Thursday, August 27, 2009

semlm punya menu - sup ayam


Sup ayam hasil air tanganku...main campak2 je sebab semalam sampai rumah dah kul 6, jalan jem tahap cipan. Saya sangat2 tak faham dengan keadaan jalan kat kl ni. Takpe, malas nak fikir dah. Cuma saya heran, bulan puasa ni adakah yg balik awal org Islam saja atau...ermm..ntah.

Duduk di opis dalam keadaan takde keje amat menyeksakan. Lepas tu sejuk mcm apa...rasa bersalah sebab makan gaji buta, dah la tak baik, bukan kenyang pun. Tapi sebab dah takde keje layankan aje internet sampai tak tau nak explore apa.

Cadangnya balik ni nak clearkan baju2 kotor sebab this saturday nak meredah perjalanan blk kampung. Pasal masak, today is not my turn, so boleh la buat benda lain. Dan dalam kepala ni dah terfikir macam2 apa yg saya akan angkut dari kampung. Antaranya....mixer! hehe..so tak payah beli, jimat duit aku. Kat rumah bukan mak saya guna pun mixer tu, so daripada terbiar buruk baik saya bawak blk sini dan buat apa yg patut. Cerdik kan?

Tapi saya ni selalu hangat2 taik ayam, dalam kepala plan macam2, tapi bila tiba masa tak buat pun. Hopefully kali ni saya akan kotakan janji seperti apa yg ada dlm kepala....yeayy..

Wednesday, August 26, 2009

FB & blog

Saya baru baca blog Harris tadi. He talked about the two popular website, Facebook and Blog. It's quite interesting. So I want to put my own opinion in my blog regarding the FB and blog.

What is the important of blog and Facebook?

Blog is a place where I can tell to the world what is on my mind and my heart. I can share my life, love and experiences to others in blog. I can put my opinions, suggestion and advices in blog. And maybe some of us used blog as a place to advertise their products such as perfume, bag, gadget, shoes etc, so blog can makes us making money online. And I know some of us used blog as a political place or gossip place. But what ever reason we using blog, I think this is a very nice place to discuss all out what is in our heart. And for me, blog can cheer me up. I can write what I want, express my feeling and share good things to my friends. That's the reason why I had published this blog in the world wide web.

Facebook is a place to find friends, whether old friends or new friends. We can search someone using name, email, school or university. When we met our old or new friends, of course we can talk, chatting, send message and share the pictures. Is that happy? Yes happy. We're also can play game in facebook and take a stupid quiz to release tension. That's why the information system in my company already blocked facebook because they didn't want all employees focus on entertainment, just focus on work! Wallaaa..tapi aku peduli apa, teknologi canggih kan ada...broadband membantuku! Muahhhh..

So facebook and blog are the nice things and don't skip one of it. I just want to reminder one thing, jangan la menggunakan ruang ini untuk berbalah atau bergaduh. Itu je.

Mata saya ni dah macam ada gam cap gajah, dah nak tertutup sangat dah. Mengantuk macam apa...so saya mintak diri dulu la ye, bersambung di lain hari..insyaAllah. Selamat malam and wassalam..

Surah Al-Taubah (ayat 128-129)


Maksud:

128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

129. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

Ada kawan beritahu saya pasal surah Al Taubah ni, bagus diamalkan kerana banyak manfaat. Saya tak berapa tahu secara keseluruhan kebaikan daripada ayat ini, tapi menurut kata kawan saya ni, ustaz tempat dia belajar kursus haji suggestkan suruh hafal dan amalkan setiap kali lepas sembahyang. Salah satu kebaikannya ialah untuk di murahkan rezeki.

Yang kedua..yang paling membuatkan saya rasa betul-betul nak baca surah ini, walaupun agak seram bila mendengarnya, tapi memang baik untuk diri kita. Manfaatnya ialah...

Apabila sampai waktu ajal kita, kita tidak akan dapat membaca 2 ayat ini walaupun sebelum ini kita dah biasa membaca dan mengamalkannya. Means, Allah memberi kita petunjuk bahawa ajal kita sudah semakin hampir, dan pada saat dan waktu itu kita seakan-akan lupa ayat ni, tak boleh nak ingat, padahal hari-hari kita baca. Itu tandanya...ajal kita sudah hampir tiba. Inilah salah satu petanda yang Allah beri pada hambanya yang mengamalkan surah Al-Taubah, ayat 128-129.

Bila Allah beri petunjuk, kita masih ada kesempatan untuk melakukan ibadah. InsyaAllah. Lain-lain kebaikannya kena tanya orang-orang yang lebih tahu dan berilmu. Tapi ustaz kawan saya tu bagitau ini salah satu kebaikan untuk orang yg mengamalkan ayat ini setiap hari.

Sekadar berkongsi...


Tuesday, August 25, 2009

oven & rice cooker


This entry is for K.Ila. Semalam tanya rupa bentuk oven yg saya beli kan, so herewith I have attached the picture of my oven and rice cooker. I just bought the cheap items to save cost sebab saya beli 3 barang sekaligus! So memang tak pandang pun barang2 yg branded mahal2...asal boleh guna sudah. Tapi gambar blander not included dalam ni, rasanya tak perlu kot.

The prices are:
1) Rice cooker - RM89 (1.8 litre)
Brand - Pensonic (local punya je)

2) Oven - RM205 (24 litre)
Brand - Faber (my fren kata this brand is ok)..tapi kalo ada duit lebih nk beli yg lagi mahal pun
apa salahnya kan...

Semua barang tu berfungsi dgn baik kecuali oven sebab belum try lagi. Huhu..

Monday, August 24, 2009

kerabu pegaga

I try to prepare the Kerabu Pegaga yesterday. Not bad..nak kata sedap sgt tak..tak sedap pun tak. This is first time saya buat kerabu atau pun org panggil 'urap'. Saya dah tak tau nak masak apa. Ni baru 3rd day puasa, belum masuk hari-hari berikutnya. Oleh kerana sejak puasa ni melantak nasi je, badan dah jadi berat sikit, pastu bila dah berat jadi malas!

Semalam masa berbuka saya makan nasi sikit je, sebab Yat ada buat roti jala. Terer minah ni masak, dah bleh kawen dah. And for sahur, saya terpaksa makan nasi sebab dah takde benda lain nak makan. Dalam kepala ni terpikir nak makan sup ayam. Mengidam plak.

Ohh..I forgot to story mori, I bought blender, rice cooker and oven yesterday. Shopping sakan la semalam, termengah-mengah angkut barang2 tu nak naik ke tingkat 4. Terbakar la juga kalori ni. So lepas ni boleh la buat kuih raya plak, or what ever recipes need to be baked. Cheese cake pun bleh.

Makin gemuk la aku..

Source for resepi kerabu pegaga, I found from http://makan.cari.com.my


Sunday, August 23, 2009

pukul 3 pagi

Currently at 2.50am, I am listening the song Ayat-ayat Cinta by Rossa. I woke-up at 2.05am lepas rasa kepala ni sakit sgt. Saya tertido awal malam tadi. Hari pertama puasa berjalan dgn jayanya...alhamdulillah. My friends and I prepared the lauk-pauk such as asam pedas, sayur kangkong goreng belacan, ikan masin, telur dadar and bendi for ulam cicah dgn sambal belacan. Dan saya sendiri tak sangka saya boleh makan sebegitu byk masa berbuka. Serius, saya dah lama tak makan banyak mcm tu. Org lain mcm pelik tgk saya makan macam tu. Lepas makan tu mula la rasa termengah-mengah, perut dah penuh. Tapi saya org yg tak kuat minum air. Makan la byk mana pun saya jarang minum air byk2, kadang2 tak minum langsung.

My mom called me lepas berbuka. She told me that my brother's car kena langgar. Ouchhh..pakai kereta ni kalau tak kena langgar mmg tak sah. Adik saya ok tapi keretanya ada sket rosak la. Bumper jatuh dan tangki air wiper pecah. Katanya yg langgar tu kawan dia sendiri. Masa kat selekoh kawan dia tu bawak laju, maklum la budak2 muda mmg suka tunjuk skill mcm handal sgt bawak kete. Bila dah langgar org mula la nak salahkan org lain. Tapi nasib baik bapak budak tu rela hati nak bayar ganti rugi. Macam2 perkara la adik aku ni sorang. Tapi yg penting diri dia selamat. Takpe...kereta rosak boleh dibaiki, yg penting dia selamat. Thats the important for me.

So skrg dah pukul 3 pagi. Saya rasa elok la saya masuk tido dulu. Nanti jap lagi nak bangun sahur pulak. Sahur adalah perkara 'wajib' bagi saya. What ever happen, I need take a sahur, kalau tak perut saya masuk angin, then kepala pening. Tu yg saya tak sanggup nak hadapi di saat-saat sedang berpuasa ni.

Ohhh...jangan lupa niat puasa. Kalau tak niat..sia-sia lah puasa kita tu. Huhu...

Friday, August 21, 2009

the time traveler's wife

Saya mcm nak tengok citer ni...The Time Traveler's Wife.




This movie is based on the best selling book about a love that transcends time. Clare has been in love with Henry. She believes they are destined to be together even though she never knows when they will be separated. Henry is a time traveler, cursed with a rare genetic anomaly that causes him to live his life on a shifting time line, skipping back and forth through his lifespan with no control. Despite the fact that Henry's travel force them apart with no warning. Clare desperately tries to build a life with her one true love.

Macam best je kan movie ni. Beli DVD, pastu tgk kat rumah sambil kunyah2 keropok ke..goreng pisang ke, then minum air teh or kopi panas...ermm..nikmat. Tapi oleh kerana esok dah puasa, jadi haruslah saya tgk lain kali. Mata pun kena puasa juga kan..;)

Pada sapa2 yg rajin membaca, bleh cari novel cerita ni. Kalau saya jangan harap la nak baca novel, novel yg ada pun tak terbaca. Memang tahap gaban punya malas nak membaca. Satu novel amek masa setahun nak abes. So..tgk movie lagi bagus.


The Time Traveler's Wife Novel

Thursday, August 20, 2009

maafkan saya dan saya maafkan awk semua

Saya tahu 2-3 hari ni mungkin ramai orang masih bersedih diatas pemergian Alin. Ramadhan pun bakal tiba dan kita semua akan memulakan sesi berpuasa selama sebulan bermula sabtu ini. Tapi sampai bila kita harus bersedih? Hidup mesti diteruskan. Yang pergi biarkan dia pergi dan kita doakan dan sedekahkan Alfatihah untuk kesejahteraan mereka di sana. Dan kita yg masih bernafas ini kena teruskan kehidupan seperti biasa. Hidup mesti terus.

Sempena ramadhan ini, ramai org dah mula bermaaf-maafan, minta keampunan sesama insan di atas segala kesilapan yg pernah dilakukan sama ada sengaja atau tidak. Begitu juga bila tibanya syawal. Masa itulah org berebut-rebut nk minta maaf. Tapi pada saya tak perlu tunggu bulan ramadhan atau syawal utk meminta maaf. Memohon kemaafan boleh dilakukan pada bila2 masa. Adalah lebih baik kalau kita rasa kita dah buat salah, terus saja hulur tangan dan minta maaf. Tak akan jatuh martabat kita kalau kita memohon kemaafan, malah kita akan lebih dihargai dan dihormati kerana keikhlasan hati kita untuk membuang yg keruh dan merapatkan semula tali siratulrahim.

Ada satu peristiwa yg telah mengingatkan saya pada seorang kawan. Saya tahu dia kawan yg baik, cuma mungkin keadaan atau situasi pada masa itu yg membuatkan dia hilang sifat kelembutan dan kebaikannya. Tercetusnya perang dunia ke-3 pada masa itu membuatkan kami putus sahabat. Sesiapa yg telah menyaksikan peristiwa perang itu meletus, pasti akan tahu siapa orangnya. Tapi jangan risau, saya tak pernah menyimpan walau sebesar zarah pun perasaan benci atau dendam. Tidak ada! Saya dah memaafkan dia kerana saya tahu saya tak berhak untuk menghukum seseorang. Cuma saya jadikan apa yg dah berlaku itu sebagai satu pengajaran paling berharga dlm hidup. Dan ia juga mengajar saya supaya lebih berhati-hati. Dalam peristiwa perang itu, mungkin saya pun ada buat salah dan saya juga berharap dia memaafkan saya.

Cuma saya nak pesan satu perkara...

Kita dianugerahkan dgn akal. Jadi gunakan akal utk berfikir. Jangan terlalu percaya dgn kata-kata org lain yg belum terbukti kebenarannya. Dengar boleh, tapi percaya jangan. Kaji dulu sebelum bertindak kerana tindak tanduk kita itulah yg akan mencerminkan diri kita yg sebenar. Jangan termakan dgn hasutan. Dan gunakan cara yg paling berhemah utk bertanya jika ada sesuatu yg tak puas hati.

Peristiwa perang itu adalah peristiwa paling pahit yg pernah saya rasa sepanjang bergelar pelajar (kerana ia berlaku sewaktu saya sedang belajar), dan peristiwa paling pedih sepanjang saya berkawan. Tapi..peristiwa itu jugalah yg mematangkan saya. Betul lah setiap kejadian itu ada hikmah yg kita tak nampak, tapi bila dah lama baru kita nampak apa hikmah yg tersirat tu.

Experience makes me more meatured.
Experience makes me more be careful.

Selamat Berpuasa.

Wednesday, August 19, 2009

Nailis' Place

Saya rasa dalam masa seminggu berat badan saya dah naik 2 kilo. Minggu lepas masa demam rasanya badan saya susut sikit, maklum lah org sakit tak lalu nak makan. Bila sihat sikit, mula la melantak macam apa. Ohh..nevermind, dah nak puasa kan, so nanti bleh kontrol selera.

Talking about makan, I would like to thank you to Kak Ila kerana kesudiannya membelanja saya dan housemate makan semalam. We went to Naili's Place in Taipan, USJ. Kebetulan K. Ila datang USJ nak beli barang untuk menyambut birthday anak dia, so kami makan lah bersama-sama. Tersangat lah kenyang bagai apa pun tak tau lah nak cakap. Balik rumah mata pun dah kuyu2 dan bantal bagai dah memanggil-manggil utk tido. Ok...layan la a few pics yang sempat saya snap semalam.

Err...lupa lak nak cakap, sebenarnya niat saya semalam nak makan mee goreng mamak je, maklum la tu je menu paling murah, tapi bila dengar K.Ila nak belanja, serta merta saya tukar menu dari mee mamak kepada Black Pepper Chicken Chop. Jahat kan aku...hehehe...jgn marah K.Ila..

Air ini namanya 'Sunset'
(Lemon+Soda+Orange = Sunset)


Ubi rebus pun ada...tersangat la sedap especially sambalnya..
1 pinggan RM5


Tomyam campur
medium size...lupa harganya bape

This is my plate..
Black Pepper Chicken Chop


K. Ila punya favorite menu..
Lamb Chop

Fad punya menu..
Black Pepper Steak


Yat's plate..
Tomyam Noodle


Kami bersila sebab tempat lain just for 4 persons..
we are 5..


Kali ni bukan stakat kenyang mcm dugong..
mcm mak gajah kot..

terima kasih Pn. Norhalilah..


life saving rules


I just attending the briefing of Health Safety and Environment (HSE)\Shell - Life Saving Rules. This briefing is good for anyone who involved or will involve in Shell project. Shell provided the rules for their employees and for those who involved in their project especially consultant to make sure we are always put the safety as a number one procedure before start work everyday and every time. Good huh?

Do you believe from 2000 until 2008, there are almost 350+ fatalities case happen in Shell site. Serious case. That's why we have to be consider with safety and health. I know most of us just thinking this is perkara remeh, but this is very important part especially for those who working in offshore. Take it serious guys.

The briefing schedule supposely start from 10am to 11.30am, means an hour lah. But belum sempat saya ngantuk dah abes. Ayoo...cepatnya, setengah jam dah abes. Rasanya masa duduk dalam meeting room tadi baru je nak menguap, tiba-tiba presenter tu kata..."Ok guys..if you have any questions, can ask me now..".

Ermm..bunyi mcm dah nak bersurai je. Ye..dah abes dah pun. Baru je nak mengantuk..haha. Dan buku catatan saya bersih without any notes. Bagus kan.


"If you choose to break the rules, you choose not to work for Shell.
And for consultant, if you choose to break the rules, you choose to not involve in Shell project"


Senang kan...
Kalau rasa nak keje dgn Shell, patuhi lah segala rules yg dah di buat..
dan kalau consultant tak ikut rules yg ada, jgn involve projek diaorg...hahaha


Tuesday, August 18, 2009

sahabat

"Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu"


Aizat - Sahabat

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah


***

Tiba-tiba teringat lagu nyanyian Aizat, berjudul Sahabat. Bila layan lagu dan liriknya, rasa syahdu plak. This song is dedicated to all my friends out there, terutamanya kepada sahabat-sahabat yang sudah pergi...

Selalunya dan kebiasaannya...bila seseorang itu dah takde..baru kita terasa kehilangannya. Jadi saya belajar untuk menghargai orang yang berada di sekeliling kita supaya suatu hari nanti kita tidak akan menyesal dan tak terkilan kerana tak berusaha untuk menjadi seseorang yang terbaik untuk dia..

Monday, August 17, 2009

Alfatihah - untuk arwah Alin

Jenazah arwah Alin selamat dikebumikan selepas Zohor. Saya dan Fad tiba dirumahnya di Seksyen 27, Shah Alam lebih kurang pukul 11 lebih. Masa sampai ramai kawan2 sekelas menunggu di luar. Ada setengahnya yg duduk dalam rumah. Rupa-rupanya rumah arwah Alin tersangat lah dekat dgn rumah saya...tapi oleh kerana tak tahu, saya siap search google map mcm mana nak pegi rumah dia. Punya lah sengal, padahal dulu saya keje di Seksyen 26, selalu sangat keluar makan kat seksyen 27 dan memang selalu sangat lah lalu depan Sekolah Menengah Taman Alam Megah tu.

Saya menatap wajah arwah Alin untuk kali yg terakhir. Tatapan ini adalah tatapan yg diselubungi dengan seribu perasaan. Sedih, sebak dan insaf. Melihat sekujur tubuh Alin yg terbaring kaku membuatkan saya terkenang kembali saat-saat arwah masih bernafas, tersenyum, bercakap dan ketawa. Saya bukan lah kawan yang rapat dengannya, tapi saya mengenalinya sebagai seorang kawan yg pernah sama-sama belajar dalam kelas yg sama.

Selepas menatap wajah arwah Alin, kami duduk beramai-ramai bersama ahli keluarganya membacakan surah Yasin. Hanya ini yg mampu kami sedekahkan untuknya. Saya lihat ibu Alin tak henti-henti menangis. Saya harap ibu Alin tabah, begitu juga dgn ayahnya yg saya lihat tangannya berbalut. Dan hari inilah pertama kali saya tengok dan kenal tunang arwah. Dia hanya cedera sikit di tangan. Dari luaran dia nampak tenang, tapi saya nampak ada genangan air mata di matanya. Saya tahu kejadian ini akan terpahat di sanubarinya sampai bila-bila.

Menurut cerita seorang kawan ptg tadi, semasa kemalangan itu berlaku, arwah Alin sedang tidur. Mungkin arwah penat selepas majlis konvokesyen. Ajal maut itu semua rahsia Allah. Apa yg berlaku itu hanya sebagai 'penyebab'nya saja. Saya tak tahu cerita selanjutnya sebab masing-masing sdg sibuk dan bersedih.

Kepada keluarga arwah Alin, semoga kamu semua tabah dengan kehilangan anak tersayang. Kepada tunangnya pula, semua kejadian ini ada hikmah yang kita tak nampak. Semua ini mengajar kita insaf dan menghargai orang yang kita sayang. Hidup mesti diteruskan walau apa pun yg terjadi.

Arwah Alin, semoga rohmu dicucuri seribu kerahmatan dari Allah. Sesungguhnya kamu sudah pun kembali kepada Pencipta.

Dan kepada kita yg masih hidup, harus sentiasa ingat bahawa kematian itu pasti tiba..

Sunday, August 16, 2009

Alin dalam kenangan

Arwah Alin

Dia adalah kawan satu univ. dgn saya, cuma kami berbeza course. Saya Material dan dia Metallurgy, tapi kelas kami selalu combine sebab subjek yg kami ambil lebih kurang sama. Material & Metallurgy kira mcm adik beradik, cuma Metallurgy is more to metal lah. Apa yg saya tahu dia sambung Master di UTM Skudai selepas habis degree, dan kini berkhidmat sebagai pensyarah di Unimap. Saya dah lama tak contact dgnnya, cuma 2-3 menjak ini saya menjadi follower blognya, The Journey Of My Life . Dia pun menjadi pembaca tetap blog saya.

Siapa dia? Dia adalah NurFazlin Abu Hassan.

Jantung saya tersentap petang tadi, bagai tak di duga bahawa tulisan yang saya baca dalam blognya adalah luahan hati terakhir. Saya bagai tak percaya tetapi harus menerima dengan redha. Alin (panggilannya) sedang dalam perjalanan pulang selepas habis konvo di UTM bersama tunangnya. Mereka di timpa kemalangan apabila kereta mereka masuk gaung di Alor Gajah, Melaka. Alin kembali ke rahmatullah petang tadi, manakala tunangnya hanya cedera ringan. Alfatihah untuk arwah Alin, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yg beriman.

Tiba-tiba hati saya jadi sebak dan sayu. Betapa ajal maut itu rahsia Allah yang kita sendiri tak terduga bila kah waktu panggilanNya. Wajah arwah Alin masih terbayang-bayang di ruang mata saya. Patut lah beberapa minggu ni saya selalu menjenguk blognya dan saya pun tak tahu kenapa saya tertunggu-tunggu Alin meng 'update' blog dia. Berita pemergian Alin sangat mengejutkan semua orang. Dan ini lah yang membuatkan saya insaf bahawa kematian itu boleh datang pada bila-bila masa saja. Allahuakhbar.

Saya mendoakan arwah Alin aman di sana. Allah lebih menyanyanginya. Cuma apa yg saya sedih... The Journey Of My Life tidak akan di update lagi, dan perjalanan hidup Alin terhenti setakat disini sahaja.

Alfatihah..

muhammad nur irhas


Hai...nama saya Muhammad Nur Irhas.
Umur saya baru 2 bulan.
Bimbing lah saya ke jalan yang lurus kerana saya masih baru di dunia ini...
Saya masih belum mengerti dan belum mengenali apa erti sebuah kehidupan..
Ada orang kata...dunia ini indah..
tapi ada orang lain kata dunia ini penuh dengan penipuan dan kejahatan..
Apa yang saya tahu...saya di kirimkan ke dunia ini untuk menjadi seorang khalifah yg bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas yang telah di amanahkan...

***

Hehe...best tak ayat poyo ciptaan saya di atas? Baby comel ni anak Kak Su, one of my officemate. Comel kan...kalau lah saya dapat dukung dia...akan kugigit-gigit pipi gebu dia tu. Oleh kerana saya belum ada anak sendiri (macam mana nak ada anak, kawen pun belum..haha), jadi saya tepek la gambar anak orang lain. Err...Kak Su...saya ter'promote' anak Kak Su...hehe...you don't worry kan...hari tu dah cakap nak masukkan gambar Irhas dlm blog kita...tengkiuuuuu...

ayat-ayat cinta


"Aku ingin menjadi seseorang yang halal bagi kamu, seseorang yang mengucup dahiku dan menghapuskan air mataku.."

"Sekarang baru aku mengerti.. antara cinta dan keinginan untuk memiliki itu tidak sama"

***

Cerita ini mungkin sudah basi bagi sesetengah org. Membaca novelnya tak sama dgn menonton filemnya. Tapi agak susah la nak faham ayat-ayat Indon dlm novel ni, kena baca 3-4 kali baru faham. Saya baca 3-4 baris je, pastu terus tutup tak buka dah.

Tapi saya suka sgt tgk cerita ni melalui layar perak. Kali pertama tgk rasa mcm bosan sebab cerita ini agak lembab dan membosankan. Bagi setengah org yg anti citer lembab2 ni memang dah lama tido depan tv.Masa first time tgk pun saya mcm tak hiraukan sgt, cuma masa dah last2 ending citer ni agak touching sket dan membuatkan saya terasa syahdunya. Hinggalah saya menonton buat kali kedua sebentar tadi kat TV3. Kali ni saya tgk dari mula sampai habis sebab saya rasa saya dah tersuka dgn jalan ceritanya walaupun ada sikit scene yg nampak macam tak logik. Tapi biasa la kan, dah nama pun cerita buatan manusia, mesti ada kekurangan disesetengah sudut.

Filem ini diadaptasi dari novel karya Habiburrahman El Shirazy. Saya suka pada kata-kata cinta yang saya ambil dari filem ini seperti yang saya tulis di atas..."Aku ingin menjadi seseorang yang halal bagi kamu, seseorang yang mengucup dahiku dan menghapuskan air mataku..,...Sekarang baru aku mengerti.. antara cinta dan keinginan untuk memiliki itu tidak sama".

Dah tajuk pun ayat-ayat cinta, dah semestinya ayat-ayatnya begitu puitis. Dalam Islam, cinta itu fitrah. Bercinta itu tak salah, tapi biarlah kena dengan cara yang betul agar tidak terkeluar dari landasannya. Cewahhhh...ada hati nak bermadah plak. Actually saya tak pernah suka pada cerita Indonesia hingga lah saya menonton filem ini. Ini lah cerita Indon pertama yang saya suka. Dan saya berterima kasih kepada penulis novel ini yang berjaya menghasilkan cerita yg agak menarik walaupun susah nak faham ayat-ayatnya...dan ada sedikit part yg kurang logik. Biasa la..manusia mana yg sempurna.

Saya rasa filem ini tak di tayangkan di negara barat kerana ia mengisahkan keagamaan. Dah terang-terang dlm cerita ini menonjolkan seorang lelaki yang sangat anti dan bencikan warga barat. Mungkin ini cara si penulis novelnya untuk meluahkan hasrat dan mungkin ini juga salah satu jalan untuk berdakwah. Agaknya la....saya main agak je...hahaha.

Walau apa pun saya enjoy dengan citer ni...

Ingat yer kawan2....antara cinta dan keinginan untuk memiliki itu tidak sama...

Thursday, August 13, 2009

Unimap - sampai bila harus ku tunggu


I sent an email to my ex-lecturer, Ir. Assoc. Prof. Mohabattul Zaman regarding the 'Ijazah Unimap Tidak Di iktiraf' issue. Dah dekat 2 tahun keje tiba2 keluar paper kata ijazah tak di iktiraf. Kebetulan plak bos tanya pasal ada register dgn BEM tak, dengan penuh kesyahduan saya jawab belum! Alasan? Univ. saya baru bos...belum dapat pengiktirafan lagi. Petang tu jugak saya terus menaip emel kepada Ir. Mohabattul Zaman dan tanya dia mengenainya, di tambah lagi bila terpapar dalam Utusan Malaysia 6 Ogos lepas berita ini. Sungguh aku tidak puas hati.

Dan semalam saya dapat balasan jawapan daripadanya...thanks a lot to Prof.


*****


Salam Julie,

As regards to the letter on 5th Aug, UniMAP had provided our feedback on 6th of August. FYI, I am just back from meeting with JPA, BEM and EAC yesterday. Attending different meeting but I had checked few things with them regarding to accreditation as well as recognition of UniMAP's degrees.

According to JPA, all 20 UniMAP Engineering Degrees as well as 6 Eng Diploma had been recognized by government (thru JPA). At this point of time, 2 UniMAP's degree (Micro-e as well as computer) had been recognized by BEM since 2006. For the remaining 8 program (graduates from 2007 to 2009), BEM will make decision ASAP. FYI, we had been underwent accreditation in 2007 but Washington Accord had viewed UniMAP degrees prone towards practical and had differed the application. We had submitted for re-evaluation and it had been conducted in April 2009 and all 8 programs (including metallurgy - as commented by "abang perihatin"), had surpassed BEM stringent requirements for engineering degree.

So now the ball is with BEM and we are waiting for BEM to give their approval. Meeting is scheduled in end of Aug. Once done, the JPA data will be updated.

So, don't worry.. just stay cool and wait. BTW, sila fill in the BEM form for graduate engineer registration and you can submit already. BEM will process once the final endorsement meeting done.

brgds,
Ir. Assoc. Prof. Mohabattul Zaman Bukhari
Dean of Academic Management & UniMAP EAC & OBE Chairman,
-Acting Deputy Vice-Chancellor (Academic & International)-
Office of The Deputy Vice Chancellor (Academic & International),
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Tel (KWSP): 604-9798026
Tel (Jejawi): 604-9798404
Fax (KWSP): 604-9798689/604-9798099



Ohhh...saja tak tepek gambar ni sebagai hiburan...
match tak muka budak ini dgn si katak hijau tu...?
match kan...saling tak tumpah..




Friday, August 7, 2009

Ayam Penyet

First time I tried Indonesian cuisine is in Bumbu Bali, Puchong. Sedap tak terkata. Kemudian muncul pula menu Ayam Penyet. Dan saya sudah merasa makanannya 2 kali. Tapi saya bukan makan ayamnya, tapi ikannya kerana saya seorang penggemar ikan.

Biasala...kalau dah namanya 'birthday girl', mesti kena pau. Dengan seikhlas hati saya mempelawa housemate makan di restoran Ayam Penyet USJ. Pelawaanku ternyata tidak di tolak.

This is Ayam Penyet, served with hot red and green sambal.

This is we call sayur pecal, I'm not sure the spelling is right or not.

This is my menu, Mujarab Penyet. Actually ni ikan talapia. Good for fish lover.
Also served with both red and green sambal beserta ulam-ulaman.

We can order set menu because it's including with beverage, plain soup and desert. For beverage, I chose Ice Lemon Tea. Tapi Ice Lemon Tea semalam terlebih-lebih manis mcm minum air gula plk.

And most of us always ask what is the meaning of 'Penyet'?

As I referred to the newspaper which this restaurant's owner had explained to the reporter, the word penyet means mashed. The chicken is boiled for about an hour, then mixed with spices. The boiling process makes the meat tender. Agaknya sebab itu kalau makan ayam tu rasa lembut aje.


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

And these 2 young girls are my housemate, sedang sibuk menyuap makanan.

Kenyang bagai dugong..


Thursday, August 6, 2009

6 August....

Hari ini adalah hari nisfu Syaaban. Berpuasa sunat lah anda bagi sesapa yg boleh berpuasa. Dan hari ini juga adalah...................hari lahirku....

Happy Birthday to ME!

Thanks to many frens for your wishes. Pelbagai ucapan di terima, antaranya:

- semoga pjg umur
- cepat bertemu jodoh
- di murahkan rezeki
- life longer
- semoga Allah melindungi saya

Thanks for all best wishes my dear frens. Really appreciate. And also to my luvly mom and sister for your early morning wishes. Muahhhh..3x

I am 29 now! Besar dah aku yer...

Tuesday, August 4, 2009

fever & back pain

Saya rasa sgt tak selesa. I'm not suppose to come to opis today. I am not in the good of mood. Sepatutnya I stay at home and sleep because I got a fever!

Demam ini tak terlalu teruk tapi cukup buat rasa kurang selesa bila belakang badan sakit. Duduk salah, baring salah. Apa perlu buat? Mata rasa nak terkatup.

My mom and fren asked me to check with doctor but I just ignore it. I think this is not a heavy fever. Boleh gitu? Aku mmg stubborn. So what is the reason why I don't want to see a doctor? The reason is :

Demam ini hanya dtg sesekali, biasanya malam hari. Masa tu la badan rasa panas. I woke up and took a panadol, then sleep. Bila bangun pagi esok badan rasa mcm ok, badan pun tak panas lagi. Saya agak kalau jumpa doktor mesti doktor kata...ni demam sikit je...tak pyh MC la.

That's the reason why I hate to see a doctor. Dan demam ni pon mcm pelik, nape dia dtg malam je? But currently when I am typing in this blog, my back is feel uncomfortable. Sungguh...aku rasa nak tido. Dan pagi tdi terpaksa alas bantal kt blkg badan masa tgh drive utk cover sakit. Kepala toksah citer la mcm mana melayangnya rasa...bagai di awangan.

:(

Sunday, August 2, 2009

Mukhsin & my childhood


When I was a child, I think my life is so wonderful. Life is full of happiness and we always laughing all the times from early morning until late in the night. We need friends for play together. Basically we have 2 or 3 groups or colleagues. One group play soccer or guli, the other group play kites in the middle of padang sekolah and the other one group play kawin-kawin or masak-masak. Nice huh? The 80's children (including me) didn't know what is the PS2 or internet. We only know the games around our village such as main guli, baling selipar, korek tanah buat lubang utk main congkak, main layang-layang, and for girl who too girly, they're play anak patung and masak-masak.

Mukhsin movie reminded me about that. Credit to the storyteller and director Allahyarham Yasmin Ahmad.

Walaupun kehidupan zaman kanak-kanak saya tidak sehebat mana, tapi ia tetap kenangan paling seronok dalam hidup yang saya rasa kanak-kanak zaman sekarang tidak lagi melaluinya. Saya tak pasti budak2 skrg tahu main guli? tahu apa itu main baling selipar? yang diaorang tahu main game kat komputer termasuk lah adik saya sendiri. Dekat rumah saya ada berpuluh CD games yang saya sendiri tak tahu macam mana nak main sebab saya bukan peminat games komputer. Adik saya lebih terer dari saya, mcm mana tuh?Saya cuma suka main games lumba kereta Daitona.Hehe.

I hope there will be another 'Yasmin' to create the true life story about Malaysian. We shouldn't make a movie only for Malay, but also for all Malaysians. This is we call masyarakat majmuk.

And for this year, I'm gonna miss the TV commercial for Merdeka and Hari Raya.