Thursday, September 30, 2010

tembakan padu


Bestnya malam ni dapat basuh baju yang penuh membuak2 dalam bakul, hampir-hampir saja nak dihantar ke dobi. Malam ini tak bawak balik keje sebab saya pikir kalau bawak balik pun bukan dapat setelkan pun segala masalah yang telah membuatkan rambut lurus jadi curly. Fuh, aku tak penah rasa stress bagai nak gila macam ni. Hebat material selection ni.

Semalam dah kena tembak berdas-das dalam bilik bos. Sebenarnya situasi itu sudah dapat dijangka akan berlaku, jadi saya sudah bersedia jugak sikit-sikit. Sebelum kena tembak tu saya rasa mengantuk yang amat, buat kerja pun kepala di awang-awangan, tapi anehnya lepas keluar dari bilik bos serta merta mata jadi segar bugar kalah minum nescafe latte. Jadi the best solution untuk hilangkan mengantuk ialah : masuk lah dalam bilik bos. Tak payah buat nescafe pakat-pekat sampai rasa pahit nak mati, buat membazir nescafe kak uda je, dah la tu kalori pun tinggi.

Oh ya satu lagi, sapa-sapa budak ofis yg terdengar tembakan bos kat aku semalam, harap-harap korang buat-buat pekak aje lah ye.

Hidup ni anehkan. Bila takde masalah akan rasa boring juga sebab kita akan rasa hidup ini macam straight and smooth je. Tapi bila datang masalah bertimpa-timpa pula. Stress keje, stress itu stress ini dan pernah kah anda alami situasi dimana anda dilanda 2-3 masalah dalam 1 masa? haha.

Bapak aku penah pesan dan pesanan ini datangnya dari arwah atok. Dia kata, 'hakim' dah ada dalam kepala otak kita, ko pikir, nilaikan, dengar nasihat dan buat lah keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Paham tak? Maksudnya, diri kita adalah diibaratkan seorang hakim, jatuh bangun diri kita adalah kita sendiri yang tentukan, bukan orang lain. Orang disekeliling hanya membantu, memberi sokongan (tapi ada juga yang menjahanamkan) dan memberi pandangan. Keputusan dan cara nak selesaikan masalah adalah terletak ditangan sendiri.

Teringat pula kata-kata bos semalam semasa sedang menembak aku, eh you ni bukan student lagi....bla...bla...bla...aku tak sanggup nak tulis ayat seterusnya kerana nanti aku tak lena tidur pula malam ni. Haha. Tapi aku sempat ulang balik ayat tu kat 2-3 orang budak kat opis. Hehe, kalau nak tau tanya lah 2-3 orang budak tu. Sapa dia? carik sendiri.

Tuesday, September 28, 2010

mode: jiwa kacau


Ok, sekarang baru saya sedar bahawa pekerjaan saya sekarang boleh membunuh beribu-ribu manusia jika tersilap langkah. Walau tersalah letak satu value dalam datasheet atau design basis, banyak nyawa boleh melayang. Saya tidak menyesal memilih kerjaya ini, cuma saya rasa macam terganggu sikit hormon bila kena pikir banyak-banyak. Oh maklum lah kalau saya banyak berfikir, maka saya akan makan banyak, bila makan banyak berat badan akan naik, bila berat badan naik, jiwa jadi kacau.

3-4 hari ini hidup saya tak tenteram hanya kerana 1 dokumen ni. Haha. Aku ni bikin kecoh kan, baru buat 1 report dah menggelabah. Orang lain buat 5-6 jenis specs siap kena bambu berdas-das tak kecoh pun. Itu lah beza saya dgn orang lain kerana saya ni spesis makhluk lemah semangat.

Kadang-kadang pernah jugak terfikir bahawa aku sebenarnya amat tidak layak duduk di meja dan kerusi ofis ini. Haha.

Eh gambar kat atas tu saya lukis sendiri guna Paint, cantik tak? hehe..

Monday, September 27, 2010

abah

Actually saya bosan ni. Dan tertekan. Semuanya kerana report yang gila tu. Ok,malas cerita pasal report. Cerita pasal makan dah banyak dah. Mari saya memperkenalkan bapa saya yang saya panggil abah.

Abah saya seorang yang berpewatakan dominant dalam keluarga. Dia tegas dan garang. Tapi itu dulu. Sekarang dia dah tak garang, kecuali dgn adik saya yg bongsu kerana adik bongsu memang bersifat mengada-ngada tahap gaban.

Abah berkahwin dengan emak hanya beberapa bulan selepas berkenalan (menurut mak cakap lah). Anehkan bunyinya? Kalau lah saya yg buat mcm tu, sure kena pelangkong sebab dah gatal sangat nak kawen. Tapi alhamdulillah, mereka bahagia. Bertekak dan bermasam muka itu perkara biasa. Mana ada suami isteri yg hidupnya sentiasa tersenyum 24 jam. Dan mereka dikurniakan 4 orang anak yang comel-comel termasuk lah saya, anak sulong mereka. Hahaha.

Nama saya pelik. Nama adik-adik saya juga pelik. Disini saya ingin menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka yang typical, eh kenapa nama ko pelik ek? ko mix mat saleh ke? Oh..tidak. Saya 100% melayu tulen.

Abah bekas tentera British. 8 tahun dalam tentera British, baru convert ke askar Melayu kerana askar Melayu baru wujud pada waktu itu. Kawan-kawan dia ada macam-macam bangsa termasuk lah mat saleh. Agaknya sebab itu dia berkenan dengan nama yang seperti itu. Jangan risau, nama saya je macam mat saleh, tapi jiwa dan perangai saya tetap Melayu dan yang penting saya tak minum arak...hehehe.,just kidding.

Selera saya banyak ikut selera abah. Saya suka makan pedas, suka makan seafood yang mana emak saya kurang suka sangat. Oh, ya. Abah kata perangai saya sebenarnya banyak ikut arwah atok, garang macam singa. Singa kah aku? tapi gerak gaya badan macam arwah nenek. Muka pun macam arwah nenek. Sekarang saya dah tahu di mana saya mewarisi kejelitaanku ini......dari arwah nenek rupanya...hehehehehehe.

Semasa abah berkahwin dengan emak, abah berusia 40 tahun, dan emak berusia 20 tahun. Beza umur mereka ialah 20 tahun. Aneh kan? tiada yg mustahil dalam dunia ini. Age is just a number. Yang penting mereka bahagia dan sekarang usia perkahwinan mereka sudah mencecah 31 tahun. Lama bukan? bukan senang untuk bertahan lama seperti itu, kalau bukan kerana sabar dan bertolak ansur.

Oh, saya tak dapat nak attach gambar abah di sini. Takpe, lain kali saya attach. Saya jarang ambil gambar dia dan dia pun bukan suka bergambar pun.

Ok. Saya kena sambung buat report. Eh..malam-malam pun kena buat kerja ke? Huhu..




Sunday, September 26, 2010

sesi gemuk kan badan

24.Sept.2010
Majlis sambutan hari raya di Hotel Istana anjuran MMC Berhad. Pergi 1 kereta dengan fad,kak sue dan rozie. Enjoy juga lah walaupun food takde lah best sangat.

rozie,fad,julie,kak sue

fad,kak sue,kak ida,julie,liza


25.Sept.2010
Mendapat jemputan eksklusif dari Meeza. Eh aku suka la rumah ko, tak bising macam rumah aku,pastu banyak habuk. Haha. Menu yang terhidang ialah nasi impit dimakan bersama sayur lodeh (meeza masak), sayur goreng (fad masak) dan rendang ayam (ateh masak). Dessert pula triffle. Tapi Meeza bagi dessert tambahan berupa aiskrim mini. Hehe. Sedap...sedap,aku suka.

ini lah menunya

blueberry cheese tart, meeza buat.
fresh from oven


kuih raya home made meeza buat
dan triffle juga dia buat..
rajinnnya,anak sapa la ni...


Tahun depan jangan segan silu jemput saya kalau ada majlis makan-makan. Ni tengah tunggu majlis makan-makan mechanical pulak. Huhuuu...




Wednesday, September 22, 2010

so long


I miss my auntie, Honeyza. We were separated due to family broken. Kalau family bertelagah, hubungan saudara akan jadi jauh. Dah banyak kali raya saya tak nampak muka dia. No phone number, no address apatah lagi email. Marah ke dia? Saya mengharapkan dia datang ke rumah kerana saya tidak boleh pergi rumah dia. Ada sebab kenapa saya tak boleh pergi rumah dia.

Sampai bila harus bersengketa?

I wish I will meet her one sweet day.

Tuesday, September 21, 2010

jiran

Saya tinggal di apartment sederhana di USJ. Saya ada 3 jiran. Berdepan dengan rumah ialah warga Bangladesh yang bekerja di kilang Maggie. Sebelah kiri pula lelaki cina yang kurang peramah. Sebelah rumah Bangladesh tu orang Melayu yang jumpa setahun sekali je.

Tinggal di bandar memang kita akan jadi selfish. Kau dengan hal kau, aku dengan hal aku. Tak sama macam tinggal di kampung. Kalau kat kampung tiap-tiap pagi cik Bedah kat sebelah rumah akan menegur, eh..nak kemana tu cik Jah? atau pun...banyak beli barang kat pasar cik Munah?.

Saya tak kenal pun siapa jiran saya tu. Cuma sekali sekala terserempak kat tangga atau kat parking kereta. Saya hanya sedekahkan senyum kambing je kat diaorang. Tak ada tergerak hati pun nak berkenalan. Dan saya pun tahu diaorang pun tak ada hati nak kenal dengan saya. Tapi bukan itu persoalannya.

Persoalannya ialah kita harus berhati-hati dengan jiran. Walaupun kita tak mengenali dia, tak tahu nama dia atau siapa mak bapak yang melahirkan dia, sekurang-kurangnya kita boleh kenal rupa dia. Saya tak kata mereka ada niat tak baik, tapi hati orang mana kita tahu kan? Saya terpikir pasal benda ni selepas keluar berita pembunuhan seorang ustazah dan anaknya beberapa minggu lepas. Aishh...yang bunuh itu adalah jirannya.

Kadang-kadang kita tak sedar ada orang memerhatikan kita setiap hari. Sama ada dia memerhatikan kerana minat atau ada niat lain, itu tak pasti lah. Tapi hati manusia kita tak tahu. Ada orang nampak baik tapi hati macam singa. Ada orang muka nampak ganas tapi dalam hati ada taman. Haha. Just beware.

Ada juga jiran yang peramah dan baik hati. Sampai tahap peramah diaorang tu kita tak terlayan. Haha. Takpe lah, asalkan dia bukan jenis jiran blok sebelah yang tiap-tiap pagi dengan sengaja duduk di balkoni sambil memberus gigi dengan tidak memakai baju. Atau pun yang jenis kalau nampak kita terus dia merenung kita macam nak telan, pastu bini dia kat atas merenung kita semula seolah-olah kita yang nak mengorat laki dia. Auwwww...tak kuasa mak.

Monday, September 20, 2010

blues

Hari ini aku mahu berbicara menggunakan bahasa yanga agak sastera. Pagi ini aku datang ke pejabat dengan keadaan kepala yang sedikit pening kerana pagi tadi aku bangun terkejut. Dan aku ingatkan minggu ini bukan turn aku memandu kereta, jadi boleh lah aku duduk bersandar di sebelah driver. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset dan aku memandu dalam keadaan mabuk akibat terkurang tidur agaknya.

Jumaat lepas aku sudah masuk kerja. Tetapi malangnya aku gagal bekerja hingga ke petang. Aku sakit jiwa duduk di meja seolah-olah aku makhluk aneh kerana aku saja lah spesis perempuan yang bekerja pada hari itu. Spesis lain semua lelaki. Jadi aku mengambil keputusan drastik untuk balik pada pukul 12.30 tengahari sewaktu spesis lelaki sedang terkedek-kedek berjalan kaki untuk ke masjid.

Aku sebenarnya tidak terus pulang ke rumah. Kakiku gatal menekan pedal minyak dan tanganku gatal memusingkan stereng kereta membelok ke arah Maidin Mall. Aku membeli belah seorang diri. Aku sangkakan Maidin akan lengang kerana masih ramai manusia sedang bercuti. Sangkaanku meleset lagi apabila aku melihat tempat letak kereta agak penuh. Aku mengeluh hampa.

Hari ini aku mendapat task baru. Aku berpura-pura cool seolah-olah akulah pekerja berdedikasi walaupun sebenarnya kepala aku agak kusam-kusam. Setelah makan mee bandung di restoran bawah pejabatku sebentar tadi, aku rasa kepalaku ada sedikit perubahan. Baru lah aku tahu rupa-rupanya aku memerlukan oksigen.

Ok. Aku ada appointment dengan boss safety. Nak tanya pasal corrosion rate calculation. Aku pergi dulu. Tata.

Friday, September 17, 2010

raya 2010

Saya kembali ke ofis pada hari ini 8 Syawal 1431. Ramai manusia di sekeliling saya masih bercuti. Ohh, lupa, saya nak ucapkan takziah kepada kak sue kerana ayahnya telah kembali ke rahmatullah pada pagi hari raya pertama. Sabar ye kak sue, kita tau kak sue sedih. Pagi raya patut bergembira, tapi dah takdir.

Raya tahun ini saya rasa paling simple dalam hidup. Baju simple, tudung pun simple. Malas nak bersakan-sakan sangat. Bajet untuk raya pun ala kadar saja. Yang penting, raya tetap raya.

Aturcara raya:

1st day raya:
Pagi-pagi siapkan apa yg patut. Menerima kedatangan sepupu sepapat. Petang, beraya rumah makcik dengan memakai sepasang kurung biru royal.

2nd day raya:
Stay kat rumah saja. Tunggu sedara mara datang. Layan tetamu. Buat air. Top up kuih yg dah abes dalam balang kuih raya. Basuh pinggan. Aishh...raya la katakan.

3rd day raya:
Beraya di Pontian dan Batu Pahat. Saya memandu. Konvoi 4 buah kereta. Seronok tapi penat sket. Berkenalan dengan sedara mara yang hanya jumpa setahun sekali. Kalau tak kerana raya, mati aku memang tak kenal dia tu sedara aku. Haha.

Selesai beramah mesra dengan sedara mara, balik semula ke rumah lah. Hari dah malam. Nasib baik ada adik yg sudi melayan saya berborak sambil memandu. Tau tak kitaorang borak pasal apa? Pasal agama dan cakerawala. Hahahahaha...

gambar pemilik blog harus ada....
simple je
lokasi di Pontian



Tuesday, September 7, 2010

Aidilfitri

Assalamualaikum...

Dah hampir sebulan berpuasa, tak lama lagi akan menyambut syawal pula. Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua kawan-kawan. Esok saya akan meredah highway untuk balik ke kampung tercinta. Kepada yang memandu untuk pulang ke kampung, pandu berhati-hati, gunakan akal bukan perasaan. Semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju. InsyaAllah.

Jumpa lagi selepas seminggu.. (pssstt....dengan berat badan yang bakal berubah..hehehehe).

gallery cafe

Dah banyak entry cerita pasal makan. Biasa lah bulan puasa. Semalam department mechanical buat majlis berbuka puasa di Gallery Cafe, Balai Seni Lukis Negara. Menunya makanan kampung. Memang sedap lah. Tak rugi bayar rm28 sorang. Jom kita saksikan gambar sebagai bahan bukti. Hehe.

Gallery Cafe

Yg bagusnya tempat ni, lepas berbuka puasa, kita boleh solat terawih (8 rakaat).
moreh disediakan selepas terawih. Best kan?


kamarul dan isteri tercinta, Awin

kak su dan gojes
sedang menunggu kak ila

orait, kak ila dah sampai..

dalam cafe

ok,mari saksikan lauk pauk kampung pulak.
yg ini kerang dan paru


udang dan lala masak sambal, ayam goreng dan yang paling best...
ada siput sedut...


mee goreng, spaghetti, nasi hujan panas dan ayam masak lemak

my plates

kak ila punya..
bubur lambuk pun ada....sedap!

tak lupa...pecal pun ada...juga sedap!

kuih muih dan lauk

sebelum berbuka
meja kami penuh dengan makanan..hahaha


selepas berbuka..
licin..


jiran department sebelah pun ada..
cik liza


bulat sungguh muka aku


Tamat sudah sesi melihat gambar. Kesimpulannya lauk-lauk di sini sedap. Makanan kampung kan...mesti lah sedap.


Monday, September 6, 2010

buka puasa

Semalam berbuka puasa di JM Beriani House, Seksyen 9 Bangi bersama sahabat-sahabat gunung. Semua ada kecuali Kay dan Intan.

tak banyak sangat snap gambar,takde mood sebab terlalu ramai manusia

saya makan spaghetti, mee goreng mamak, desserts dan ratah ayam dgn daging.

harga yang perlu dibayar

Itu aktiviti semalam. Aktiviti sabtu pulak meredah sekali lagi highway ke Bagan Lalang. Konon nak makan lagi seafood tempat haritu. Untuk mengelakkan kejadian sama berulang (haritu pukul 8.30pm baru dapat makan sebab order lambat), jadi kami order awal-awal melalui telefon. Tapi lupa pulak nak pesan jangan masak terlalu awal. Akibatnya lauk dah sejuk, then lauknya tak sama macam haritu. Hampa.

mentari merah di ufuk barat

saya snap guna mode 'sunset', tapi nampak macam gelap sangat.

tomyam tu tak berapa menyengat

hampa-hampa pun abes jugak nasi ngn lauk
rugi la tak makan sebab bayar guna duit kan,
kalau bayar guna kertas A4 takpe..



Friday, September 3, 2010

24 Ramadhan

Hari ini, 24 Ramadhan adalah hari kelahiran saya menurut kalendar Islam. Kalau ikut kiraan kalendar Islam, umur saya bertambah lagi 1 tahun. Warghhhh...lagi tua. Hehe.

Details tentang kelahiran saya:

6 ogos = 24 ramadhan
hari: Rabu
waktu: 12.30 pagi.

Jadinya saya sambut hari lahir 2 kali dalam waktu yang dekat. Alhamdulillah, syukur masih dipanjang usia, moga-moga hari-hari yang mendatang akan lebih bermakna.

bahaya fb dan blog

Walaupun blog ini hak mutlak saya, tapi saya TIDAK BOLEH menulis sesuka hati. Sama macam facebook. Walaupun akaun facebook itu adalah hak mutlak saya, tapi saya tidak boleh meng'update' status mengikut kepala otak saya contohnya "Aku tak sangka Johor ni hina" atau pun "Jom kita bom KLCC sabtu ni". Saya percaya, status macam itu mungkin satu gurauan tapi sebenarnya status sebegitu umpama menempah tiket ke penjara.

Atau pun jangan lah saja-saja gatal tangan update status berkaitan agama kerana ia isu sensitif. Tak pasal-pasal nanti wujud page dalam facebook "Si polan bin si polan menghina agama Islam, sila klik butang LIKE jika anda setuju. Tak sampai 24 jam, dah lebih 15,000 orang menekan butang LIKE. See, dah ramai orang celik IT sekarang.

Kalau tak takkan adik saya yang berumur 12 tahun sms semalam: "tadi adik bukak facebook kak yie guna facebook kawan adik, adik bukak kat komputer sekolah".

Masa saya berumur 12 tahun nak pegang mouse pun terkial-kial. CPU pun tak tau yang mana satu, ini kan pulak nak buka internet. Haha. Nak menaip pun kena tekan keyboard sebijik-sebijik.


Hehe.



Thursday, September 2, 2010

mata, pancaindera paling berharga


Tahap rabun dan silau saya dah naik ke paras melampau. Atau dengan kata bahasa yang skema, tahap rabun dan silau ini sudah meningkat ke paras yang merbahaya dan kritikal. Kalau pakai spek, saya akan nampak cahaya sekecil mcm gambaran kat atas tu lah. Tanpa spek, perghhh...berkali-kali ganda cahaya tu mengembang macam di pam-pam.

Sah lah silau dan rabun aku ni teruk gila. Rasa-rasanya mata burung hantu lagi terang dari mata aku. Rabun ayam pun tak macam ni. Kesian aku, dah ditarik nikmat untuk melihat dunia tanpa memakai spek. Takpe la...yg penting masih boleh melihat. ngeh...ngeh...ngeh, syukur.

Hargai lah mata korang!


Wednesday, September 1, 2010

bagan lalang

Semalam berbuka puasa di Gold Coast. Bukan Gold Coast, Australia, tapi Gold Coast Sepang...hahaha. Saya ke Bagan Lalang. Pertama kali jejak kaki ke sana. Jauh juga terasa perjalanan sebab sesat. Tapi rasa memang jauh. Sebelum berbuka dan sementara menunggu makanan siap, saya usha-usha la kawasan kat situ. Tengok chalet dan hotel high class yang baru siap dibina, ada ala-ala Dubai sket.

Hotel ini dibina diatas air,memanjang hingga ke tengah laut.

kami makan di sini, Restoran Bayu Malam.
Makan ikan bakar.


Sebelum tu menyaksikan matahari terbenam. Kali kedua saya tengok sunset selepas di Sabah.

Dari matahari penuh hingga lah dia tenggelam terus.
Cantik.