermin mata.

Tak la buruk sangat muka saya masa pakai spek kan?


Ada budak depan saya cakap:

"Oh...tak sangka kau selama ni pakai spek ek...".

Dan ada jugak 2-3 orang budak-budak nakal usik saya...

"Kau nampak tak berapa ni?" dia usik sambil menunjuk 2 jarinya.

Wehhh...aku belum buta la....

Rasa nak sekeh je kepala budak-budak ni....ni yang malas nak pakai spek...

Saturday, May 30, 2009

My Life Would Suck Without You - Kelly Clarkson

01 My Life Would Suck Without You.mp3






Kelly Clarkson widget by 6L & Daxii


Skin problem

I just arrive at home during I'm writing this entry. I went to Ranjit Skin Care Specialist in SS15, PJ to check up my skin problem. I had a skin problem when I was at 15 years old (if not mistaken). I took and tried a lot of skin product but my skin is still at the same level, nothing improve!

The doctor said pimple is caused by 'hormone'. I don't have any problem about my sinus problem. Sinus disebabkan oleh habuk-habuk dan tidak ada kena mengena dengan jerawat. The main problem is my hormone is not at the stable stage. I still can eat what I want such as lauk pauk melayu, western, ice cream, cheese cake but I need to reduce or don't take so much peanut and chocolate.

How to stabilize
my hormone? Is it I need to take any hormone pil such as evening primrose oil? One of my colleague in my office said, there are a simple way to stabilize our hormone, just married! I smiled and laughed at her. Kalau lah aku boleh buat keputusan kawen sekarang, dah lama aku buat.

The doctor gave me vitamin A for pimple problem. He said it's might be take 6-8 months to clean all my pimples. A box of vitamin A is just for 1 months and I need to take the pil again next month. He also gave me a pimple night cream and this is another way as a external medicine to reduce pimple on my face skin. The total cost is RM270 including consulted with the doctor. He took RM30 as a consult. Nasib baik bajet saya melepasi jumlah bayaran tu. Bajet saya RM300, because I know in the name of 'specialist' will make me get ready with a lot of money. I know that. Nothing cheaper with 'specialist'.

Pray for me that one day I will get the smooth and shining skin...hehe.


Halo - Beyonce Knowles


Beyonce widget by 6L & Daxii

Friday, May 29, 2009

Sinus

Saya berjumpa doktor untuk kali ke dua malam semalam kerana sakit kepala. Kali ini saya pergi klinik panel di SS15, PJ, dekat juga lah dengan rumah. Keadaan jalan di situ terlalu crowded, tapi saya bernasib baik kerana dapat parking kereta dengan selamatnya.

Doktor yang bertugas adalah seorang berketurunan India, namanya George. Orangnya sangat peramah. Saya pun menerangkan kepada doktor apa masalah saya, dan dia melayan saya dengan lembut dan memberi macam-macam nasihat yang berguna. Tidak seperti Dr. Paul yang bertugas di klinik berhampiran ofis saya, Dr. George lebih teliti memeriksa tekak dan hidung saya. Katanya saya mengalami masalah sinus (resdung). No wonder lah saya selalu sakit kepala dan mengalami masalah kulit yang serius.

Baru saya tahu rupa-rupanya sakit kepala ini ada pelbagai jenis, ada migrain, tension, cluster dan sinus. Saya mengalami sinus dan saya rasa itulah punca utama mengapa saya selalu sakit kepala yg agak teruk dan masalah kulit berminyak serta jerawat yang serius.

Dan selepas makan ubat yang doktor bagi, saya terus tidur lena tak sedar diri sampai subuh....

Tuesday, May 26, 2009

Toner mata - Permata Hijrah

I wore the spectacle since I was in form 5, that's mean it's almost 12 years I was specky. Sometimes I feel uncomfortable to wear glasses, so I changed to the other way, contact lens. I feel more comfort and easy to view my vision and the most important thing is more beauty (haha..jgn perasan).

But I received an email from a friend of mine, Zu. She was introduced me a product, actually a local product named Permata Hijrah. I never heard this product until I read her email and she asked me whether I interested to try the Eye Toner, special for the person who wearing spectacle, like me. Macam menarik aje.

Untuk itu saya cuba explore website Permata Hijrah dan membaca mengenai produk toner mata, khusus untuk orang-orang rabun, baru nak rabun atau dah tahap rabun teruk. Produk ini di ilhamkan oleh para ulamak dimana ia berasaskan bahan-bahan yang halal dan tidak mengandungi bahan kimia terlarang. Ada 5 jenis toner mata dari harga serendah RM12.90 hingga yang paling mahal RM599.90.

Saya cuba menghubungi stokisnya di Kelantan dan bercakap dengan Pn. Kamilah. Saya menerangkan tentang masalah rabun saya iaitu:

Power mata kiri & kanan = 400+
Power silau kanan = 150
Power silau kiri = 50

Pn. Kamilah kata rabun saya kategori tinggi kerana melebihi 400. Jadi dia syorkan saya menggunakan 3 jenis produk iaitu toner mata yg berharga RM189.90 dan toner mata siang malam, di mana setiap satu berharga RM59.90. Sebenarnya saya bukan nak beli sekarang, saya sekadar bertanya, tapi tak mengapalah, just for my info untuk masa akan datang (bila ada duit terlebih nak beli).

Adakah produk ini dijamin akan hilang rabun?

Pn. Kamilah kata, kita hanya berusaha dan depends pada orang yang memakainya. Produk ini bukan dijamin 100% akan hilang rabun, tetapi ia bertindak secara berperingkat di mana ia akan mengurangkan power mata kita sedikit demi sedikit. Mungkin pada bulan pertama pemakaian akan berkurang power sebanyak 50, bulan kedua berkurang lagi 50 dan begitulah seterusnya. Saya rasa ia terpulang pada rajin atau tidak si pemakai. Jadi ia memakan masa untuk memulihkan rabun.

Zu kata, sepupunya sudah menggunakan produk ini dan dia tak pakai cermin mata lagi. Itu satu result yang baik. Tapi oleh kerana bajet saya lari bulan ini, saya membatalkan lah hasrat saya untuk membelinya. Next time maybe. Tetapi kepada sesiapa yang berminat, bolehlah mencuba kalau mahu. Tidak salah mencuba, kalau dengan izin Allah mana tahu rabun kita boleh beransur kurang dan lama-lama terus baik, tak perlu pakai cermin mata atau contact lens lagi.


Di sini saya attachkan gambar toner mata dari yang paling murah hingga yang paling mahal.

(a) Toner yang ini untuk cuci mata yang gatal, berair, ketumbit dan mengeluarkan habuk dalam mata.
Harga : RM12.90
(b) Untuk sesiapa yang baru-baru nak kena rabun (rabun peringkat awal), membantu mencairkan selaput lendir dalam mata, boleh mengurangkan power, sesuai digunakan untuk masalah rabun dekat & jauh.
Harga : RM29.90
(c) Untuk masalah silau, rabun dekat & jauh, masalah kornea, katarak, glukoma, urat saraf mata yg di sebabkan oleh kencing manis, mengurangkan power mata, mencairkan selaput lendir...insyaAllah sembuh dan tidak perlu berkaca mata lagi. Ada 2 botol : siang dan malam. Cara pakai : titiskan dalam mata.
Harga : RM59.90 setiap satu.
(d) Untuk masalah rabun malam, rabun ayam, silau, urat saraf, retina rosak, kornea, katarak, saluran air mata tersumbat, kekeringan mata, mata letih, rabun dekat & jauh, rabun yg sebabkan oleh kencing manis,mencairkan selaput lendir dlm mata.
Harga : RM189.90
(e) Yang ini paling terbaik dan sudah terbukti. Untuk masalah silau, katarak, rabun yg disebabkan kencing manis dan mengurangkan power mata. Dengan izin Allah, boleh sembuh.
Harga : RM599.90

Jadi kepada sesiapa yg berminat untuk mencuba, layarilah laman web Permata Hijrah untuk mendapatkan maklumat lanjut. Cuma saya ingin pesan satu perkara, saya tidak berani menjamin produk ini boleh menyembuhkan masalah rabun 100% kerana saya sendiri belum pernah mencubanya lagi, tetapi sepupu kawan saya sudah cuba dan alhamdulillah, tak payah berkaca mata lagi. Dan mungkin setiap orang kesannya berbeza. Jadi tidak salah mencuba disamping berdoa, insyaAllah mana tahu boleh sembuh. Who know kan...,setiap penyakit ada penawarnya. I just want to share the good thing to others.

Untuk saya pula, mungkin saya akan membelinya pada bulan-bulan akan datang..hehe.



Monday, May 25, 2009

Mona Lisa - La Giocondo

*Potret of Mona Lisa*

I was mentioned in my previous entry that I love art so much, so I try to find drawings from a famous painter all around the world. I also searching the best and beautiful photos from the best photographer and finally I found a potret of Mona Lisa, drawn by Leonardo Da Vinci. I saw the potret of Mona Lisa before but I have nothing to say about it. I don't know how to describe about this potret but I know this painting is painted by a very famous painter.

Siapa Mona Lisa?

Dahulu saya tidak pernah ingin tahu siapakah wanita yang wajahnya di abadikan di atas sekeping kayu (bukan kanvas, mungkin zaman Leonardo belum wujud kanvas) dengan cat minyak yang akhirnya menjadi tatapan umum sehingga ke hari ini. Sebenarnya fakta yang ada pun tidak begitu pasti sahih atau tidak kerana potret ini sudah berusia beratus tahun.

Menurut apa yang saya baca dari Wikipedia, wanita dalam potret ini adalah Lisa Gherardini, isteri kepada seorang pengusaha Firenze yang kaya bernama Francesco Giocondo. Perkataan 'Mona' adalah singkatan daripada perkataan 'Madonna', satu perkataan dalam bahasa Itali yang bermaksud 'Nyonyaku'. Ini bermakna maksud lukisan ini ialah Nyonya Lisa, tetapi dalam bahasa Itali ia selalu di tulis sebagai 'Monna Lisa' (double huruf 'n').

Mona Lisa juga di tulis sebagai La Giocondo yang bermaksud 'wanita riang'. Mungkin pada zaman dahulu (abad ke-16) Lisa Gherardini adalah seorang wanita cantik, riang dan juga kaya. Lalu Leonardo Da Vinci mahu mengabadikan wajahnya sebagai potret supaya generasi akan datang dapat mengenali Lisa walaupun hanya melihatnya di dalam potret. Lukisan Mona Lisa adalah lukisan yang paling popular dan di pamerkan di Muzium Louvre, Perancis. Muzium ini adalah muzium terbesar dan terkenal di seluruh dunia.

Orang kata potret ini dikatakan popular kerana ia seakan-akan hidup. Ini mungkin disebabkan teknik atau gaya pelukisnya mencorakkan warna yang menjadikan potret ini seolah-olah bernyawa. Ini hanya teori saya. Seingat apa yang saya baca, lukisan ini memakan masa beberapa tahun untuk di siapkan. Ini bermakna Leonardo Da Vinci begitu teliti dalam menyiapkan sesebuah lukisan. Beliau begitu 'ikhlas' dalam meluahkan karya-karyanya dalam bentuk lukisan. Kerana itulah potret yang terhasil begitu halus seni lukisnya hingga tiada siapa mampu menandingi sebuah potret yang diberi nama Potret Mona Lisa.

Saya ingin jadi seperti beliau. Walaupun saya bekerja dalam bidang teknikal, saya tetap sukakan seni terutamanya lukisan. Tapi saya tak pandai melukis pun. Saya cuma ingin meluahkan segala apa yang terpendam melalui sekeping kanvas, dari sekeping kanvas kosong, akan terhasil sebuah lukisan yang cantik dan lukisan itu akan kekal menjadi sejarah untuk generasi anak cucu saya. Ermm..panjang pulak angan-angan.

Well, takde siapa ke yang nak lukis potret saya?Hehe...

Sunday, May 24, 2009

Free time

What are you doing during your free time?

1)Shopping
2)Sleep at home
3)Settle all your dirty laundry
4)Do extra office work
5)Watch movie with friend
6)Cook
7)Blogging
8)Chatting
9)Dating with gf/bf
10)Reading a novel written by your favorite author
11)Go to somewhere, a place where you can rilex your mind
12)Take a photo with your new technology camera
13)Nothing to do ~ just stay at home, watch tv
14)Outdoor activities such as camping, hiking, holiday etc.

For me, I always do the activity no.2, 3, 7 and 13. Sometimes I did the activity no. 1, 5 and 6. I did the activity no. 14 once a year, especially during school holiday.

I can't do the activity no.1 for every week because I will be a very 'boros' person. It's dangerous. I just go to shopping complex to buy my toiletries and something to cook. I have lots of commitment every month to settle such as car loan payment, internet bill, electric & water bill, home rental, saving, petrol, tol and sometimes I need to spend money for balik kampung. Lucky for me because I go to my hometown just once for 2 or 3 months sehinggakan saya rasa seperti si tanggang kerana jarang balik kampung. My parents are very understanding with my monthly money commitment.

Actually my favorite activity is no.7. I like blogging. Seriously I like write something or draw something in a piece of paper or on a canvast. I like art so much. That's why I really don't understand why currently I am being an engineer. I think supposely I'll be an artist, draw a potret and publish it to everyone who like art just like me, or write a novel like Danielle Steel or Ahadiat Akashah and sell around the Malaysia. Great.

Some peoples told me: "You ni kan baiknye...suka duduk rumah. You tak keluar ke jalan-jalan, tengok wayang or shopping kat mana-mana, pompuan kan suka shopping".

Well, I am shopaholic! Currently I try to control myself to buy somethings that I really need only. I need to spend my money for future. Kalau saya tak kontrol dalam berbelanja, memang saya setiap bulan over budget. Saya bukan tak suka jalan-jalan, kadangkala saya keluar menonton wayang, tapi itu semua tidak perlu saya lakukan setiap minggu. Saya perlukan masa untuk diri sendiri, maksudnya masa untuk berfikir dan merancang hidup. Apabila usia sudah dewasa, kita tidak perlu enjoy keterlaluan kecuali kalau saya ini kaya macam Paris Hilton. Oleh kerana saya tidak kaya, jadi saya kena berjimat cermat kerana jika saya tidak cukup duit atau berada dalam kesusahan, siapa mahu tolong saya?Siapa? Sendiri mahu ingat la. Paris Hilton wanita yang tidak pernah memikirkan tentang kesusahan. Dia lahir dalam intan berlian. Hidupnya di kelilingi duit dan kemewahan. Indah. She's beautiful but still not perfect. Nobody perfect. Saya terfikir, agaknya kalau lah saya sudah ada keluarga sendiri, I will spend my quality time with my children and husband. Our activity is totally change when we get married. Life as a single person and married is different. I know even though I am not married yet.

What I want to do is...I am waiting for new camera. Trust me, I will and always do the activity no. 12. Yihaa.

Friday, May 22, 2009

Ikan bakar Jln Bellamy

Ikan bakar is one of my favorite food, and when I go to eat ikan bakar at somewhere around KL, I will choose ikan terubuk and I know the price for ikan terubuk is quite expensive compared to others. One of the best port for 'ikan bakar addict' like me is at behind The Zone Hotel, nearest klcc. I only take 10 minutes walking from my office and friday is the best day to go there because of long time lunch hour, is about 2 hours and half. But there are another one place that I think like 'heaven of ikan bakar' is at Jalan Bellamy, somewhere behind Istana Negara. I think this place is the best ikan bakar stall in KL, but the price is too expensive. But I think it's worth it, even though you pay rm20 (sekali makan), anda akan rasa puas hati. Superb!

My friends and I went to Jalan Bellamy this afternoon during our lunch hour. Saya sudah lama bermimpi mahu makan di sana, akhirnya hari ini tercapai juga impian. Rezeki..rezeki.

Semasa sampai disana, orang sudah ramai memenuhi ruang makan. Bau ikan bakar menyusuk hidung membuatkan perut saya semakin berkeruncung. Kata kawan ofis saya, pilih gerai nombor 3 sebab kat situ lagi sedap. Saya pernah makan di sini beberapa tahun dulu, waktu itu saya bekerja di MMC juga tetapi di Instrument Department. Cuma setelah lama tak datang sini, saya lupa direction nak ke sini. Saya ambil ikan terubuk bakar (my fav dulu, kini dan selamanya), sotong bakar 1 ekor, nasi separuh, sedikit sayur, air sirap limau dan dessert tapai pulut. Nak tahu harganya berapa? RM20. Seekor sotong bakar harganya RM8. Haha. Tapi memang saya puas makan sampai kenyang macam seekor ular sawa baru telan seekor kambing.

Seriously, this place is the best. No wonder lah orang sentiasa ramai datang, dan sanggup menunggu untuk makan kalau meja sudah penuh. Tapi bagi orang yg tak kaya macam saya ni makan di sini 6 bulan sekali boleh lah, kalau tiap-tiap bulan mahu bankrap kot. Cuma saya ingin suggestkan kepada sesiapa yg mencari tempat makan ikan bakar yg best, datanglah ke sini, dijamin kamu tak akan menyesal. Kedai di sini dibuka setiap hari isnin-jumaat, sabtu pula dibuka sehingga pukul 3 (if not mistaken, tanya makcik kat kedai tu tadi). So hari sabtu boleh datang dengan keluarga, sedara mara atau kawan-kawan kalau ingin mencuba. Percayalah, walaupun harganya mahal, tapi puas hati dengan ikan-ikannya.

Kocek saya agak pokai, tapi kerana ikan bakar, saya sanggup laburkan duit. Bukan selalu dapat datang ke sini, jadi sekali sekala merasa makan nasi campur+ikan bakar yang berharga RM20...worth it lah. Mungkin orang yang banyak duit dia rasakan Rm20 tidak terlalu mahal, but for me...mahal gila babas.

Sehingga malam ini, perut saya masih kenyang dek penangan ikan bakar Jln Bellamy. Saya tak ambil gambar sebab kamera saya tak canggih, lagi pun tak sempat nak ambil gambar, sibuk layan makanan yang masuk ke perut. Kenyanggg..


Thursday, May 21, 2009

b.o.s.a.n

I like to express my feeling and what is on my mind by write it on a piece of paper. But now we have a new technology by writing it on a piece of electronic paper and publish in internet. My blog is like my diary. I access it by key in the user ID and password, then klik on the icon 'new post' and I can write whatever I want. Tak perlu beli diari lagi.

My mother had called me after I finish my 'berbuka puasa'. She just asked me tengah buat apa, dah makan ke belum, ada kat mana skg....that's her regular questions for me and I just get ready for the answer..hehe. She told me something:

"Kete baru dah sampai...malam semalam gi amek..". How nice...actually my parents bought a new perodua Viva, not for them but that car is for my younger brother. He is one of the student at UIA based in Kuantan. Bertuah punya adik, dapat kete free. Jeles..jeles. Saya dulu punya la berhempas pulas kumpul duit nak beli kereta. Haha. Sebenarnya saya tak jeles pun, tu rezeki dia. I am not jealousy ok.

Then my mother say again...

"Mak tak tau la jadik ke tak gi Melaka, macam tak jadi jer...".

Pergh...dah agak dah. Tak apa lah, tahun ini tak ada rezeki nak makan angin free. Tapi mak kata nak gantikan ia dengan buat kenduri yasin. Ok juga tu. Makan sedap juga.

"Mungkin mak buat yasin dalam bulan Jun,nanti mak bagitau bila tarikhnya..".

Ok mak..roger and out. Berita diterima. Mak buat lah apa pun, anakmu ini ikut saja, maklum lah anak mithali. Penat saya mengumpul cuti semata-mata nak holiday, tapi tahun ini no holiday lah. I just keep my annual leave for hari raya nanti. Boleh cuti lama sikit.

Routine harian saya sampai disini, as usual masa untuk melelapkan mata sudah tiba. Bosan. Pening. Esok sambung lagi. Ohh..tomorrow is Friday. Saya melonjak gembira. I like Friday so much. Friday is my favorite day in a week. See tomorrow yaa..

Full stop. Nak tidur.

Daily routines

We go to the office, take a breakfast for 10-15 minutes, turn on the pc, check emails, reply emails, then continue to finish a previous works. At the afternoon, we go for lunch about an hour before continue sit in front of our pc again and start write or type word by word. At 2.30pm, go to the surau for solat zuhur, then go to pantry to find any other things that we can eat, perut lapar semula. At 5.30 we get ready to go home, sebelum sampai rumah kena menempuh lebih kurang 1 jam setengah a very crowded jam. When we arrive at home, sejukkan badan sekejap, mandi, solat maghrib, pergi jenguk dapur, masak air panas, buat air nes or milo panas, minum depan tv. Azan isyak pun berkumandang, sembahyang kejap, then sambung tgk tv semula. Kemudian masuk bilik, buka komputer kejap, melayari internet untuk seketika, mata pun dah mengantuk, turn off the pc, tutup lampu..............ok gud nite. Sleep. Dream.

Bangun pagi esok, ulang balik perkara yang sama seperti di atas.

That's life!

Sometimes life is so boring. We do the same things everyday. I need something new and different. How? I don't know. I only can make a different things or different activities on weekend. Itu pun bukan selalu sangat keluar jalan-jalan. Actually my family asked me whether I want follow them on their vacation in Melaka. Cuti sekolah akan bermula end of this month. Heaven! I'm sure jalan KL mesti clear gila babas. Heaven,heaven! But when I asked my mother, "Jadi ke nak gi Melaka?"

And my mother said...

"Entah, tak tau lagi jadi ke tak, ada hal nak setel, kalau jadi nanti mak bagitau"

Oh, tension sungguh. Baru saja saya terfikir betapa bahagianya jalan-jalan tanpa mengeluarkan sebarang duit walau 10 sen pun. Kalau saya bercuti dengan keluarga, confirm semua ditanggung halal oleh bapaku. You're great lah abah.

Tapi hingga ke saat saya menulis entry ini, mak tak cakap apa-apa pun. Tak mengapa lah mak, kalau tak jadi pun tak apa. Aiman tak kisah...

I look at the clock, mengapa lambat rasanya untuk jam itu ke angka 5.30pm.? Saya berpuasa hari ini. Saya pun tak tahu kenapa hari ini saya baik hati nak puasa setelah lama niat suci murni itu ditangguhkan dek kerana rapuhnya iman di dada. Alhamdulillah...hari ini saya insaf dan berusaha untuk berpuasa sebaiknya. I bought a fresh salad at Fruit Story, take away as my menu for berbuka. Kata seorang kakak di ofis, "Berbuka makan salad je ke? nanti tak ada tenaga..."

Then I replied: "Salad tu 1st round....the 2nd round menu lain pulak". Then we laughed.

That's my story for today. I was headache because of so much questions from one lady at structure department.

"Kak Julie, kenapa weight untuk chemical injection system ni tak tally ngan kin buat?"
"Kak Julie, kenapa open drain pump ni takde tagging number dalam equipment layout?"
"Kak Julie...kenapa...bla..bla here..."
"Kak Julie...kenapa..bla..bla there.."

Oh..sungguh letih nak memikirkan jawapan kerana we have to think first before give the best answer. Full stop. Penat dah.


Wednesday, May 20, 2009

Lupa

Saya terjaga dari tidur malam semalam lebih kurang pukul 11.30pm. I took my handphone and I've got 1 new message. I opened it and I read:

"Sorry...saya lupa nak call awak"

Saya tutup mesej itu dan sambung tidur. Saya benci perkataan 'lupa'. Saya anti dengan perkataan itu. Sebelum tidur saya sempat berfikir....

Macam mana dia boleh lupa nak call aku?

Then saya sambung tidur, terjaga esoknya dengan perasaan bergelora di hati.

Kisah seorang pemandu teksi

Percayalah bahawa Allah itu maha adil kepada setiap hambaNya. Kadangkala kita terpaksa belajar menerima kenyataan walaupun ianya pahit untuk ditelan. Ada masanya kita terpaksa menerima hakikat bahawa tidak semua keinginan dan impian kita menjadi kenyataan. Pada waktu tertentu kita merasakan jalan hidup ini begitu lurus dan mengasyikkan, tetapi pada waktu tertentu juga kita merasai ada sedikit jalan bengkang-bengkok dan berbukit-bukau serta memeningkan kepala. Pada waktu itu kita pastinya menyumpah-nyumpah dan berkata didalam hati, mengapa aku yang mesti mengharungi semua kesusahan ini? Mengapa aku mesti melalui semua jalan yang bengkang-bengkok ini? Kenapa aku yang harus merasai semua keperitan ini?Kenapa aku ya?

Kerana Allah ingin menguji kita, sejauh mana tabah dan tebalnya iman didalam hati.

Saya pernah melalui satu fasa hidup dimana pada waktu itu saya merasakan hidup ini tidak adil. Saya tidak dapat apa yang saya mahu, impian saya berkubur begitu saja, apa yang ada didepan mata saya tidak pedulikan tetapi apabila ia hilang baru saya menyesal kerana tidak menghargainya. Apabila usia semakin meningkat dan tahap pemikiran saya juga semakin matang, baru saya sedar bahawa hidup ini sentiasa adil, cuma kita yang tidak mengerti dan menghargai apa yang Allah telah kurniakan. Saya tidak cukup berusaha untuk merealisasikan impian saya, kerana itulah ia tidak menjadi kenyataan. Saya kehilangan sesuatu setelah lama saya tidak mempedulikan ia, itu adalah balasan keatas kecuaian saya.

Saya tidak tahu adakah orang lain pernah terfikir apa yang saya fikir. Suatu masa dulu saya selalu berfikir mengapa saya tidak jadi kaya?Mengapa saya selalu tidak cukup duit walaupun saya mempunyai pekerjaan tetap dengan pendapatan yang sederhana. Persoalan itu berterusan beberapa tahun. Saya meneruskan hidup ini seperti biasa, adakalanya saya merungut marah, tidak puas hati, geram dan pelbagai perasaan bersarang dikepala. Sebagai manusia normal, pastinya kita sentiasa tidak puas dengan apa yang ada.

Pada suatu hari saya menahan sebuah teksi dari USJ Subang Jaya untuk ke PJ. Teksi pertama tidak mahu mengambil saya, jalan jem katanya. Itulah sikap pemandu teksi yang selalu buat saya bengang. Peduli apa jalan jem, itukan tugas dia untuk membawa teksi, dan sebagai penumpang sudah tentu kita akan bayar dia. Kalau setiap masa nak lalu jalan clear, smooth dan tak jem, lebih baik jangan jadi pemandu teksi. Faham-fahamlah KL kan, jalan mana yang tak jem.

Sambung semula bab tadi, saya menahan teksi kedua dan alhamdulillah dia mahu menghantar saya ke PJ. Saya tidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki yang memandu teksi itu tetapi saya mengagak usianya dalam lingkungan pertengahan 30-an. Orangnya sangat peramah dan suka berbual. Saya melayan saja perbualannya. Banyak perkara yang kami bualkan memandangkan jalan pun sesak, jadi panjang lebarlah kami berbicara. Saya tidak tahulah nak kategorikan sebagai kebetulan atau apa, mungkin memang kebetulan agaknya. Segala persoalan saya selama ini terjawab oleh pemandu teksi itu. Dia mula bercerita mengenai kisah hidupnya. Dia belajar di UK, mengambil ijazah dalam bidang kejuruteraan. Kemudian tamat belajar dia bekerja dengan Malaysia Airlines(MAS) selama beberapa tahun dengan pendapatan RM6K sebulan. Banyak tu. Jadi sekarang mengapa dia jadi pemandu teksi? Persoalan inilah yang menarik. Ia membuatkan saya begitu teruja ingin tahu. Saya merasakan lelaki ini begitu istimewa.

Katanya, dia berhenti berkhidmat dengan Malaysia Airlines kerana merasakan waktu itu hidupnya tidak tenang. Walaupun pendapatannya RM6K sebulan, tetapi dia selalu tidak cukup duit. Dia sendiri tidak tahu kemana perginya duit itu, apa yang dibelinya pun dia tak tahu. sedar-sedar saja duit dah habis. Setiap hari dia berdepan dengan pelbagai masalah kerja dipejabat. Ada kalanya dia marah, ada kalanya dia merungut tidak puas hati. Ada waktunya dia merungut bosan, menyampah, benci dan macam-macam perasaan timbul di tempat kerja. Sebagai seorang pekerja yang bekerja makan gaji, sudah tentu kita terikat dengan peraturan dan arahan dari pihak atasan, dan pihak atasan itu adalah bos kita sendiri. Lelaki ini berkata dia selalu tertekan, sakit hati dan bosan. Itulah yang dia hadapi setiap hari. Dan akhirnya dia membuat satu keputusan nekad, berhenti kerja!

Lelaki ini kemudiannya mengambil keputusan untuk menjadi pemandu teksi. Dia tidak mahu lagi bekerja dibawah arahan orang. Dia tidak mahu makan gaji lagi dan dia ingin bekerja sendiri. Sedar tidak sedar sudah 8 tahun dia membawa teksi ke hulu ke hilir di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Saya semakin ingin tahu mengapa profesion 'pemandu teksi' menjadi pilihannya? Dia pun mula menerangkan kepada saya, bahawa tidak kiralah apa jenis pekerjaan yang kita lakukan, yang penting adalah KEIKHLASAN.

Keikhlasan akan membawa kita ke jalan yang menggembirakan. Seperti dirinya, sewaktu bekerja dengan MAS, dia rasa dirinya tidak ikhlas melakukan kerja setiap hari. Hari-hari dia merungut, marah, berkata bosan dan tertekan. Kerana ada perasaan sebegitu, dia tidak jadi kaya atau hidup senang walaupun duit gajinya lumayan. Apabila kita tidak bekerja dengan penuh ikhlas, maka gaji yang diperolehi setiap bulan menjadi tidak berkat! Wow...saya terkedu. Katanya lagi, sebab itu ada orang gajinya RM10K pun masih merungut tak cukup duit. Padahal gajinya besar, tetapi mengapa masih tak cukup duit? Kerana gajinya tidak diberkati oleh Allah SWT.

Setelah dia menjadi pemandu teksi, hidupnya lebih gembira dan tenang. Dia bebas hendak keluar bekerja pukul berapa, balik rumah pukul berapa, hendak berhenti makan pukul berapa dan hendak balik tidur pukul berapa...tiada siapa peduli dan tiada siapa boleh marah. Dia tidak terikat dengan sebarang majikan dan dia bebas menentukan apa yang dia mahu. Selama 8 tahun dia ke hulu ke hilir mengambil dan menghantar penumpang, dia berjaya beli rumah secara tunai dan membeli kereta juga secara tunai. Hebatkan?

Lebih mengkagumkan saya, lelaki ini sudah berkahwin dan isterinya seorang peguam. Dia mempunyai 2 orang anak yang dijaganya sendiri. Dia yang menampung perbelanjaan semasa isterinya sambung belajar dalam bidang undang-undang. Dia sendiri yang menggalakkan isterinya belajar dan bekerja. Isterinya juga gembira dan lebih senang dia bekerja sebagai pemandu teksi. Ini kerana, isterinya tidak perlu mengupah orang gaji untuk menjaga anak-anaknya, isterinya tidak perlu mengambil cuti jika sesuatu berlaku pada anak-anaknya, tidak perlu terkejar-kejar hendak membayar bil elektrik dan air dan tidak perlu rushing untuk menghantar anaknya ke klinik jika anaknya sakit. Selama 8 tahun, lelaki itu berkata dialah yang pergi bayar bil, dia yang menghantar dan mengambil anak-anaknya dari sekolah dan dia yang menguruskan ke klinik atau hospital jika anaknya sakit. Dia tidak kisah melakukan itu semua kerana dia IKHLAS melakukannya, dengan rela hati tanpa dipaksa oleh sesiapa termasuk isterinya. Kerana itulah dia rasa selama 8 tahun itu hidupnya sudah banyak berubah. Dia tidak lagi merungut, tidak lagi marah-marah, tertekan atau mempunyai perasaan benci atau menyampah di tempat kerja. Hidupnya lebih tenang dan pendapatannya juga lebih berkat.

Dia sempat menasihati saya. Katanya, kalau awak dapat kerja nanti, kerjalah dengan ikhlas hati. Saya tahu bercakap tidak semudah melakukannya tetapi cubalah untuk tidak merungut, tidak mengeluh bosan, tidak mempunyai perasaan marah atau benci pada sesiapa. Mungkin ini lumrah manusia, setiap hari ada saja masalah yang timbul yang boleh membuatkan kita tertekan dan marah. Tetapi cubalah sedaya upaya selagi terdaya untuk mengawal emosi dan perasaan. Ternyata ianya tidak semudah apa yang disangka kerana untuk mengawal emosi marah dan tertekan memerlukan kekuatan mental yang begitu kental dan kekuatan hati yang waja.

Kisah saya bertemu dan berbual dengan pemandu teksi itu sudah 3 tahun berlalu namun segala butir bicaranya dapat saya ingat hingga ke hari ini. Apa yang diceritakan olehnya membuatkan saya berfikir dan mengenang kembali segala persoalan yang pernah menghantui kepala saya. Patutlah saya selalu tidak cukup duit, patutlah saya selalu tidak tenang dan hidup saya tidak semewah orang lain. Ianya berpunca dari dalam diri kita sendiri. Kita yang lalai, leka, ikutkan perasaan dan buta hati untuk berfikir. Kita sering menyalahkan takdir dan merasakan hidup ini tidak adil.

Seperti apa yang dikatakan oleh pemandu teksi itu, tidak mudah untuk mengawal emosi. Saya manusia yang lemah dan saya sering gagal untuk meletakkan tahap emosi saya ke paras yang normal. Adakalanya ia naik mendadak seperti air mendidih, adakalanya ia sejuk dingin seperti salju dan adakalanya ia seperti bahan yang lengai, imune,tidak mempunyai perasaan apa-apa. Hati dan jiwa mudah tersentuh dan sentuhan itu ada ketikanya boleh menghiris seperti pisau tajam. Saya sedang belajar untuk mengawal perasaan dan belajar bersyukur dengan apa yang ada. Lebih baik menghargai apa yang ada didepan mata sebelum ia hilang pergi dan waktu itu barulah kita tergapai-gapai menyesal tak terperi.

Ikhlas lah dalam melakukan apa saja. Jangan berdendam dan cuba belajar untuk meminta maaf dan memaafkan. InsyaAllah hidup ini lebih tenteram.

Sunday, May 17, 2009

Photo edited

Saya suka meng'edit' gambar, tambah frame, letak pulkadot, adjust color, letak itu, letak ini...hilang tension. Saya bukan photografer profesional, hanya amatur saja. Tapi pada masa lapang saya suka edit gambar kerana saya suka gambar itu kelihatan cantik dan sedap mata memandang. Hari ahad yang bosan dan panas ini, saya hanya terperap dirumah tanpa sebarang rancangan untuk keluar kemana-mana. Jadi, saya cari semula gambar-gambar yang menarik untuk di edit dan saya compilekan ia supaya menjimatkan space. Saya gunakan gambar percutian saya ke Kelantan&Terengganu (2008) dan Penang (2009).

*Pearl Island - Penang*
Actually my vacation in Penang is pretty boring bcoz I was there during chinese new year, so suasananya agak lengang dan sunyi sehinggakan saya rasa seperti berada di dunia yg lain. Tapi saya suka pemandangannya, indah,kagum,cantik,menarik...


*My friends and I at Bukit Bendera and Padang Kota Lama*

*At the top of Bukit Bendera*

*Saya dan adik saya yang debab, Herry*
This pictures was taken during my holiday with family last year. We were visited Pantai Cahaya Bulan and Taman Tamadun Islam.


*Saya lupa apa nama air terjun yg saya pergi nih, but it's very nice place for us to rilex and forget about our office works*

Orait...I will take more photos with the nicest view on my next vacation. Where? Belum ada perancangan lagi.

Selamat Hari Guru

Hai cikgu-cikgu yg berada di seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak. Selamat menyambut hari guru. Mungkin saya sudah terlewat untuk mengucapkannya kerana waktu ini sudah masuk 17hb. Tapi tak mengapa. Saya rasa memang patut di wujudkan satu hari dalam setahun untuk menghargai segala jasa-jasa guru kerana tanpa mereka, kita tidak akan menjadi seperti apa yang kita jadi sekarang.

Tidak kiralah apa pekerjaan kita pada waktu ini, semua ini adalah hasil didikan seseorang yang bergelar cikgu. Atuk saya seorang guru dan dia merupakan guru besar di sekolah rendah dikampung saya. Tetapi dia sudah meninggal dunia sebelum saya sempat bermanja dengannya. Itu cerita lama, kata abah, atuk saya garang orangnya. Maklumlah...guru besar. Arwah atuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, dan dia juga merupakan guru sukan. Tetapi saya langsung tidak mengikut jejak langkahnya. Saya jarang bersukan, dan saya tak tahu bahasa arab. Bahasa inggeris saya pun tunggang langgang. Kelakar kan.

Profesion seorang guru nampak mudah, tetapi ia sukar untuk dilaksanakan. Sebab itu saya rasa saya tak layak jadi cikgu kerana saya tak pandai mengajar. Tugas seorang guru bukan setakat masuk kelas dan mengajar, tetapi juga dia harus pandai mendidik. Mendidik itulah yang sukar. Semua orang boleh mengajar tetapi tidak semua orang boleh menjadi pendidik yang baik. Saya mengenal huruf ABC dan 123 bermula pada usia 6 tahun di sekolah tadika. Untuk makluman semua, tugas seorang guru tadikalah yang paling mencabar. Guru tadika tidak sama seperti guru sekolah menengah. Guru tadika adalah guru pertama yang mengajar dan mendidik kita tentang huruf dan nombor. Bayangkan pada usia kita 6 tahun, apalah yang kita tahu?Berak kencing pun masih di ajar, apatah lagi nak mengenal huruf. Kerana itu saya tabik pada guru tadika kerana merekalah manusia pertama yang mengajar kita apa itu huruf dan nombor. Merekalah guru pertama yang mengajar kita bagaimana cara makan, main, baca doa,tulis ABC, cara pegang pensil dengan betul dan silap haribulan mereka juga yang tolong bersihkan najis kita di sekolah. Ini perkara benar, saya tak bohong.

Namun ada juga sebahagian guru yang langsung tidak memberi motivasi pada pelajarnya. Saya tidak tahu sama ada dia ikhlas menjadi seorang guru atau tidak. Jika dia ikhlas, tentu tidak akan keluar perkataan seperti ini dari mulutnya: "Saya rasa kamu ini tak ada masa depan".

Well, patutkah ayat seperti ini keluar dari mulut seorang guru? Saya bukan reka cerita bohong tetapi perkara ini pernah berlaku dalam hidup saya. Guru itu pernah berkata begitu tetapi bukan secara direct di hadapan saya. Saya tidak faham mengapa dia boleh mengeluarkan ayat seperti itu. Walau sebodoh mana pun seorang pelajar, walau sejahat dan senakal mana pun seseorang anak murid, guru tidak harus mengeluarkan ayat yang boleh membuatkan pelajar semakin lemah semangat. Mereka yang bodoh harus di ajar, yang jahat dan nakal harus di didik. Jika mereka tidak dengar kata, barulah di lakukan tindakan yang sewajarnya. Tetapi jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Ya...mungkin saya tidak sepandai mana, tetapi itu tidak bermakna saya bodoh dan tidak ada masa depan. Yang menentukan masa depan saya bukan dia, tetapi itu semua kerja Allah. Mereka seorang pendidik, bukan peramal atau ahli nujum yang boleh meramalkan masa depan seseorang itu gelap atau cerah. Saya terima segala kritikan, dan sekarang saya berdiri sebagai diri saya...saya kejar cita-cita saya. Alhamdulillah..., terima kasih guru, mungkin kata-kata itu sebagai cabaran buat saya untuk berjaya.

Saya tidak pasti adakah saya seorang pelajar yang nakal, jahat atau degil ketika sekolah dahulu. Mungkin saya agak degil, tetapi mengapa kata-kata itu di tujukan untuk saya? Saya rasa ramai lagi pelajar lain yang lebih teruk. Entah, saya tak faham. Namun itu semua kenangan lama, saya bukan ingin mengungkit, cuma tiba-tiba terkenang semula cerita waktu sekolah. Syahdu nya.

Saya berterima kasih kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya suatu ketika dahulu, termasuk cikgu Ani, guru tadika saya. Saya doakan mereka bahagia dan terus menjadi seorang pendidik yang baik. Terima kasih untuk segalanya, segala jasa baik mu tetap ku kenang hingga ke akhir hayat.

Selamat Hari Guru!

Wednesday, May 13, 2009

New glasses

*Bvlgari Eyeglasses*

I am specky. It's almost 3 years I was not checking my eye power and I guess, it was increased! Patut lah kepala asyik pening hingga saya menyangkakan saya ada migrain. Tapi saya memang selalu sakit kepala sejak sekolah, dan saya berfikir bahawa saya diserang migrain. Namun apabila saya berjumpa doktor pagi tadi, doktor tersebut mengatakan bahawa saya tidak ada migrain. Sakit kepala yang saya alami adalah disebabkan oleh keletihan pada otot mata.

Apabila budaya kerja kita lebih terarah kepada melihat komputer setiap hari, orang yang tak rabun pun boleh jadi rabun, apatah lagi orang yang sedia ada rabun seperti saya. Saya mula memakai cermin mata pada awal usia 17 tahun. Waktu itu saya seperti tidak percaya bahawa saya rabun kerana sebelum itu penglihatan saya jelas dan saya boleh menonton tv serta membaca subtitle dengan jelas tanpa kabur sedikit pun. Saya berbangga dengan mata saya pada waktu itu. Namun, mungkin Allah ingin menarik balik nikmat yang ada dengan memberi saya sedikit rabun supaya saya lebih menghargai panca indera ini.

Dari tahun ke tahun power mata saya semakin meningkat, dan kali terakhir saya check mata ketika di Perlis 3 tahun lalu. Jadi lebih baik saya check mata sebelum sakit kepala saya menjadi lebih teruk. Cuma yang saya hairankan ialah pendapat doktor ini berbeza-beza. Ketika saya berjumpa seorang doktor perempuan berketurunan India tahun lalu, dia mengatakan sakit kepala saya ini di sebabkan oleh 'hyper tension'. Waktu itu saya hampir tergelak. Entah apa yang saya tensionkan sgt pun tak tahu lah. Tapi doktor perempuan itu agak kerek, jadi saya malas nak tanya banyak. Bila saya berjumpa dengan Dr.Paul, dia kata sakit kepala ini disebabkan oleh otot mata yang lemah. Entah mana satu betul pun tak tahu.

Walau apa pun sebab musababnya, saya harap ia tidak merbahayakan kesihatan untuk jangka masa panjang. Thanks to Dr.Paul, walau dia kedekut nak bagi MC, tapi ubat yang dia beri memang mujarab. Selepas 1 jam telan ubat, sakit kepala saya beransur hilang. Confirm ubat tu banyak dadah.. :)

Next month budget : spend an extra money for new spectacle.

Monday, May 11, 2009

Monday blues

We are always start the Monday as the first day of the week with boring and tiring day. We feel like garfield - a lazy fat cat, how nice if we can stay on the bed and continue fall asleep. But we can't! We need go to the office with sleepy face and do the rest of our works of previous week. So bored.

This week is my turn to driving for the whole week. I drove with moody and headache. Pagi tadi bangun dengan mengejut, jadi kepala ada sedikit pening. Waktu pagi dan biasanya hari isnin kita tidak mahu menghilangkan mood pagi yang boleh dikatakan ceria, tetapi sedikit tercalar bila ada segelintir pemandu bersikap mementingkan diri sendiri. Mereka sanggup menyondol kereta depan semata-mata tidak mahu bagi kita masuk depan dia. Bodoh! Apa salahnya mengalah, bagilah kita masuk depan dia, then kau drive lah macam biasa, bukan mati pun setakat bagi aku masuk depan kau, bukan aku tak bagi signal, bongok!

Dulu ada sebuah kereta kancil, dia seboleh-boleh menekan pedal minyak selaju mungkin kerana takut saya mencelah dihadapannya. Tidak mengapalah jika dia tak mahu bagi, saya tak kisah lagipun saya bukan tak bagi signal. Then di hadapan keretanya ada sebuah motor. Agaknya dia terlampau ghairah tak mahu saya masuk depan dia, dia langgar motor tu, bodoh kan? Apa lagi, mamat motor tu bengang lah. Nasib baik ditengah-tengah kesibukan pagi yang sesak itu tak membenarkan mereka bergaduh, kalau tak makin sesak lah jawabnya. Yang si kancil tu, bila dah terlanggar motor, barulah stop bagi saya lalu depan dia. Padan muka kau, tu lah selfish sangat.

Sebagai pemandu yang berkongsi jalan raya yang sama, sama-sama bayar road tax, apa salahnya kita bertoleransi? Kalau kita dah nampak kereta itu bagi signal nak masuk, bagi jelah. Kecuali diaorang tu potong queue or memandu dengan cara yang merbahaya, itu kita boleh marah. Ini tidak, kita dah bagi signal, lagi dia tekan minyak macam nak menyondol kereta depan. Macam lah diaorang tu tak pernah mencelah kat depan kereta lain.

Oppss..sorry if I sound emosional plak...terkadang kita harus meluahkan apa yg terbuku di hati..., and this blog is just like my diary...,this is place where I write what is on my mind...

Single room

Since my roommate has been moved, I was alone in the room. I did my duty to clean and re-arrange the furniture and I was thinking where to put the bed, table and almari. I want my room just look like a simple room and not too crowded. I need more space to rilex, golek-golek kat lantai, meniarap sambil baca majalah or menyepah-nyepahkan baju yg malas nak lipat. I think this room is very nice and the location is strategic. Why? because the sun light can give more lightening for the whole day. If I want snap the picture, I just click the button without turn on the flash. Prefect. I like the window of this room. I can see the scenery of USJ from 4th level of my room and I always standing here and dreaming! Cool.

*My bed*
Simple.

*My 'mini office' *
This is place where I surf internet for blogging, find and listen songs, watch movie and do my extra office work.

*My wardrobe*
Ada sikit bersepah, malas kemas.

*The scenery of USJ 8 from my room*
Lengang kerana hari ahad.
Di tingkap ini lah saya selalu berangan.
Di trafic light ini jugalah selalu ada eksiden.
I can hear and see the car crash from my room.

Oleh kerana kamera handphone saya tak canggih, jadi kualiti gambar ini memang teruk. Waiting for my new camera soon. :D

Sunday, May 10, 2009

Happy Mother's Day


I am not being a mommy because I'm not married yet :p, but I know being a mommy or mak or mama or umi is not easy like being as an engineer or a doctor. As a mother, you have to take care of your children everyday, wash the laundry, cook a special or delicious food, ask your child about their home work, send them to hospital or clinic if they are not feeling well, send them to school in the morning and take them back in the afternoon, arrange about 'rumah tangga', clean or make the house keeping work, go to the market to buy something to cook and many more things to do everyday and every time just to make sure their children and husband feel comfortable and happy.

The picture above was taken during my convocation day 2 years ago. My mother is Farizah Binti Othman and for me she is supermommy! She did what should a mother do for their children and I appreciated it. She is the best mother in the world. Terima kasih mak untuk segalanya. I don't have any other special word for her, it's just........I LOVE YOU!

Happy mother's day for all mommies in the world and also for mommies-to-be. Appreciate your mother before she is gone, and don't forget that "Syurga itu dibawah telapak kaki ibu".



Saturday, May 9, 2009

Love Story


Once upon a time, there are a little girl was followed her bestfriend back to hometown, somewhere at South of Malaysia. She went to her bestfriend's house 2-3 times before, but this time she saw a guy who look like her bestfriend face. She asked her friend, "Who's that guy?". Her friend replied, "My brother". She just ignore that guy because she is a shy and not too friendly to talk something with him. The guy is also look at her without say any word, and then go. The drama is just end with both of a little girl and that guy are silence...,no talk to each other.

A few years later, she saw the guy again. This time she and her bestfriend are in the train to send her brother to Puduraya. The guy sit in front of her. The guy was smiled to her, but she just ignore it. She is really didn't noticed for his smiling. The guy was so sad. It is because there is no response from the girl and he feel like he want to put his face somewhere in the pocket of his bag.

1 or 2 years later, she is an office worker somewhere at Selangor. One sweet night, she got a phone call from her bestfriend. They are talk each other for a while. Then, her bestfriend asked a killer question:

"Do you already have a boyfriend don't you?". She is really shock for the question.
"No, why?". She answered and asked the question to her bestfriend.
"I just asking. Actually there are a men who is really admire at you. He want you be a friend with him". Her bestfriend answered. This time she was shock again.
"Who's the guy?". She asked again. She is really want to know who's the secret admire.
"Ermmm...my brother". Her bestfriend replied and laugh.
"What?????? Your brother????"
"Yes, my brother. He is really want to know you, be a friend with you. He is admire you...hahaha..". Her friend laugh.
She is speechless.
"Ermm...if you don't mind, I want give your phone number to my brother...,could I?". Her friend asked and waiting for a moment.
She's thinking about that for a few seconds. But she didn't give any answer and silent.

A few months later...
She is now at her office, sit in front of her pc, typing word by word. Suddenly she got one new message from her mobile phone. She opened the message, and read it. She didn't recognized the 019-708XXXX number, from unknown person. She just replied the message and asked, Who is this?. A few seconds, she got another one message from the unknown person. The message is: Your bestfriend's brother.

Oh God! She is really shock but she smiled. She talked to her self. "Berani juga akhirnya dia sms aku". Start from the day, she and her friend's brother be a friend, a close friend and now....a couple. They are one of the loving couple in Malaysia. Same with other couples, they talk, share the problems, miss each other, love each other and sometimes, fight!

One day, she asked her boyfriend on the phone: "Why you love me, and could you tell me when you start love me?". Her boyfriend replied: "Why you ask me like that?".
"I just asking..just to know...if you don't mind to tell me..", She answered and smiled. Her boyfriend thinking how to answer, and finally..he give the answer. His answer is really touching and a little girl was so speechless.

" I start fall in love with you since the first time I meet you". He answered, and 5 second later, he continue again.
"But I don't have the answer why I love you. I don't know why I love you, I love you without any reasons".

Ohh..the answers was touched her heart. She smiled eventhough she know her boyfriend cannot see her smile. This is a love story from a girl who is always lonely, but now she got a prince and she promise that she will always love her prince in what ever happen. She pray and wish to Allah, "jika ada jodoh, satukan lah aku dan dia. Jika dia yang terbaik pilihanmu untukku, dekatlah dia denganku, tetapi jika dia bukan yang terbaik buatku, jauhilah dia dariku".

She close her eyes, and said slowly...."Thanks for loving me dear".

Thursday, May 7, 2009

Diet - how to do it?

Most of my colleagues in my office are on dieting programme. They took slimming juice 'Mate 5' from Herba Prima Marketing product, formula by Dr. Che Rozmey Che Din. I started my diet programme 3 years ago during I was in Perlis. I am not remember my weight on that time but I think it's almost 60kg. I target to reduce 5 kilos and I did it slowly, and it was successful. Then, I talked to myself; "Oh..I think I want to reduce my weight another 3 kilos. I want an ideal body weight about 52kg". I did it again, and it was successful! Thanks God. How do I reduce my weight without taking any other supplements or slimming juice?Yes, I never take any slimming juice because I don't have an extra money on that time. I was a student at university and I didn't spend money to buy slimming/diet juice. So I just control my food intake everyday.

MORNING - Breakfast
I took 1 or 2 slice of gardenia bread, but don't take white bread. Please take high fiber bread. You can eat with mayonnaise or sardine or tuna or what ever you want like telur hancur.Sedap! Then drink a cup of milk or nescafe or milo.

AFTERNOON - Lunch
I still take a nasi campur, but the quantity of nasi haruslah dikurangkan. I just take 3/4 of rice with lauk pauk like ikan masak asam (macam asam rebus), sayur and sambal belacan. Jangan ambil ayam, lebihkan pada ikan dan sayur. Yang paling penting ialah kuantiti nasi. Mula-mula saya kurangkan kepada 1/2 pinggan, then lama-lama saya cuma ambil 3/4 pinggan saja. Jangan ambil lauk yang oily, lebihkan pada yang rebus-rebus, ulam-ulaman dan sup. Adalah lebih baik makan buah terlebih dahulu sebelum menjamah nasi.

NIGHT - Dinner
I don't take a heavy dinner. Just a simple menu like vegetable soup or 2 slice of gardenia bread (eat it with mayonnaise or tuna). Kadang-kadang saya cuma minum milo atau nescafe atau nestum.

Tip saya mudah. Jangan makan malam yang berat-berat kerana selepas kita makan malam biasanya kita tidak melakukan aktiviti yang banyak. Oleh itu lemak dan kalori tidak terbakar dengan banyak. Sebab itu berat badan mudah naik. Jadi elakkan makan malam yang sarat dengan kaborhidrat dan lemak. Cuba latih diri untuk merehatkan perut dari memproses makanan yang berat-berat. InsyaAllah kita akan dapat berat badan yang ideal seperti apa yang kita inginkan. Percayalah, saya sudah melaluinya dan saya berjaya.

Tetapi jika ingin mengambil apa-apa supplement seperti jus diet, itu tidak salah. Cuma kita harus mendisiplinkan diri dengan mengawal jumlah makanan yang diambil setiap hari. Kira kalori setiap makanan yang diambil dan kira juga berapa kalori yang tubuh kita perlukan. Jangan makan lebih daripada apa yang tubuh perlukan, jika terlebih itulah yang mendatangkan kegemukan atau obesiti.

One more tip, rajin-rajinkan diri anda melakukan senaman paling tidak pun berjoging 2 kali seminggu. Jika dapat joging setiap hari itu lebih baik. Jika malas berjoging, memadailah dengan berjalan kaki. Yang penting setiap pergerakan itu mengeluarkan peluh dan dapat membakar kalori. Ia bukan saja untuk mengurangkan berat badan tetapi juga bagus untuk menjaga kesihatan dalaman tubuh seperti jantung.

So don't give up if you think your weight is still at the same point. Rasa macam dah kurang makan, tapi kenapa tak kurus? Mungkin cara berdiet yang di amalkan itu silap. Diet tidak bermaksud tidak boleh makan. Diet ialah kurangkan atau kawal jumlah makanan, bukan tidak boleh makan langsung. Sebab itu ramai yang tidak berjaya kerana mereka mengamalkan diet yang salah. Tubuh kita masih memerlukan makanan berkhasiat seperti karbohidrat, protein, kalsium dan sebenarnya tubuh kita tetap memerlukan lemak dan gula cuma bukan dalam kuantiti yang banyak. Jika dalam tubuh kekurangan gula, kita akan pengsan.

Kepada sesiapa yang ada keinginan untuk menguruskan badan, I wish you good luck. Don't give up. Percayakan diri sendiri.

Wednesday, May 6, 2009

Makan

*Nasi Lemak*

1 pinggan nasi lemak complete with sambal, ikan bilis dan telur, jumlah kalorinya ialah 644. I took nasi lemak for breakfast this morning. Kenyang gila. Tiba-tiba tekak ini teringin nak makan nasi lemak. Dahulunya saya agak susah untuk makan nasi lemak kerana menu ini sudah lama pupus dalam senarai makanan harian saya. Tetapi orang melayu tetap orang melayu, tekak melayu dan jiwa melayu. Sampai bila saya nak menahan selera?

I ate a lot of food yesterday. Saya semakin kuat makan sejak 2 menjak ini. Kadangkala perut bukanlah lapar sangat, tapi nafsu tekak yang meminta makanan itu dan ini.

I went to Secret Recipe and bought 2 slices of cheese cake yesterday. Oh, it's so yummy. Sebelum itu saya makan 2-3 sudu nasi yang saya cilok dari pinggan kawan. Rupa-rupanya saya lapar, lalu saya menjengahkan diri ke pantry mencari apa yang boleh di makan. Saya ambil sebungkus nasi lemak, memanaskan dahulu di dalam microwave lalu membedalnya hingga habis licin. Then...time to eat cake! sedap tak terkata.


*Chocolate Banana*
Fad & K.Su bought this cake.


*Hazel Cheese*
Fad beli juga


*Cappuccino Cheese*
Actually I want Espresso Cheese, but this cake is not available, so I chose Cappuccino Cheese



*High Fibre Cream Cheese*
This is cake is good for sapa-sapa yg sedang on diet. Sedap.Boleh beli lagi.