Saturday, October 30, 2010
Friday, October 29, 2010
status
- Single - Gucci
- In Love - Prada
- Unhappy In Love - Diesel
- In a Relationship - DKNY
- Married - Hugo Boss
- Engaged - Lacoste
- Frustrated - Armani
- Out of S*ex - Christian Dior
- Chanel - It's complicated
I am Lacoste, but I use Christian Dior. Hahahaha...apa lah. But one sweet day I will be Hugo Boss.
So korang yang mana satu?
Thursday, October 28, 2010
atheis
Apa itu Atheis? ada juga ejaannya Ateis.
Atheis ialah free thinker. Maksudnya seseorang yang tidak percayakan mana-mana Tuhan dan agama. Contohnya, mereka Islam, tapi tak percaya bahawa Allah itu wujud. Orang begitu di istilah kan sebagai Atheis.
UPDATED: Atheis bukan setakat tak percayakan Allah,tapi tak percaya pada mana-mana Tuhan pun. Thats why we call them free thinker. Terima kasih En.Bain kerana menegur hamba,harap maaf kalau tulisan hamba ini membuatkan orang keliru. Yang buruk datangnya dari hamba,yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. Dan ini berlaku tidak kira pada bangsa apa pun, Melayu,Cina,India,mat saleh atau apa2 bangsa pun. Kalau hamba silap, sila lah tegur yer kawan-kawan.
Saya pernah baca E-book Syahadah, Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist. Ceritanya sangat best kerana ia menjawab segala persoalan-persoalan yang selama ini tak terungkai.
Kisah dalam novel ini berdasarkan KISAH BENAR seorang lelaki yg menggelarkan dirinya sebagai 'penulis' dalam perjalanan menaiki kereta api dari Kuala Lumpur untuk pulang ke Penang. Semasa dalam kereta api itulah dia bertemu seorang gadis Melayu yang tidak percayakan mana-mana Tuhan pun termasuk Allah. Seronok baca kisah ni, dan cerita ini sebenarnya berlaku hanya untuk 1 malam sahaja, namun impaknya sangat mendalam.
Wednesday, October 27, 2010
pancaindera paling berharga

Effect pakai lens lama sangat. Aku tak pernah serik dari dulu, apasal ntah. Tengok mata sendiri kat cermin pun takut. Ini cuma mata merah dan berair. Belum lagi aku cerita pasal lens tu tiba-tiba beralih kat belakang mata, pastu lens tu bleh jatuh sendiri kat lantai sebab kering sangat. Aku kutip lens atas lantai, pegi basuh dan pakai balik. Boleh gitu?
Bila dah jadi macam ni, kena pakai cermin mata. Akhirnya cermin mata juga lah penyelamat kan...
Aku rasa semua orang yang pakai lens mesti ada kisah masing-masing. Tak caya tanya kak su...hehehe, eh apasal aku petik nama kak su ni...
Tuesday, October 26, 2010
soalan 1
UPDATED:
Jawapannya: Orang yg berlari lah yang basah lencun, yang berjalan tu sebab dia berjalan guna payung, atau berjalan di bawah bumbung yg tak kena hujan. See...berlari tak semestinya kamu selamat dari kena hujan. Berjalan slow takpe, asalkan selamat sampai...dan jangan lupa bawak payung yer...hehehe
Actually this is about 'thinking skill'.
Monday, October 25, 2010
ulik mayang
Tapi masa sekolah dulu persembahan tarian ini hanya sekadar suka-suka saja, tiada unsur khurafat. Mayang yang digunakan adalah mayang kelapa, sepatutnya guna mayang pinang. Ia hanya persembahan hiburan akhir tahun sewaktu sekolah. Penat tau datang sekolah petang-petang buat latihan.
Malu lah nak tunjuk gambar waktu menari dulu, muka aku kelakar yang amat.
Ada slot drama terbaru kat TV3 bertajuk Ulek Mayang, Elly Mazlin jadi heroin, dan Fezrul Khan heronya.
Sunday, October 24, 2010
surah Al-Kausar
1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
Verily, We have granted you (O Muhammad (Peace be upon him)) Al-Kauthar (a river in Paradise);
2. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Therefore turn in prayer to your Lord and sacrifice (to Him only).
3. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
For he who makes you angry (O Muhammad (Peace be upon him)), - he will be cut off (from every good thing in this world and in the Hereafter).
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Rasulullah S.A.W ketiba baginda sedang bersedih diatas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Saturday, October 23, 2010
hati lelaki
Hati Lelaki. Lebih kurang begitu lah. Berkaitan dengan hati seorang lelaki. Tapi hati itu bukan merujuk kepada hati seorang lelaki terhadap perempuan, tetapi terhadap kaum sejenisnya. Aiyyo..panas kan? It's about a gay.
Saya malas la nak google pasal gay, sure keluar benda yang bukan-bukan. Melalui bahan bacaan dan maklumat daripada topik perbincangan di TV9 rancangan Nasi Lemak Kopi O itu, golongan gay bukan lah terdiri daripada lelaki lembut. Mereka adalah golongan lelaki gagah perkasa dan ada kerjaya yang bagus. Pada zahirnya mereka nampak maskulin, tetapi hakikat dalaman mereka tidak seperti apa yang dijangka. Mereka lebih meminati kaum sendiri berbanding kaum wanita. Kalau kau letak Jennifer Lopez pakai bikini sebelah dia pun dia tak heran ok!
Dalam rancangan tersebut, mereka menjemput 2 orang lelaki sebagai tetamu dan 2 lelaki itu adalah lelaki yang mempunyai pengalaman pernah di ganggu atau cuba-cuba di tackle oleh gay. Aiyoo...panas lagi. Ada juga penonton yang menelefon dan sama-sama berkongsi pengalaman mengenai suami mereka yang pernah di ganggu oleh golongan tersebut. Adoi..
Takut lah dunia sekarang. Macam mana kita nak kenal seseorang lelaki itu benar-benar lelaki atau dia sebenarnya homoseksual? Ye la kan, sebagai wanita normal yang mempunyai perasaan terhadap kaum lelaki, mesti wanita akan teruja bila nampak mamat hensem lalu sebelah dia. Dengan gaya yang macho, segak, tampan macam Brad Pitt, sekali siasat rupanya gay. Frust tau.
Sekarang ni nisbah wanita lebih ramai berbanding lelaki. Bermakna lelaki semakin kurang (ini salah satu tanda-tanda akhir zaman). Itu belum kira lelaki yang masuk penjara melakukan jenayah, terlibat dengan dadah, mati eksiden tengah jalan, yang bertukar jantina jadi nyah dan macam-macam hal lagi lah.
Saya tahu lelaki sebegitu bukan merancang untuk terjebak ke arah itu. Hati manusia susah nak jangka, tak kira lelaki atau wanita. Kadang-kadang mereka jadi begitu kerana pengaruh kawan atau pernah frust dengan perempuan atau memang naluri mereka lebih terarah kepada kaum mereka sendiri. Entah la tak pasti.
Friday, October 22, 2010
gambar dalam cermin
Thursday, October 21, 2010
gambar kaki
Gambar ini saya amek ketika memanjat bukit broga. Macam la sampai puncak, tak sampai separuh dah turun balik. Saya mendefinisikan gambar ini sebagai salah satu cabang seni fotografi..hahaha. Motif gambar ini diambil ialah untuk membuktikan saya dah pernah sampai ke broga walaupun tak sampai puncak dan nak tunjuk struktur rumput di situ. Hehe.
Gambar ini pula ketika di Kuching. Motif, nak tunjuk kasut baru. Pertama kali saya beli dan pakai kasut warna pink, sungguh pinky aku ni kan. Dulu-dulu aku tengok orang pakai kasut pink macam kelakar yg amat, last-last aku yg pakai.
Yang ini pula juga di Kuching. Motif, nak tunjuk selipar baru yang saya beli dengan harga RM10. Sebab beli selipar ini, kerana kulit kakiku dah menggelembung kerana terlalu lama pakai kasut pink yg kat atas tadi itu. Nak buat macam mana kan dah kulit kakiku nipis dan halus macam bayi...hahaha..(statement keji). Masa ini tengah berjalan kaki di Taman Orang Utan dan sempat jugak aku snap masa tengah jalan tu. Beberapa orang di kiri kanan saya jeling-jeling, mesti diaorang cakap aku sengal sebab amek gambar kaki sendiri. Eh punya suka hati aku lah, aku nak tunjuk kakiku yang comel itu. Kaki korang tak comel.Ini saja lah contoh gambar yang dapat saya tunjuk kerana saya bukan selalu pun amek gambar kaki. Walau apa pun memang saya suka amek gambar kaki sendiri tanpa motif apa-apa. Sekadar untuk review semula 20 tahun akan datang bahawa dulu masa muda aku pernah mempunyai sepasang kaki yang.....yang....yang apa-apa lah. Aku dah cakap kakiku comel, kalau aku cakap lagi mesti orang termuntah... :)
note: aku terperasan blurr33 pun ada amek gambar kaki dia sendiri, klasik hitam-putih, siap buat wallphoto kat facebook..hahaha, sori aku gurau.
terima kasih

I called her. Talked to her. At the end of the discussion, I found the way what should I do, and the rest, I pray and trying to learn how to be redha. Haha. Jangan buta hati. Biar rabun sampai pakai spek ada power belah kanan 500 dan belah kiri 400, asalkan hati tak buta. Sometimes we need a friend to be a shoulder to cry on. At the end of the conversation, she told me:
"Walaupun kita jauh, tapi saya selalu ingat awak. Saya doakan yang terbaik untuk awak"
And I cried. Deep beb, deep. Thanks friends. You always be by my side when I need you. Appreciated!
Sekarang saya tahu betapa pentingnya hubungan persahabatan. Kalau hilang boyfriend boleh cari boyfriend lain. Tapi kalau hilang sahabat, mana lagi nak cari pengganti sahabat yang sama kan. Ada sorang kawan saya pernah cakap, kalau kau kawen satu hari nanti, jangan lupa kawan. Ok aku tahu satu hari nanti kau dah ada suami, tapi kawan tetap kawan, kita mengenali kawan kita terlebih dahulu sebelum kita kenal husband kita. Hopefully kau dapat husband yang memahami bahawa hubungan persahabatan mesti terus dijalinkan walaupun kau dah berkawen. Jangan putus kawan. Sebab susah senang hidup kita sebelum ini adalah bersama kawan. Cuma jangan pulak kau pentingkan kawan sampai abaikan tanggungjawab pada suami.
Ah..aku menangis lagi ni.
Wednesday, October 20, 2010
beautiful date
Beautiful date, beautiful day hopefully.
Monday, October 18, 2010
Everything Happens For A Good Reason
And sometimes things happen to you at the time that may seem horrible, painful and unfair, but in reflection you realize that without overcoming those obstacles you would never realize your potential, strength, will power or heart.
Everything happens for a reason. Nothing happens by chance or by means of luck. Illness, love, lost moments of true greatness and sheer stupidity all occur to test limits of your soul.
Without these small tests, life would be like a smoothly paved, straight, flat road to nowhere safe and comfortable but dull and utterly pointless.
The people you meet affect your life. The successes and downfalls that you experience can create whom you are, and the bad experiences can be learned from. In fact they are probably the most poignant and important ones. If someone hurts you, betrays you or breaks your heart, forgive them because they have helped you learn about trust and the importance of being cautious to whom you open your heart.
If someone loves you, love them back unconditionally, not only because they love you, but also because they are teaching you to love and open your heart and eyes to little things. Make every day count. Appreciate everything that you possibly can, for you may never experience it again.
Talk to people whom you have never talked to before, and actually listen. Let yourself fall in love, break free and set your sights high. Hold you head up because you have every right to.
Tell yourself you are a great individual and believe in yourself, for if you don't believe in yourself, no one else will believe in you . Create your own life and then go out and live it.
Share this with anyone whom you believe has made a difference in your life!"If you take your eyes off your goals, all you see is obstacles."
Friday, October 15, 2010
makan selepas raya 10.10.10
Ingatkan dah habis cerita pasal makan, tapi belum lagi. Biasa la, selagi hayat di kandung badan,selagi itu lah kita akan makan hari-hari. Jadi entry ini khas untuk aina@joy. Aku sangat appreciate kau sudi memasak untuk aku dan uji. Oh lupakan Wani sebab dia tu lengai. Kau tau lengai? ntah, aku pun cakap sesedap rasa je. Kalau aku cakap dia bangang macam kasar pulak bunyinya.
On the way nak pegi rumah kau tu aku ikut jalan Tun Razak dan aku sempat tengok satu kereta terbalik. Aku tak pasti orang-orang dalam kereta itu hidup atau tak, hopefully hidup lah. Aku snap gambar tapi gegar la, mana tak gegarnya, sebelah tangan pegang stereng, sebelah tangan sibuk nak snap gambar. Ini lah gunanya hari-hari bawak kamera dalam handbag. Haha. Tarikh ini juga berlakunya eksiden tragis di Simpang Ampat yg melibatkan 2 buah bas, 1 van dan 3 kereta, mengorbankan 12 nyawa. Semoga roh mereka (yang beragama Islam) ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
To be honest, aku suka rumah kau. Kau pandai hias rumah. Oh bertuah betul Ajip, si suami mu itu kan. Tapi pening la cari rumah kau asik sesat je. Tapi at least sampai juga kan walaupun dalam kereta aku dgn Uji tak berenti-renti mengumpat pasal Wani. Haha. Kesian kau penat-penat masak tapi yang makannya cuma aku dgn Uji. Sebenarnya aku nak mintak kau tapaukan makanan tapi aku malu cik Jahhhh...kau tapaukan Red Velvet Cup Cake tu pun dah kira bagus. Hahaa.
Kau masak pulut kuning, rendang ayam, soto dan apa ntah lagi. Aku kontrol makan masa tu sebab 1st time datang kan, maybe 2nd, 3rd or 4th time nanti aku tak malu dah. Hehe. Kuih raya kau pun berlambak lagi. Next year boleh aku order dengan Ako pulak. Aku pun nak bergambar dgn Ako jugak.Thursday, October 14, 2010
red guava
Saturday, October 9, 2010
fakta part 2

1) Kalau mertua atau ahli keluarga masuk campur dalam hal masalah rumahtangga kita, rumahtangga akan cepat hancur. Percaya lah.
2) Suami tidak suka isteri yang kuat membebel.
3) Situasi semasa bercinta/bertunang tidak akan sama 'manis' lagi setelah berkahwin.
4) Ramai lelaki boleh jadi suami yang baik, tetapi tidak ramai lelaki boleh jadi ayah yang baik. Begitu juga perempuan. Belajar lah bagaimana menjadi ibu dan ayah. Jadi suami dan isteri senang saja, selesai lafaz nikah, sah lah menjadi suami dan isteri bukan?
5) Tidak ramai suami suka membantu isterinya membuat kerja rumah.
7) Kebanyakan masalah rumahtangga adalah berpunca daripada perkara yang dianggap 'remeh', tetapi apabila perkara yang remeh dibiarkan, ia akan berkumpul menjadi masalah yang besar dan di situ akan berlaku ungkitan yang tidak terduga.
8) Komunikasi amat penting dalam perkahwinan.
9) Jangan bertengkar depan anak-anak. Jangan biarkan anak-anak melihat ibu dan ayah mereka bertelagah dan menunjukkan situasi tidak bahagia kerana anak-anak akan tertekan.
10) Jujur dan percaya adalah resepi rumahtangga bahagia, tetapi jangan ambil kesempatan diatas kejujuran dan kepercayaan yang telah diberikan oleh pasangan.
11) Perkahwinan adalah perkongsian hidup. Bukan setakat berkongsi rumah dan kereta, tetapi berkongsi masalah suka dan duka, berkongsi kesenangan dan kesusahan bersama. Anggap lah pasangan kita sebagai bestfriend kita dimana dia lah tempat kita berkongsi segala cerita.
12) Isteri - kalau keluar rumah berhias cantik dan wangi, tetapi mengapa di rumah comot dan serabai?
Friday, October 8, 2010
fakta part 1
1) Kalau pasangan anda meminta putuskan hubungan dan memberi alasan 'Ingin memperbetulkan diri', sebenarnya that is just a beautiful reason created by her/his. Yang sebetulnya dia ada orang lain.
2) Biasanya perempuan kalau nak minta putus, dia akan mulakan dengan ayat "We need to talk..."
3) Naluri seorang ibu biasanya betul, begitu juga dengan naluri seorang isteri.
4) Perempuan lebih emosi daripada lelaki, manakala lelaki lebih bernafsu daripada perempuan.
5) Ramai orang takut nak makan egg yolk (telur kuning). Mereka lebih rela makan egg white sebab katanya kurang kolestrol. Sebenarnya fakta itu salah. Kuning telur mengandungi lebih daripada 90% kalsium, iron, phosphorus, zinc, thiamin, B6, folate, B12 dan panthothenic acid. Mereka yang makan telur pada waktu pagi dapat mengekalkan atau mengurangkan berat badan berbanding mereka yang makan bijirin. Baca fakta tentang telur di sini.
Thursday, October 7, 2010
gadis malaysia suka dia
Love is beautiful.
But sometimes painful.
Haha.
Wednesday, October 6, 2010
akhirnya..

Masa aku tengah tunduk membisu buat calculation semalam, Masyudi kata baru ni aku nampak betul-betul macam engineer. Selama ni dia kata aku tak ubah macam budak sekolah yg duduk dalam cyber cafe sambil main online game. Sadis betul ayat tu. Sedap sungguh dia mengutuk aku..hahaha.
Hari ini aku nak isytiharkan bahawa aku surrender dari peperangan ini. Aku berperang selama 3 minggu konon-konon aku mampu buat report yang lagi tip top dari GL, tapi hampeh kerana akhirnya aku kalah. Nevermind, at least I learned something rite. Dari aku tak tahu apa itu STF, tapi skg aku dah tahu, apa itu FCO2, tapi skg aku dah tahu, macam mana nak kira UCR, CCR, CA dan apa ntah lagi, skg semua aku dah tahu. Thanks bos kerana sekolahkan aku dalam bilik hari itu. Walaupun kata-kata itu pedih, tapi aku tahu dia nak aku jadi budak pandai.
Sekarang aku boleh tarik nafas lega sebab aku boleh siapkan kerja lain yang banyak pending. Bertimbun dah specs, calculation dan design basis untuk Samarang menanti untuk diupdate.
Sekurang-kurangnya aku boleh senyum semula dan kurangkan makan sebab tahap tekanan dah menurun.
Tuesday, October 5, 2010
mechanical food festival




Orang negara lain mati sebab tak cukup makan, tapi orang Malaysia mati sebab terlebih makan. Syukur diatas semua rezeki.
Monday, October 4, 2010
lagu melankolik
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
She write and sing song from the heart. Sunday, October 3, 2010
the bee and friends
ye, sarang lebah!!! saya termenung kejap, pikir betul ke apa yg aku nampak ni?Then tadi, fad call JPA untuk membantu membunuh lebah-lebah tu. Baru saya tahu macam mana cara nak bunuh lebah. Orang JPA tu datang dari Klang semata-mata nak bunuh lebah yang ambil masa cuma 1 minit. Huhu. Caranya:
1. Padam semua lampu. Biarkan keadaan gelap gelita.
2. Ambil lighter. Hidupkan api lighter, halakan ke arah sarang lebah.
3. Dalam masa yg sama semburkan ridsect (penyembur ubat nyamuk). Serta merta api besar muncul. Uhh...best pulak tengok api.
4. Dalam masa 1 saat, semua lebah-lebah tu rebah ke lantai. Tamat riwayat.
Tapi dinasihatkan jangan buat sendiri kat rumah. Apinya begitu besar, takut apa-apa jadi, terbakar pulak rumah, lagi parah.
siapa dah menonton Magika?
Saturday, October 2, 2010
fikir-fikir..
2) Selalunya mulut cakap lain, tapi hati berkata disebaliknya.
3) Ada masanya kita melakukan sesuatu atas kehendak org lain, tapi ada masanya perlu kita lakukan sesuatu mengikut kata hati. Tapi jangan melakukan sesuatu kerana orang lain buat dan kita pun nak buat.
4) Positif. Ini salah satu tips utk menenangkan jiwa.
5) Diam. Diam kadang-kadang baik kerana ia boleh meredakan suasana yg tegang dan rumit.
6) Jangan memandang rendah pada keupayaan orang lain walaupun dia belum lagi membuktikan keupayaannya. Bagi dia peluang.
7) Bagi kritikan yg membina, bukan kritikan yg menjahanamkan.
8) Setiap hari adalah hari yg baru, jadi belajar sesuatu yg baru.
9) Bila kita hilang sesuatu, cuba ingat balik mungkin sebelum ini kita pernah membuatkan orang lain kehilangan.
10) Konsep masa. Kita yg uruskan masa, jadi sebenarnya tak ada alasan untuk berkata 'tak ada masa', kalau 'tak cukup masa' mungkin alasan tu boleh diterima.


















