Friday, October 30, 2009

baca novel


Mesej yg wajib saya terima setiap hari terutamanya waktu malam. From my youngest brother. Si gemok itu sejak pandai bermesej, asik lah tanya saya dah makan ke, masak apa, buat apa. Dan tak abes2 memesan kalo balik jgn lupa bawak makanan. Dasar kuat makan. Tahun depan dah masuk darjah 6, tapi belum bersunat..wakakaka. Bertuahnya dia baru darjah 5 dah pakai handphone. Budak skrg..lebih advance dari yg sepatutnya.

Entry yg lepas saya ada mention beli 5 bijik novel. Saya dah berjaya baca abes 1 novel, Gigolo. Novel kedua, Sempadan Tanpa Seri. Not bad, sedap ceritanya. Bertambah sedap sebab dlm novel tu ada perkataan Endau, Mersing & Kota Tinggi...wakakakaka. Mcm tak caya, agaknya si penulis tu org Mersing kot. Dia tau selok belok Mersing. Maka dgn bangganya saya mengisytiharkan novel itu sedap. Tak tipu.

Ada ayat2 yg agak tersentuh dlm novel tu. Nanti saya tulis dlm entry akan dtg. Lagi separuh nak abes, mungkin mlm ni atau esok khatam la. Kuikuikui...


iskandar vs zulqarnain

Sabtu lepas saya memborong 5 bijik novel. Actually novel2 tu semua yg lama, zaman2 sekolah dulu, tapi saya tak penah baca. Diaorg jual murah2, longgok2 je dlm rak. 1 novel RM5...murah kan. Saya beli banyak2 tu tak pasti bila boleh khatam semuanya. Baca 1 novel pon makan tahun nak abes, ni kan plak 5 novel. Kuikuikui..

Dan ini pulak hasil kajian Afareez Abd Razak Al-Hafiz mengenai asal usul dan sejarah 2 pejuang agung, Iskandar dan Zulqarnain. Sebelum ini semua org menyangkakan Iskandar dan Zulqarnain adalah orang yg sama, namun setelah dikaji selidik, fakta telah membuktikan bahawa mereka bukan org yg sama. This is a nice book for us to know the detail about our Prophet starting from Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman sehinggalah tiba ke asal usul Iskandar dan Zulqarnain. Setelah saya baca buku ini, baru saya tahu bahawa semua manusia yg ada di muka bumi ini berasal dari salasilah keturunan Nabi Nuh.

Kenapa?

Sebabnya, semasa Nabi Nuh membina bahtera atas perintah Allah, tak ramai manusia yg percaya bahawa ada banjir besar akan berlaku. Jadi tak ramai lah pengikut2 Nabi Nuh naik ke bahtera itu. Semasa banjir besar itu berlaku, satu dunia ini ditenggelami air, bukan bumi Arab saja. Jadi siapa yg tak naik atas bahtera itu semuanya mati, yg selamat cuma yg berada di dalam bahtera itu saja termasuklah binatang. Hasil kajian Afareez dlm buku ini, kita semua ini berasal dari manusia-manusia yg ada dlm bahtera itu. Erm...baru saya tahu.

Untuk tahu lebih lanjut, baca lah buku ini, sesekali baca buku ilmiah ini ok juga. Cuma...saya amek masa lama sket la nak khatam sebab saya dah kurang tekun bab2 membaca ni, tak macam dulu lagi boleh mengadap satu hari suntuk. Tapi kalo main game no hal.. *wink*

Tuesday, October 27, 2009

Hujan Keroncong




I like this song, and this is my first keroncong's song in my life that I was addicted to hear in many times. Hujan Keroncong is a soundtrack from Mukhsin movie directed by Allahyarhamah Yasmin Ahmad. The background of this movie reminded me about my childhood, especially the environment of 'kampung'. Tak penah2 suka lagu keroncong, tapi lagu ni mcm best pada halwa telinga saya. And Adibah Nor is a superb with her great voice and natural beauty face...hehehe.

Layannn..


parmesan cheese scone


Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji).
  • 250g tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 35g gula
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 55g-60g parmesan cheese
  • 90g mentega
  • 120ml (susu segar + 1 biji telur)

Cara-cara :
  1. Gaulkan tepung gandum, baking powder, gula, garam dan parmesan cheese sehingga sekata.
  2. Masukkan pula mentega. Gaulkan sehingga menjadi serbuk roti.
  3. Masukkan pula susu dan telur. Kemudian uli.
  4. Canaikan doh setebal 2cm. Terapkan dgn scone cutter atau boleh potong ikut suka hati.
  5. Sapukan permukaan scone dgn susu segar. Kemudian taburkan parmesan cheese ke atasnya.
  6. Bakar scone dgn suhu 180 degree selama 18 minit.
  7. Bila dah masak boleh dihidangkan bersama jem kegemaran anda. Makan dgn mushroom soup pun sedap.


Joy a.k.a Aina (hikhikhik...) scone yg aku buat tu debab2 bulat sebab aku tak guna scone cutter, just bulat2kan sendiri dgn tangan. Nak potong2 bleh juga, suka hati la nak wat mcm mana. Make sure kalo nak buat ikut la adunan yg dah diberi, jgn jadik mcm aku main campak2 je, hasilnya keras sket..muahaha. Makan dgn mushroom soup sedapppp..


Recipe from : Yani



Monday, October 26, 2009

aktiviti hari ahad

Tekak saya tekak antarabangsa, means saya boleh makan semua jenis makanan tak kira chinese food, indian (like curry), Italian, French and also our Malay food. Semua saya bedal tanpa masalah. Tak cerewet. Bermakna walau saya dicampak ke serata pulusuk dunia saya masih boleh hidup cuma makanan tu kena halal lah. Saya teringin di campakkan ke Italy. I loveeeeeee Italian food so much.

Ahad yg cerah, lepas membakar kalori selama satu jam di taman riadah berdekatan rumah, saya memasak utk menambah semula kalori yg terbakar tadi. Cerdik kan, tapi makan tu perlu utk hidup, takkan takut gemuk sampai tak makan langsung, itu menyiksa diri namanya. Not good for our health. Diet bukan beerti tak makan, cuma kurangkan makan. Kalau kita tak makan, metabolisma dlm badan akan bertambah naik sebab badan perlukan tenaga, bila takde makanan masuk dlm perut, tubuh kita akan makan muscle dan inilah punca metabolisma naik, dan bila dah lapar tahap gaban, kita akan makan dgn lahapnya dan waktu itulah berat kita akan mudah naik mendadak mcm di pam2. Terer tak aku berkata-kata..?

Fettucini Carbonara
Sedap tapi muak. Oleh kerana teringin saya masak this menu yesterday.


First time buat scone. Parmesan Cheese Scone, rupanya agak kurang cantik,
texturenya agak terkeras sebab saya main campak2 je bahan without ikut dlm resepi, maklum la org malas. Siapa yg suka makan roti atau ala2 roti mcm mat saleh mesti suka makan scone.


Orang yg suka masak biasanya diaorg suka makan.....like me! Dan biasanya org yg suka masak dia akan malas berkemas...seperti diriku juga..

*wink*

Sunday, October 25, 2009

slow mcm siput

Panas satu badan bila internet kat rumah slow mcm siput. Actually ini bukan salah internet, tapi salah pc yg mcm kura-kura. Saya sayang pc ni sebab itu ianya masih bertahan kat rumah. Pc ni ada sentimental value sebab saya beli sewaktu masuk U dgn 100% duit sendiri. Mana tak sayangkan.

Bila dah slow tu of course la tak boleh masuk game, itu lagi bertambah geram. So tak berasap la dapur Cafe World akuuuuu.....panas..panas.

So esok saya kena bertungkus lumus memasak juadah utk dijual...kesian customer yg masuk cafe saya sebab takde makanan...hahahaha.

Boring!

Wednesday, October 21, 2009

bawaku semula ke tahun 1997

masa ni saya belum belajar cara nak senyum

Saya ada keje, tapi saya stop kejap sebab saya letih mata, tapi yg aneh masa main game tak pulak mata ni letih. Ajaib. Saya kena buat spec baru dan tukar lens baru, rasanya power mata ni dah bertambah, atau mungkin biji mata saya yg dah berpinar kerana byk sgt main game. Mungkin kot. Tapi kalau buat spec macam rugi sebab saya hanya pakai spec kat rumah, pegi keje dan jalan-jalan saya lebih selesa pakai lens, bergaya la konon. Ohh..lupa, malam semalam saya tertido dengan lens masih melekat kat biji mata, bila bangun mata rasa kelat-kelat dan sembab. Balasan utk org yg malas.

Saya suka berangan. Ini habit sejak kecik. Saya pernah berangan nak jadi DJ, jadi cikgu dan jadi model. Tapi sayangnya kadar pertumbuhan tubuh badan saya terbantut, saya tak tinggi langsing. Jadi buang saja impian nak jadi model. Mungkin model ubat jerawat boleh kot. Muahahaha. Masa kecik2 dulu saya selalu berdiri kat papan hitam dan mengajar sorang2. Mak saya kata saya gila. Saya penah kantoi dgn mak sebab saya rakam suara dalam kaset, masa tu berangan jadi DJ. Satu rumah dengar kaset tu. Malu.

Cuma satu saja angan-angan yg tak dapat nak gapai. Ia bukan angan-angan, tapi lebih kepada impian yg tak mungkin jadi kenyataan. Saya nak berpatah balik ke tahun 1997. Masa ni umur saya 17 thn dan masih belum terfikir tentang sesuatu yg penting tentang masa depan. Masa ni boifren pun takde sebab saya hanya pilih yg hensem. Demand sgt. Sekarang padan muka aku sebab sampai saat ni tak kawen-kawen lagi. Haha.

1997 adalah tahun yg best. Masa ni saya amek SPM. Saya malas belajar dan berbaloi la saya hanya dapat result yg cukup2 makan. Nasib baik still boleh sambung belajar. Saya kena mula dari bawah, amek diploma dulu, pastu keje kejap then baru amek degree. Kira berliku-liku juga la perjalanan saya utk sampai ke tahap sekarang. Sebab itu saya nak kembali ke tahun 1997, saya nak amek SPM semula, belajar rajin-rajin dan buktikan pada cikgu-cikgu yg selalu mengutuk saya bahawa saya ini adalah seorang manusia yg tiada masa depan. Sampai hati cikgu tu ckp mcm tu kat saya. Bodoh sgt ke saya ni?

SPM tu sebenarnya senang, tapi masa umur 17 thn dulu saya rasa SPM tu susah gila. Padahal saya yg malas belajar. Tapi benda tu dah berlalu, nak patah balik pun dah tak boleh. Kalau saya ada bela doraemon mungkin ada chance la kot, masalahnya saya takde doraemon sebab saya bukan Nobita. Tapi saya puas hati sebab saya dah buktikan pada cikgu yg kutuk saya dulu bahawa saya bukan budak yg takde masa depan. Tak baik tau cikgu kutuk anak murid, patutnya dia bagi semangat dan nasihat, bukan kutukan pedih mcm tu. Saya tau la saya bukan student favorite dia, tapi at least jgn la mengeluarkan kata-kata mcm tu, kutuk belakang plak tu. Tapi kerana kutukan itulah memberi saya semangat. Thanks cikgu.

Ok..masa utk sambung buat keje, nanti leader saya kat sebelah ni marah.


Yg benar,
budak yg suka berangan.

Tuesday, October 20, 2009

Last Of Syawal

I'm back...with new story, Hari Raya Gathering (Mechanical Department). We celebrated the last of Syawal yesterday with makan-makan session.

Saya dipertanggungjawabkan utk memasak Spaghetti Bolognese. Penat juga badan ni masak sampai tido pon tak cukup, tapi sambil masak still sempat lagi snap gambar start from masukkan daging kisar, then add the fresh milk (tujuan add milk utk kurangkan rasa masam), sampai la dah masukkan tomato puri. Then gambar plate tu saya punya masa sesi mencekik kat jamuan tu.

Kemana saya pegi kamera mesti ada di tangan, itu wajib. Walaupun bukan pro, tapi stakat nak snap2 gambar sket2 tu boleh la, buat kenangan. Lagipun budak2 opis ni semua kaki bergambar, pantang kamera dihalakan ke muka, mula la menyengih je. Maap la, ada gambar yg kabur, tapi mostly kalo saya yg amek takde la kabur kan. Tapi org lain yg tak biasa dgn kamera saya, mesti ada goyang2. It's ok. Yg penting cun.

This is my colleague, bukan saja kawan sekerja, tapi kawan mengumpat. The four of us : me,kak sue, fad and kak ila. Kak sue and kak ila are my neighbor in farmville..muahaha.

Berdiri sorang pakai baju coklat tu cik Kimah. Yg kat bawah tudung biru tu Kak Sad. Yg lain2 tu tak payah la nak diperkenalkan...

Asik2 muka ni...

I'm happy with you guys, walaupun sampai sakit kepala ni berjaga sebab nak masak, tapi gembira tgk korang makan sebab saya tahu korang semua spesis pirana. Semalam saya tak buat keje apa pun, takde mood gila. Dah ptg baru siapkan keje yg tak lah sebyk mana, cuma saya yg malas. Lagipun dah kenyang melantak kan...dan saya dah cuba sedaya upaya utk mengawal akal fikiran supaya jgn makan ikut nafsu. Saya berjaya!

Tahniah utk diri sendiri.

Wednesday, October 14, 2009

farmville addicted

Blogging is one of my favorite activity during free time besides play the farmville game..hehehe. And currently my broadband was dysfunction and automatically I failed to open my lovely farm....so sad. Macam mana saya boleh terjebak dalam permainan farmville ni padahal dulu saya punya la benci nak main. Ermm...ni semua disebabkan oleh seorang ibu mengandung yg bernama Kak Ila , dia la yg mengajar saya segala selok belok permainan ini dan skrg I was addicted to this game. Jiran cubicle kat sebelah saya ni dah puas senyum tengok saya duk main, agaknya apa la yg dia cakap dalam hatikan, dia sibuk buat keje, aku duk sibuk bukak game. Tapi kan...saya mmg takde keje, so utk mengisi kekosongan masa ini elok la kita bercucuk tanam.

Punya la gila main farmville ni sampai terkeluar satu statement yg membuatkan member gelak. Statement dalam lift..."Kak Ila, kalo kita kaya nanti, kita nak tanam sunflower..".

Member 2 org tu duk gelak, dia ingat saya betul2 cakap pasal masa depan. Kalo kaya nak beli BWM ke, Merc ke..apa ke, rupanya cakap pasal farmville. Hahahaha...hanya saya dan Kak Ila je faham situasi ni. Hikhikhik..

Tak lama lagi mesti bos panggil utk appraisal, apa nak jawab ye...tak naik la increment aku tahun nih..

Oh..tidak..


Monday, October 12, 2009

Tuhan tahu

Saya sedang belajar dari satu perkara bahawa...

1) JGN SUKA MENDESAK
2) JGN TERLALU MENGHARAP PADA SESUATU YG TAK PASTI JADI MILIK KITA.
3) BERSYUKUR DENGAN APA YG ADA

Dan saya belajar dari satu perkara juga bahawa...

HIDUP INI KENA SELALU HAPPY WALAU HAKIKATNYA KITA TAK BERAPA HAPPY SGT.
TUHAN ITU ADIL, JADI DIA TAHU APA YG TERBAIK UTK HAMBANYA...

Sekian.

short speech

waktu terus berjalan seiring detak jantung yang tiada bertahan,
dalam sepi ini ku ungkapkan semua memori indah lewat mimpi yang akan menjadikannya nyata.
mungkin hati kecil ini akan selalu sepi,
namun biarkan bintang kecil menemani sepiku dan selalu terangi gelap malamku,
hingga mataku terpejam tuk selamanya..


HAPPY BELATED BIRTHDAY TO YOU
30.09.78


.:saya jiwang ketika ini:.

Friday, October 9, 2009

shawl


Pagi2 lagi dah shopping, walaupun hanya sehelai tudung. I bought three tones shawl (light pink to dark purple) this morning. The other one (small spiral -grey) juga sudah menjadi milikku 2 hari lepas. Tapi...saya tak pasti bila saya akan memakainya...bagus kan?

I need to control my mind to avoid misspend.

Thursday, October 8, 2009

susu kacang soya

Saya jatuh cinta pada air soya Home Soy. Sebelum ni saya bukan lah pencinta soya bean, tapi tak tau kenapa masa terpandang susu kacang soya Home Soy masa beli barang kat Maidin Mall, USJ hari tu, saya tergerak hati nak beli. And yes...it's yummy.

Susu soya Home Soy menyediakan soya dgn perisa gula putih (tutup bo
tol color hijau) dan susu soya bersama brown sugar (tutup botol color oren). Dua-dua sedap tapi I like the soya bean with brown sugar because it has a slightly lower calorie by weight than white sugar. Dan susu soya sebenarnya amat baik bagi mereka yg sedang berdiet kerana ia mengandungi nutrisi seperti protein yg tinggi di mana ia membantu membina otot. Kacang soya juga mengandungi antioksida yg membantu melindungi masalah kulit akibat pencahayaan terik matahari. Cewahh...mcm terer je saya bercakap pasal ni...hahahaha...

And I found the recipe how to make our own soya bean at home.

Bahan-bahan:
1 cawan kacang soya

4 cawan air
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan [simpulkan]

Cara

1. Basuh dan rendamkan kacang soya semalaman.
2. Ramaskan kacang soya supaya kulitnya berpisah. Buangkan kulitnya sambil membilaskan kacang soya.
3. Mesinkan dalam blender sehingga halus.
4. Tapiskan dengan penapis kain [selalu tapis teh tarik/tapis kain putih]
5. Masukkan soya dan gula dalam periuk bersama simpulan daun pandan.
6. Masak sehingga mendideh. Jaga supaya jangan sampai melimpah keluar periuk.
7. Sejukkan dan hidangkan bersama ketulan ais. Boleh juga hidangkan soya panas.

Jom...buat soya sendiri kat rumah..


Source of the recipe : Hanieliza

Wednesday, October 7, 2009

cantiknya Vie Shantie

Source of the picture : facebook

I am one of the woman on earth who really appreciate for the beauty. Beauty is universal. Everyone has their own opinion about beauty and for me beauty is in the eye of the beholder. Beauty is not judged objectively, but according to the beholder's estimation.

Kalau ada orang suka tgk muka Erra, for me, I like to see Vie Shantie, a wife of the actor, Eizlan Yusof. Now I just focus on her beauty, not her story mory pasal benda lain..just her beauty. I want to say that she is one of the beautiful women on the planet.

As I said above, beauty is universal. Ada orang suka yg hitam manis, ada org suka yg berhidung mancung, ada pulak org kata yang gempal berisi tu comel.

Macam2 pendapat...

But for me, every women are beautiful.

Cantiknya Vie Shantie..

pasal lembu


Abah kata...lembu tu mak angkat kita sebab sejak kecik kita duk minum susu dia. Hahaha. Abah kata lagi, sebab tu kau degil mcm lembu, suka sgt minum susu lembu. Kalau anak yg minum susu ibu mcm abah ni, perangai dia tak degil sangat. Hahaha. Abahku melawak lagi.

Tadi saya duk bual dgn my colleagues (kak ila, kak su & fad) pasal lembu. Apa la kan, pasal lembu pun boleh jadi topik pagi. Diaorg kata lembu tu bukan setakat ibu susuan kita, tapi anak-anak lembu tu secara automatik jadi adik beradik susuan la. Hahaha. Kata mereka lagi, dah jenuh dah kita makan daging adik beradik susuan kita tuuu..hahaha, mereka melawak lagi. Ohhh...takpe, kita makan daging lembu import, susu yg kita minum pun di import dari oversea, jadi tak rasa bersalah sangat lah dgn lembu-lembu yg ada di Malaysia ni. Hahaha. Seronok pulak citer pasal lembu ni kan.

Kepada lembu...terima kasih kerana memberi kami minum susumu, tanpamu daku pasti kehausan dan merengek kedahagaan. Kepada ibuku, suka minum susu lembu tak bermakna susumu tak sedap, cuma...tak mau menyakiti dirimu jika berlaku sesuatu yg menyakitkan...muahahaha.

Byk sungguh jasa lembu kepada serata manusia di dunia ini...

Tuesday, October 6, 2009

gambar hodoh

This picture was taken during netball and volleyball tournament.
Management vs Operation


Ini adalah gambar terburuk dan paling hodoh yg pernah saya simpan. I don't like this picture eventho it was taken using high technology DSLR camera. Saya tepek jela gambar ni utk di tatap oleh anak cucuku bila dah tua nanti.

Why I really hate this picture? because..

1)It was a candid camera.
2)Muka saya tgh berkerut seribu menahan panas terik matahari.
3)Yat kat sebelah (baju purple) tgh meneguk air, tgk jela pipinya yg sdg menggelembung tuu..
4)Liza (baju hijau) tgh menjeling apa ntah, tapi muka dia maintain je...tak hodoh mcm aku)
5)Wahidah (pun baju purple, tgh pregnant), tak tau dia nak duduk ke nak berdiri ke..nak duduk separuh ke...ntah..
6)Minah yg tgh duduk bersandar kat pagar tu..ohh..I forgot her name, muka sugul gila.

Mmg hodoh..


Sunday, October 4, 2009

hari raya ke-3


Er..boleh tak saya nak cakap bahawa baju saya dan sofa itu kelihatan sedondon? muahaha. Actually this picture was taken by my cousin during 3rd day hari raya. Ada lagi gambar raya bersama family tapi semuanya dlm handphone mak, so hanya 2 keping saja lah yg sempat di transferkan ke dlm handphoneku. Gambar ini masa kat rumah Mak Long di Mersing, we all plan nak beraya di Pontian. Sementara menunggu sepupu sepapat saya sampai, kami berposing dulu lah kan. Bila dah bergambar baru terperasan my baju sama color dgn sofa. Tapi itu kira ok daripada sedondon dgn langsir kan...haha.



Ala debab..debab..ok, these 2 beautiful woman are my mother (right, sedondon baju dgn saya) dan my Mak Long (left, baju merah). Sebenarnya baju mak tu bukan baju raya. This year dia tak buat baju raya sebab sibuk menyiapkan baju org lain, so dia pakai jela baju apa yg ada, asalkan cantik kan. Tapi kira mcm kena lah juga, ala-ala sedondon gitu.

Masa 3rd raya ni la we all beraya sakan, saya rasa tahun ni asik berjalan je. Bila asik berjalan of course lah byk makan. So after naik keje dah sibuk nak kecikkan badan. Masa melantak tak ingat2, bila terasa pakai seluar dah ketat baru nak menyesal makan byk. Tapi takpe lah kan, raya kan setahun sekali, so makan ketupat lemang pun cuma setahun sekali. Tapi yg best tahun ni masa 1st day raya mak saya masak soto, 2nd day raya masak nasi tomato, 3rd day raya tak masak sebab gi pontian, 4th day raya masak nasi beriani, 5th day raya tak masak sebab gi beraya ke kota tinggi, 5th day raya masak mee hailam. So..mcm mana tak gemuk.., tak makan mcm rugi, makan bdn naik...muahaha.

Whatever badan naik ke apa ke, saya enjoy raya tahun ni walaupun tak se'enjoy' zaman kecik-kecik dulu. Zaman kanak-kanak lagi seronok, tapi zaman dah dewasa ni tetap meriah dgn kehadiran saudara mara yg sudi bertandang ke rumah. Thanks for coming...and pls come again next year.

Saturday, October 3, 2009

I miss them

It's called a wonderful day when we opened an email and read that somebody has been added you as a friend in facebook. And it's called a wonderful day when the 'somebody' is an old friend and we are lost contact almost 15 years. It's called a wonderful day when we were chatting and asked a lot of questions after 15 years we were never meet.

Rhazalina, I miss you.

Rhazalina

I am speechless and wanna cry when she's still remember me. Thanks friend. Pernah 2-3 tahun dulu saya terfikirkan dia, di mana dia, apa dia buat skg, dah kawen ke belum dan adakah dia masih ingatkan saya? Segalanya terjawab bila kami berjumpa semula di fb. Masa itu terbayang-bayanglah semua kenangan semasa kami rapat di sekolah dulu. Walaupun kami hanya sempat rapat selama setahun saja, tapi byk kenangan telah tercipta. Kecilnya dunia apabila rupa-rupanya dia ada di KL. Saya harap suatu hari nanti kami dapat berjumpa 4 mata utk bercerita segalanya. Saya percaya waktu itu akan tiba..


Zulaina

Zulaina, she is one of my best friend in school. We were shared a lot of secrets, laugh and tears. Tapi masa masuk kolej, saya dan dia agak renggang, mungkin kami berlainan course. Dan selepas itu saya jarang dgr berita dari dia. Apatah lagi sejak saya beralih arah ke Perlis, lagi la tak dgr cerita dia lagi. Sehingga lah tahun lepas when my mother told me that she's married. Oh...really? tak jemput pun.

And yesterday I tried to find her in facebook. Mana lah tahu kan kot2 jumpa. Thanks God, I found her. Saya hampir2 confuse, betul ke dia Zulaina yg saya kenal dulu sebab muka dia lain sgt. Agaknya gambar tu masa dia kawen, so saya tak boleh cam dia. And kami berchating la kan, maklum lah dah lama tak jumpa. Dan barulah saya tahu kenapa dia tak jemput saya. Katanya dia tak dpt contact saya sebab tak tau nombor telefon saya, no fon rumah pun dah tukar. Ok la...alasan tu aku terima joy. Oppss..forgot to mention, Joy adalah nama glamournya di sekolah. Ada sejarah mcm mana nama tu boleh tercipta, tapi lain kali lah saya cerita.

Kecilnya dunia bila rupa2 nya dia juga ada di KL. So maybe we'll plan for another gathering, insyaAllah, tunggu if we have free time and boleh gather-gather lah. Apa pun, saya gembira bila bertemu mereka berdua semula. Tiba2 ter'emo' sekejap sebab tak sangka dpt jumpa setelah bertahun tak dgr kabar berita. Saya agak emo masa Rhazalina add di fb. Macam nak menjerit sebab tak sangka dia masih ingatkan saya.

That's true..we can't buy the happiness with money. And that's true..friends are important in our life. Don't tell me that you can live without friend. Tipu. Mungkin ada manusia yg boleh hidup sorang2, tapi sampai bila? Pasti hidup mereka terlalu sunyi dan sepi. Memang ada masanya sepi itu indah, tetapi lama kelamaan, sepi itu menyakitkan. Begitu juga dgn kegembiraan. Kita menemui kegembiraan apabila bersama rakan, cuma kita kena pandai memilih kawan yg sesuai agar hidup kita tak hancur.

Trust me, friends are the most important ingredient in this recipe of life. Friendship is like a building contract you sign with laughter and break with tears. Eventho we are married, we still need a friend to share something, am I right? Yes, husband is a number one, but friend is still has a place in a part of our life.

I miss both of them.


Thursday, October 1, 2009

car break down & earthquake

Suatu ketika di hari raya..


Saya pernah berkata-kata seperti ini :

"Kete..oh kete..boleh tak lepas ni ko jgn buat hal lagi? tolong aku..jgn buat hal lagi.."

Begitulah rintihan saya terhadap keretaku yg satu ini. Namun dia tak mendengar kata. Sedang elok saya drive dlm keadaan sesak waktu balik keje, enjin kete ini tiba2 mati..no warning..no signal. Dan bayangkan lah betapa gelabahnya saya sampai saya dah tak terkata lagi. Nasib baik ada org berhenti tolong. Terima kasih pada mamat motor yg berhenti, siap tunggu kat tepi jalan utk memastikan kereta aku selamat. Ada juga manusia berhati mulia. Allah saja dpt membalas.

Sungguh, saya tak faham apa masalah kereta ni. Mungkin juga kerosakan yg berlaku kesan daripada eksiden hari tu. Entah..tak paham. Masa hantar ke pusat servis utk check, diaorg pun tak dpt bagi jawapan kenapa kereta aku berhenti tiba2 waktu tgh drive. Diaorg dah check semua termasuk lah battery condition, tapi semua masih berada dlm keadaan elok. Nak kata saya tak baca doa sebelum memandu, saya dah baca dah. Mcm2 doa saya baca. Tapi dah nak kena kan.., cuma syukur lah semuanya selamat and hopefully ianya tak akan berlaku lagi, plsss.

Oh ya..ada sapa2 di luar sana yg rasa gegaran gempa bumi di Sumatera semalam? Saya rasa. Tapi saya boleh rileks lagi kat rumah padahal gegaran tu lama dan kali ni lebih kuat dari dulu. Masa tu saya tgh baring atas lantai dlm bilik. Tiba2 saya rasa rumah saya bergoyang. Saya jenguk ke luar tingkap melihat keadaan di luar. Budak2 yg tgh main kat bawah tu rileks aje, saya pikir mungkin saya yg pening kepala kot. Tapi gegaran masih terasa lagi. Terdetik juga dihati ada gempa bumi ke? sebab sebelum ni pernah berlaku juga gegaran semasa gempa bumi kat Indonesia. So..lepas tu saya siap mandi, makan cekodok ikan bilis sambil tgk tv, baru lah saya tahu memang gegaran tadi adalah gempa bumi di Sumatera, 7.6 sr tu. Dlm tv ada org siap turun menyelamatkan diri, yg aku boleh rileks dlm rumah..siap mandi syampu rambut lagi. Bagus kan. Tapi syukur, everthing is ok. Alhamdulillah. Cuma ini pengalaman kedua saya merasai gegaran gempa bumi. Takut juga. Siapa kata tak takut.

Sama-sama lah kita berdoa agar tiada sebarang perkara buruk berlaku di bumi Malaysia ini. Jgn ingat Malaysia selamat, so tak akan ada sebarang bencana alam boleh berlaku. Kun faya kun...bila2 masa boleh terjadi dgn izinNya. Ingat-ingat lah...