Friday, April 30, 2010

shopping

Dah rembat satu... Jom beli kat Korean Fashion.
Credit to korean fashion, saya pinjam gambar ni utk tepek di sini.


Saya tgh gatal tangan menyoping online. Padahal dah pokai. Lepas ni nak shopping barang2 hiking pulak. Tapi tak byk la. Susah kan kalo dah gila shopping. Mcm mana nak ubah tabiat buruk ni?

Aku harus berubah mulai....mulai....mulai.....mulai bila ni?

Ya Allah....ko kuatkan la iman hambaMu ini....bukakan lah pintu hati hambaMu ini supaya sedar diri bahawa diri hambaMu ini dah hampir pokai (padahal baru je gaji).

Amin....amin....amin...


Pssst..pssssttt...2-3 hari lepas baru beli tudung syria dari Ika Radiusite....hehehehe..




tear proof mascara


Iklan mascara. Kreatif kan? Amek dari blog rizalman.

Tear proof mascara by Yardley.

Hehehe...


Sesuai untuk peminat pompuan Ricky Martin yg tersedu2 sedih lepas Ricky buat announcement bahawa dia gay.



Thursday, April 29, 2010

terbalik

Sebenarnya saya suka dgn entry si blur33 aka johnny depp ni, cerita pasal songsang. Tapi tak nak la puji lebih2, nanti kang tuan punya blog terkembang semangkuk pulak...(aku tau dia pasti tersengih-sengih di kala ini). Tapi songsang dari perspektif si blurr ni adalah merujuk pada dirinya sendiri. Tapi songsang dari perspektif saya pulak adalah dlm sebuah tempat kerja. Sure tak paham maksud saya kan...

Tak perlu panjang2 kan cerita dan tak perlu nak menyulitkan keadaan yg dah sedia sulit. Masa lunch hour tadi saya duk buat perbincangan tergempar dgn sorang minah ni. Biasa la mesyuarat tingkap. Kitaorang memang rajin buat mesyuarat kalau ada kes2 sulit yg melibatkan gaji or bonus or kerja or company. Dan kami akan buat rumusan dari hasil mesyuarat tersebut. Baru lah pekerja berdedikasi namanya. Bukan pekerja yg setakat tau buat design basis dgn spec, tapi juga tau membuat rumusan, andaian, tekaan, spekulasi dan mereka-reka cerita dongeng,kemudian gelak kuat2. Kami juga handal berlakon dgn membawa fail, kertas dan pen ke hulu ke hilir seolah-olah kami busy gila, padahal kami takde kerja. Ya...we are the best actor and actress!

Dah melalut pulak aku ni. Songsang yg saya maksudkan ialah:

"Orang yg betul disalahkan, orang yg tak pandai tapi di agung-agungkan, orang yg bertungkus lumus buat kerja tapi tak dihargai, orang yg telah menyebabkan byk projek rugi tapi masih di hormati". Oppsss....adakah aku akan disaman kerana mengeluarkan statement berbaur umpatan ini? ampunnnn.

Sebagai pekerja, kami bukan bersifat dominant. Kami hanya mengikut arahan. Jadi apa sangatlah yg kami boleh buat kan. Dulu saya merungut sebab dapat bonus sikit, increment naik tak banyak. Tapi rupanya ada orang yg langsung tak dapat bonus dan langsung takde increment. Adilkah itu? Apa selama ni dia tak buat keje ke? Tak cukup berdedikasi ke dia? Saya jarang tengok dia bersidai kat dinding-dinding cubic orang lain, jarang tengok dia berbual kosong, jarang tengok dia bergelak mengilai (seperti yg saya selalu buat....hehehe), jarang tengok dia berpesta. Dia rajin, duduk aje buat keje. But...no bonus and no increment for him just because projek yg dia involve tu termasuk dlm kategori rugi. I sympathized with him.

Memang byk benda dan perkara yg terbalik berlaku....

Dunia oh dunia...

berhenti berharap




Saya nak jadi jiwang kejap. Mencari dan menepek video Siti Nurhaliza nyanyi lagu Berhenti Berharap. Semalam dengar lagu ni dalam kete. Lagu asal Shiela On 7. Saya heran kenapa dia bagi nama group diaorang Shiela On 7. Kenapa tak Ramlah On 7, atau Norlelawati On 9 ke, Bedah On 10...hikhikhik.


Sebenarnya saya suka make up siti dlm video ni. Apa kena mengena kan...hahaha...





pic from kak wana

Credit to kak wana. 2 hari lepas saya mintak gambar2 dia masa mendaki gunung kinabalu. Dgn baiknya hatinya...dia bagi. Saya mntk permission dia utk tayang kat kawan2..bkn apa, saja nak membakar semangat, especially kawan2 yg akan sama2 panjat gunung nanti.

My fav pic.
Kak wana kata kalau naik ikut mesilau view dia lawa.


Kak wana jumpa kepingan ais..

puncak kinabalu..
sejukkk....-2 degree C



Tinggal lagi 2 minggu lebih utk ke sana....tik tok tik tok tik tok..

Counting the time to fly...


Tuesday, April 27, 2010

J.Co donut

salah satu donut yg masuk ke perut..
pic from internet.


Dari minggu lepas asik terbayang wajah sang donut yg lembut dan gebu. Antara Big Apple dan J.CO...dua2 saya suka. Dua2 telah menambat hatiku kerana saya peminat donut (kecuali donut kak uda.....(syyhhhh...jgn bagitau kak uda..).

Untuk melepaskan halwa nafsuku yg membuak2 teringin sgt nak makan donut, maka akhirnya dapat juga lepaskan gian kat Pavillion tadi. Alhamdulillah....2 biji donut telah selamat masuk ke dalam perutku. Erkkkk...kenyang. Sebelum tu saya dah bedal laksa Johor, tapi sayang laksa tu masin......darah tinggi aku lepas ni.

Lepas ni apa benda plak yg saya mengidam.....mcm2 aku ni..mengalahkan pompuan mengandung 7 bulan...wahahaha...

Monday, April 26, 2010

monday blues


Apakah yang berada di sebalik langsir itu?

a) hantu tanpa kepala

b) jaket kulit

c) kemeja T cap Ralph Lauren

d) tuala mandi yg lembap-lembap berwarna maroon

e) t-shirt putih cap Coach


Hehehehe....aku tgh bosan....sambil baca Scope of Work project samarang ni...

Pic itu di snapkan di sebuah rumah di Kota Tinggi.

fake fb

Saya tak sure perkara ni betul atau tak. I've got an email beritahu pasal skrg ada fake fb. Is it true? Sebagai pengguna laman sosial fb tegar...of course lah saya kena hati2. Zaman canggih manggih ni mcm2 orang boleh buat. Fb pun ada yg tipu. So kat bawah ni ada 2 keping gambar yg menunjukkan perbezaan antara laman web fb yg real dan tipu.

Perbezaannya ialah:
Fake fb - front page dia keluar gambar handphone.
Real fb - front page dia gambar global earth.

Jom kita check.

This is fake fb, gambar handphone. Sila besarkan gambar utk melihat perbezaan address dia.


This is real fb, gambar global earth. Address dia pun ada beza.


Selama ni saya buka yg fake fb. Bila saya cuba address yg real fb tu, yes...keluar gambar global earth. Entah la cik non....mcm2 zaman skg ni. Kita just hati2 jela. Sebab tu tip2 pengguna fb tegar seperti saya ni, jgn letak detail kita byk sgt kat fb tu. Tak payah la nak tulis kat profile tu byk sgt, yg basic2 je sudah. Gambar pun tak pyh upload yg pelik2. Bahayooo...



tag dari rozie

Dapat tag dari Rozie. Baru hari ni ada masa nak buat.

1) Adakah anda ade lesen memandu?
Ya, ada.

2) Bilakah anda amik lesen memandu?
Tahun 2007. Masa umur 27. Baru 3 thn. Baru lagi dlm dunia jlnraya ni. Maklum la tgh study masa tu, takde masa dan takde bajet.

3) Bape lamakah pngalaman memandu anda?
As per mentioned above, baru 3 thn.

4) Pngalaman pahit ketika memandu?
- Eksiden kat Ulu Tiram,JB 2 yrs ago. Pertama kali dlm hidup. Alhamdulillah nasib baik takde pape, cuma kete remuk teruk, maklum la aku hentam Toyota Hilux....amek ko!
- Kesan drp eksiden tu, kete saya mengalami sket masalah. Computer box rosak! Kete mati tiba-tiba tgh jalan masa balik keje kat Jalan Travers. Masa tu saya lah punca jem! Waduhhh..ampun pak.
- Saya reverse kete kat Kg.Baru, terlanggar kete KIA. Jahat kan aku...

Setakat hari ni ini saja la pengalaman pahit saya ye puan2 dan tuan2.

5) Pengalaman manis?
- Saya improve skill memandu masa pertama kali pegi Pagoh malam-malam buta,berdua dgn housemate sebab nak hantar kunci kereta kwn saya yg tertinggal dlm kereta! Paham tak ayat saya ni....komplikated kan.
- Drive balik kg sorang2...betapa mengantuknya! Tapi saya rasa saya sangat hebat ketika itu. Hebatkan...

6) 3 tabiat ketika memandu.
- Driving with 1 hand...bajet bagus.
- Berangan
- Dengar lagu....dengar je, tak ikut nyanyi pun.

7) 3 pantang time memandu.
- Pantang orang tak bagi saya masuk depan dia walaupun saya siap bagi signal ngn angkat tangan sekali. Mcm dia sorang bayar road tax.
- Bawak kete too slow and too fast.
- Orang cucuk2 blkg kete saya, nak suruh bagi laluan kat dia sebab dia nak laju, siap angkat lampu.

8) Last sekali, as usual..kena la bagi tag ni kat sapa2. So this tag goes to:

Friday, April 23, 2010

minggu yg sibuk

Saya mmg suka berangan. Dlm toilet pon boleh snap gmba. Gambar ni masa saya tgh kurus sket. Skg dah ada peningkatan berat badan. Grrrrr....

Minggu ni minggu yg sibuk. En. Bos asik nak angin aje. Kalau nmpak bos dari jauh mengalahkan nampak hantu. Kalau nak masuk bilik bos kena baca selawat banyak2, doa la apa2 yang patut sebab bila dah masuk dalam bilik dia nanti pelbagai kemungkinan boleh jadi. Boleh jadi heart attack, atau tiba-tiba di serang asma, atau tiba-tiba kena kencing manis, atau boleh jadi juga kena barah hati.

Oleh kerana sibuk jadi tak dpt nak update blog hari-hari. Ni pun curi2 masa. Thanks God, today is friday. We have weekend to get rest. Happy weekend everyone!

Saya memang tak update blog on weekend sebab pc masuk hospital. Beli labtop? Tunggu la dulu. Saya tgh gila beli handbag skg ni. Phewwwww...

Thursday, April 22, 2010

kereta saya

Ini la kereta saya. Myvi silver. Menawan. Anggun. Gaya mutu keunggulan.

Dari arah belakang.

Pandangan sisi kanan.

Pandangan sisi kiri.

Pandangan hadapan.
Oppss...kereta mainan rupanya...wakakaka..
My car collection...hehehehe...macam budak2 kan aku...

Tertonggeng-tonggeng saya snap gambar kereta ni dlm bilik malam tadi. Maklum la jurugambar amatur. Ingatkan nak letak atas jalan pastu baru snap, baru real sket. Tapi tak kuasa nak turun bawah malam2 buta semata-mata nak amek gambar kereta ni.

Nak beli kereta byk2 tak mampu, beli kereta mainan je la...

Ermm...dapat tag dari doralin. Nanti free aku buat tag ko ye.




Friday, April 16, 2010

One MMC

I have attended One MMC traning for the whole day yesterday at Berjaya Times Square Hotel. This is a very good training for all workers in the world. Yes, I repeat it...IN THE WORLD. No matter who you are, what is your position and where you work, this training has taught us how to be a good employee. For me, this program has opened my eyes to think that not all things we did everyday is right and can make other people comfortable with us. This session reminded me about the Thinking Skill subject. Similar.

I know everybody makes a mistake. We cannot find the Mr/Mrs. Perfect, but as a human, we learned the new thing everyday. Every single day is a new experience for you, learn from it. Learn from our mistakes or learn from our great experiences is the most valuable things in life.

My group and our pintu gerbang

We have fun during the training. Makan pun sedap, habis diet aku. Kami diberi permainan Lego untuk membina satu pintu gerbang dgn kos tak lebih dari RM200,000 (termasuk kos upah pekerja). So disini kami diberi peluang how to design the gate dan pastikan badan kami dapat melepasi pintu gerbang tu. Hehehe...seronok. Actually ada lagi game lain yg diberi tapi game ni je yang sempat snap gambar.

Sesi menguji adakah kami dapat melepasi pintu gerbang kecik ni. Buat la apa cara sekali pun asalkan badan dpt lepas the gate..nak merangkak ke, meniarap ke, telentang ke...up to us.

the gate looks 'lembik'...hish..tak mementingkan ciri-ciri keselamatan langsung...ahaks!

Fad and I on the testing session...yup, lepas.

En.Ben and Syikin

the other group..

The training started on Monday to Thursday.
We are the last group..

Saya rasa semua bos2 dalam dunia patut menghadiri training macam ni. Sorry to say la, bos selalunya fikir mereka selalu betul walaupun mereka salah. Ada setengah bos pulak suka menyuruh staf buat kerja dlm bentuk 'arahan' yg tegas dan garang. This is not a good attitude boss. Change your bad attitude and peoples will appreciate you. Trust me.

Er..bos saya attended training ni. Well done boss. Er...bos yg sorang lagi kt sebelah sana bila pulak...hikhikhik...



Tuesday, April 13, 2010

Titi Hayun, 2007

Sewaktu menjadi anak-anak ikan yg berenang-renang di air terjun Titi Hayun. Menghirup udara nyaman di kaki Gunung Jerai. One of the best memory in my lifetime. We went to picnic a few days before packed our bag to go home after final exam.

Kedah, 2007.


itu dulu..

Dulu-dulu (10 tahun dulu), saya fikir kamera ni satu alat yg tak penting dalam hidup. Saya tak pernah beli kamera atau terfikir nak bawak kamera kemana-mana. Saya rasa kamera adalah satu alat yg tak begitu bermakna. Handphone pun takde. Sebab masa tu saya naif. Saya baru keluar dari kepompong kehidupan kampung. Ya, saya menangis masa mula-mula nak tinggalkan rumah (sebenarnya saya menangis sebab nak tinggalkan mak)...hahahaha. Bila ingat balik terasa malu sendiri.

Dan sekarang saya menyesal sebab 10 tahun dulu saya tak beli kamera. Baru sekarang saya rasa kamera itu penting dalam hidup. Tak perlu kamera mahal, cukup untuk merakamkan gambar bersama kawan-kawan dalam suasana detik-detik terindah dan paling unggul dalam sesebuah kehidupan. Saya menyesal sebab saya tak merakamkan gambar bersama Jun, Kak Jura, Mar, Nan, Kak Is, Lina, Mayna, Aida dan Kak As. I really miss them. Damn!

Itu dulu. Kini, saya mencari dimana mereka berada, ingin tahu perkembangan terkini mereka. Dah kawen ke, keje apa, tinggal dimana, anak berapa. Saya hanya jumpa mereka di alam maya. Kenapa tidak di alam realiti? Ya Tuhan, aku menyesal. Tak ada walau sekeping pun gambar2 diaorang dalam simpanan saya. Warghhhhh....saya meraung sebentar.

Saya rindu sama kalian....sumpah rindu!




Monday, April 12, 2010

COACH NEW PEYTON SIGNATURE SATEEN CARRYALL

To anyone who interested to this bag, let me know ok. Just tolong kawan yg nak jual beg ni. Baru, belum disentuh, masih suci you....kalau berminat la.

100% AUTHENTIC
NEW COACH NEW PEYTON SIGNATURE SATEEN CARRYALL # 14507

STYLE : 14507
COLOUR : Khaki-nutmeg / Magenta
Size :12 (L) x 8 1/2 (H) x 5 (W)
Signature sateen fabric with embossed python and leather trim
Inside zip, cellphone, multifunction pockets
Fabric lining
Hidden magnetic snap closure
Front flap pocket with turnlock closure, back zip pocket, two side pockets
15” handles with 7 3/4” drop
Retail price : USD 298.00 plus tax
PRICE : RM 1000.00 (bleh bayar 3x)
NEW...belum pernah pakai lagi..


bau yg lembut



I like both of it...
nyaman sekali...
hari2 mau sembur...


weekend

Happy weekend. Memang happy pun. Happy membuta. Sabtu, tersedar waktu subuh, hujan turun lebat gila. Cancel aktiviti panjat bukit. Panjat atas tilam lagi best. Kononnya postpone panjat bukit hari ahad. Ahad pun sama, tidur tak sedar diri. Sedar subuh je, pastu pengsan balik. Kalau bakal mak mertua tau perangai aku, mati. So weekend 2 hari tu tak kemana2 pun. Duduk rumah buat kek batik. Haha.

Biasalah, saya ni pakar ubahsuai resepi. Saya guna biskut merrie perisa coklat dan tambah kismis. Tapi terlebih susu, jadinya terlebih manis. Next time kena kurangkan susu.

Tiba-tiba saya teringat saya pernah beli satu t-shirt BLUES Din beramboi 10 tahun dulu. Sampai skrg saya simpan dan pakai t-shirt ni. Ni antara baju yg paling saya sayang. Tone color memang dah tak cantik, lusuh gila. But I still love it. Kira boleh la buat kenangan sebab kartunisnya dah tiada lagi dlm dunia ni.


Rajin belajar kurang bodoh,
Malas belajar tambah bodoh,
Tak mau belajar terus bodoh..


Ini kata-kata Din Beramboi pada t-shirt ini. Muka dia pun ada sekali.


Kenangan.




Friday, April 9, 2010

Piper Alpha

Piper Alpha dikendalikan oleh Occidental Petroleum (Caledonia) Ltd. Ianya di bina pada tahun 1976 oleh McDermott Engineering. Pada awalnya platform ini mengendalikan carigali minyak, tetapi bertukar kepada pengeluaran gas.

Piper Alpha adalah sebuah platform yg besar, terletak di Piper oilfield kira2 120 batu (193km) di timur laut Aberdeen, 474 kaki (144 meter) kedalaman lautan, mempunyai 4 modules yg dipisahkan oleh firewall. Atas sebab-sebab keselamatan, modul-modul tersebut telah dirancang bina semula supaya operasi-operasi yg merbahaya dijalankan di kawasan yg jauh dari personnel area. Pertukaran dari operasi minyak kepada pengeluaran gas telah membuatkan sistem keselamatannya mengalami sedikit masalah. Contohnya, proses pemampatan gas berlaku berdekatan dengan bilik kawalan dan ini boleh menyebabkan mudah berlaku kemalangan yg tidak di ingini.

Pada malam 6 Julai 1988, Piper Alpha meletup dan terbakar hanya disebabkan oleh satu safety valve yg hilang.

Piper Alpha sebelum terbakar. Tenang dan damai kan.

Piper Alpha on fire..
killing 167 men, only 59 survivors
tragis..


Piper Alpha memorial..

Piper Alpha after fire..
musnah habis..
ia mengalami kerugian kira-kira US$3.4 billion



Piper Alpha terbakar bila mana seorang juruteranya tak perasan bahawa 1 safety valvenya missing ketika pump di alihkan untuk tujuan routine maintainance. The missing valve was not noticed by anyone. Bahaya kan?

I still remember when someone told me:
"Kesilapan seorang doktor hanya menyebabkan seorang pesakit mati, tapi kesilapan seorang engineer boleh menyebabkan berpuluh, beratus dan tak mustahil beribu orang mati"


Note: penat tau saya men'translate'kan artikel ni from english to BM...hahaha...



Wednesday, April 7, 2010

SMKUH

Dah 12 tahun meninggalkan alam sekolah. I miss the moment when I was a student. I miss my classroom, my teachers, my table, my chair, my food during 30 minutes break at canteen and of course my lovely friends. When people asked me, what is your dream? my answer: my dream is, if I have a power to turn the time back, I will do. But this is impossible to make my dream comes true.

What can I do is, open my album and see all the photos.

And this activity will make me cry.


Tuesday, April 6, 2010

list of items

Things to bring as a preparation to mount KK.
  1. wind breaker
  2. long sleeve shirt - checked!
  3. telekong - checked!
  4. warm clothing(thermal/longjohn)
  5. kain batik/pelikat
  6. sejadah - checked!
  7. gloves
  8. head mask(snow cap)
  9. towel - checked!
  10. raincoat
  11. extra socks - checked!
  12. tissue paper/wet tissue
  13. headlight (spare batteries)
  14. camera (water proof bag or plastic bag for camera) - checked!
  15. sleeping bag
  16. tracking shoes/sandal - checked!
  17. tracking poles
  18. tracking bag - checked!
  19. knee guard/ ankle guard
  20. high energy food(chocolates,nuts,raisins,glucose)
  21. drinking water - checked!
  22. headache tablet - checked!
  23. minyak panas/deep heat lotion - checked!
  24. lip gloss - checked!
  25. sun block
  26. plaster
  27. insect repellent
Banyak lagi rupanya barang yg kena beli....

Monday, April 5, 2010

tag from rozi


Tag dari rozi@doralin. Boleh juga buat hilang ngantuk.

1. Siapakah anda di rumah.
- Rumah mana? kalau umah kat kg saya anak sulong kpd Pn.Farizah & En.Ahmad. Kalau umah subang jaya, saya salah sorg dari penghuni umah tu lah.

2. Siapakah diri anda di smping rakan?
- Saya rakan yg tak byk cakap.

3. Lima benda yg anda idamkn tapi msih blom tercapai.
- Banyak la, malu nak list kat sini.

4. Siapakah nama pasangan anda.
- Hahaha...nak kena bagitau ke..

5. Citekn 5 perkara yg anda paling suka tentang pasangan anda.
- Only 1 thing, dia penyabar. Terima kasih.

6. Bile tarikh anda kapel.
- Lupa. Penting ke?. Kalau tarikh nikah ke kawen ke ok gak.

7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda.
- Accident in 2008. Kaki saya lebam (nasib baik lebam aje), depan kete remuk teruk. Sedih tgk kete masa tu. Tapi alhamdulillah kami selamat.

8. Lagu tema cinta anda.
- Takde lagu2 tema pon.

9. Apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda.
- Tolong susutkan sket lemak di perut.

10. Tag sepuluh rakan yg lain.
- Kepada semua yg baca blog ni...sila la buat. Tak larat dah jari ni nak menaip. Ngantuk, betul...ngantuk.

zul's wedding

Ahad, attended zul's wedding ceremony di MBSA Shah Alam. Congrats to Zul and her wife, Nazierah. Cantik dan segak dua2 mempelai bersanding atas pelamin. Semoga hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Menunggu saat pengantin tiba, perut lapar Tuhan aje yg tahu....hahaha



Thursday, April 1, 2010

2 cerita

Ada dua cerita.

Cerita pertama, saya sedang menggilai shawl jenis cotton. Material jenis lain ya ampunnnn...tak reti nak pakai, kalau pakai pun muka confirm mcm kuali.


Ini bubur yg saya mkn sewaktu di Lumut

Cerita kedua, doktor pernah pesan pada saya (sewaktu saya dtg check demam dulu). Dia kata.."You have to eat something yang lembik, berkuah...supaya senang makanan tu nak hadam..".

Betul doktor. Thanks for your advice. Tak sia2 dia jadi doktor sebab nasihat itu sgt berkesan. Sistem penghadaman perutku sungguh slow mcm motor yg bergerak perlahan sebab tayarnya pancit.

Kepada sesiapa yg mempunyai masalah pada sistem penghadaman, makanlah makanan yg lembik dan berkuah. Contohnya bubur, nasi yg berkuah (mcm itik berenang) or something yg lembut lah. InsyaAllah akan senanglah usus tu nak proses makanan. Kiranya ini cara semulajadi selain dari mengambil pil or supplement lain utk menyenangkan 'pembuangan' itu. Ohh..tak lupa, makan makanan yg mengandungi fiber yg tinggi yer.


Sekian.