Ada 2 peristiwa.
1) Gaduh dengan orang DBKL
Semalam aku jadi singa semula. Ntah la apasal aku macam meluat dengan orang-orang Majlis Bandaraya ni. Aku berhentikan kereta sekejap dekat Briekfield nak pick up adik, tak sampai 10 minit pun, ada la dalam 5 minit lebih sket je. Datang orang majlis dengan muka jamban warning aku. Aku rasa kalau dia datang dengan muka biasa aku tak hot sangat kot, tapi oleh kerana dia buat muka jamban, aku benci. Lepas tu kejap lagi dia datang semula dengan buku saman konon-konon nak ugut aku, nak saman aku. Then aku sound la. Dia pun marah-marah aku balik. Janji aku puas dapat sound dia. Aku kan singa.
2) Appraisal
Akhir tahun dah rupanya. Hari ni kena appraisal dengan bos. Aku selawat, baca 3 Qul, baca ayat Kursi la bagai, menggigil satu badan. Aku rasa aku gaduh dengan orang Majlis semalam pun tak takut macam ni. Depan bos aku terus jadi siput sedut. Aku banyak diam, bos yang banyak cakap. Alhamdulillah, dia tak tanya aku satu apa pun. Apa guna dia tanya, aku keje bawah dia. Dia dah puas bambu aku, so dia dah tahu aku ni macam mana. Dia banyak bagi nasihat dan pandangan untuk masa depan. Aku sengih-sengih je la, angguk-angguk, geleng-geleng. Kan aku kata, depan bos aku jadi siput sedut.
P/S : Oh..ya, bos ada cakap, ada orang Piping komplen engineer suka borak-borak, gelak kuat-kuat. Then, aku cakap, bos...diaorang pun sama jugak. Pastu bos balas balik...bos bagi jawapan yang aku rasa...ermm...ok...betul jugak yer bos. Tak payah la aku bagitau apa jawapan bos, tapi aku setuju je la. Takde gunanya nak melayan atau nak emosi dengan komplen orang. Bagi aku sama je, orang-orang piping pun selalu datang kat cubic aku dan memekak, cakap kuat-kuat macam orang pekak, gelak-gelak, cerita pasal iPhone, cerita pasal bola, pasal itu pasal ini. Ada aku kesahhhhh? ada ke? takde kan. Ohh.. ya ada juga yang cakap, engineer kat sini suka buat discussion group, yang diaorang tu kena keje teruk-teruk, kena OT.
Sebelum kau komplen, kau pikir tak yang scope keje kita berbeza? kau tak tahu yang aku selalu bawak balik keje kat rumah sebab aku tak nak OT. Kau tak tahu ada masanya kami disini macam nak pecah kepala sebab pikir pasal keje. Tapi kebetulan time kau datang, mungkin kitaorang tengah gelak-gelak atau kebetulan aku tgh bukak fb..hahaha.
Ada orang marah tak aku tulis benda ni dalam blog? suka hati aku la, ini blog aku.