Friday, January 29, 2010

tag - hilangkan boring

Jumaat. Boring. Jom buat tag.

1) Mula-mula open picture folder dalam komputer anda, pilih folder yang ke-5.
2) Bila dah open folder tu, pilih gambar yang ke-5.
3) Upload kan gambar yang terpilih itu dalam blog.
4) Cerita kan mengenai gambar tersebut.
5) Pilih 5 orang utk tag kan game ni.

Senang kan. Jom buat. Dan gambar yang terpilih dalam komputer saya ialah......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

tadaaa.....

presents to you...my childhood photo..



Saya tak tahu bila gambar ni diambil dan masa ni umur saya berapa tahun. Gambar ni bersama sepupu sepapat masa kecik2 dulu. Clockwise: Sara (sepupu), saya (julie), pikot (mak sedara, tua sethn), Kak mon (sepupu), rosmaini and kak chai (juga sepupu).

Bestkan masa zaman budak2...oppss..lupa, antara ramai2 tu saya lah yg paling muda..wakaka. Tapi bila dah besar pjg semuanya menghilang. Nak jumpa setahun sekali pun susah. Dan dalam ramai2 tu semua dah kawen kecuali aku. Hehehe..maklum lah paling muda kan, so lambat sket la kawen.

I really miss this moment.

Okey, untuk pilih 5 orang, I chose:

1) Mrs. ecam
2) Liza
3) Kak Ila
4) Joy @aina
5) Jun @joyah


Buat time free yer...



Thursday, January 28, 2010

3 kilo je

Think positive....think positive....think positive...

Cuma nak turunkan 3kg je...kalau dapat lebih lagi bagus...

Nak naik senang, bedal je nasi lemak, chicken chop, lamb chop, cheese cake, ice cream..

Nak turun, kena lari 5-6 round kat tasik ampang hilir, tu pun kalau larat, kalau hari tak hujan..dan kalau lah aku berjiwa kental...

Memang jiwa saya kental kali ini...

Monday, January 25, 2010

klcc last saturday

Actually I don't remember when the last time we met. But we met again on last Saturday in klcc. I arrived there around 12.45 pm, sungguh awal sebab waktu yg dijanjikan ialah 2.30pm. Gila bapak awal kan? Tu menunjukkan saya ni komited dlm menunaikan janji...muahaha.

Utk memenuhi waktu terluang sementara menunggu si datin joy a.k.a aina sampai, maka saya membuat lawatan sambil belajar di mana2 kedai yg rasa mcm menarik utk dilawati. Tak lupa Isetan yg tgh sales, mcm nak amek semua baju yg lawa2 especially kemeja, tapi bila pikir membazir itu amalam syaitan..(mcm baik je aku) maka tak jadi la nak beli. Lain kali la yer. I just bought a sweet and nice top from SEED. Sebab sales kan...murah.

Seriously makan free mmg paling seronok dlm dunia. Thanks ya cik yah kerana sudi belanja kawanmu ini. Murah la rezeki ko yek...puas dah aku puji2 ko hari tu.., ko tak gemuk, ko kurus, mungkin penimbang tu menipu tu yg ko rasa mcm ko gemuk..muahahahaha. Tapi mmg ko tak gemuk pun...(kali ni ikhlas).

And maybe we can make another plan to meet again. Next time. Next place. Bersama geng yg lain.

Tunggu saja lah.



Friday, January 22, 2010

rezeki

Life, is not predictable what will happen. Mungkin sesuatu itu bukan ditakdirkan menjadi rezeki kita kerana ada orang lain yang lebih berhak memilikinya. Dan mungkin juga Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik dari apa yg kita harapkan selama ini. Atau kita sendiri belum cukup berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita rasa kita patut dapat.

Jadi usaha lagi.

What I can do is be patient and continue to be patient. Saya belum cukup bagus untuk mendapatkan sesuatu yang lebih, jadi ianya bukan lah mudah. Cuma, saya sangkakan ianya sama rata, rupanya tidak. Ada sikit ada banyak, ada lebih ada kurang. Nampak mcm tak adil, tapi itulah yg berlaku.

Betul lah, rezeki orang lain-lain.

Bersyukur saja lah.

Thursday, January 21, 2010

e-book syahadah


Ianya bukan pasal cerita cintan cintun, tapi lebih kepada ketuhanan dan agama. Hari ni saya selamat khatam baca Syahadah, Dialog Dengan Gadis Melayu Atheis. Baca E-book, bukan hardcopy, berpinar kejap mata. Nasib baik tak tebal.

Honestly, cerita ni bagus untuk orang seperti saya dan untuk orang2 lain juga. Ia membuatkan saya berfikir jauh pada setiap persoalan yg pernah bermain difikiran tapi tak tau kat mana nak cari jawapan. Dan skrg saya dah tahu jawapan. Kredit kepada penulis cerita ni kerana berkongsi pengalaman dia kepada pembaca.

Psssttt...sejak2 dah masuk 3 series ni, dah jarang baca novel cintan cintun. Beralih arah plak.

Sikit2 berubah...

^__^


Wednesday, January 20, 2010

dulu-kini


ala tomei tomei...
tomei tak saya?
mana lebih tomei?
dulu ke kini?
wakakaka..

mesti berat kepala otak nak jawab kan..

takpe..saya jwb bagi pihak diri sendirik..

saya suka saya masa kecik...
huhu..




Monday, January 18, 2010

avatar


After 2012, Avatar is another great film for the year of 2009. This film is directed by James Cameron, the same director for Titanic. Tayangan tinggal tak banyak, saya baru terhegeh-hegeh gi tgk. Kihkihkih.

Mula-mula saya tak minat sgt dan tak terpikir nak tgk citer ni, tapi member kata best, saya pun pegi la menontonnya sabtu lepas. Ternyata mmg puas hati. Kira hampir 10 tahun James Cameron bertapa tak hasilkan apa2 filem, berbaloi la dia buat filem ni. Gabungan manusia dgn 3D.

Sama mcm Titanic, Avatar memaparkan sifat manusia yg tamak dan mementingkan diri sendiri. Dan sebenarnya James Cameron memaparkan sifat sebenar orang Amerika...hehehe.

benda basi mggu lepas

Tak baik kan berdendam. Saya bukan berdendam, betul...tak berdendam pun cuma bengang. Isu basi dari minggu lepas.

Minggu lepas, dia berdiri di mesin fotokopi sambil membebel. Saya duduk di sebelah kwn saya (mengulor). Ada beberapa budak laki cakap mcm buat2 lawak.

"Apasal ko amek partition kat sini?" tanya budak laki tu sambil ketawa kambing.

"Dah 4 thn tempat ni takde partition, dalam drawing pun takde, buat apa nak letak partition...tak payah letak! " jawab lelaki yg berdiri di mesin fotokopi itu.

Saya tersentap. Hati saya mcm kena tarik. Saya menangis dlm hati. Maklum lah saya ni sensitif.

Kawan saya memberi nasihat. Dia kata:

"Memang ada manusia yg tak dapat rasa kesakitan apa yg org lain rasa kecuali dia sendiri pernah rasa dan melaluinya".

Hati saya sejuk semula.

Friday, January 15, 2010

jumaat yg ada gerhana

Hari ni ada emergency, hantar Kak Su pegi Pusrawi, sakit migrain tahap kronik dan dia kena tahan wad. Lama juga bertapa kat hospital tadi, nasib baik dekat dgn opis. Dari pukul 11 tadi, pukul 2 baru balik opis dan hari ni lunch saya adalah di hospital. Kenyang juga.

Maka saya tak dapat menyaksikan gerhana matahari.

Sedih.

Dalam berita kata kalau nak tgk lagi gerhana mcm ni kena tunggu tahun 2016.

Kalau lah saya hidup lagi masa tu...

InsyaAllah.

Tuesday, January 12, 2010

perabih duit

Source of picture : cutekoreanstyle.blogspot.com

I bought Off Shoulder Loose Sleeves Knitwear Top (gambar atas) last Thursday via online at http://cutekoreanstyle.blogspot.com and I already received my order just now. Thanks to the seller. Sejak joy mengajar aku membeli online ni dah kemaruk plak. Mula2 beli tudung, pastu baju, pasni apa plak. Memang perabih duit je keje aku.

Saya suka tgk korean fashion, cute2, tapi kena pilih la yg mana sesuai..hehe. Kalo org free hair memang senang carik baju, tapi kalo nak gayakan dgn tudung ni kena la memilih sket. One of my friend penah ke korea beberapa tahun lepas. Dia ckp org korea ni mmg very fashionable. Keluar rumah pegi kedai sekangkang kera pun pakai cantik2. And I agree with her sebab dlm drama2 korea pun tgk diaorg berpakaian mmg lawa2. Keluar gi minum2 kejap pun pakai lawa2 mcm apa..

Ini la keje saya skg, bukak blog carik apa yg menarik, kalo rasa ada duit, beli. Ohh...lupa, pagi tadi saya dah kena sound dgn sorang coordinator dari department sebelah. Dia kata baca la katalog kalo takde keje. Kuikuikui...dah byk bulan takde keje, dah tak larat nak baca katalog ke nota ke atau apa2 je bhn bacaan. Baca katalog fesyen kira ok juga la kan...katalog juga tuuu...ekekekeke.


Monday, January 11, 2010

puding roti

Puding roti, serve with custard sauce

My new hobby when I feel bored at home....masak. I like to surf the internet and try to find new recipes for my collection.

Puding roti ni rasa dia so-so la, boleh la diterima tekak. Boleh buat lagi next time. Kalo ikut resepi dia rasanya lebih manis tapi saya kurangkan gula sebab takut terlebih manis. Bagi sesapa yg suka manis, boleh letak lebih gula. Tapi pada tekak saya, yg ni rasanya kira ok lah. Tapi pada mereka yg tak suka susu, tak boleh telan kot sebab sos dia aje dah guna susu cair. Pudingnya pun direndam dlm fresh milk.




notes: terbukti aku takde keje kt opis, 1 hari sampai 2 entry aku tulis...muahaha.

KRMMC bowling

I was born not as a great bowling player. But I love bowling. This is only sport that I can involve compared to the other sport yg mana saya dikategorikan kaki dan tangan bangku. Tapi untuk bowling tak terlalu 'bangku' sangat la. Walaupun byk kali cuci longkang, but this is a great experience to myself to improve skill and have fun with buddies.

KRMMC has organized bowling tournament last saturday. This is the first activity in the year of 2010. CYUC will follow with various interesting activities throughout the year. Tunggu. I enjoyed the games walaupun ada rasa sakit kepala masa tu.

Clockwise: En.Azni, Khairul, Bai,me and En.Azni's wife, Kak Azi.

I am not sure how many groups participating in this games, but it's not more than 30 groups. And this picture above taken by amy, my group - MMCOG 7. Sebenarnya saya lupa nama group sendiri, rasanya betul la MMCOG 7 kot.

In the first round of the game, I scored 80 pin drop. Teruk kan. For the second round, ada improvement sket, dapat la 96 or 98 ( terlupa plak), tapi lagi sket nak jejak 100. Punya la susah nak jejak 100 pin, sampai sakit2 kaki aku. Tapi apa kena mengena kaki dgn main bowling..muahaha. And game terakhir tu lagi teruk, malu nak cakap berapa pin yg berjaya saya jatuhkan...kuikuikui. 65 pin....rasa nak pitam dah. Dalam group saya tu, saya la yg paling teruk sekali main. Sorry geng, saya dah spoilkan markah keseluruhan utk kumpulan ni. Jangan serik main dgn saya okey!

Last but not least, a thousand thanks to En.Azni kerana dia bermurah hati belanja kami semua main bowling hari tu. Syukur...moga2 bertambah murah lah rezeki En. Azni lepas ni. Amin.

Thursday, January 7, 2010

hari yg kelam

Unstable mood.

Mungkin proses pertukaran dari ular tedung kepada manusia biasa ni agak susah. Tapi saya nak pesan satu je, jangan takut dengan saya. Saya tak patuk sesapa atau cuba mencederakan sesapa.

Saya manusia biasa cuma terkena tempias bisa ular. Ada kawan2 yg gerun utk mendekati saya atau cuba berbual dgn saya sebab mereka kata saya garang. Mereka kata saya tak peramah dan tak suka senyum.

Mereka bukan saya, jadi mereka tak rasa apa yg saya rasa. Perasaan ini bukan mudah utk dilupuskan dari dlm diri. Apa yg ada dalam hati mereka tak tahu. Hanya tahu menyalahkan tapi tak cuba menyelami. Takpe, itu mereka. Sekarang, saya nak buat hal sendiri.

Wednesday, January 6, 2010

manusia bijaksana

Tetiba rasa nak bagi ceramah pasal makan.

Bagaimana mahu melahirkan manusia yang bijaksana? Caranya ialah dengan mengawal sistem pemakanan sejak di dalam kandungan lagi. Maknanya, sejak bayi di dalam kandungan ibunya haruslah diberi makanan yang bukan saja dijamin halal, tetapi juga berkualiti tinggi dari segi protein, vitamin, mineral dan macam-macam lagi lah. Caranya mudah, amat lah mudah.

The best food to our brain:
1) Eat more fish, adalah lebih baik makan isi ikan (fillet), tapi jangan makan kepala ikan.
2) Eat more vegetable, fruit and almond. Sebenarnya kacang badam amat lah baik untuk otak manusia.
3) Eat fruit first before other dishes. Ini kerana jika kita makan nasi dahulu perut kita akan terlalu kenyang dan mudah mengantuk. Bila mengantuk, otak akan jadi lemah dan susah untuk menerima pelajaran. That's true.
4) Jangan makan ikan dengan daging. Campuran ikan dan daging tidak elok dimakan bersama.
5) Jangan merokok. Kajian menunjukkan nikotin dapat merosakan sel utama pada otak manusia dan melekat pada genes. Ini bermakna keturunan perokok akan melahirkan generasi yg cacat, bodoh atau lembab. Jauhkan lah.

To pregnant woman:
1) Makan lebih sayuran, buah dan badam. Badam amat baik untuk perkembangan otal bayi.
2) Makan buah kurma
3) Baca Al-Quran
4) Listen to music, yg baiknya muzik klasik.
5) Beli buku latihan matematik dan cuba jawab soalan-soalan matematik, buat dari soalan yg paling senang hingga soalan yg agak susah. Cara begini dapat membantu melatih perkembangan otak bayi dlm kandungan, meningkatkan IQ dan menjadikannya bijak.

To our children:
1) Beri mereka makan lebih sayuran, buah dan badam.
2) Susu juga penting, sebaiknya susu ibu.
3) Ajar mereka membuat latihan matematik sejak kecil, buat latihan yg simple dan mudah dahulu. Matematik membantu perkembangan otak mereka, meningkatkan IQ dan menjadikan otak mereka sentiasa aktif berfikir bagaimana mencari jalan penyelesaian utk sesuatu masalah.
4) Elakkan makan junk food dan fast food.
5) Ajar mereka beribadah serta doa.


Lepas ni kena kurangkan makan nasi lemak la...ohh..seksanya.

Dan tahu tak siapa yg mengamalkan sistem pemakanan sihat ni?

Yahudi!

Sebab tu anak2 diaorg cerdik-cerdik belaka.

Tuesday, January 5, 2010

time to change

What I have achieved in 2009? Not much improvement. What I want try to do is I don't want to be a cobra anymore.

Cobra?

Bapak saya kata masa kecik2 saya terkena badi ular tedung. Tu sebab perangai saya macam ular tedung. Dia memang pandai buat lawak.

Tapi kadang2 memang aku rasa aku mcm ular tedung pun...

Tapi ular tedung kira lagi baik daripada anai-anai.

Monday, January 4, 2010

sabtu di PD


Suka laut tapi tak tau berenang...
suka mandi laut tapi tak suka kulit terbakar...
oh...PD...kenapa pantaimu agak kotor?
lawa lagi pantai kat kampung aku...

Walau apa pun...ia tetap indah sebab ia adalah ciptaan yg maha Esa..

Kesimpulannya...aku suka pantai..