Monday, January 31, 2011

3 hari 2 malam

Off to Jelawang Waterfall, Kelantan for 3 days. Ni la keje aku, berjalan je.

Babai...

ada 'orang' lain di toilet sebelah

My 2nd promise is to tell about the supernatural story happen to me in Camp 5's toilet. Malam pertama saya di Camp 5, budak-budak lain semua tengah sibuk masak. Saya tolong sikit-sikit je, tak tau nak tolong apa sebab semua orang dah buat. So saya pikir baik pegi mandi dulu sementara menunggu diaorang siapkan makanan.

So dengan konfidennya saya ke bilik air seorang diri utk mandi. Lampu dalam bilik air tu memang ala-ala misteri sikit, kelam je. Tapi masa tu saya memang takde langsung perasaan takut. Saya mandi dengan selambanya.

Beberapa minit kemudian, saya dengar orang berjalan masuk dlm bilik air, masuk bilik sebelah, kunci pintu. Saya pikir mungkin salah sorang daripada kawan-kawan saya lah, atau pun mungkin perempuan chinese yg sama-sama akan hiking esok. Saya selamba lah mandi. Tapi yg peliknya, lepas 'orang' itu masuk bilik air dan kunci pintu, tak ada dengar bunyi air pun. Nak kata mandi tak, nak kata buang air pun tak. Senyap je, takde bunyi apa-apa. Masa ni saya boleh selamba lagi.

Lepas siap mandi dan pakai baju, saya masih tak dengar apa-apa. Masa ni saya dah terpikir lain, tapi still takde rasa takut. Lepas dah siap semua, saya keluar. Saya sempat la menoleh ke bilik-bilik sebelah, kosong! Pintu terbuka seolah-olah macam tak ada siapa pun masuk. Habis tu siapa yg saya dengar berjalan masuk dalam bilik sebelah, siap dengar dia kunci pintu. Cuma yg anehnya, tak ada bunyi air.

Bulu roma saya dah start berdiri dah. Cepat-cepat la saya keluar. Budak-budak lain rupanya dah siap masak, dah standby nak makan, dah siap snap gambar. Huhu....

Bila dah balik KL, saya terpikir, entah-entah 'orang' yg masuk kat bilik air sebelah tu skodeng saya mandi dari atas...hahahahaha....nasib baik masa mandi tu saya langsung tak tengok atas.

Rupanya bukan saya sorang yg kena, orang lain pun ada cerita misteri yg tersendiri di bilik air itu. Thirah cakap, kawan dia pun ada cerita pasal 'orang main-main pintu' kat bilik air tu. Kalau lah saya tahu ada misteri di bilik air tu, tak kuasanya nak pegi mandi sorang-sorang.

Pengajarannya, jangan ngada-ngada pegi mandi sorang-sorang kat tempat yg kita tak biasa, especially kat dalam hutan macam Camp 5 tu. Bawak lah kawan untuk teman. Huhu...

Saturday, January 29, 2011

mulu park's cafe

cafe in Mulu Park. Credit to Huz.

As promised, I would like to share with others about Mulu Park's Cafe. Actually bukan pasal cafenya, tapi pekerjanya. Cafe disini nak kata besar sangat tu takde lah, tapi selesa juga untuk duduk dan makan walaupun makanannya takde la sedap mana. Jujur cakap, diaorang ni tak jaga kualiti makanan. Hari ini nasi lemak keras macam tak cukup santan, esok nasinya lembut pulak. Masak tak konsisten.

Itu pasal makanan. Ini pasal pekerjanya pulak. Pekerja-pekerja di cafe ini melayan kami ala-ala double standard. Macam kami ni makan free-free je. Kami faham, harga makanan disini memang mahal. Tempat pelancongan macam ni memang harganya melambung mahal, tak kisah la tu, kami bayar. Mintak sambal lebih sket pun nak caj, ok tak kisah la nak caj, tapi cara memandang tu mak oi...menjeling.

Kita order telur separuh masak, dia bagi telur rebus yg memang masak ranum. Bila mintak tukar, dah bagitau tadi order half boiled egg, bukan full boiled egg. Kali kedua dia hantar telur mentah! Korang tak hangin satu badan ke? Dah la tak say sorry, langsung takde budi bahasa la diaorang ni. Patut tempat-tempat macam ni bukan setakat kena jaga kualiti makanan, tetapi juga kualiti layanan. Jangan sampai orang serik nak datang. Jangan amalkan layanan double standard atau pandang orang sebelah mata. Kenapa orang luar (mat-mat saleh tu) diaorang boleh layan dengan baik? kalau nak kata kami ni mintak macam-macam, hey..kami bayar, bukan mintak free.

Aduh, ter emosional pulak.

Masa last day, Sierra ada bagitau, kita boleh buat komplen kalau ada apa-apa tak puas hati. Tapi masing-masing mungkin lupa sebab dah sibuk nak balik. Jadi saya komplen la kat sini. Hahaha.


Friday, January 28, 2011

Mulu - day 6

Hari ke-6 adalah hari terakhir saya di Mulu. Aktiviti terakhir hari ini ialah Canopy Walk. Masa ni kalau nak pakai track suit boleh, nak pakai jeans pun boleh. Saya pakai jeans sebab malas nak salin baju dah. Hari ini saya rasa muka saya tak bermaya, pucat dan tak cukup tidur.

Canopy walk adalah aktiviti santai melihat flora dan fauna yg ada di sekitar Mulu Park. Kami dibawa oleh senior guide Mulu Park iaitu Sierra (betul ke ejaan nama dia?). Layanannya baik, rasanya dia antara guide yang patut dipuji kerana amat peramah dan tak sombong.

Saya tak tahu nak cerita apa sangat untuk last day ini kerana saya tak dengar sangat penerangan Sierra, saya jalan kat belakang membawa diri bersama kamera, melayan blues sorang2 sambil merakamkan gambar yg dirasakan menarik. Jadi takde cerita sangat utk diceritakan. Walaubagaimana pun aktiviti ini menarik kerana Sierra banyak menerangkan tentang tumbuh-tumbuhan di situ walaupun saya tak dengar sangat.

morning after breakfast, waiting for canopy walk

signboard to canopy walk. tak tahu lah kenapa saya suka sangat amek gambar signboard.

antara tumbuhan yg ada di hutan Mulu ini. Jangan tanya ini bunga apa sebab saya memang tak dengar apa penerangan Sierra.

ulat bulu, cantik tapi gatal...

cacing berkepala lebar, apa ntah nama dalam sainstifiknya....lupa.

orkid

kenapa daun ini berlubang? ada sebabnya. Tanya Sierra.

bunga yg saya tak tahu nama apa, bongok je kan...syok sendiri pegi canopy walk ni.

bunga lagi..

buah ditebuk semut..hehe

Ini lah Sierra

us in front of the big tree

jambatan gantung

boleh buat cover album gambar ni

with our certificate, we must pay RM5 for cert.

Ada beberapa keping gambar yg saya curik dari album Nurul, letak kat sini. Credit to her. So now I want to make the conclusion for overall 6 days activities here.

My conclusion:
Happy! enjoy! Paling puas hati dapat panjat Pinnacles. Itulah kepuasan yg sebenar. Perasaannya lebih kurang sama ketika saya berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu tahun lepas dan insyaAllah this April, saya akan ke Kinabalu untuk kali kedua. Sepanjang berada di Mulu, ia mengajar saya erti kerjasama diantara semua sahabat, masak bersama, makan bersama, saling ingat mengingati, bantu membantu dan berkongsi rasa derita disepanjang pendakian ke puncak Pinnacles. Derita yg kami rasa untuk ke Pinnacles hanya Allah yg tahu, tetapi selepas balik ke KL dan mengenang kembali detik-detik itu, terasa rindu pulak. Akan dapat kah saya merasa lagi detik-detik macam itu?

Honestly, saya sedih nak meninggalkan Mulu. Saya ni memang cepat touching..haha. Ada kenangan di sana yg tidak ada di tempat lain. InsyaAllah, jika di izinkan Allah, mungkin suatu hari nanti saya akan kesana lagi.

So, kepada sesiapa yg mempunyai niat untuk ke Mulu dan Pinnacles, harap-harap boleh membuat persiapan rapi. Jangan jadi macam saya, takde exercise apa pun. Padan mukaku.

Tamat la sudah kisah Mulu.



--------END--------

Monday, January 24, 2011

Mulu - day 5


Hari ke-5 penjelajahan ke Mulu. Tubuh badan kami semua penat. Betis saya lebam-lebam macam kena dera dengan ibu tiri akibat bergesel dengan batu tajam semasa mendaki semalam. Alhamdulillah, semua selesai dengan baik sekali. Kami bersiap awal pagi untuk balik ke Mulu Park. Sebelum bergerak balik, kami merakamkan gambar beramai-ramai sebagai kenangan. Chinese dalam gambar itu lah group yg sama-sama ke Pinnacles, hujung yg pakai topi itu ialah Burong. Dia lah yg menemani kami disepanjang perjalanan 8km untuk ke tempat bot. Bugly? dia suruh kami balik sendiri.

Burong kata memang itu lah sistem Mulu Park yg diamalkan sejak dulu. Du
lu dia pernah bekerja dengan Mulu Park, tapi tak lama lepas tu dia blah sebab tak suka dengan sistem macam tu. Apa-apa yg jadi pada kami disepanjang jalan kena la tanggung sendiri, mana adil kan? sebab kami bayar guide untuk pergi dan balik. Tapi masa balik kami kena independent sendiri. Nasib baik ada Burong, dia la yg tengok-tengokkan kami 8 orang wanita jelita ni disepanjang jalan. Terima kasih sekali lagi Burong. Jasamu ku kenang. Lepas ni kalau ada niat nak naik pinnacles lagi saya nak amek Burong jadi guide.

Saya berdoa biar la cuaca cerah disepanjang perjalanan. Alhamdulillah, cuaca baik. Perjalanan sangat lancar, kali ni saya tak rasa penat dan jauh macam masa mula-mula datang dulu. 8km tu rasa sekejap je dah sampai.

Sekejap je rasa dah sampai di jambatan gantung ni. Masa datang mula-mula haritu rasa macam jauh je.

Clockwise: 1. menikmati pemandangan hijau dalam hutan, 2. kayu-kayu sebagai tempat pemijak sebab kadang-kadang laluannya lecak dan berair, hati-hati sebab kayu tu licin, 3. cendawan tumbuh selepas hujan pada batang kayu, 4. pokok yg batangnya unik sekali, bergulung-gulung.

trek yg very straight forward..hehe..

Saya jumpa pokok yg daunnya berbentuk 'LOVE'. Ini lah bestnya masuk hutan, kita akan jumpa sesuatu yg tidak ada di luar sana, sesuatu yg tersembunyi, yg unik, yg sangat cantik dan indah. Elok je kan pokok ni 3 tangkai. I love you.

Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat dan akan menaiki bot untuk balik ke Mulu Park. Pengalaman yg sangat seronok disepanjang tahun ini dan mungkin juga disepanjang hayat. Kami dah berjaya melalui liku-liku perjalanan yg mencabar kewibawaan kewanitaan kami. Takde high heel, takde lipstik, takde compact powder, takde perfume...yg ada cuma basahan peluh dan lumpur. We can do it. Kami berjaya menawan puncak yg pada mulanya ramai orang macam tak percaya je betul ke budak-budak ni nak naik pinnacles?Hehe. Alhamdulillah, berkat doa, tawakal, semangat dan azam, kami dah sampai ke puncak.

Nak balik dah, peluk tiang puas-puas, lepas ni entah bila dapat datang ke sini lagi. Saya rasa sedih pulak masa nak meninggalkan Kuala Litut ni.

Dah sampai jeti Mulu Park. Lepas ni ada lagi cave tour, ingatkan dah habis. Get ready. Muka maintain senyum walau dalam apa jua keadaan, walau ribut melanda, taufan yg datang, senyum tetap senyum.

Dah sampai Mulu Park, kena check in semula untuk dapatkan chalet. Dah dapat chalet (saya lupa nama chelat tu apa), rehat dan solat, lebih kurang pukul 2pm, kami bersiap-siap untuk cave tour iaitu Deer Cave dan Lang Cave. Tiba-tiba hari hujan pulak, jadi kena la pakai semula baju hujan tu. Sebelum bergerak ke gua, ada briefing sikit dari guide kami.

Berteduh sekejap di tempat rehat ni. Ambil gambar apa yg patut, dah macam makhluk dari planet mana ntah kami ni kan...

Keadaan dalam gua Lang ni lebih kurang sama je macam gua-gua yg kami lawat sebelum ni. Ada batu-batu yg unik dan pemandangan yg menakjubkan. Kuasa Allah.

Habis menjelajah ke Gua Lang, kami ke Deer Cave atau pun Gua Rusa. Kenapa dinamakan gua rusa pun saya kurang pasti sebab takde seekor rusa pun kat dalam gua ni. Yg ada ialah kelawar. Deer Cave ini adalah tempat kehidupan kelawar. Di katakan dalam gua ini ada lebih daripada 2 juta ekor kelawar yg tinggal di sini. Bau dalam gua ini agak meloyakan sebab banyak najis kelawar.

Abraham Lincoln's face

Gua Rusa adalah gua yg paling cantik dalam banyak-banyak gua yg saya lawati. Gua ini juga adalah gua yg paling besar di sini. Apa yg bestnya gua ini ialah kita dapat melihat imej batu berbentuk muka Abraham Lincoln. Saya rasa disebabkan imej ini lah gua ni famous. Suasana dalam gua ini juga berbeza dengan gua-gua lain, batu-batunya lain, keadaan dalam gua sangat luas. Cuma tak tahan bau je la, sesak nafas sikit sebab bau najis kelawar.

Saya suka gua rusa ni. Pemandangannya cantik. Tapi oleh kerana kaki saya sakit dan penat mendaki pun belum hilang, jadi takde nikmat sangat nak berjalan lama-lama. Nak naik tangga pun terkedek-kedek.

Bergambar di luar pintu pagar gua sebelum melihat sekumpulan kelawar terbang keluar beramai-ramai dari gua rusa. Hujan dah reda.

Kebetulan masa kami kat sana, ada sekumpulan student dari Korea datang melawat Mulu. Diaorang berkenan kat tudung Yat, agaknya dia tengok tudung syria tu macam unik, jadi diaorang tanya kat mana nak beli tudung tu as a special item untuk dibawa pulang ke Korea. Haha. Kelakar la diaorang ni. Dah la suka gelak kuat-kuat, sebijik macam dalam drama korea tu. Memang karektor orang Korea macam tu agaknya.

Tak lama lepas tu kami menyaksikan sekumpulan kelawar keluar dari pintu gua rusa, banyak gila! kemana la agaknya kelawar-kelawar tu nak pergi? Sekali pandang dari jauh nampak macam burung. Kelawar di situ mungkin spesis kecik.

Penjelajahan untuk hari ke-5 berakhir di sini. Kami balik ke chalet dah malam. Pada mulanya saya ada Night Walk, tapi oleh kerana dah lewat, hari pun hujan, jadi tak payah lah nak bernight walk. Jalan kaki balik ke chalet malam-malam ni pun dah boleh anggap macam night walk lah. On the way nak balik tu scary sangat sebab cuaca gelap. Kami jumpa ular di pertengahan jalan, nasib baik ada guide tangkap ular tu. Semasa berjalan dalam gelap tu saya langsung tak pandang kiri kanan, pandang depan je. Tak berani weh nak pandang tempat lain. Huhu.



Bersambung...


Sunday, January 23, 2011

Mulu - day 4

Kepala ada sikit bengong masa update Mulu - day 2, saya dah tercampur sekali dengan cerita day 3, bila baca entry Kay baru terperasan aku update tak mengikut itinerary. Jadi terpaksa lah saya menukar title daripada day 2 kepada day 2&3.

Ok itu tak penting.

Hari ke-4 penjelajahan di Mulu, kami semua bangun seawal pukul 5 pagi sebagai persiapan ke Pinnacles, tempat dan lokasi yang ditunggu-tunggu. Setelah siap mandi (kalau tak nak mandi pun takpe sebab pagi sangat, tapi saya mandi) dan bersarapan, kami memulakan pendakian pada pukul 6.30 pagi. Malam sebelum itu guide kami iaitu Bugly dah briefing sikit-sikit pasal hiking pagi ini.

Macam-macam pesanan dan amaran yang diberi, antaranya mesti sampai di mini pinnacles at least sebelum pukul 9 pagi, kalau tak kita akan menghadapi masalah untuk sampai ke puncak. Lepas tu mesti sampai ke tempat tangga yg pertama sebelum pukul 11 pagi, kalau tak harus lah berpatah balik, tak payah berangan nak sampai kepuncak pinnacles. Haiyakkk.

Keadaan pagi masih gelap untuk memulakan pendakian. Kena bawa torch light or headlight, kalau tak nanti tak nampak jalan. Pendakian ini sangat mencabar bagi orang-orang seperti kami. Seperti cerita-cerita yg kami dengar sebelum ini semuanya menggambarkan pendakian ke Pinnacles ini menakutkan..haha. Betul ke menakutkan? Jom kita lihat.
Tidak seperti gunung kinabalu yg mana treknya dah tersedia, pemandangan yg cantik dan mempesona, cuaca yg nyaman dan sejuk, serta ada bekalan air di setiap pondok rehat, Pinnacles tidak seperti itu. Treknya hanyalah akar-akar kayu dan batu-batu! Tiada pemandangan yg cantik atau mempesonakan kecuali bila dah berada di atas sikit di mana kita boleh lihat segerombolan awan. Cuaca juga tidak sejuk tapi syukur lah tak hujan dan tiada pondok rehat dan bekalan air. Kita harus membawa 2 botol air mineral besar serta bekalan makanan untuk makan di puncak atau dipertengahan jalan jika lapar.

Saya ada dengar cerita, ada orang yg dah biasa panjat gunung kinabalu, bila panjat Pinnacles ni dia menangis! Saya tak terkejut kalau dia menangis kerana treknya memang agak sukar bagi yg beginner seperti kami lah, mungkin pada sesiapa yg dah profesional takde la rasa susah kot. Yg kami semua bengang ialah guide kami iaitu Bugly. For us, he is not a good guider. Dia jalan menonong je ke depan, tak cakap apa sangat dan tak tolong kami sangat kalau kami ada masalah. Hey, we pay you ok. Kalau ada diantara kami yg jatuh tergolek pun dia just tengok dari jauh je, takde rasa nak tolong, takde rasa nak bertanya apa-apa. Lepas ni kita blacklist nama Bugly.

1 jam kemudian, kami semua sampai di mini pinnacles. Ianya dinamakan mini pinnacles kerana batuannya mirip Pinnacles, cuma saiznya kecil. Kami berehat sebentar di mini pinnacles, minum air dan bergambar. Bergambar itu sudah semestinya wajib, bukan harus, bukan sunat lagi dah. Bugly tengok je gelagat kami. Nak ajak bergambar sama-sama tak mahu. Tak sporting betul la guide kami ni. Nasib baik ada group chinese yg sama-sama nak ke Pinnacles tu, diaorang la yg tolong ambilkan gambar dan guide mereka yg bernama Burong lebih sporting dan rajin berbual. Pelik kan nama dia Burong. Tapi orangnya nice dan friendly. Oh ya, kita boleh tinggalkan sebotol air mineral di sini sebagai bekalan masa turun nanti.
Pukul 10 lebih, kami sampai di tangga pertama yg harus kami harungi. Bukan ada 1 tangga, tapi ada 15 tangga! Di sini ada papan tanda amaran seperti yg saya tulis kat atas tadi, mesti sampai di tangga pertama ini sebelum pukul 11 pagi, jika tidak kita kena berpatah balik. Keras kan amaran tu. Alhamdulillah, kami tiba di sini 1 jam lebih awal daripada amaran itu.

Selepas naik tangga pertama itu, treknya lebih mencabar. Memang nak menangis juga lah, tapi dalam hati je. Dah macam-macam style memanjat dah rasanya, tertonggeng, terduduk, ter...apa lagi dah. Ada antara batu-batu tu yg 90 degree punya angle, itu sebab kena naik dengan tangga. Ada satu tempat tu saya rasa macam takde trek, cuma agak-agak je jalan mana yg kena lalu. Ada guide pun tak guna, tak membantu.

Ini salah satu tangga yg kami kena naik. Masa naik tak la rasa takut sangat, tapi masa turun tu yg kecut perut sikit.

Clockwise: Kami jumpa pokok berbentuk macam zirafah, papan tanda menunjukan kami berada diparas 1300 meter, pemandangan di atas awan, awesome, dan papan tanda aras 500 meter from sea level.

Semakin atas, trek dah banyak batu-batu. Masa ni kena hati-hati sebab licin. Kami dengar cerita ada orang pernah jatuh, kena pikul bawak turun bawah. Aduhai ngerinya. Tangan dan kaki kena kuat, kuat untuk memegang dan kuat untuk memijak. Guide kami tak tolong pun, pandai-pandai la guna otak kat mana nak pegang, kat mana nak pijak. Kadang-kadang saya rasa Bugly ni kejam. Haha. Agaknya dia fikir kami ni menyusahkan dia kot. Tapi kami bayar dia untuk guide kami, bukan jadi pemerhati je.

Alhamdulillah....selepas bertarung nyawa dan bermati-matian mendaki segala akar pokok dan batu-batu besar dan tajam, akhirnya saya dan semua kawan-kawan saya berjaya menawan puncak Pinnacles. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami semua selamat sampai walaupun dalam keadaan yg sangat-sangat exhausted. Kami mengucap syukur kerana di beri peluang untuk melihat ciptaan yg maha hebat ini. Tak terucap dengan kata-kata betapa indahnya pemandangan di atas. Alhamdulillah.

Di puncak ini keadaannya jauh berbeza seperti di kinabalu. Di kinabalu, ada cafe, ada makanan best-best, ada air, ada tempat berehat...pendek kata meriah lah. Di sini pula, yg ada cuma pokok-pokok saja. Kami semua berehat lebih kurang 30 minit untuk makan dan mengambil gambar. Masa yg diberi oleh Bugly sangat terhad, katanya kalau lewat turun takut lewat juga sampai ke bawah.

Kami semua makan bekalan yg dibawa iaitu nasi impit dimakan bersama serunding, telur rebus dan sandwich. Masa tu rasa kebulur yg amat, macam orang tak makan 10 hari.

Pinnacles asalnya dari batu kapur yg terhakis akibat daripada tindakbalas alam semulajadi. Kata Burong, dalam dunia ini cuma ada 2 pinnacles saja iaitu di Mulu dan di China. Saya dah google, actually ada banyak batu-batu dalam dunia ni yg berbentuk spectacular seperti ini, cuma ada setengah negara tu pinnaclesnya di atas tanah, means kita boleh sentuh dengan mudah. Tak macam kat Mulu ni, kita cuma boleh tengok dari jauh je, nak sentuh? mimpi je lah.

terhasil dari kejadian alam yg mengambil masa beratus dan beribu tahun.

Setelah selesai makan dan amek gambar, kami semua bersiap sedia dengan cabaran seterusnya iaitu turun ke bawah. Sebenarnya kami tak puas lepak kat atas ni sebab masa yg diberi sekejap sangat. Penat belum hilang, dah kena bersedia untuk turun. Untuk turun ini saya memang sangat takut. Saya lebih suka naik dari turun. Mengalahkan bertarung nyawa kat medan peperangan pulak rasanya. Masa turun ini kita kena lebih berhati-hati kerana batu-batunya licin, nak pijak kena tengok dulu batu tu kukuh ke tak, tangan kena kuat untuk berpaut pada tali, dan yg penting otak kena cerdas sebab Bugly tak tolong, jadi pikir la sendiri macam mana nak turun. Burong pulak yg baik tolong tengokkan kitaorang. Terima kasih Burong.

On the way nak turun tu tiba-tiba cuaca muram pulak. Daripada gerimis mengundang terus jadi semakin lebat. Kami kena pakai baju hujan. Nasib baik dah tak jauh nak sampai ke Camp 5. Masa tengah hujan ni lagi la kena hati-hati, batu-batu dah makin licin. Tak tau nak gambarkan betapa terkial-kialnya aku untuk turun. Biar lambat asal selamat, daripada jatuh tergolek sapa nak tolong? Bugly nak tolong? Haha.

Lagi berapa tapak je nak sampai camp 5, sempat lagi kitaorang berposing kat papan tanda tu, padahal tengah hujan. Biasa la...bukan senang nak sampai sini, bukan senang nak mengharungi semua cabaran ini, bukan selalu dapat pakai baju hujan dalam hutan, bukan selalu dapat merasa turun gunung dalam keadaan hujan kan...

Kami sampai dengan selamat di Camp 5 pukul 6 pm. Alhamdulillah...segalanya dah berakhir dengan jayanya. Kami 4 orang tiba awal, lagi 4 orang tu lewat sikit, tapi tak la lama sangat. Sampai je kat camp 5, kami terus terjun sungai. Best! airnya sangat sejuk, mandi pulak dalam hujan, nikmat! Muka saya takde dalam gambar tu sebab saya la tukang amek gambar. Cis.

Syukur ke hadrat Allah SWT, segala yg dirancang tertunai sudah. Pinnacles sudah berjaya kami tawan. Walaupun kaki saya lebam-lebam, tapi puas hati dapat membuktikan kepada si Bugly tu yg kami bukan lemah, kami bukan orang yg menyusahkan dia. Kami ada semangat dan azam yg kuat serta doa yg tak putus-putus di sepanjang perdakian. Syukur segala puji bagi Allah.

Jika ditanya, nak datang sini lagi tak? nak naik pinnacles lagi tak? ermmm...entah, aku kena pikir 14x untuk naik pinnacles ni lagi. Datang ke Mulu lagi tu insyaAllah, tapi nak naik pinnacles lagi tu belum pasti. Kalau semangat saya kuat, boleh la nak naik lagi kot.

Aktiviti kami belum berakhir, masih ada saki baki aktiviti lain selepas ini. Tunggu kami balik ke Mulu Park dulu ok.



Bersambung...