Monday, November 29, 2010

eksiden lagi


On the way balik KL tadi, aku menyaksikan kemalangan yang agak teruk juga.

Eksiden lagi. Kat Melaka. Lori membawa bahan kimia menghala ke selatan. Aku pelik jugak kenapa pulak jem dekat Ayer Keroh, rupanya ada eksiden teruk. 2 buah lori dan 1 kereta kalau tak silap lah. Lori tu menghala ke selatan, tong-tong biru itu adalah bahan kimia yang tergolek-golek ke lorong menghala ke KL. Perghhh...kiranya bahan kimia tu melompat ke lorong sebelah. Bahaya betul.

Gambar ehsan dari Berita Harian.

Saturday, November 27, 2010

surah al-baqarah, ayat 240

Melalui satu novel yang saya kategorikan sebagai novel terbaik, saya belajar banyak perkara melalui novel itu. Ye lah kan saya ni jahil sikit bab-bab agama. Saya tabik pada penulis novel itu. He is very smart.

Salah satu perkara yang saya dapat dari novel itu ialah terjemahan ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat 240 yang membawa maksud lebih kurang begini:

"Seorang suami, mesti menyediakan nafkah makan, pakai dan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anaknya untuk jangka masa setahun jika ditakdirkan dia mati dulu.."

Ayat ini menerangkan tentang tanggungjawab seorang lelaki yang bergelar suami. Suami bukan saja wajib menyediakan nafkah semasa dia masih hidup, tetapi juga setelah dia meninggal dunia. Suami mesti menyediakan segala keperluan hidup yang asas iaitu tempat tinggal, makan dan pakai untuk isteri dan anak-anaknya jika ditakdirkan dia meninggal dunia lebih awal untuk jangka masa at least setahun. Ini kerana, jika ditakdirkan suami meninggal dunia dulu, sekurang-kurangnya isteri dan anak-anaknya tidak duduk merempat dan merasa susah kerana kehilangan tempat bergantung. Isteri yang tidak bekerja masih ada waktu untuk mencari kerja kerana nafkah yang ditinggalkan oleh suaminya utk tempoh setahun cukup untuk dia menyara dirinya dan anak-anaknya.

Allahuakhbar!

Ada byk lagi perkara dalam cerita itu yang membuka minda, tapi kalau nak tulis semua 4 hari 4 malam pun tak habis. Haha. Pada siapa yang memang dah arif pasal agama mungkin dia tak heran, tapi saya yang jahil ni macam orang kejakunan, teruja dan tersedar bahawa martabat seorang wanita disisi Islam sangat lah tinggi. Tapi ramai yang masih tidak tahu atau tahu tapi ego untuk mengaku terutama lelaki. Sori lelaki. Ini kenyataan.

Orang barat selalu melaung-laungkan bahawa Islam itu agama yang menindas wanita, padahal mereka lah yang selalu mengeksploitasikan wanita. Bullshit.

gangster masai balik kampung

Aku gerak pukul 6.30 pagi, pukul 8 sampai tangkak. Pukul 8.30 sampai pagoh, aku beli nasi lemak makan dalam kereta. Aku sorang. Aku called mak tanya jalan ke Air Itam.

Aku beranikan diri lalu air itam. Aku redah saja. Ermm...takde la susah mana jalan tu, ok la kiranya aku selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah. Aku sampai rumah pukul 11.30 pagi.

Selesanya duduk rumah. Mahu makan, tidur, terbongkang, terlentang, tertonggeng semua boleh. Yuhuuuu...

Monday, November 22, 2010

my camera was stolen

I don't know how to express my feeling when I lost something valuable. It's my digital canon camera. Mula-mula dia tenggelam dalam air semasa di Nuang. Aku dah baiki sendiri kat rumah dan alhamdulillah boleh digunakan semula. Teror kan aku? tetapi ada cerita lain disebaliknya.

Semalam aku ajak Ujie hangout. Dia park Myvi merah menyala dia kat rumah aku, then kitaorang keluar naik kereta aku. Makan dulu, then kami ke Taman Metropolitan, Kepong. Aku tak pernah ke sini, Ujie suggestkan, katanya tempat riadah ni ok. Nak lepak dan rileks2 pun ok. Fine, aku agree. Kami pun kesana.

1st impression aku pada tempat ini sangat tinggi. Means, I like. Ada trek joging yang luas gila, ada tasik dan tempat lepak. Tak ketinggalan ada menara tinggi yang kita boleh naik dan lihat alam sekeliling dari atas. Menarik bukan? aku tertarik. Gambar diatas itu lah menaranya. Aku dengan Ujie naik atas menara tu dan lepak kat atas. Kitaorang snap2 gambar guna kamera aku. Trek jalan warna biru tu untuk joging.

But suddenly, sedang aku lepak dan berborak dengan Ujie, I saw someone. Lelaki. Berdiri disebalik pokok2 buluh yang ada disitu. Apa dia sedang buat? he was masturbating! Aku tak sampai hati nak tulis perkataan tu dalam bahasa melayu. Terlalu keji aku rasakan. Keji sangat. Memang keji. Keji dan keji. Keji...keji.

Ujie suggestkan kitaorangg blah saja dari menara itu. Mana lah tahu lelaki gila tu naik atas menara pulak kan. So dalam kelam kabut nak turun tu, kitaorang terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak yg sibuk juga nak memanjat menara tu. Ujie capai makanan dan air, manakala aku capai kamera. Ya, kamera. Aku dalam keadaan sedar, aku ambil kamera tu. Tapi masa kitaorang dah turun bawah berjalan ke arah pondok untuk duduk, aku tak rasa aku pegang kamera. Aneh lah.

Bila dah sampai di pondok, aku dgn Ujie duduk dan borak-borak lagi. Cuaca terlalu panas. Aku memandang ke arah tasik, dan terdetik dalam hati nak snap gambar. Aku toleh kanan, bongkar2 dalam beg, kamera aku tak ada! Aku tanya Ujie, Ujie pun tercengang. Kitaorang sama-sama blur.

Aku berjalan macam lipas kudung naik semula kat atas menara untuk cari dan check kot-kot aku tertinggal kamera tu kat atas. Tak ada! Aku turun bawah semula dan kitaorang terpusing-pusing macam orang bodoh. Aku dgn Ujie macam kebingungan. Apa dah jadi dengan kami sebenarnya? We cannot think
properly. Tak tahu apa nak buat. Aku terduduk semula kat pondok tu, pikir mana pegi kamera aku yang memang confirm aku dah pegang masa nak turun dari menara tu. Macam mana kamera tu boleh ghaib? Atau pun mungkin perasaan aku saja mcm aku dah pegang, tapi sebenarnya aku tak ambil pun kamera tu? Tapi Ujie banyak kali mengesahkan bahawa dia nampak aku ambil kamera tu semasa nak turun dari menara. Ya, aku pun rasa macam aku dah ambil, tapi masa aku berjalan aku tak rasa aku pegang kamera. Dan kamera aku dah hilang. My camera was stolen by......I don't know.

Puas aku pikir macam mana kamera aku hilang macam tu je? Aku sedih yang
amat sangat. Masa kamera tu jatuh dalam air kat Nuang pun aku tak sedih macam ni. Tapi kali ni kamera tu ghaib macam tu aje, dan aku rasa ralat sangat. Yang paling aku risau ialah gambar-gambar dalam kamera tu. Memang lah tak ada gambar yang bukan-bukan seperti gambar aku tak pakai baju ke..hahaha...mengarut je. Kebanyakan gambar dalam kamera itu semasa di KK dan Kuching. But syukur aku dah transfer semua gambar, cuma aku risau si pencuri itu menggunakan gambar aku untuk tujuan yang keji. Nauzubillah.

Ni kereta Myvi Ujie sebelum bertukar color.

Kereta Ujie semasa dalam proses nak transform from silver to red.

Dalam perjalanan nak balik, kami singgah jumpa guard yang jaga di kawasan taman itu. Kami cerita apa yang dah berlaku, tentang lelaki masturbating, tentang kamera yang hilang. Guard tu geleng kepala. Dia cakap "macam-macam hal jadi kat sini. Tempat ni kalau malam tak payan datang lah. Bahaya!"

Apa tak bahayanya, kat sini tempat couple berdating. Aku perhatikan di sebalik pokok dan batang pokok, pasti ada couple yang sedang bercinta. Bila nampak aku dgn Ujie lalu, cepat-cepat tutup muka dengan jaket. What the what? pandai pulak malu.

Dalam keadaan yang masih blur-blur, bingung-bingung, aku tanya Ujie:

"Kau percaya pada pukau?".

Ujie angguk.

What happen to me actually? mystery.





(pics from Ujie's camera)


Friday, November 19, 2010

proses membeli rumah

To anyone who wants to buy your own house, read this http://beritasemasa.com/proses-beli-rumah-oleh-pembeli.

It's help!

Thursday, November 18, 2010

eidul adha

Raya haji semalam, hari ini saya di ofis. Sambut raya tapi macam tak rasa apa-apa. Biasa lah, raya haji, bukan raya puasa. Sama macam tak raya. Saya texted adik di kampung, bertanya mak masak apa? adik kata mak masak mee soto. Saya texted pagi, dia balas malam. Cis.

Hari ini saya nak declare salah satu kelemahan saya yang paling ketara dari dulu hingga kini. Saya sangat tidak pandai nak berkomunikasi dengan orang tua. Orang tua itu adalah dari lingkungan umur 50 tahun ke atas. Kalau 50 tahun ke bawah mungkin boleh la sikit-sikit, itu pun kena pikir ayat apa aku nak bercakap dengan dia.

Kalau ditakdirkan saya duduk sebelah orang tua, saya lebih banyak diam sebab tak tahu nak cakap apa. Di pendekkan cerita saya memang tak pandai nak melayan orang tua bercakap. Saya jadi bisu dan terus bisu. Jadi tak heran lah kalau orang kata saya sombong atau saya ni ada angin kus-kus. Hehe. Kalau kawan-kawan mak datang rumah pun, saya sekadar sedekahkan senyum je, takdenya nak bertegur sapa kecuali kalau dia tegur dan tanya saya apa-apa soalan.

Adakah aku kategori manusia pelik?


Monday, November 15, 2010

gunung nuang

Selepas turun dari gunung kinabalu Mei lepas, saya dah tak buat apa-apa exercise lagi dah, panjat bukit tak, joging pun tak. 6 bulan selepas itu iaitu semalam baru lah saya join semula aktiviti-aktiviti memanjat ni. Sebelum ni saya dah banyak buat cancellation join aktiviti macam ni, contohnya saya buat last minute cancel pegi Berkelah (Nurul marah aku sgt2) dan cancel panjat bukit Apek sebab aku tidur mati (pun Nurul marah jugak..huhu). Sorry la kawan2, kepala otak aku bengong masa tu.

Ok, lets start our journey. Saya deal dengan Thirah untuk berjumpa di Ampang Park. Saya adalah spesis buta jalan, so I need someone to guide me, dan Athirah lah orangnya. Thanks ya. Dari Ampang Park, saya dan Thirah jumpa Intan, Kay dan Husna (housemate Kay) sebelum jumpa Nurul dan Huz di masjid area Hulu Langat. Then, tunggu Zul (our guider) untuk ke Nuang.

Macam Kay cakap, bergambar adalah perkara wajib. Sebelum, semasa dan selepas aktiviti harus ada kenangan dalam gambar kan. Ini masa kitaorang baru saja park kereta, siap-siap untuk memulakan perdakian...ceh...macam best je bunyinya kan.

Kan aku dah cakap, bergambar itu wajib, bukan sunat, bukan harus ke makruh. Oleh kerana Thirah yang snap gambar ni jadi muka Thirah takde. Biasa la...Thirah ada kamera baru. Huhu..

Ohh ya, forgot to mention. Sebelum melangkah masuk ke pintu gerbang ke alam fantasi ini, kami harus register nama dulu dan bayar RM1. Murah aje. Tapi memang MESTI register, untuk keselamatan. Tengok tu, seriusnya Kay menulis nama dia.

Kami tak plan untuk sampai ke puncak, cukup la sampai Kem Lolo aje. Actually saya tertanya-tanya, kenapa nama tempat tu Kem Lolo? Kenapa Lolo? Siapa Lolo? Ok forget it. Tak penting pun. Perjalanan untuk ke Kem Lolo lebih kurang 2 jam, tapi kalau campur dengan photography session, lebih kurang 2 jam setengah lah. Hehe.

Treknya takde la berliku-liku, jalannya sekejap mendatar, sekejap meninggi, sekejap menurun. Boleh tahan penat lah. Untuk kontrol pernafasan, saya kunyah chewing gum. Berkesan. Tips kunyah chewing gum ni saya dapat masa kat KK dulu, guide yang cakap.

Ok, ini contoh jalan yang agak berbukit, kena jalan tertonggeng dan terbongkok sket. Penat tapi enjoy. Bila disuruh bergamba, berlumba-lumba tak nak lepaskan peluang. Haha.

Di sepanjang perjalanan, banyak pokok buluh yang memang tinggi setinggi tingginya. Cantik! Kata Zul, perjalanan ni hanya 'mukadimah' aje, selepas Kem Lolo untuk ke Kem Pacat, baru lah perjalanan yang ala-ala separuh nyawa. Agak merana jugak lah untuk ke puncak.

7 of us
huz, julie, husna, kay, intan, nurul, athirah

Berjalan sikit, bergambar. Berjalan sket, bergambar. Haha. Macam-macam gaya, ditambah lagi ada orang pakai kamera baru...huhu..Lumix!

pandang kiri...

pandang kanan...

Lepas pandang kiri pandang kanan, kami meneruskan perjalanan. Bestnya ada camerawoman (Thirah & Huz) hehehe. I like.

Macam kat KK jugak, kalau rasa penat boleh berhenti rehat kat pondok. Cuma kat sini takde bekalan air dan toilet. Jadi pandai-pandai lah kalau ada siapa-siapa nak terkucil. Nurul siap makan burger kat sini. Habis pulak tu.

Meneruskan perjalanan lagi. Aku suka betul dengan camerawoman nih. Lumix!

Akhirnya sampai jugak di Kem Lolo. Penat Tuhan saja lah yang tahu. Saya menyesal sebab bawak air sebotol kecik aje. Nasib baik boleh topup air dari Zul. Haha. Jadi pengajaran lepas ni jangan mengada-ngada nak bawak air sebotol kecik aje. Air itu penting, bak kata Uncle Saiful yang kitaorang jumpa kat sana. Siap bebel-bebel itu ini, jangan pakai baju hitam, bawak air sendiri! Ok, noted.

Menu lunch dalam hutan sangat la best. Huz bawak makaroni goreng dan Zul bawak ayam panggang! Haha, tak sangka diaorang ni rajin. Aku? bawal roti coklat yang dibeli di Petrol Station.

Lepas siap makan, masa untuk berendam. Nurul paling excited. Makcik ni memang suka main air lah aku rasa. Oleh kerana aku pakai lens, jadi tak boleh nak mandi beria-ria sangat, nanti rosak pulak lens aku, dah tak nampak nak jalan. Intan, Kay, Thirah dan Zul tak mandi.

Di air terjun ini juga lah kamera saya terkorban. Sedih gila. Air mengalir laju, batu-batu licin dan aku terjatuh dalam air. Kamera dalam poket!! Hancur..innalillah dah kamera aku. Sedihnyaaaa...aku tengok air bergenang-genang dalam skrin kamera tuh..huhu

hi..senyum dalam gundah. Hanya mengharap kamera kawan-kawan saja lah.

Dalam perjalanan itu, kitaorang nampak tasik. Nice view. Tak sangka pulak dalam hutan ini ada tasik.

My favorite pic from Athirah. Very nice pic! aku suka. Sangat semulajadi dan hijau. Nuang masih belum tercemar. Good.

Kalau tak silap pic ni dari kamera Huz. Cantik la color dia. Nice view.

Yg ini pulak rasanya dalam perjalanan balik. Ntah. Masa balik ni saya tak salin baju pun. Jalan aje lah dengan baju basah. Baru je nak kering, hujan turun. Saya dgn Thirah berlari siot...tapi basah lencun jugak lah. Patut lah ada orang bawak payung.

nature

1st time saya jumpa ulat gonggok besar gila!! berapa banyak la kaki dia agaknya..

kat sini banyak rama-rama. dan macam taman rama-rama pulak aku rasa.

Masa kat sini saya terasa macam ada 'something' kat leher. Rasa gatal. Dan tau tak apa benda di leherku? Pacat..!!! sang pacat nak menyedut darah di leherku. Nasib baik ada Kay sebagai penyelamat. Ko hebat lah Kay.

Kesimpulan, saya enjoy join pegi Nuang ni. Penat tu memang lah penat, sampai sakit-sakit badan. Kira ini sebagai permulaan dan mukadimah sebelum sampai ke puncak (ada plan nak naik sampai puncak ke?). Dalam perjalanan balik, berhenti solat di masjid sekejap, salin baju dan duduk rehat sambil berbual.

Hujan turun lebat gila. Ok yang kat atas tu gambar kereta kami. Tersusun cantik aje kan. Paling menyerlah kereta merah. Kereta sapa la tuu...



p/s: all photos are from Athirah, Nurul and Whooz. Aku terpaksa lah cilok dari korang yer...thanks!

Friday, November 12, 2010

heart attacks

Setelah membaca kematian mengejut arwah Hani Mohsin dan arwah Shamrin Fotograf, tiba-tiba terasa nak cari info pasal heart attacks.

Jom luangkan sedikit masa anda untuk membaca post ini. InsyaAllah ianya memberi sedikit manfaat kepada anda terutamanya terhadap kesihatan anda.


Heart Attacks And Drinking Warm Water


This is a very good article. Not only about the warm water after your meal, but about Heart Attacks. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals, not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit while eating.



For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this ‘sludge’ reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

Common Symptoms Of Heart Attack…
A serious note about heart attacks – You should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line.

You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let’s be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive.

Kesimpulan’nya, kurang-kurangkan la minum air sejuk. Sebaiknya hentikan terus dan mulalah mengamalkan meminum air suam.


(SUMBER)


bongok

Hari ini aku sangat BONGOK. Kenapa? kerana:

Aku tersalah masuk meeting room. Aku melangkah masuk dengan tahap konfiden yang sangat tinggi, rupa-rupanya itu bukan meeting room untuk aku. Aku malu besar. Semasa aku menaip blog ini pun aku masih tidak boleh berhenti tersenyum. Bayangkan semua mata memandang ke arah aku di dalam meeting room itu. Mata melayu, mata mat saleh pun ada.

Dan yang paling malu bila aku dengar ada suara orang ketawakan aku. Ceh!

Sunday, November 7, 2010

mendung tak beerti hujan

Lagu ni sedih, tapi bila aku tengok muka Deddy Dores terus aku tergelak...ekeke

zaman-zaman rambut kembang...




Masa lalu hitam
Didalam hidupku
Dapatkah ku jadikan putih
Kegagalan cintaku
Juga keyakinan
Tergoyah oleh keadaan

Miskin jiwa dan ragaku
Bagai hidup di padang yang tandus
Begitu beratnya beban yang ada dijalan hidupku
O....

Bila kau percaya
Bahawa hari-hari
Selalu berganti
Akan selamanya
Awan-awan hitam
Menghantui hidupmu

Mendung tak bererti hujan
Yakinlah itu satu cobaan
Masih ada waktu dan kesempatan
Untuk meraih cita

Aku ingin...
Mencari ketenangan diri
Agar hidup ini
Bukanlah sekadar mimpi Ho..Ho..

Aku ingin O...
Kau tahu isi hatiku
Cintaku padamu
Kasihku padamu
Putih tak ternoda
Untuk dirimu
Hanya untukmu

Mendung tak bererti hujan
Yakinlah itu satu cobaan
Masih ada waktu dan kesempatan
Untuk meraih cita

Aku ingin...
Mencari ketenangan diri
Agar hidup ini
Bukanlah sekadar mimpi Ho..Ho..

Aku ingin O...
Kau tahu isi hatiku
Cintaku padamu
Kasihku padamu
Putih tak ternoda
Untuk dirimu
Hanya untukmu

Friday, November 5, 2010

silent

When we talk too much, people will get boring to hear what we talk. For several moments, we need to be silent. I know why I was created as a silent person. Because if I talk too much, I will be 'laser', or merapu or hurt some peoples around me. My apologies.

Thanks Allah, your creation is awesome. You know everything. You know all secrets that we don't know. You see what we do not see with the naked eyes.

I need medicine for emotional health.

jumaat

Jumaat. Hari yang mulia dalam semua hari. Antara keistimewaan hari Jumaat:
  1. Terciptanya Nabi Adam
  2. Pada hari Jumaat juga Nabi Adam dikeluarkan dari syurga
  3. Pada hari Jumaat juga Nabi Adam wafat.
  4. Pada hari Jumaat,,pada satu saat dan ketika,jika kita dapat menepati waktu itu, berdoalah pada Allah, insyaAllah dengan izinNya akan termakbul selagi kita tidak meminta sesuatu yang haram.
  5. Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat pada siang atau malamnya, akan selamat dari seksaan kubur.
  6. Api neraka tidak menyala pada hari Jumaat
  7. Semua roh-roh orang Islam pada hari ini akan berkumpul.
  8. Mayat-mayat akan selamat dari seksaan kubur.
  9. Pada hari Jumaat lah Kiamat berlaku.
  10. Para penghuni syurga akan menziarahi Tuhan mereka, Allah S.W.T

Wednesday, November 3, 2010

peristiwa

Ada 2 peristiwa.

1) Gaduh dengan orang DBKL
Semalam aku jadi singa semula. Ntah la apasal aku macam meluat dengan orang-orang Majlis Bandaraya ni. Aku berhentikan kereta sekejap dekat Briekfield nak pick up adik, tak sampai 10 minit pun, ada la dalam 5 minit lebih sket je. Datang orang majlis dengan muka jamban warning aku. Aku rasa kalau dia datang dengan muka biasa aku tak hot sangat kot, tapi oleh kerana dia buat muka jamban, aku benci. Lepas tu kejap lagi dia datang semula dengan buku saman konon-konon nak ugut aku, nak saman aku. Then aku sound la. Dia pun marah-marah aku balik. Janji aku puas dapat sound dia. Aku kan singa.

2) Appraisal
Akhir tahun dah rupanya. Hari ni kena appraisal dengan bos. Aku selawat, baca 3 Qul, baca ayat Kursi la bagai, menggigil satu badan. Aku rasa aku gaduh dengan orang Majlis semalam pun tak takut macam ni. Depan bos aku terus jadi siput sedut. Aku banyak diam, bos yang banyak cakap. Alhamdulillah, dia tak tanya aku satu apa pun. Apa guna dia tanya, aku keje bawah dia. Dia dah puas bambu aku, so dia dah tahu aku ni macam mana. Dia banyak bagi nasihat dan pandangan untuk masa depan. Aku sengih-sengih je la, angguk-angguk, geleng-geleng. Kan aku kata, depan bos aku jadi siput sedut.



P/S : Oh..ya, bos ada cakap, ada orang Piping komplen engineer suka borak-borak, gelak kuat-kuat. Then, aku cakap, bos...diaorang pun sama jugak. Pastu bos balas balik...bos bagi jawapan yang aku rasa...ermm...ok...betul jugak yer bos. Tak payah la aku bagitau apa jawapan bos, tapi aku setuju je la. Takde gunanya nak melayan atau nak emosi dengan komplen orang. Bagi aku sama je, orang-orang piping pun selalu datang kat cubic aku dan memekak, cakap kuat-kuat macam orang pekak, gelak-gelak, cerita pasal iPhone, cerita pasal bola, pasal itu pasal ini. Ada aku kesahhhhh? ada ke? takde kan. Ohh.. ya ada juga yang cakap, engineer kat sini suka buat discussion group, yang diaorang tu kena keje teruk-teruk, kena OT.

Sebelum kau komplen, kau pikir tak yang scope keje kita berbeza? kau tak tahu yang aku selalu bawak balik keje kat rumah sebab aku tak nak OT. Kau tak tahu ada masanya kami disini macam nak pecah kepala sebab pikir pasal keje. Tapi kebetulan time kau datang, mungkin kitaorang tengah gelak-gelak atau kebetulan aku tgh bukak fb..hahaha.

Ada orang marah tak aku tulis benda ni dalam blog? suka hati aku la, ini blog aku.

Tuesday, November 2, 2010

unik

Bunga ini namanya Heliconia. This is the most unique flower I found in Sabah, the colors of which are an important source of attraction for the forest hummingbirds, pollinating the flowers.

Ini bunga Kantan. I found it during half an hour stop in Ranau, in front of the toilet. Bunga kantan yang jual kat pasar selalu jumpa tapi tak sekembang ini. That's why I love Sabah.

Purple is beautiful color, but green is the most I love. I love the weather here. Nyaman.

Disini saya kena bayar denda sebab bawak masuk kamera. I never forget this moment. But thanks God, takpe lah bayar denda pun asalkan dapat snap gambar ni.

Next trip to Sabah? InsyaAllah April 2011.

Monday, November 1, 2010

isnin


Order buku online hari Khamis lepas, hari ini dah terima. Best la pengurusan PTS Publishing and Distributors ni. Suka,suka. Efficient.

ahad

3 musketeers

Both of you make my days more colorful.Thanks for being a good friends of mine J and U.