Saturday, April 30, 2011

fresh from kampung


Saya di kampung. Rasa fresh dan enak sekali. Abaikan gambar di atas itu. Hanya hiasan sebagai penghias entry.

Di ofis, saya sudah tidak berperasaan utk bekerja. Bukan tak ikhlas, cuma tak berperasaan je. Bulan April saja, 3 orang dah hantar tender. Macam mana nak kerja ni, kawan-kawan dah makin kurang. Sorang demi sorang berhenti. Kawan yg best pulak tu. Aku sedih.

Ok, itu rezeki mereka. Rezeki saya masih disini, di meja dan kerusi tepi highway ni, di tingkat 21 bangunan Tokio Marine ini. Sampai bila? Sampai saya rasa saya betul-betul bersedia untuk berhijrah, sampai saya rasa saya harus memulakan hidup baru di tempat baru. Sekarang saya masih belum bersedia. 'Bersedia' yg saya maksudkan ialah dari segi mental, pengalaman dan pengetahuan.

Saya masih ingat kata-kata yg saya lupa siapa yg cakap, kalau nak berhijrah, pastikan ilmu sudah penuh didada, bukan semata-mata kerana nak gaji lebih. Ye, itu betul. Tapi saya rasa semua penting. Semua memainkan peranan.

Company kena lah appreciate pekerja dia, pekerja pula kena fikirkan tahap kewangan dia macam mana, kalau dah semua harga barang naik tapi gaji tak naik-naik pun susah juga. Kos hidup di bandar sangat la tinggi.

Tapi kita sebagai pekerja juga harus fikir untuk berhijrah ini jangan main letak je harga tinggi tapi at the end kita tak boleh perform dengan baik. Nanti ada pulak orang cakap demand gaji punya la tinggi tapi buat kerja hampeh. Saya tak nak jadi macam tu. Kalau boleh gaji saya biar la setaraf dengan kemampuan saya.

That's why saya belum bersedia untuk berhijrah. Masih banyak perkara yang saya perlu belajar disini. Saya belum banyak pengalaman. Saya kena banyak belajar lagi. Itu pasal pengalaman. Belum masuk lagi bab BEM yg sampai sekarang belum ada. Arghh..komplikatednya hidup.

BEM, benci nak cakap pasal benda ni. Muak dan jelak. Tapi kena hadapi juga sebab itu satu keperluan. Ok, stop cakap pasal BEM, nanti aku muntah.

Nak rehat jap. Nak hirup udara segar. Tata.


Thursday, April 28, 2011

surprised


I received a piece of wedding invitation card from one of my friend, Intan. The black and red color card was given by her fiance this morning. So surprised! They will be married on this coming June.

I know they are too shy to share their great news.

Congratulation to both of them.

Tuesday, April 26, 2011

background

updated:
I changed the background back to normal.



Gatal jari pi tukar background blog ni, pastu menyesal. Nanti ada free aku explore lagi.

Monday, April 25, 2011

lovely place

I love this place so much. Very peaceful.




I found pokok buah kemunting after 25 years
last jumpa pokok dan buah ni masa umur 6 tahun dulu


and this lovely place called Taman Wawasan, Presint 2, Putrajaya
we can walk or jog or cycling here

Tuesday, April 19, 2011

Mount Kinabalu - The last part

Monday, 11 April 2011 is our last day in Kota Kinabalu. Kami akan berlepas pulang ke KL petang nanti. Pagi, ada masa lagi nak jalan-jalan. Selepas bersarapan, kami jalan kaki ke pasar basah untuk mencari lobster. Sebenarnya tak terfikir pun nak beli lobster, tapi oleh kerana ada sorang makhluk Allah kirim beli lobster, kami pun membuat penjelajahan ke pasar semata-mata nak cari lobster si hamba Allah ni tadi.

Saya suka pasar kat sini. Hasil lautnya sangat fresh dan besar-besar. Pasar basah bersebelahan je dengan pasar jual sayur dan buah-buahan. Tapi kena berpanas sikit la jalan kaki.

Kami ke pasar pakai jeans, t-shirt dan sangkut kamera di leher. Jalan sket snap gambar, jalan sket snap gambar. Nampak ikan besar, snap gambar. Nampak udang besar, snap gambar. Nampak ikan yg pelik-pelik sket, snap gambar. Saya rasa orang-orang pasar tu mesti kata kami jakun. Whatever..

ikan warna biru ni namanya Ikan ayam-ayam
1st time saya nampak ikan ni..


lobster...
tapi yg ini dah ada orang tempah...
takde rezeki la hamba Allah yg kirim tu..
kata orang sana skg susah nak dapat lobster sebab bukan musim..
kalau ada pun harga memang mahal...
1 kilo boleh cecah RM60-RM70..


ikan tuna
adik beradik ikan tongkol

ikan buntal..
montel-montel..
kita tak boleh makan, tapi orang sana makan ikan ni..


mak dan bapak lobster takde...
tapi baby lobster ada...
hanya ini yg dapat dibeli sebagai buah tangan...
dah siap paket-paket dalam plastik..
1 paket RM35..
dah selamat masuk dalam perut masak masam manis....
sedap!
!

Dah habis shopping kat pasar, kami jalan-jalan sekitar bandar KK. Ada la satu tempat ni macam menarik perhatian kami, tu pun sebab Miza yg duk cerita sebab dia dah jelajah dulu tempat ni dengan adik dia. Saya tak pasti dulu tempat ni tempat apa, tapi bangunan ni macam dah terbiar. Yg menariknya pada setiap dinding kat bangunan tu penuh dengan lukisan tangan. Kreatif la orang yg melukis tu.

Cair jugak la mekap nak cari tempat ni. Lenguh juga lutut berjalan. Cuaca panas terik tahap gaban. At the end jumpa juga. Sempat la snap-snap gambar 3-4 keping. Tak tahan sebab cuaca terlalu panas. Pedih rasa kulit. Dah la saya tak pakai apa-apa krim UV protection pun.

gambar tuan tanah

di satu sudut dalam bilik kecik

aku pun tak tau nak menggayakan style posing macam mana dah

last-last duk bertenggek kat sini

Suria Sabah..
i think this is the biggest shopping complex in KK

rasa-rasanya la

Kami jalan lagi di tengah-tengah panas terik tu. Akhirnya sampai di satu tempat bersejarah dimana kami geng gunung pernah menjejakkan kaki di sini tahun lepas, Jesselton Point, jeti untuk ke pulau.

geng gunung, ingat tak tempat ni?
buka la balik album lama


panas terik, takde sapa pun duk makan kat meja luar
tapi view sangat cantik


jeti dan bot kepada sesiapa yg ingin ke pulau

3 orang buta minum air dan makan aiskrim

What I want to say about this trip?

Trip ini menghiburkan walaupun perancangan awal untuk rafting di Padas tidak kesampaian. Saya tahu ada orang yg frust. Banyak sebab musabab yg membuatkan rafting itu tidak di izinkan Allah untuk dilaksanakannya. Kita hanya merancang. Mungkin kalau ada umur yg panjang dan rezeki yg terlebih-lebih, kita boleh plan lagi untuk rafting itu. Yang lebih penting ialah fokus untuk menawan puncak kinabalu telah berjaya. Alhamdulillah. Rasanya kalau tak dapat sampai ke puncak kinabalu, perasaan frust itu akan jadi 10x ganda lagi.

Kepada semua yg terlibat dalam trip ini, tahniah kerana telah berjaya walaupun ada yg kecewa. Terima kasih diatas kerjasama, perhatian, kebaikan dan apa-apa juga lah yg ditunjukkan dalam satu pasukan. Korang best.

Kalau Huz, Kay, Athirah dan Yat ada mungkin keadaan akan lebih meriah.

Intan ada tapi macam tak ada.



Apa yang pasti, saya akan merindui Kinabalu.

Dan tak lupa, 3 orang guide yang sangat-sangat baik dan bertanggungjawab, Pak James, Pak Jimin dan Pak Jurimin (Triple J).


**the end**

Monday, April 18, 2011

Mount Kinabalu - Part 4

Ahad, 10 April 2011 kami ke Kuala Klias untuk melihat Proboscis Monkey iaitu sejenis monyet berhidung panjang yang jarang-jarang dapat ditemui. Kuala Klias terletak dalam daerah Beaufort mengambil masa kira-kira 2 jam setengah untuk sampai dari bandar KK. Kalau bawa kereta macam nak bunuh diri boleh la sampai dalam masa 1 jam setengah.

Aktiviti ke Kuala Klias tidak dirancang awal kerana ianya menggantikan rafting di Padas yang tak jadi. Untuk aktiviti ini, seorang dikenakan bayaran RM140. Bayaran termasu
k transport pergi-balik, bot, tour guide dan dinner.

Perjalanan dari KK ke Kuala Klias membuatkan saya mengantuk dan rasanya tidur dalam van adalah yang terbaik.


Enjoy the beautiful views of Kuala Klias

just arrived

view dekat dengan jeti

suddenly we met Ismail, our tour guide in KK last year.
small world..


we enjoy a cup of tea/coffee and kuih muih before start our journey by boat

as usual for activities involving water, we have to wear life jacket for our safety

we are getting ready to see the monkey

nice view along the river

mati-mati aku ingat boleh tengok monyet tu dekat-dekat
rupanya tengok dari jauh je


this is Proboscis Monkey
monyet playboy kata guide kami..


kenapa dia dipanggil monyet playboy?
kerana dalam groupnya, kalau ada 10 ekor betina, cuma ada 1 ekor je jantan..


do you see what is on the tree?
kamera saya tak canggih jadi tak boleh nak zoom dekat-dekat

the playboy monkey on the tree

the beautiful nature created by our God, Allah SWT

bertuahnya mata ini berpeluang melihat pemandangan sebegini cantik

senja

pokok kelapa bersimpang siur

after zoom

senja
matahari dah nak terbenam


bila la dapat tengok pemandangan kat sini lagi..

they are taking views of the sunset and I was taking their picture from behind

kami balik ke jeti untuk makan malam sebelum menyambung perjalanan singkat untuk melihat firefly

buffet
food was good

my plate
sangat tamak


after dinner, we continue our journey by boat to see fireflies
perjalanan yg begitu singkat..

our guide gave me this.....firefly.
cuba amek gambar masa dia tengah menyala-nyala tu tapi tak berjaya...



Actually takde puas mana aktiviti ni terutama masa tengok firefly tu, sekejap bebenor. Tak sempat panas punggung dah sampai jeti semula. Apa pun, enjoy juga lah tengok aksi-aksi monyet tu walaupun kamera saya tak sanggih macam kamera orang lain yg boleh zoom dekat-dekat.

Kami balik ke KK dah malam juga lah. Perjalanan malam agak menakutkan saya terutama ada segelintir orang-orang kat sana yg memandu macam tak sabar-sabar nak sampai rumah. Oh teringat kereta waja di hadapan kami yang memotong bas ala-ala maut.



to be continue...


Friday, April 15, 2011

Mount Kinabalu - Part 3

Our mission to Mount Kinabalu has been completed. All of us are successful. Walaupun ada yang tidak kesampaian ke puncak, anggap saja semuanya berjaya. Kami balik ke Kota Kinabalu dengan pelbagai perasaan bercampur baur. Ada gembira, hampa, kecewa, puas hati dan tak sabar nak pergi lagi tahun depan. Hehe.

Saya senyum sendiri teringat kata-kata keramat Miza, aku dah tak nak datang kinabalu lagi...ni last aku dtg. Sekali bangun pagi esok terus cakap, eh next year kita naik Kinabalu lalu Timpohon nak? hahaha...terkekek-kekek kami ketawa. Kan saya dah kata, sekali kita sampai di puncak kinabalu, kita pasti akan rindu, kita pasti teringat-ingat dan terbayang-bayang, kita pasti menyimpan impian untuk kembali ke sana lagi. Trust my word!

Di KK, kami menginap di Hotel Sri Iskandar, dekat aje dengan Hotel DeGalleria yang kita semua stay last year. Tapi kalau nak compare DeGalleria lagi selesa. Paling lawak, nak pinjam iron kena pakai dalam masa 1 jam saja. Kalau lebih dari 1 jam, kena caj RM10. What the hell...

first time jumpa term and condition macam ni, mentang-mentang la hotel bajet

Hari pertama di KK setelah turun dari gunung, kami tak kemana-mana. Badan dah penat, kami nak kumpul tenaga semula. Lepas mandi dan solat, saya baring tengok tv dan tidur melayan mimpi. Esoknya kami bersarapan di kedai mamak berdekatan. Di sini banyak kedai makan mamak. Kedai yang bukan mamak susah nak jumpa, atau kami yang tak tahu di mana. Layan aje lah, yg penting perut kenyang.

Miza balik KL pada hari sabtu. Kena kerja hari Isnin katanya. Puas la kami memujuk supaya jangan balik, macam-macam jenis perjanjian dan pujukan, semua tak berkesan. Siap saya ugut, kalau ko balik jugak ko terkeluar dari geng gunung. Hahahaha. Acah je la.

Lepas bersarapan, kami ke tempat wajib kalau berada di KK, Philipino Market. Saya tak shopping apa pun, mungkin sebab dah puas shopping last year. Tahun ni tak banyak bajet yang keluar. Cuci mata je.

Sebelah malam, kami makan ikan bakar berdekatan dengan Philipino Market tu.


the variety of ikan bakar, sotong bakar, udang bakar dan segala jenis makanan yg bakar-bakar

makanan ni namanya umai, kalau kat semenanjung kira macam kerabu la.
actually itu ialah isi ikan, dicampur dengan bawang, lada dan cuka/perahan asam limau. Not bad.

1 piring kecil tu harganya RM1

ini salah satu jenis rumpai laut. Berbiji-biji, bila gigit macam meletup-letup. Rasa dia agak masin
1 piring kecil tu harganya juga RM1


ikan bakar yg kami pilih. Yg satu tu ikan merah, satu lagi lupa nama ikan apa

bapak segala udang...
tapi kami tak makan udang ni
kami makan udang kecik je


ni pula bapak segala sotong..
tak makan pun sotong besar ni..
makan sotong kecik je..


Gaya Market in Sepia mode

Gaya Market in Black and White mode

dlm byk2 benda yg ada kat gaya market tu, saya suka patung seksi ni...hehe

ni kain ke tudung...rasanya tudung

buah nona

sekitar hotel kami..
tiap2 hari saya singgah 7 eleven tu...


Aktiviti rafting yang dirancang dibatalkan. Saya memang berniat tak nak join rafting di Padas kerana saya tak yakin atau dengan kata lain saya agak takut. Yang lain injured, Zul dah macam tu, adik pun kaki terseliuh, Intan? kalau tunang dia tak join of course la dia pun tak join. Fikri terbang balik KL hari Ahad kerana ada emergency, ayah dia masuk hospital, Miza dah awal-awal balik KL hari sabtu. Yang tinggal betul-betul nak buat rafting hanya Nurul dan Fad. Sudahnya tak buat.

Or maybe kita boleh plan lain kali...and hopefully masa tu saya dah berani. Kenapa la saya boleh jadi takut pulak ni?

Sebagai ganti rafting yang tak jadi, kami ke Kuala Klias. Will continue the story of Kuala Klias later.



to be continue...