Thursday, December 31, 2009

gift from kak LG

I received a parcel from Kak LG this morning. It's a cute mug and key chain from Australia. Thank you sis, you have fulfilled the promise to give prizes to all winners. Next time bleh buat contest lagi ye kak...so sweet.




*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Ni la hadiahnya..
simple but nice..
thanks!!



never ending hope

2010 is almost starting.

I have to recycle my previous 'azam' sebab sampai ke hari ni azam tu blom terlaksana. Jadi tak payah pikir azam baru sebab azam saya sama je dgn yg sebelum ni. Cuma mungkin ada additional sket kot, tapi tu tak penting. Apa azam saya? hehehe...biarlah rahsia.

Yang penting umur dah bertambah!

And I have to change my attitude in the office. Sebab dah duk tepi 'highway' kan, so segala aktiviti terhad sket. Saya rasa macam budak sekolah yg takut nak dtg sekolah sebab cikgu disiplin asik memerhati. Lebih kurang gitu lah. Tapi mengulor itu wajib.

Cuma harapan saya....2010 akan lebih bermakna.


Wednesday, December 30, 2009

new cubicle

My department is currently undergoing to restructuring our place and seat. No..I don't likeeee.

Nampak gayanya tak boleh bercucuk tanam lagi lah sebab tempat duduk baru saya adalah berdekatan dgn laluan sibuk, maka dgn itu saya harus mengurangkan sikit aktiviti-aktiviti seni ini. Harus aku beli labtop baru dan angkut bawak gi opis. Harus...

Aku benci situasi ini.

Tuesday, December 29, 2009

silver jubilee


Washing, cleaning and cooking
Plus ironing and grocery shopping
These chores are bone breaking
Mom, at least for a day stop working
Let it be a time for relaxing
For it's your birthday we're celebrating!



HAPPY BIRTHDAY MAK!
YG KE-50

JUBLI PERAK!!


Monday, December 28, 2009

KL-Melaka-Muar-KL

Aktiviti cuti umum:

1st place : Sunway Pyramid
Activity : Lawatan sambil belajar di kedai-kedai handbag.
Description :

Sempat sambar 2 beg, one for me, and the other one for my mother sempena birthday dia esok. Sambil buat lawatan tu, sempat snap a few pics yg very colorful. Suka betul aku tgk musim2 org sambut krismas ni, memang meriah la shopping mall. Paling best budak2, siap ada permainan utk diaorg. On this time I pray if I could turn the time back. I wanna be a kids. Nak main lagi.

Bestkan...hidup sebagai kanak2 la yg paling seronok..tp mak/bapak budak pon sama naik main juga...hahaha


2nd place : Melaka
Activity : Jalan-jalan mkn angin
Description :

Aktiviti yg tak dirancang. Hari ni orang ajak, esok terus pegi. My suggestion, jgn la pegi Melaka musim2 cuti sekolah, bertembung plak dgn cuti krismas. Nak muntah saya tgk keadaan Melaka yg sesak dan ramai manusia dari segenap alam. Punya la susah nak cari parking. Paling parah bila semua jalan dah one way, so kalau silap masuk mana boleh patah balik. Ohh ya..dah hampir 10 thn tak gi Melaka. Keadaannya berubah sket terutama jalanraya. One more thing, kenapa signboard kat Melaka kecik2 belaka? konpius aku...

Layan gambar2 masa di Melaka..


Baru sampai...rasa mcm pelancong je...jalan sket amek gmba...jalan sket amek gamba...
hahaha


Menara yg nampak sayup2 tu menara Taming Sari..
tgk dari jauh jela..


A Famosa..
tempat wajib pegi..



Naik beca...1 jam RM40..hahaha
tapi saya naik tak sampai 10 minit pun..
cuma bayar RM10..
ok la tuu..


Lepak kejap minum cendol...
cendol dia sedap..
kurang manis..
dan saya suka view tepi sungai ni...
rasa mcm kat Italy plk...hahaha



Eye on Malaysia..
melepak sambil lunch di tepian selat Melaka..
tgk kapal2 lalu..



Maka, berakhir la penjelajahan di Melaka sebelum saya meneruskan perjalanan ke Muar pula.


3rd place : Muar
Activity : Ikut kawan balik kampung & wedding
Description:

Well, kalau duduk kat Muar ni memang la saya gemuk. Asik makan jela. Kiranya kalau balik sini tak akan mati kebulur. Kebetulan ada wedding my friend punya sedara. Apa yg uniknya di sini, wedding diaorg siap ada orang silat2 and menari. Auww..susah nak jumpa majlis kawen mcm ni. I likeee. Dan yg kelakar, saya tak sibuk pun amek gambar pengantin, tapi sibuk amek gamba budak2 kecik ni bersilat dan menari.



Lepas makan, duduk kejap dlm umah tunggu pengantin sampai, tengok budak2 tu menari & bersilat....then balik KL.

Maka inilah aktiviti penutup tahun 2009..


Thursday, December 24, 2009

cuti lagi

2 minggu berturut-turut hari Jumaat cuti straight sampai Ahad (Selangor dah 3 kali). Itu lah indahnya Malaysia. Ada mat saleh komplen masa kat tempat keje lama. Dia bukan komplen tapi mcm pelik.

"How many public holiday in Malaysia?" Robert asked me 2 years ago when I'm working at VME.

"It's about more than 10 days.." I replied. He nod and smiled.

"You know what, there is less than 10 days of public holiday in USA..". In this time, I smiled back to him.

Memang la pakcik Robert, ini Malaysia, ada byk kaum, ada byk perayaan, ada byk budaya. Mana boleh compare dgn Amerika.

Itulah ruginya rakyat Amerika.

Hehehe...

Selamat bercuti-cuti...



Monday, December 21, 2009

Arab paper: maid dah kurang start Jun next year

Sejak bila ntah aku ni pandai baca surat kabar orang Arab...

Sejak 5 minit tadi.

Saya saja2 buka surat kabar Arab sebab bosan baca suratkabar tempatan..hehehe, then I found this article:

In June this year, Indonesia stopped sending its workers — mainly maids and farm workers — to Malaysia because of the growing number of complaints of mistreatment at the hands of Malaysian employers. “We have no such plan for Saudi Arabia. But we definitely want to reduce the number of maids from our country and replace them with skilled and semi-skilled labor,” said Rahardjo.

Maka start Jun thn depan, dah kurang la maid2 dari Indon ye ibu2 sekalian. Tapi saya pikir balik, apa citer mat2 indon dan minah2 indon yg masuk ke Malaysia secara haram? pernah tak diaorg terpikirkan hal tu?pernah tak diaorg amik inisiatif utk memulihkan keadaan tu? Kat Malaysia ni siap ada perkampungan org Indon beb...amek kau!

Diaorg cuma nak hantar pekeje yg full skilled and semi skilled je...,yup tu mmg la yg masuk secara sah, tapi mcm mana yg masuk secara tak sah tu? rumit...rumit..

update:
Ohh...yg jadi perompak penyamun tu tetap akan dtg sini even they're not invited!



wedding Umi


Ye...ye..saya tau berat bdn dah naik dah. Musim cuti sekolah adalah musim org kawen. Musim org kawen maknanya musim makan banyak, kena plak masa pegi wedding Umi sabtu lepas diaorg masak style Jawa, sedap siottttt. Dari rumah saya dah berikhrar dlm hati..aku tak nak mkn byk..(konon), sebab saya jangkakan mesti diaorg masak nasi minyak. Dah bosan mkn nasi minyak. Tup2 bila sampai sana diaorg masak nasi berlauk (style jawa) dgn lauk pauk yg mmg la sgt sedap. Terus saya mengubah fikiran mkn byk. Hahaha..



Selamat pengantin baru utk Umi dan husbandnya, semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat. Saya perasan Umi ni muka dia mcm Nana, wife kepada Sein. Mula perasan sejak tgk Sehati Berdansa. Ya...mmg muka Umi sama mcm Nana, cuma sorg bertudung, sorang lagi tak.





Monday, December 14, 2009

ibu dan facebook



Just for fun to all mothers out there. Pandai budak ni bersajak..hehe.


Sumber : Youtube

Wednesday, December 9, 2009

tukar angin

Sudah byk bulan saya makan gaji buta. Butakah aku? Tidak. Cuma kadangkala terasa tidak berguna kerana tak dapat memberi komitmen pada company ini. Sungguh poyo ayat ini kan. Tapi ini realiti. Untuk itu, saya penuhi waktu dgn bercucuk tanam.

Emosi saya baru hendak pulih akibat tekanan yg begitu mampat ketika di kampung. Setelah bermeditasi di atas katil malam semalam, saya mempunyai kekuatan utk meneruskan hidup. Sekali lagi ayat poyo keluar dari fikiranku. Tapi ini juga realiti sebenarnya. Setelah menelan setengah pinggan mee goreng dan bercakap di telefon lebih kurang 1 jam, emosi saya kembali tenang. Tidak lupa juga, doa ketika bersolat. Hidup di kl ini memberi tekanan sebenarnya. Tapi ramai yg tidak sedar atau buat2 tak sedar, atau mereka sedar tapi malas nak sedarkan diri. Tapi bila difikirkan balik, tekanan bukan berpunca dari hidup di kl atau di london, atau di Benua Afrika atau di Sungai Lembing, Pahang. Tapi ianya berpunca dari diri kita dan masyarakat sekeliling. Pandai tak aku memberi ucapan? Hahaha...ketawa sebentar.

Ok, cukup2 lah beremosi. Penat dah.




I wanted to buy these shoes. But not now..maybe next time. Di ulangi....next time. Next time tu tak tau lah bila, mungkin awal tahun depan, mungkin juga in the middle of next year, atau end of next year. Tekanan mampat yg berlaku membuatkan saya beralih arah dari membeli kasut bertumit tinggi kepada kasut mendaki gunung. Hahaha..ketawa lagi. Kasut ni rasa2 buat joging pun boleh. Berbaloi-baloi.

The next item need to buy...? akan di fikirkan. Akan diusahakan.



Monday, December 7, 2009

perlu ke buat loan utk kawen?


Lagi cerita pasal kawen. Topik menarik yg saya dapat dari FB. Bagus juga FB ni, bleh bincangkan isu2 hangat, maknanya bukan hanya utk main game aje. *wink*

Perlukah membuat pinjaman bank untuk berkahwin?

Actually saya suka tajuk ni sebab ini adalah salah satu jawapan kepada org2 yg bertanya saya bila nak kawen? Ada sesapa nak sponsor? Kalau ada alhamdulillah. Tapi kalau takde, maknanya jgn la tanya lagi sebab majlis perkahwinan memerlukan belanja yg banyak walaupun kita hanya buat kecil-kecilan.

Soalan ini mengundang 1001 jawapan sebab semua org mempunyai pandangan yg berbeza. Dah saya katakan, kawen ni bukan senang. The most important thing is life after marriage. Kehidupan selepas kawen itu banyak dugaan, apatah lagi kalau tinggal di bandar besar mcm KL ni.

Ada org tak setuju buat loan sebab:
- Kalau buat loan akan menyusahkan kita lepas kawen sebab akan menanggung beban hutang yg byk, silap haribulan dah ada anak 3-4 pun hutang masih belum selesai.
- Loan dgn bank akan byk interest, lepas kawen hutang akan bertambah. Kalau kedua-dua (suami isteri) mampu bayar balik sampai habis mungkin takde masalah, means kedua-duanya perlu ada kerja tetap dan di jamin boleh bayar balik. Yg susahnya kalau dua2 atau salah sorang keje tak tetap, ada kemungkinan susah nak bayar balik, so inilah yg akan mengundang masalah.
- Lepas kawen suami isteri (terutamanya suami) kena fikirkan pasal bayaran duit rumah, kete, bil air/api, makan minum, sakit pening, petrol, tol, kad kredit (kalau guna kad kredit) dan macam2 hutang setiap bulan. Kalau ada anak kena fikirkan pasal anak juga. So boleh tak bayar loan kawen tu? Kalau boleh, it's ok.
- Buat majlis perkahwinan kecil-kecilan saja. Tak perlu buat 'Wedding of the Year' kalau tak mampu. Buat sekadar apa yg kita bajet. So tak perlu buat loan.
- Lebih baik kumpul duit sendiri, kerja dulu 2-3 tahun baru kawen. Kata org kita akan lebih menghargai perkahwinan tu sebab kita tahu betapa susahnya carik duit utk kawen.

- Buat sekadar yang mampu.Yang penting akad nikah dan mas kahwin.Yang lain tu buat sekadar termampu.Jangan membebankan diri sendiri.


Ok, tu pendapat bagi yg tak setuju. Ada juga yg setuju buat loan sebab :
- Kalau nak tunggu kumpul duit sendiri, alamatnya lambat la kawen, silap haribulan terus tak jadi sebab duit belum cukup.
- Lebih baik buat loan daripada tak jadi kawen dan berlaku maksiat dan melahirkan anak yg tak sepatutnya.
- Boleh buat loan dgn syarat dua2 pasangan tu mampu bayar balik lepas kawen nanti. MESTI bayar.
- Nak ringankan beban mak bapak, at least kalau buat loan mak bapak tak perlu keluar duit byk, kecuali kalau mak bapak jenis berduit. Kecuali juga kalau mak bapak boleh sponsor..hehe..alangkah bahagianya.
- Perlu buat loan, ye la kan zaman skrg hantaran dah ribu-riban, semua barang naik harga.

Ok, ini je la yg mampu saya taip sebab kalau nak taip semua sampai esok pagi pun tak habis. Kesimpulannya, perkara ini ada pro & kontra. Ada perlu dan ada tak perlu bergantung pada pendapat masing2. Bagi yg mampu tak salah buat majlis besar-besaran. Masalahnya ada yg tak mampu tapi nak buat majlis gilang-gemilang. Inilah yg mengundang masalah sebab kita hanya fikirkan keseronokan SEMASA berkahwin tanpa memikirkan kehidupan SELEPAS kawen. Tapi ini semua terpulang pada pendapat masing2. Lain org lain ragam.

Cuma saya rasa lebih afdal buat majlis secara sederhana, yg penting ikatan perkahwinan itu kekal abadi hingga ke akhir hayat.


So sebelum buat loan, fikirlah semasak-masaknya. Kalau betul-betul perlu buat loan, boleh buat tapi mesti dijamin boleh bayar balik. Kalau rasa tak perlu, buat saja majlis kecik-kecik, dan kepala kita tak pening pikir pasal hutang..kan..kan.

Pjg lebar aku menaip hari nih...


Sunday, December 6, 2009

jgn tanya tapi tlg doakan


Saya rela jawab soalan SPM 3 kali, ataupun masuk dewan peperiksaan universiti dan amek paper Thermodynamic. Ataupun buat assignment Thinking Skill pasal The Six Thinking Hats. Saya rela kena marah dengan Pn. Alina sebab tak faham konsep Kimia masa buat FYP dulu.

Tapi saya tak rela atau lebih tepat lagi tak suka nak jawab soalan yg berkali-kali saya jawab tapi masih lagi org tanya.

Bila nak kawen?

Hidup ni kan, kalaulah kita tahu bila kita nak kawen, saya rasa takde masalah atau istilah anak dara tua atau bujang terlajak. Mungkin ada org dlm dunia ni yg mmg tak nak kawen, but I am not those persons. Cuma, saya tak tahu bila saya akan ke arah itu. Dan jgn jadikan alasan umur dah nak masuk 30, so kena kawen cepat-cepat. Kalau lah memilih pasangan tu semudah memilih beg LV atau Gucci mana yg berkenan kan bagus. Ada masanya kita dah jumpa beg yg berkenan, tapi mahal la pulak, atau beg tu dah ada org lain pakai. Faham tak? kalau tak faham takpe.

Aku bosan.

Sekian.

Friday, December 4, 2009

potret siti


I love art.....so much.

Joy...ni lah lukisan yg aku lukis masa sekolah dulu, yg ko cakap hari tuh aku ada lukis gmba siti nurhaliza kan....haha. Masa cuti raya haji secara tak sengaja aku terjumpa balik lukisan ni, punya la suka tak terkata sebab aku ingatkan dah hilang. Bukan setakat lukisan ni, banyak lagi lukisan yg aku lukis zaman dulu2 still tersimpan baik. Aku rasa nak buat laminate pastu simpan biar anak cucu aku tengok..hehehe.

Usia lukisan ni dah lebih 10 tahun. Saya bukan la pandai sangat melukis tapi macam happy je dpt conteng-conteng atas kertas. Jadi, inilah hasil tangan saya pada usia 17 tahun dulu. Sejarah ni. Pada usia 17 tahun dpt lukis macam ni kira dah gembira sgt lah...konon2 lawa sgt lah lukisan ni..hehehe.

Paling kelakar, lecturer kat ITP dulu pun suruh saya lukis gambar dia, pastu ada lah bebudak kelas yg mintak saya lukiskan gambar girlfriend diaorang...muahahaha. Apa..diaorg ingat aku ni anak sedara Leonardo Da Vinci ke...ngeh..ngeh...ngeh.

Tapi bila tengok balik lukisan ni macam kelakar pun ada...ada rupa siti ke..? Agak2 kalau siti tengok lukisan ni dia bangga tak..?? (ketawa guling2 ni...)