Friday, July 30, 2010

menangis adalah terapi yang baik

Ketawa dan menangis sebenarnya terapi yang baik untuk kesihatan emosi. Menurut kajian, kedua-dua kaedah ini mampu mengurangkan tekanan dalam diri seseorang akibat dilanda sesuatu masalah atau musibah.

Apabila seseorang berada dalam keadaan sedih atau tertekan, kita digalakkan menangis sepuas-puasnya kerana selepas menangis, kita akan rasa lebih lega walaupun masalah itu belum selesai. Atau kita cari seseorang sama ada kawan baik atau pelawak terkenal untuk membuat lawak di hadapan kita dgn harapan perasaan sedih itu akan hilang untuk seketika.

Kelebihan menangis ialah kita dapat melepaskan semua tekanan yg ada dalam diri di mana tekanan itu lah punca kesedihan kita. Kajian menunjukkan, dengan menangis, jiwa seseorang akan berada di paras yang lebih stabil.

Untuk menangis, kena ada syaratnya. Menangis pun kena ada syarat kan. Syaratnya ialah:

1) You should have a shoulder to cry on
Maknanya, kita perlu mencari seseorang yang boleh dipercayai seperti kawan rapat atau adik beradik yg rapat. Kita menangis lah di hadapan mereka. Kajian menunjukkan, mereka yg menangis di hadapan seseorang akan lebih cepat lega berbanding mereka yg menangis bersendirian di dalam bilik.

2) Menangis selepas masalah selesai
Kita harus menangis selepas kita dapat menyelesaikan sesuatu masalah, bukan sebelum masalah itu selesai. Kajian menunjukkan, jika kita menangis sebelum masalah itu dapat di atasi, jiwa kita menjadi lebih buruk, bukan lebih baik kerana masalah itu masih bersarang di benak fikiran dan terbeban dalam hati.

3) Menangis di tempat yang sesuai
Kalau nak menangis, menangis lah di tempat yang sesuai seperti di dalam bilik atau di tempat-tempat yg tak ramai orang kecuali jika anda mempunyai perasaan tidak malu untuk menangis di tempat yg penuh dengan manusia. Tidak semua orang nak tengok kita menangis, jadi tak perlu tunjukkan kesedihan kita pada orang ramai itu.

4) Jangan ada Jiwa kacau
Menangis tidak dapat membantu melegakan perasaan jika kita mengalami masalah jiwa. Masalah jiwa akan menyebabkan keadaan kita menjadi lebih parah, bukan makin baik. Seeloknya, kita harus pandai dan tahu bagaimana cara untuk mengawal emosi agar ia stabil selepas menangis. Susah bukan?

Tapi jika semua syarat di atas masih belum mampu menyekat air mata anda daripada terus mengalir, anda di nasihatkan terus kan lah menangis hingga anda rasa puas dan lega. Emosi seseorang manusia berbeza-beza. Masalah jiwa juga berbeza untuk setiap individu. Menangis lah sepuasnya.

Jadi jangan malu untuk menangis.

Thursday, July 29, 2010

warung asam pedas

Dulu, saya pun suka makan. Sama mcm Gojes. Tapi sejak tersedar dari dunia mimpi dan kembali ke alam nyata, saya bertaubat nasuha, tak mau makan banyak dah. Sesekali je terlepas jadi pelahap. Tu pun kalau tertengok cheese cake. Benda lain saya tak heran sangat. Dan skg, saya kurang bernafsu utk makan. Seriously saya tak diet, memang takde nafsu. Sampaikan saya paksa tekak ni telan makanan sebab takut kembung perut. Aneh kan aku sekarang...

Gojes dah cerita dalam blog dia. Tapi tu blog dia. Saya nak cerita dalam blog saya. Haha. Last week kami ke rumah Ana, my ex-housemate merangkap kawan rapat saya jugak. Ayahnya baru kembali ke rahmatullah kerana diserang heart attack. Takziah Ana. Saya tengok muka Ana tak menunjukkan yang dia sedih. Dia sgt tabah. Tabik spring...

Area rumah Ana tu ada kedai asam pedas. Sekali toleh memang boleh menggamit penggemar makanan utk singgah. Seperti yg aku jangka, Gojes terlalu teruja untuk singgah. Siapa yg kenal Gojes sejak 10 tahun lalu pasti tahu lah, Gojes dan makanan tidak boleh di pisahkan. Ok, kami singgah selepas balik dari rumah Ana. Memang sedang elok lah waktu tu waktu makan tengahari.

Ini lah kedainya. Warung kecik aje, tapi penuh dengan manusia. Saya bet..kalau tokei warung ni jual lauk macam ni kat kl....menangis la tokei kedai lain. Masakannya sedap dan murah. Paling saya suka ialah siput sedut masak lemak. Terbaik setakat ini. 2 thumbs up!

Asam pedasnya juga menyelerakan. Tapi Gojes berkata kepadaku secara berbisik.. "asam pedas ni sedap, tapi aku masak lagi sedap". Hehehe. Aku setuju. Statement yg ni aku setuju lah.

Keluar dari topik makan. Saya jumpa cili berwarna purple di rumah Gojes. Tak pasti lah pedas ke tak. Nanti kalau pegi rumah dia lagi saya try kunyah. Hehe.

lagu untuk isteri

Lately saya suka dengar lagu2 rancak. Contohnya lagu Lady Gaga dan Mizz Nina. Terbaru Stacy dgn Jahat. Sesekali layan muzik slow macam Maher Zain yg very touching. Actually saya layan lagu rancak time jem atas jalan, tu sebenarnya tujuan layan muzik rancak, sebab saya memang benci jem....(sapa yg suka jem kan...hahaha). Bila malam layan Maher zain, perghhh..syahdu gila. Tapi saya tak pernah dengar lagu Maher Zain berkumandang di corong2 radio. Terima kasih lah kpd Cik Liza yg telah mempopularkan Maher Zain di blognya.

Dan nampaknya Maher Zain sudah semakin popular di kalangan gadis bertudung...ahaks! Saya percaya para2 gadis bukan setakat sukakan lagu2 nya yg menyentuh hati dgn lirik yang lebih ke arah ketuhanan, malah memang minat dgn tuan punya badan. Hehe.. just kidding!

Saya pun suka dengan lirik lagu ini. Bayangkan kalau ada seseorang menujukan lagu ini untuk kita, mesti cair lembik luluh jantung. Lebih gempak kalau sang suami menujukan lagu ini untuk isterinya....saya percaya isterinya akan menangis!

For The Rest Of My Life - Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there's a couple words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart



Wednesday, July 28, 2010

hidup yg unik


Lama tak update blog. Saya rindu nak bercerita.

Saya hampir pulih dari terperanjat. Syukur saya tak gila. Haha. Saja melawak. Sebelum ni saya dikejutkan dengan pen'delete'tan oleh seorang kawan di fb. Tragis kan? Belum pernah saya kena delete, selama ni saya yang delete orang. Haha. What goes around comes around. Alasan mengapa dia delete saya? Kerana saya bukan kawan yang boleh memberi apa yang dia minta. Sempoi. Ala...small matter je la.

Aku doakan kau bahagia kawan, dunia akhirat.

Sebenarnya berperang dgn perasaan lebih dasyat daripada perang dunia kedua di mana ia berlaku diantara tentera Jerman yg di pimpin oleh Adolf Hitler menentang tentera Amerika. Namun itu semua asam garam kehidupan bak kata orang tua. Kalau hidup ni smooth je tanpa cabaran pun tak seronok jugak kan. Sesekali bila cabaran tu datang, ia boleh melatih otak kita yg hampir beku akibat terdedah dgn kesejukan aircond ofis supaya kembali aktif. Sebelum ni kita belajar matematik 2+2=4. Tapi ada kalanya 2+2 boleh jadi jawapannya 5. Sebab matematik itu unik, kehidupan ni pun unik. Ohhh....aku sedang bersastera rupanya. Gila ah ding dong...

Saya percaya, korang mesti pening baca apa yg saya tulis. Haha..padan muka korang.


Hidup ini sgt complicated.




Wednesday, July 21, 2010

Istikharah

Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pentunjuk yang baik dari Mu. Aku minta dari Mu dari kelebihan Mu yang banyak. Maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui, bahkan Engkau sangat mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, pada duniaku dan baik pada kesudahan urusanku, maka tentukan lah ia untukku dan permudahkan lah dan berkati lah aku padanya.

Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku serta kesudahan urusanku, maka jauhkan lah ia dariku dan jauhkan lah aku darinya.

Tentukah lah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada kemudian redailah aku pada Nya.




Tuesday, July 20, 2010

moment that will not come back

The moment that cannot be described by words...














Mak saya penah cakap kat dapur waktu tengah bebel-bebel sambil masak:

"Bila kau dah besar nanti, kau akan tau zaman sekolah lah zaman yg paling seronok"



and I totally agreed.



dugong itu tercungap-cungap

Cik greenbutton dah bercerita pasal swimming lesson, saya pun nak cerita lah. Hasil menggoogle internet, saya jumpa gambar kat bawah ni. Breaststroke, yg pada saya susah nak buat sebab selalu teknik tu tersilap. Ada je yang tak kena, rasa nak tenggelam la, nak lemas la, badan rasa senget la, tangan tak cantik la...macam2 la.

Oleh kerana swimming class tu cuma 1 jam, rasa tak puas sangat, plus ada ramai pulak yang sama-sama terjun dalam kolam semlm. Sifu aku tu tak boleh nak fokus la, kejap nak ajar orang ni, kejap nak ajar orang tu.

Semalam Kak Pah suruh pegi tempat dalam, entah bape meter tak sure, kata Nurul lebih kurang 2m. Agaknya la, tapi memang dalam la. Kak Pah suruh belajar macam mana nak floating. So aku pun tercungap-cungap la belajar kuak air tu dengan kaki dan pusing-pusing tangan konon nak floating, tapi harammmmmm....hahaha. Takpe, 1st time belajar kan. Lama-lama pandai la, practice makes perfect omputih kata.

breast stroke technique

Gambar ini di cilok dari blog cik greenbutton yg diambil dengan teknik curian menggunakan telefon canggihnya...atau dgn kata lain candid camera. Haha. sesungguhnya dan sekurang-kurangnya, saya dah tak takut air, cuma takut dengan kedalaman air tu.


Monday, July 19, 2010

Michael Kors vs Charles & Keith

Saya bukak satu blog, nampak lah satu handbag dan mata mcm nak terjojol keluar. Michael Kors Gansevoort Large Top Zip Hobo, begitu lah nama handbag tu. Yang saya musykil ialah....kenapa designnya sebijik sebotol sama macam handbag Charles & Keith yang saya beli 6-7 bulan lepas? Designnya sama mcm korang letak muka korang kat mesin fotostat, hasil yg keluar sama kan? Ok fine, tu kemusykilan yg pertama. Kemusykilan yg kedua ialah harganya. Mari kita lihat di bawah.


ni la begnya...
Michael Kors Gansevoort Large Top Zip Hobo
price: rm1200

dan ini beg charles & keith saya...
price: hehe...lupa
tapi dalam rm170+ aje....


Saya jadi tak paham kenapa design 2 bag yg berlainan brand boleh sama serupa saling tak tumpah. Musykil...musykil. Oleh kerana Michael Kors tu brand yg mahal, maka harganya terus melonjak ke rm1200, dan Charles & Keith brand yg biasa-biasa je saya beli cuma rm170+ je. Material Charles & Keith tahan lasak jugak, sebab saya pakai beg ni dah lama, bawak gi melenjan tempat keje hari-hari, cuma nama dia tak seglemer Michael Kors. Tapi apa gunanya nama dgn harga yg berpuluh kali ganda kalau design kualitinya sama je dgn yg murah. Hahahaha...aku gelak guling-guling.

Sapa tiru sapa? Michael Kors tiru Charles & Keith atau Charles & Keith tiru Michael Kors? kata Kak Su, ohhh...mungkin designer Charles & Keith tu berenti keje then lari gi keje kat Michael Kors pulak, so dia buat design beg yg sama....kekekekeke...ayat penyedap hati.



Titian Nabi

"Aku ingin berpesan kepada saudari-saudariku, di mana pun dia berada. Hati-hatilah terhadap dua hal dalam diri seorang lelaki: pada mata dan kata-katanya. Matanya akan menyeretmu masuk ke dalam jerat cintanya dan kamu akan terperangkap di sana, dan kata-katanya lah yang membuat jerat dan perangkap itu" - Zahra

Jodoh itu unik. Kadang-kadang kita tak sangka bahawa kita akan berkahwin dgn orang itu, padahal dulu bercinta dgn orang lain. Titian Nabi karya Muhammad Masykur A.R.Said, seorang siswazah dari Kaherah, bercerita mengenai cinta, kesabaran dan kesetiaan. Bahasa novel ini sgt lembut, sesuai lah dgn tajuknya. Dlm Islam, bercinta bukan perkara berdosa. Sebabnya perasaan cinta dan sayang itu datangnya dari Allah juga. Cuma ia perlu berada di landasan yg betul....ecehh..cehh...aku dah mcm sasterawan pulakkk...

Satu-satunya novel yg berjaya buat saya menangis. Terkesan di hati.

Friday, July 16, 2010

kenapa lelaki tak suka menonton Twilight

Membaca blog ini membuat saya senyum sorang-sorang. Bukan gila, tapi rasa terhibur. Nice blog.

Thursday, July 15, 2010

nasi ayam berempah

sedang rakus menelan ayam

Kak Hafzan dah memperkenalkan satu tempat makan baru kat saya,fad & kak su. Kami tak kisah makan kat warung, kami sedar sapa diri ini...hehehehe. Ok, Actually nama nasi ni Nasi Ayam Berempah. Menunya tersgt simple, just nasi, ayam goreng berempah, kuah dan timun. Terlalu simple. Harga: rm5.

Rasa? Sedap!!

Ayam dia besar, tak habis dimakan. Bagi penggemar ayam macam ada daya tarikan magnet bila tgk longgokan ayam dalam bakul yg fresh from kuali, masih berasap panas2....perghhh, berpeluh beb nak habiskan semua tu.

Oh...lupa pulak nak cakap, warung ni terletak di Desa Pandan. Berdepan dgn Mc.D. Waktu lunch sesak lah, parking pun susah. Sendat perut kekenyangan ni.




baju cantik

Apa yang saya sedang cuba tunjukkan ialah bajunya, bukan orangnya. Gambar ambik dari internet. Bajunya cantik, plus...orang yg memakainya memang dah sedia cantik. Tapi fokus pada baju lah ok. Design yg cantik dan combination warna pun cantik.

kelabu-putih

biru turqoise

yg ni paling cantik
pink-kelabu
sweet je..
simple..



Harga pun cantik!

Wednesday, July 14, 2010

keturunan pahlawan

Pening baca pasal puteri Saadong kat Wikipedia. Tak paham sebab putar belit susur keturunannya. Kecoh betul kat paper pasal keturunan puteri Saadong ni. Tengok macam kitaorang, ada darah pahlawan tak kecoh pun kan. Contohnya:

Kak Sue:
Dia lah keturunan Megat Teraweh, rileks je tak kecoh pun kat paper.

Fad:
Salah sorang keturunan Majapahit dari Jawo (sebut Jawo tu biar ada dengung sket)..rileks je, very humble, padahal keturunan pahlawan tuu..

Cik Julie:
Keturunan puteri gunung ledang...saja malas nak bikin havoc satu Malaya beb, gua jenis orang yg 'down to earth', gua tak suka publicity.....takut kalau kecoh nama gua glemer satu Malaysia..tu yg gua malas...gua rimas...



Hehehe...semua cerita di atas adalah dongeng semata-mata...

what you waiting for - Mizz Nina

Lagu dari Mizz Nina, anak Tan Sri Azman Hashim, bekas anggota Teh Tarik Crew. Mati2 aku ingat lagu ni mat saleh yg nyanyi. Tapi memang dia nyanyi dgn mat saleh pun, feat with Colby'O Donis.

Best..!






Download Free Full Songs!-------------------


MIZZ NINA - What You Waiting For

Baby, I never seen someone with your body
You make me want get this party started
Hey baby, come in tell me what this all, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Its your birthday
So tell me what you want to
Its my birthday
I really wanna get with you
Drop the beat now and may be we can get it started
Well go insane and take you to the after party

So what's your name
Hey baby what's your name (oh yeah)
Sexys my name
Yeah sexys my name
OK and whats your game
Hey baby what's your game
OK I like to play
I I like to play

Baby, I never seen someone with your body
You make me want get this party started
Hey baby, come in tell me what this all, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Hey sexy girl from Kuala Lumpur
Hey baby that's me I'll be on the dance floor
I got you with surprise we pop in up in VIP
and if I ask nice can I take you home with me

[2X]
So what's your name
Hey baby what's your name (oh yeah)
Sexys my name
Yeah sexys my name
OK and whats your game
Hey baby what's your game
OK I like to play
I I like to play

Baby, I never seen someone with your body
You make me want get this party started
Hey baby, come in tell me what this all, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Baby let's get crazy
Come and loose control
You want to tear up the after party
I know you want some more
I wanna see you with that body
Working down real low
Baby yeah Come and get it
What you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me want get this party started
Hey baby, come in tell me what this all, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours, baby, baby
Tell me what you what you waiting for



Tuesday, July 13, 2010

gaduh

2-3 hari rasa takde mood nak bawak kete. Kan bagus kalau kete tu boleh bergerak sendiri, atau pun kalau saya kaya saya upah sorang pemandu dan bawak lah saya kemana nak pegi. Panggggggggg........panggggggggg...2 kali aku menampar mukaku, jgn nak berangan!

2 hari jugak saya gaduh dgn orang atas jalan. Semalam gaduh dgn polis trafik masa nak balik Subang. Dah en.blurr kata aku gangster Masai kan, gangster kena lah selalu gaduh, kalau tak gaduh bukan gangster la namanya. Lepas gaduh tu saya sempat pikir dlm hati, agak2 polis trafik tu saman aku tak sebab melawan cakap dia?

Baru kejap tadi gaduh dgn driver teksi pulak sebab saya cilok depan dia, so dia marah dgn membunyikan hon yg kuat dan panjang, pastu dia buka cermin tingkap dan maki hamun saya, lalu saya pun melawan balik dgn membuat muka paling keji.


Astaghfirrullah...apa la nak jadik dgn aku ni...asik nak gaduh je. Nampak gayanya lepas ni kena hari2 baca Yasin kasi sejuk sket hati.

Insaf sekejap.



Note: jgn ikut perangai buruk ini...



Monday, July 12, 2010

rumusan

Ahad, saya, meeza, fad, adik, nurul dan intan ke Midvalley untuk menonton Twilight Eclipse. Actually memang follow siri movie ni. Episod pertama best, kedua boring dan yg ketiga romantik sket sebab Edward dan Jacob saling berebutkan Bella.

Edward:
Pontianak hensem abad ini, cool dan bersifat tidak memaksa. Edward juga memiliki sifat cemburu, biasa la kan, bila girlfren kena tackle, sapa tak jealous. Boleh membaca fikiran orang lain. Terlalu sayangkan Bella dan begitu konfiden Bella akan memilih dia walaupun dia tahu dalam masa yg sama Bella cintakan Jacob. Edward seorang lelaki 'old school' , tidak akan menyentuh Bella kecuali selepas berkahwin. Cool huh...

Suka part ni..
masa Edward melamar Bella supaya berkahwin dgnnya..


Jacob, Bella's bestfriend

Jacob:
Lelaki serigala yg pada mulanya bestfriend Bella, tapi sebenarnya dia sangat cintakan Bella dan berusaha menawan hati Bella tanpa kenal erti putus asa. Tapi kadang kala rimas dgn sikapnya yg suka memaksa Bella. Jacob begitu konfiden bahawa dia adalah lelaki paling tepat sebagai pasangan Bella dan dia pasti boleh membahagiakan Bella. Saya suka sikap konfidennya, tapi rimas dgn sikapnya yg mcm suka memaksa.

Kesimpulan sequence movie yg ketiga ni best untuk di tonton. Tak boring mcm episod kedua.


Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Copy paste from http://www.facebook.com/note.php?note_id=411669814626&id=1081327063.

Baca la, good info. Mengenai Adolf Hitler. Baca sampai habis.

********************

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.


Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.


Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"


Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -


1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.


2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.


Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...



Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.




Note: Yahudi itu syaitan



Friday, July 9, 2010

Alejandro

Sesuai sebagai hiburan waktu pagi time drive di lebuhraya persekutuan...





Lyrics | Lady GaGa lyrics - Alejandro lyrics




picasa

Baru tahu edit gambar guna Picasa. Best jugak lah software nih. Lepas edit boleh upload direct terus ke blog, cuma tak tau mcm mana nak upload byk2 sekali gus. Boleh juga terus set as wallpaper. Best...best..(dgn gaya jakun..).

Saja nak me'ngetest' software ni, try edit gambar masa kat Sabah. Drag sana, drag sini...jadi la seperti gambar kat bawah ni. Ini je yang termampu dilakukan utk percubaan yg pertama. Bab2 edit gambar ni memang la kegemaran aku.



original color

black & white version


I can spend hours of time just to edit photos. Believe it? Dari pagi sampai petang pun takpe. This activity can cheer me up other than watching tv and eating.



award

Thanks to Meeza a.k.a boboi for this award. Stylish ke blog aku ni?hehehe...terharu kejap. Ok, the next step is I need to give 5 interesting fact about myself. Orait.

1) I am specky. Tapi tak suka bercermin mata, so pakai lens...more stylo kononnya. But I need to wear glasses while driving at night.

2) Saya pencinta warna hijau. Suka tgk kehijauan, bukit2, gunung2.

3) Tak cerewet pasal makan, I can eat anything as long as ianya halal,termasin or termasam, makanan tu tak sedap ke apa...I still can eat. Tapi saya cerewet pasal pakaian.

4) Saiz kasut saya ialah 6.

5) I am cheese lover.


The next and last step is to give this award to 5 peoples. Mereka yg bertuah ialah:

Kak Su
Blurr - aku saja dengki ko...padan muka
Ju@Lucky mummy
Rozie
Jun@joyah sport

Kalau ada orang lain rajin nak buat...di alu2 kan...





Thursday, July 8, 2010

Myvi pink

Perodua keluarkan Myvi Limited Edition color pink khas untuk perempuan. Siap tambah cermin mekap lagi. Apasal tak buat tempat letak lipstik sekali...hehehehe. Ok..ok, ni mungkin strategi perodua untuk menarik perhatian kaum perempuan supaya membeli Myvi color pink nih. Tapi pada pendapat saya yg tak berapa pandai pasal kereta ni, ia juga boleh menarik perhatian perompak dan penyamun sebab memang senang lah diaorang nak kenal bahawa kereta color pink ni milik perempuan.

Ada ke lelaki nak beli kereta color pink? Mungkin ada kot. Tapi tak ramai.

actually, kalau tak berkenan warna pink, ada 2 pilihan warna lain.
Ebony black (metallic) dan Ivory white (solid)


seat fabric..
lawa sket dari Myvi biasa..


ada corak2..
bole la...lawa drp biasa..




vuvuzela

My younger brother has made a request from me to buy vuvuzela. Citttt.....malas layan. Beli yg murah2 je...boleh la...

Begitu lah pujuk rayunya.

Dah search kat mudah.com, ada orang nak jual rm35 satu. Ahh...malas la nak beli. Harus memekak je kejenya kat umah nanti. Dah pasti jugak lah mak akan bising.....apasal la ko layan kehendak adik ko ni...aku predict mak akan cakap mcm ni lah.

So tadi dia sms lagi, tanya pasal vuvuzela. Dan saya berjaya menipu dia.

"Mahal la, rm60 satu.."

haha..padan muka ko dik..

vuvuzela 3 colors
blue,yellow,red


vuvuzela color belang2

Sebab apa saya tak nak beli vuvuzela ni walaupun saya boleh beli sebenarnya? Sebab vuvuzela ni boleh merosakkan gegendang telinga, terutamanya untuk kanak-kanak. Vuvuzela ni terkenal dengan adanya World Cup di Africa Selatan. Pada mulanya alat ni tak dibenarkan untuk di gunakan, tapi lama-lama dah dibenarkan pulak sebab mendapat permintaan ramai penonton, tak kira orang dewasa mahupun budak kecik. Jualan laku, untung besar, gegendang telinga pecah pun tak kesah...

Oh ye...vuvuzela ni juga dikenali sebagai lepatata. Daripada beli vuvuzela, beli aiskrim lagi best..



aku kalah

Kesian ko sotong...diperjudikan nasib utk buat ramalan...
hahaha..

Semalam saya sms adik kat kampung, tanya dia sokong Spain ke Germany. Dia kata dia sokong Spain. Ok, kalau gitu saya sokong Germany lah. Dengan bangganya saya bet dgn dia, sapa kalah kena belanja aiskrim Drumstick yg harga RM2.20 tu. Dia jawab, ok no hal. Oooo...berlagaknya dia.

Tup tup pagi ni Germany kalah. Baek lah...aku kena belanja dia aiskrim drumstick, tunggu lah aku balik 2-3 bulan lagi ye dik.




Note: umur adik saya yg sengal itu baru 12 tahun, sebab tu bet dgn dia setakat belanja aiskrim je...wahahahaha. Kalau bet belanja yg bukan2...harus rabak poket aku. Bijak kan kakak dia....hehehe





Wednesday, July 7, 2010

samseng jalanraya

Kadang-kadang saya terpikir, kemalangan jalanraya yang berlaku disebabkan oleh samseng jalanraya. Dulu penah keluar dlm Mastika, ada orang sengaja simbah minyak atas jalan. Then ada jugak orang sengaja tabur paku kat lorong motosikal di Federal Highway. Tu la cara diaorg nak carik duit, atas darah dan nyawa orang. Zalim.

Ok, ni berlaku pada mak bapak aku.

Bulan lepas, diaorang pegi vacation ke Pantai Timur, then pusing2 ke Perak. Dari Perak diaorang terus balik Johor lah. Di highway utara-selatan area Perak, bapak saya drive 120km/h di lane paling kanan. Had kelajuan di lebuhraya ialah 110km/h, so logik la kalau bapak saya drive di lane kanan.

Then ada satu kereta BMW pintas depan bapak saya tu. Entah datang dari mana tak pasti. Sebelum tu mak dah jeling2 kat belakang, confirm memang takde kenderaan lain. Sebab tu mak pelik dari mana datangnya BMW tu. Dia pintas depan kereta abah, terus brek mengejut seakan-akan nak berenti terus. Boleh bayangkan tak mcm mana gelabahnya bapak aku tu tekan brek takut tersondol kereta dia?

Mak saya jenguk2 ke depan, kot2 la ada kereta lain depan BMW tu, sah takde! Kosong je. Apasal dia brek macam tu? Bukan sekali dia buat, tapi 2 kali! Stupid and f*ck to the driver lah!

Lepas 2 kali dia buat dajal, terus dia pecut lari. Sayangnya parents saya tak sempat nak amek no plat BMW tuh. This is we call as a samseng jalanraya. Kalau kau nak mati kau pegi mati sorang lah, nape nak ajak orang lain mati sama? yes, ajal maut di tangan Allah, tapi kerana adanya manusia mcm tu, orang lain tak pasal2 dapat bala.

Tu nasib baik abah drive cuma 120km/h, kalau dia drive 140 ke...agak2 sempat tak dia brek? Wallahuallam...





birthday masgobloq


Birthday Masyudi a.k.a Masgobloq
yg ke 34 tahun..
tuanya..






Tuesday, July 6, 2010

kisah rumput

Copy paste from http://www.tentangcinta.com/kisah-cinta/kisah-rumput-orang-yang-disayangi/

*******************

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.



Monday, July 5, 2010

nawaitu


Maradona kata kalau argentina menang, dia menyimpan hasrat nak berlari dalam keadaan b*g*l. Stupid intention huh? Sebab tu argentina kalah. Moral of the story, jgn menyimpan niat yg pelik-pelik. Hehe.

Petikan dari Berita Harian:

"Saya melalui pengalaman seperti ini pada 1982 sebagai pemain. Ketika itu saya hanya seorang budak dan tidak mengetahui erti kepentingan sesuatu. Hari ini saya menjangkau usia 50 tahun, saya sudah matang dan ini adalah tamparan paling hebat dalam hidup saya. Ia seperti muka ini diterajang, saya tidak berdaya untuk berbuat apa-apa" katanya.






note: sejak bila aku pandai bercakap pasal bola? No, I am not talking about football, I am talking about intentions.

Friday, July 2, 2010

words


think about it..
have a nice day
!



peristiwa 2

pic from google

Tahun 2003, saya buat pertama kali ke KL. Jadi drafter di MMC, masuk department instrument. Stay di Ampang, dekat2 dgn Ampang Point. Hari2 balik keje wajib singgah Ampang Point. Maka lama kelamaan saya mengisytiharkan bahawa Ampang Point itu adalah rumah kedua saya.

Setiap pagi pegi keje naik bas metro atau pun intrakota. Tapi skg intrakota dah pupus dah. Rugi pulak dulu2 tak beli kamera, kalo tak boleh amek gambar bas intrakota tunjuk kat anak aku nanti. Ok, ni dah merepek. Sambung balik.

Bas metro sgt brutal kat atas jalan. Suara konduktor bas terjerit2 dari jauh, sebatu dah dengar suara dia.

"Mari....mari....mari..mari..KL...KL...KL..."

Konduktor tu menjerit. Maka berpusu-pusu la orang ramai berkejar-kejaran nak naik bas. Kalau tak naik bas skg, kena tunggu lama lagi utk dapat bas lain. Termasuk la saya. Dengan baju kurungnya, kasut tumit tingginya...terkedek-kedek kejar bas. Sampai kat pintu bas, orang tolak2. Bila toleh, yg tolak saya tu lelaki. Indon. Melayu pun ada. Tak gentleman lelaki Malaysia. Pompuan pun dia tolak. Malas nak berlaga punggung dgn diaorang, akhirnya saya mengalah. Takpe la, biarlah jantan-jantan keparat tu naik dulu. Daripada dia sondol badan aku, atau aku sondol badan orang depan, baik aku mengalah. Fine.
Angin satu badan.

Tup tup...rupanya saya antara orang paling last dapat naik bas. Takpe la, janji dapat naik boleh pegi keje. Dalam bas dah macam tin sardin nak pecah. Sarat. Berat. Nak tau saya berdiri kat mana?

Kat tangga bas!!!! betul-betul kat tangga bas kat pintu tu. Bas pun gerak. Boleh bayangkan tak saya dgn baju kurung berdiri kat tangga bas, tangan berpaut sekuat yg boleh supaya tak jatuh. Angin dari luar bertiup laju, cukup membuatkan kain yg saya pakai merebang di tiup angin. Terasa sejuknya. Saya toleh keluar, terdetik dalam hati, kalau lah tangan aku ni terlepas sikit je.....memang aku tergolek ke bawah. Jatuh atas jalanraya. Mati.

Masa bas bergerak, sebenarnya bas tu dah senget.

Tragis kan nak pegi keje. Tapi lebih tragis bila memikirkan lelaki boleh berebut, siap tolak pompuan masa nak naik bas. Especially lelaki foreigner. Negara jiran.


pic from google

Bas mini plak. Kalau sesapa blom penah naik rollercoster, tak payah pegi jauh2 sampai Genting Highland. Naik aje bas mini. Memang lebih kurang sama macam naik rollercoster. Betul tak tipu. Driver siap boleh cilok2. Hebat. Tak byk cerita pasal bas mini, sebab saya jarang naik bas mini.

Pengangkutan awam kat KL ni bagus. Appreciate la kat mereka yg mengusahakan perniagaan pengangkutan ni. Cuma malangnya perkhidmatannya agak kurang selesa. Tambang makin lama makin mahal, tapi condition bas macam bas zaman perang jepun. Tapi tetap bersyukur sebab adanya bas, dapatlah mereka2 yg takde kenderaan sendiri pegi keje.

Cuma dulu saya penah dengar dalam berita, kerajaan ada bagi bajet berapa juta ntah, utk sistem pengangkutan awam. Tapi sampai skg saya tengok pengangkutan awam sama je. No changes.

Cuma skg ada bas rapid. Tu je.