Friday, December 31, 2010

2011


happy new year 2011
hopefully this coming 2011 will be more meaningful, happy and blessed
forget the past, start a new life


HAVE A GREAT MOMENTS



Thursday, December 30, 2010

The Best Moments In Life

1. Falling in love.
2. Laughing till your stomach hurts.
3. Enjoying a ride down the Country side.
4. Listening to your favorite song on the radio.
5. Going to sleep listening to the rain pouring outside.
6. Getting out of the shower and wrapping yourself with a warm, fuzzy towel.
7. Passing your final exams with good grades.
8. Being part of an interesting conversation.
9. Finding some money in some old pants.
10. Laughing at yourself.
11. Sharing a wonderful dinner with all your friends.
12. Laughing without a reason.
13. "Accidentally" hearing someone say something good about you.
14. Watching the sunset.
15. Listening to a song that reminds you of an important person in your life.
16. Receiving or giving your first kiss.
17. Feeling this movement in your body when seeing this "special" someone.
18. Having a great time with your friends.
19. Seeing the one you love happy.
20. Wearing the shirt of a person you love and smelling his/her perfume.
21. Visiting an old friend of yours and remembering great memories.
22. Hearing some telling you "I LOVE YOU"

I had learned a lot of things from my previous life. One of it is appreciate your best moments with family, friends and loved one. Masa adalah elemen yang sangat kejam. Sekali ia pergi, ia tidak akan kembali lagi. Ianya tidak akan menunggu kita walau sesaat pun.

Kita tidak perlu mengejar masa. Kita hanya perlu menunggu masa itu tiba. Dan bila ia tiba, hargainya sebaik mungkin supaya ianya tidak berlalu pergi dengan sia-sia.

Waduh...waduhhh...berbunga-bunga bahasa saya malam ini yea....



Wednesday, December 29, 2010

nice place

If people ask me where is the place that I really want to go? My answer is Kashmir. Selain Eropah, Kashmir adalah sebuah tempat pelancongan terindah di dunia terletak di barat laut benua kecil India. Tempat ini menjadi rebutan antara 2 negara iaitu India dan Pakistan.

Pada masa ini, Kashmir terbahagi kepada:
1. Jammu dan Kashmir yang ditadbir oleh India, meliputi lembah Kashmir serta Jammu dan Ladakh.

2. Kawasan-kawasan Utara (Northern Areas) dan Azad Kashmir yang ditadbir oleh Pakistan.

3. Rantau Aksai Chin dan Laluan Trans-Karakoram yang ditadbir oleh China.

Tak pasal-pasal aku baca sejarah Kashmir...hahaha.

Antara pemandangan cantik di Kashmir:












Some people said Kashmir is heaven on earth!

(Image from google)


51 tahun


29 Desember 2010, happy birthday to my beloved mother. Walaupun saya tahu dia tak mungkin akan membaca blog ini, facebook atau twitter kerana dia tak tahu apa pun pasal dunia cyber, tapi saya nak jugak mengabadikan tulisan di laman peribadi ini untuk dia.

"Selamat hari lahir, semoga emak di sihatkan tubuh badan, di murahkan rezeki dan dilindungi daripada perkara-perkara yang buruk dan dijauhi dari manusia yang berniat jahat. Amin"


Monday, December 27, 2010

double P

Sabtu selepas subuh, saya bertolak ke Penang. Tujuannya untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang kawan saya Dilla. Selamat pengantin baru untuk Dilla dan suami, Syed Izzairie. Kami tiba di Penang sangat awal, pukul 10+ dah sampai, sedangkan majlis makan bermula pukul 12. Dilla suruh pergi masjid tengok dia nikah. Woo..dapat lah tengok Dilla sah menjadi isteri. Sekali lafaz!

Upacara nikah agak lambat sebab ada 2 pengantin yang akan dinikahkan pada waktu yang sama. Agak boring dan mengantuk juga lah menunggu. Tak pernah dalam seumur hidup saya tengok sendiri kawan dinikahkan, selalunya datang untuk makan saja, then balik. Tapi ni special case, Dilla pun terharu sebab tak sangka kitaorang attend majlis kawen dia, siap tengok dia nikah lagi.

Teringat dulu-dulu masa zaman study di Unimap, Dilla selalu duk cakap pasal jodoh. Bila la nak dapat boyfriend. Tup tup dia yang kawen dulu. Semuanya ketentuan Allah kan. Lambat atau cepat jodoh itu bukan kita yang tentukan, dan dengan siapa jodoh itu juga bukan kita yang tentukan. Tahniah Dilla kerana kau dah selamat melangkah ke satu level dengan jayanya. Level yang memang di impikan oleh setiap manusia. Semoga ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir usia.

Lepas habis majlis, kami terus bergerak ke Perlis. Memang itu lah tujuannya sebenarnya. Dah 3 tahun tak jejakkan kaki ke Perlis, memang teruja rasanya. Perlis bukan lah sebuah negeri yang besar, tapi negeri ini banyak meninggalkan kenangan manis buat saya sepanjang saya belajar disini. Kami sampai di Perlis hampir maghrib dan kami stay di Seaview Hotel. Not bad lah hotel ni, nak kata bagus sangat tu tak lah. Kami ambil bilik untuk 3 orang, RM95/night.

Lepas maghrib, kami keluar merayap di Kangar dan sekitar Kuala Perlis. Tempat pertama yang dituju ialah gerai Char Kuey Teow. Dulu char kuey teow kat Kangar ni sangat best, pada saya the best char kuey teow lah. Sebab tu teruja sangat nak makan. Tapi kali ni makan rasa dia dah lain. Uhh, 3 tahun berlalu, rasa char kuey teow pun dah berubah. Nasib baik portion tak banyak, boleh la habiskan. Murah, RM3.50 je sepinggan.

Then kami patah balik ke Kuala Perlis untuk makan ikan bakar. Lokasinya tak jauh, berhadapan dengan hotel tempat kami menginap dan juga berhadapan Putra Brasmana Hotel. Dulu masa study, selalu juga makan kat sini, jadi kami dah tahu kedai mana best, kedai mana kurang best. Menu yang kami order : kerang bakar, sayur campur, tomyam campur, sotong goreng tepung dan ikan gerut bakar. Price semua skali RM55.

Ini lah ikan gerut ( if not mistaken lah nama dia ikan gerut). Ikan ni suggestion daripada orang kedai tu, dia kata ikan ni sedap kalau bakar. Ya, memang sedap. Kami memang nak cari ikan lain sket, ye la kan asyik2 makan ikan terubuk or siakap or pari. So kali ni ikan pelik sket. Tapi nasib baik sedap. Isi dia lebih kurang macam ikan siakap.

Esoknya pagi2 lepas breakfast, kami jalan-jalan sekitar Kuala Perlis, termasuk lah pegi ke kolej kediaman masa study dulu. Bukit dalam gambar tu di belakang asrama Kg. Wai dimana disebalik bukit itu ialah Siam. Beautiful view. Cuaca elok je haritu.

Kuala Perlis

Terminal feri untuk ke Langkawi. Sepanjang study kat sana, 3 kali saya ke Langkawi. Sekali dengan kawan-kawan, 2 kali dengan family. Tak pasti lah berapa harga tiket sekarang. Masa ni orang ramai, maklum lah kan tengah cuti sekolah dan cuti christmas. Penuh sesak pekan Kuala Perlis tu.

Saya beli kuah rojak Mak Bee. Kat Perlis memang famous dengan kuah rojak Mak Bee ni. Dulu harga dia Rm2.50 je, beli 3 Rm10. Sekarang sebotol dah Rm3, beli 4 botol Rm11. Kat Perlis ni berlambak-lambak buah delima, tengah musim kot. Delima bagus sebenarnya, tapi saya tak beli pun. Kuih kat atas tu nama dia Kuih Bunga Budak. Pelik sket la kuih ni. Masa study dulu tak pernah jumpa. Inti dia kelapa. Ok la, tak manis sangat. Benda yang saya borong banyak ialah ikan pekasam.

buah delima

Kemudian, kami ke Padang Besar pulak. Bukan nak beli apa pun, saja jalan-jalan. Orang ramai, biasa lah Padang Besar mana pernah tak ramai orang. Sentiasa ramai.

Saya beli kacang gajus dan Pistachio. Dua-dua tu sekilo RM34. Mahal kan? Tapi nak beli jugak sebab dah alang-alang sampai sini, lagipun memang itu tujuan saya ke sini, nak beli kacang ni. Dulu harga sekilo baru RM25.

Perlis memang banyak pemandangan yang cantik dan hijau. Tapi sekarang dah banyak pembangunan, agak-agaknya tak lama lagi sawah padi dah makin mengecil. Hilang lah pemandangan hijau yang cantik tu. So sebelum pemandangan itu pupus, lebih baik snap gambar dulu kan. Nanti 10 tahun lagi boleh compare..hehe.

Sawah padi di merata-rata. Tak jemu mata memandang, sejuk je tengok.

Lepas balik dari Padang Besar, kami pergi semula ke Kuala Perlis untuk makan laksa Perlis. Kedai yang popular ialah restoran Kak Su. Laksa dia sedap, ada kuah cair, ada kuah pekat. Orang-orang Perlis suka makan laksa dengan kicap.

Haha, jangan main-main, tokei kedai ni siap ada facebook tau.

laksa Perlis

Ini gambar-gambar random yang saya snap disepanjang perjalanan. Orang pelik je tengok kitaorang beria-ria ambil gambar, siap park kereta tepi jalan semata-mata nak snap gambar menarik. Ni pokok bunga rumah sapa ntah, main snap je. Tuan rumah tu tengok aje..haha.

Gambar cili pun saya snap

itik sedang beristirehat di tepi sawah.

Kakak ni tengah memancing ikan kat tali air ditepi sawah untuk buat ikan pekasam. Ikan pekasam yang korang makan asalnya dari sini lah yer.

Tempat ini lah yang paling saya rindu sangat. Peduli la orang keliling nak tengok semacam je, janji dapat ambil gambar kat signboard ni. Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, nama asrama saya. Disini lah banyak kenangan pahit manis, tidur makan semua kat sini. Bergaduh bertekak pun kat sini. Buka puasa ramai-ramai bentang tikar pun kat sini. Joging petang-petang pun kat sini. Semua kat sini lah. Memang tak akan lupa, apatah lagi saya pernah bergaduh yang maha hebat kat sini. Tapi tak mau ingat yang pahit lah, nak ingat yang manis-manis aje. Air mata boleh bergenang kalau ingat balik.

Ini empangan air di Timah Tasoh. Singgah sekejap snap-snap gambar masa on the way balik dari Padang Besar. Cantik tempat ni, tapi tak boleh masuk. Ambil gambar dari luar je.

lagi gambar di Timah Tasoh

lagi..

lagi..

dan lagi..

Hari dah makin petang, nasib baik tak hujan. Kami bergerak balik, tapi sebelum tu singgah di Changlun, rumah sapa ntah, orang kampung Fad. On the way ke Changlun tu lalu kat Pauh dan nampak lah kampus Unimap sedang dalam construction. Dulu kata tahun 2010 akan siap, tapi ni dah nak masuk 2011 dah. Tapi ok la kira ada improvement juga la projek ni. Bila kampus ni dah siap sepenuhnya saya nak datang lagi untuk tengok..hehe, kalau panjang umur lah. Sekarang kampus Unimap bersepah-sepah kat Perlis tu. Merata tempat ada bangunan Unimap.

Nice journey, nice view. InsyaAllah, kalau umur panjang dan ada masa mungkin saya akan kembali ke Perlis lagi. Lain kali kalau pergi boleh singgah Gua Kelam pulak.


Tuesday, December 21, 2010

kek baldu merah


Kejadian 2 minggu lepas.

Aku terpedaya dengan kesedapan kek Miza, maka aku mengambil keputusan drastik membeli segala bahan la bagai untuk membuat Red Velvet Cake. Aku ambil resepi dari myresepi.com yang diolah dari JoyofBaking.

Hasilnya : entah apa rasa pun aku tak tahu lah, aku sendiri pun tak pandai nak describe rasa apakah kek aku ni. Niat dihati nak buat kek yang moist, kalau telan tu macam nyaman je kan, tapi hakikatnya ya rabbi...hahaha..

Bila dah tak jadi ni aku terus tak nak buat dah.

Monday, December 20, 2010

Gunung Datuk

Ini adalah entry bergambar. Ada 34 keping gambar dalam entry ni.

Semalam, ahad 19.12.2010, aku join Kaki Gym buat aktiviti ke Gunung Datuk. Lokasi di Rembau, Negeri Sembilan. Bergerak dari rumah pukul 5.00am, jumpa Nurul dan geng kaki gym di Petronas area Rembau untuk ambil t-shirt. Then terus bergerak ke tempat kejadian..hehe. Sampai sana kena register dulu, bayar rm2. Lepas sesi bergambar beramai-ramai, dalam pukul 8.00am terus start mendaki.

Saksikan gambar-gambar kejadian.

Welcome signboard

start hiking

Pada aku, treknya lebih kurang sama macam trek bukit apek. Macam yg Nurul cakap, kat sini banyak akar-akar pokok, kena menyelit-nyelit kaki untuk panjat. Tension betul.

Berehat sekejap amek nafas, Adi kata berehat sekejap mintak nyawa..hehe

antara flora yang ada di hutan lipur ini. Nice view. Aku tak jumpa sebarang fauna kecuali semut hitam

pokoknya tinggi-tinggi. ada monyet

pokok tinggi lagi

Aku rehat sekejap, snap-snap gambar dengan Nurul. Adik, Intan dgn Fad masa ni kat belakang. Oh ya, adik muntah, tak larat. Mungkin dah lama tak buat aktiviti memanjat ni.

Sebenarnya aku lebih suka memanjat dari turun. Aku takut aktiviti nak turun ni, mungkin sebab aku ni jenis gayat dan tak konfiden dengan tapak kasut yang aku pakai untuk menuruni trek yang curam, lagi-lagi kalau trek tu basah. Aku duk mengira-ngira bila la nak sampai puncak. Last-last aku jumpa batu besar ni, so aku ingat dah dekat nak sampai puncak lah, rupanya jauh lagi ye cik jah.

Finally, aku sampai juga kat atas, tapi bukan puncak ye cik jah. Ini adalah camp site untuk sesiapa yang teringin nak camping. Kat sini tak ada bekalan air, jadi pandai-pandai korang lah nak survive macam mana. Tak kuasa mak...

aku jumpa pokok bernama otak udang..

ni lah kawasan lapang untuk bercamping

Untuk ke puncak kena naik pakai ladder (tangga). Mencabar kan. Aku rasa sebab tu Huz tak nak naik dah.

makcik Nurul

belum sampai puncak lagi ye cik jah....ada lagi step yang kena naik pakai tangga. Sabar ye cik jah..

Sementara tunggu adik dengan fad yang tak sampai-sampai, aku, Nurul dan Intan buat sesi fotografi. Bukan senang nak sampai sini, jadi amik la gambar puas-puas.

Other step untuk ke puncak. Pada pendapat aku kalau nak mendaki gunung datuk ni biarlah beramai-ramai dan yang penting ialah MESTI ditemani oleh lelaki. Kau jangan ngada-ngada nak pegi sendiri-sendiri. Kang jatuh sapa nak tolong? sangat mencabar. Naik kinabalu pun tak guna tangga cik jah.

Orang-orang yang dah sampai puncak. Aku belum sampai lagi sebab kelaparan. Stop makan dulu.

adik

fad

5 of us before lunch

our lunch pack. Nasi putih berlaukkan sayur campur, telur dadar dan ayam masak merah. Aku tak sangka ada ayam masak merah. Terharu. Sedap.

Finally, our last step to conquer the peak. Kena naik tangga juga. Kali ni aku betul-betul takut, tapi dah alang-alang sampai mesti lah menakluk puncak kan. Tangga tu diikat dengan tali supaya tak bergerak-gerak. Terima kasih lah kepada si pengikat tu.

dah sampai puncak, aku snap gambar orang kat bawah

we can see the beautiful view from peak...menakjubkan.

aku malu dengan adik ni, diaorang takde rasa takut pun...hehe

ye..gambar tuan tanah mesti la ada..

they are so cute kan...

orang kata ini adalah tapak kaki sang kelembai...aku tak pasti betul ke tak..

aktiviti berlakon pun bermula..

this is my favorite pic
cun kan kami berlima..

on the way turun dari puncak, aku tak byk snap gambar sebab tiba-tiba aku diserang sakit kepala yang sangat-sangat sakit. Memang spoil mood aku. Cuma aku tertarik dengan pokok unik ni. Unik kan? Ini lah bestnya panjat gunung, kita akan jumpa sesuatu yang tidak ada di bawah. Masa ni fad dah tolong bawakkan beg aku sebab aku rasa dah lembik sangat dah. Fad jadi porter..hehe

Lepas dah sampai bawah, solat dan berehat, kami singgah minum cendol yang popular di Rembau, cendol Leman Dawi. Pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan. Bayar sekali je, boleh tambah berapa kali yang kita suka. Best kan? dah la murah, sedap, tak kedekut pulak tu.

ini lah cendol kepunyaan tuan tanah


Aku sangat enjoy mendaki gunung datuk, sama enjoy masa aku naik nuang haritu. Tapi kali ni enjoynya lain sebab dapat rasa 'kesengsaraan'nya. Aku sengsara masa nak turun sebab aku sakit kepala. Sepanjang sejarah aku panjat bukit/gunung, aku tak pernah kena sakit kepala yang teruk, even masa naik kinabalu haritu pun aku sihat waalafiat. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Dan aku enjoy dengan Kaki Gym, diaorang sangat best terutama yang lelaki sebab diaorang sentiasa menjaga dan guide semua orang dengan baik. Superb! berbaloi bayar rm50 sebab dapat lunch pack yang sedap, sijil penyertaan dan layanan yang class.