Wednesday, June 30, 2010

duit saya hilang

Siapa la punya angkara. Tak baik tuduh menuduh. Tapi yg pasti duit syiling yg saya kumpul selama ni hilang! Erm...bkn saya sorang yg kena, tapi fad pun sama. Ada toyol ke? Duit syiling saya tu penuh satu tupperware dlm gambar kat atas tu ok....tengok la tupperware tu....dah kosong!

Macam biskut plak, now you see, now you done!

Blurr aka kamarul, kak sue, rozie...berhati-hati. Aku nak pesan, sila kunci laci meja korang sebelum balik. Sudah ada toyol wooo....



Note: Mungkin saya silap sebab tak kunci drawer sebelum balik, selama 2 thn setengah keje sini takde apa2 pon. Minggu lepas pulak tetiba ada toyol. Just to remind myself and all my friend, kunci la drawer korang.

Tuesday, June 29, 2010

Messi si hidung besar

I am not a fans of football. But I am a fans of Lionel Messi. Dia sgt comel. Messi si hidung besar.






Monday, June 28, 2010

apakah?


Tiru tajuk mcm Kay buat. Mentang2 semua org dah ada handphone, public phone diperlakukan sedemikian rupa.






Yat's big day

Dulu, dulu la....I did not like to attend my friend's wedding. Sebab, saya kena jawab soalan maut.

"Ko bila lagi?"

Maut kan?

Tapi lama-lama telinga dah bernanah dengar soklan mcm tu. Nanah pun dah tepu, jadi boleh buat dek jela kalo orang tanya.

To Yat, selamat pengantin baru. Semoga hidup berbahagia hingga ke akhir hayat. Harungi lah pahit maung rumahtangga itu dgn penuh sabar dan kawalan emosi yg maksimum. Hehe. Kawalan emosi....mana ntah aku dpt ayat ni.

masa sampai, the bride and groom are eating...
kesian pengantin, kitaorg kacau dia sebab nak amek gambar..

the bride

potong kek


*****
A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.
Happy marriages begin when we marry the ones we love, and they blossom when we love the ones we marry.






Friday, June 18, 2010

balik kampung

Dah lama tak balik kampung. Dalam bilik sambil baring atas katil, tenung kipas,tenung siling...baru ingat rupanya dah 3 bulan tak balik kampung. Memang kategori tanggang saya ni.

Sebagai hukuman, harus aku amek cuti lama utk melepak kat kampung. Pesanan dari adik saya:

"Jangan lupa beli bola!"



See u later bebeh...





1150


nak beli tudung?

kalau berani call la...



hehe..


tolong member...





Thursday, June 17, 2010

dapurmas

Anyone out there ever heard a restaurant named Dapurmas? Saya makan disini malam semalam. Macam mana boleh sampai ke sini? Sebab tersesat.

Terletak di Putrajaya. Oleh kerana sesat tak tau kat precint berapa. Hasil google, baru tau Dapurmas di Pre
cint 9. Makanannya...marvelous! sedap dan banyak, dan yg penting harga sgt2 berpatutan.

Dapurmas
jumpa restoran ni secara tak sengaja sbb sesat jln.

kak sue & I..
hajat nak mkn tomyam je, tapi yg kami order lain pulak jadinya..
akibat terpengaruh dgn pekerja dia..


Nasi Goreng Meletop
ada nasi goreng yg sgt pedas+lamb+salad+keropok
SEDAP!
harga: RM15
berbaloi..
sbb byk, bleh share 2 org..
kalo sesapa tak mkn lamb, bleh amek chicken..

Bleh juga order set..mcm ni..
Black paper beef+mushroom soup+salad
SEDAP!
harga : RM15
murah kan..



Semalam saya makan sampai rasa nak muntah sebab byk sgt. Tak sangka pulak portion dia byk mcm tu. Berbaloi la kan dgn harga RM 15 tu.







Monday, June 14, 2010

fishville

Atas pengaruh Masyudi, tokei ikan jalan pasar, kak sue, fad dan saya beli ikan siap dgn balang bulat, siap jugak dgn batu-batu warna warni....siap sekali dgn rumpai warna kuning. Colorful kan...

Kali ni bela ikan betul2, bukan main game fishville lagi dah. Tapi saya tumpang ikan kat balang fad. Sesuka hati aku je nak panggil benda tu balang. Tapi memang nama dia balang kan?kalo bukan balang, apa benda? akuarium?

top view

front view

see....ikan ekor lebar...
lawa...






putrajaya

Location: Putrajaya
Hari : Sabtu
Keadaan cuaca: Mendung nak hujan

Saya punya hobi baru. Ambik gambar. Walaupun saya tak mampu nak beli dslr, rasanya pakai compact camera pun memadai lah. Sebenarnya nak masuk Wetland dan jalan2 jamu mata kat Alamanda, tapi tak jadi.

Setelah di edit,tambah tolak bahagi darab la bagai....ni la hasilnya. Time kasih la kak sue sudi menemankan kawanmu ini melenjan kat Putrajaya.

Masjid Putrajaya

Masjid lagi..

aku gi sini semata-mata nak amek gambar ni sebenarnya...
gila kan..


I am thinking....

nice view...
naik bot jom..


Masjid

Kak Sue..
peneman saya..




Thursday, June 10, 2010

sharing is caring

Soalan yg boleh membuatkan saya migrain nak jawab:

Perlu ke duit hantaran dikongsi dengan pasangan untuk kawen?

Ada 1001 jawapan,semuanya berbeza pandangan, semuanya logik. Tapi yang pasti ialah:

- Lelaki kena berusaha lebih untuk berkahwin, supaya biar dia fikir betapa susahnya nak kawen dan dia akan menghargai perkahwinan itu.
- Yang penting ialah life after marriage. Kehidupan selepas berkahwin lebih mencabar minda.
- Kahwin lah mengikut apa yang termampu.
- Lepas kahwin, lelaki WAJIB menyediakan 3 perkara ini:
  1. Makan
  2. Pakai
  3. Tempat tinggal
Tiga perkara itu dah termaktub dalam Islam bahawa suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Kalau boleh 3 perkara itu isteri JANGAN kongsi dgn suami sebab itu tanggungjawab dia. Dia kena usaha walau dgn apa cara sekalipun untuk menyediakan keperluan asas itu. Perbelanjaan lain2 contohnya bayar duit kereta, beli tv baru, sofa baru, mesin basuh dan apa2 lah keperluan bersama BOLEH dikongsi.

Ok, selesai satu topik.



note: topik ini di cilok dari facebook menerusi kawan saya cik wanita binti gadis. Untuk Joy, ko punya pendapat aku setuju, 'Kongsi apa yg perlu je...yg penting hidup lepas kawen'.


*update:
Bak kata ujie, "perkahwinan merupakan satu percaturan". Percaturan hidup. Dia kata sebab dia dah alami. Thanks ujie.








tempat ini


Tempat jatuh lagi kan dikenang, ini pula tempat bergaduh.

Ku titipkan kenangan ini didalam kepala otakku..

20 May 2010






Wednesday, June 9, 2010

Al-Rawsha

Makan adalah aktiviti yg sangat membahagiakan. Di KL ni, orang tak kisah harga makanan tu mahal, asalkan sedap. Dan jangan kedekut nak letak rencah. Sebab kami order, kami makan, kami bayar. Jadi tolong la ikhlas masak untuk pelanggan.

Restoran Rawsha terletak di Jalan Damai, Ampang. Lupa pulak jalan Damai berapa...ada byk jalan damai kat situ. Kalau naik kete merempit dari ofis adalah dalam 10 minit dah sampai. Restoran ni selalu jadi sebutan budak2 ofis saya sebab diaorang suka makanan arab. Masa last day kak Ila haritu, dia belanja kami makan kat situ. Thanks ya kak Ila. Happy tak kat tempat keje baru?

Al-Rawsha Restaurant

Kak Ila sms me : "besok jgn x dtg, aku last besok kat mmc. Esok gi lunch sesama"
Puan Sue

Ni yg payah dapat otak mcm aku..
lupa apa ntah nama makanan ni..
kitaorg ni 1st time makan sini, jadi tak tau nak order apa..
yg pasti nasi tu nasi beriani...
satu lauk ayam, satu lauk kambing..
ada pencicah merah & putih..
yg putih tu rasa mcm masam2 sket...



Kami order cuma 2 menu, share 4 orang sebab makanan tu banyak. Makan sorang memang confirm tak habis kecuali perut korang besar mcm Shrek. Hehe. Saya tengok kebanyakan orang yg dtg makan situ pun order sket2, then makan share. Tapi kalau lapar tahap ular sawa tak makan sebulan boleh la makan sorang2.

Harga? Maaf lah...sebab kak Ila belanja, lupa pulak nak tanya berapa harga nasi tu sepinggan. Tapi price makanan kat situ semuanya rm20++. Berbaloi la dgn portion yg banyak tu. Orang arab memang makan banyak agaknya, sebab tu diaorang besar2. Huhu..











Tuesday, June 8, 2010

uptown

Saya suka upload gambar dlm blog sebab saya tahu orang suka tgk gambar, tapi malas nak membaca. Ok, jom kita tengok gambar.

Saya mengkategorikan diri ini sebagai jakun sebab tak pernah pegi uptown. Saya tanya, uptown tu apa? Perlukah cari dlm kamus uptown tu apa? Maka, kawan saya pun jawab, uptown tu macam pasar malam lah...jual murah2. Ohhhhh...mcm pasar malam. Ok.

Jom pegi uptown Shah Alam.


@uptown shah alam
sila...sila..


begini rupanya uptown...
maap la...den jakun..


the variety of tudung...
Saya sampai awal, kedai2 kat sini byk yg belum bukak...


Kak su memilih sweater...
mau beli ke...


bundle...
not bad la sweater dia..
byk pilihan


we have decided to eat here..
sebenarnya saya bukan lapar..
tapi saja ngada2 nak mkn..


kedai makan sebelah..

kedai makan sebelah sana pulak...

sany char kuey teow pun ada..
mcm penah ada kat court 3..hikhik


Sup campur for kak sue, and tomyam campur for me..

close up
tomyam dia ok...rasa ok...sedap tapi...
isinya kurang la bang oi...
jgn kedekut bagi ayam,udang,sayur bole tak?
kami order,kami makan,kami bayar..





Note : dulu2....saya membayangkan uptown ni macam Pavilion or Starhill....hahahahahahaha...kesian aku...




Friday, June 4, 2010

free lenses

Haritu ( tak ingat bila,tapi last month) saya saja2 bukak web http://www.freshlookilluminate.com/#/promotion . I got an info from one of the blog yg saya follow lah. Freshlook nak bagi lens free. Saya kan alergik sket bila dgr barang free. So terus lah mencuba.

Lepas isi form la bagai, bagi details semua la apa...terus send. Tup tup hari ni saya dapat satu sampul surat dari Ciba Vision. Yup...saya dapat 3 pasang lens for free! Thank you freshlook. Harus aku pakai lens ni esok.

This is 1 day trial lenses. Means, sehari pakai sepasang. Tapi saya rasa saya boleh pakai more than 1 day kot...hehehe. Cuma saya confuse lens ni color apa. Nak kata grey bukan, nak kata purple pon bukan. Takpe, asalkan free!

Thursday, June 3, 2010

kelakar

Saya rasa kelakar. Ada orang tanya saya soalan pasal cinta.

Soalannya begini:
Girlfriend lama saya datang balik. Tapi sekarang saya dah ada someone, dah berkawan dgn dia 2 tahun. Girlfriend yg sekarang ni pulak mcm tak hiraukan saya. Dia sibuk dgn kerja, selalu outstation. Jarang call. Jarang sms. Saya ada bertanya pada dia, tapi dia kata dia ingin bersendirian buat masa ni. Patut ke saya kembali pada girlfriend lama?

Tak pasal2 aku jadi psikologi hari ni.

Saya melabelkannya sebagai kelakar bukan bermaksud saya gelakkan dia. Tapi saya rasa kelakar sebab saya jadi tukang bagi nasihat pasal masalah cinta.

Hahahahaha..(aku gelakkan diriku sendiri).

peluru vs batu


Buku ni bagus. Tulisan Maszlee Malik. Lepas baca buku ni, baru saya tahu cerita isu Palestine dari mula sejarahnya hingga lah sekarang. Selama ni tak pernah amek tau pon. Yahudi ada berapa kelompok, asal usul diaorg dari mana, Masjidil Aqsa di bina waktu bila, ada berapa tiang, berapa pintu, berapa kali di ubah suai akibat peperangan, siapa Salahuddin Al-Ayubi, siapa Sheikh Ahmad Yassin dan siapa sebenarnya Yasser Arafat.

Dan kenapa Yahudi nak sangat rampas Palestine. Isu agama yg tak tahu bila kesudahannya.

Credit to the author.

Doakan Palestine selamat.

Wednesday, June 2, 2010

cost to mount kinabalu

Saya buat kos berdasarkan perbelanjaan saya. Saya bermula dari zero, means saya takde apa2, beg takde, kasut takde.....semua takde! Bagi org yg dah ada semua tu mungkin perbelanjaan dah kurang kan.

Total cost for Mount Kinabalu trip:

Kos untuk barang keperluan:
  1. Water proof bag - RM280
  2. Hiking shoes - RM199
  3. Porch bag - RM60+
  4. Rain coat - RM14
  5. Tongkat -RM32
  6. Baju sejuk - RM130
  7. Snow cap - RM35
  8. Stokin (3 pasang) - RM10
  9. Energy food (chocolate etc) - RM20+
  10. Bag rain cover - RM13
  11. Glove - (Saya beli 2 glove) - RM5+RM27
  12. Botol air - RM12
  13. Thermos - RM20
TOTAL = RM857

Kos pegi jalan-jalan dan lain2 kos:
  1. Snorkeling - RM87
  2. Transport (from airport-snorkeling-mesilau-back to kk-airport) - RM66
  3. DeGalleria Hotel - RM132
  4. Flight ticket (pegi-balik) - RM115
  5. Entrance fee (utk masuk ke Mesilau) - RM3/person
  6. Canopy Walk+camera (Poring Hot Spring) - RM8 (RM3 for entrance fee, RM5 for camera)
  7. Makan - spend la dalam RM150-200
  8. Guide and porter - RM80 (tak ingat la amount sebenar, tapi lebih kurang la)
  9. Mesilau Nature Resort & Laban Rata Rest House - RM550
  10. Sijil - RM12
TOTAL = RM1253
TOTAL SEMUA = 857+1253 = RM2110

Kesimpulannya, kena ada RM2500 mcm tu lah, sebab calculation kat atas tu mungkin ada yg tertinggal, tu pun tak masuk perbelanjaan yg tak nampak, cthnya beli benda yg remeh temeh (berus gigi la,syampu la, sandal la....ntah apa2 lagi keperluan lain).

RM2500 tu utk kos trip tu saja. Duit utk beli souvenir or apa2 sepanjang kat KK tu duit lain la pulak. Lain org lain expenses nya. Tapi lebih kurang sebyk ini lah kos yg saya habis.





ting tong

Sunset in the middle of the town kk

Dah nak masuk 2 minggu kepala saya bengong. Adakah ini effect panjat gunung? dasyat jugak effect panjat gunung kan. Panjatnya cuma 2 hari, tapi kesannya 2 minggu. Kalau ikutkan hati saya nak baring tido kat rumah je. Nampaknya ubat batuk Klinik Dr. Nur Ainita tak begitu memberangsangkan.

I changed to Wood's. Ubat batuk yg ada peppermint. Sedap.

Lega la sket. Boleh la...

Cuma semlm saya terbaca 1 artikel dari Dr. Zubaidi. Pasal sakit kepala. Baca kat sini.

Tak semena-mena saya takut.

Tuesday, June 1, 2010

Mount Kinabalu - Day 6 (Last Day)

Hari ke-enam adalah hari terakhir. Kami dah meninggalkan gunung kinabalu dgn seribu kenangan yg terpahat dalam ingatan hingga ke akhir hayat. Pagi 23 May 2010 (Ahad), kami jalan-jalan cuci mata di Gaya Market. Di sini sama saja mcm pasar tani kat tempat kita. Tapi di sini byk jual barang-barang souvenir dan mutiara. Mutiara?

Gaya Market..
Korang paham ke tulisan tu?


pasu dan barang tembikar

kerongsang..

siput pun ada..

baju2..

At Philipino Market..
Ini mutiara air masin..
price: RM400
mau beli?


sebijik pearl mencecah RM50 okey..
mau beli?


suasana dalam Philipino Market

mcm2 barang perhiasan ada..

mutiara lagi...
harga mutiara di Philipino Market mahal..
kalau di Gaya Market still boleh tawar menawar..
jurujual kat Philipino Market ni kerek2..
saya tak suka!


Lepas tu kami memborong ikan masin..
dan kuih cincin..
belacan pun ada..


kedai nombor 16 menjadi destinasi persinggahan kami utk membeli ikan masin..
dpt diskaun..


kedai sebelah...pun jual benda yg sama..

We proud to show you...
our certificates!
Last snap sebelum terbang ke KL..


If we climb from Mesilau trail, we'll got 2 certificates. Kerana trail Mesilau lebih 2km daripada Timpohon.

Kenangan ini sgt hebat.

Kepada 8 orang kawan saya: fad,adik,yat,kay,athirah,nurul,huz and Intan...

Memori ini akan terpatri dlm ingatan. Happy dgn kamu. Betul tak tipu....sgt hepi.

Jumpa lagi!