Tuesday, May 31, 2011

hidup=matematik

Saya terbaca satu ayat, life without a risk is a life not lived. Siapa lah 'hidup' ini jika tidak berdepan dengan risiko dan dugaan setiap hari, dan siapa lah 'kita' ini jika tidak berani menanggung risiko dan dugaan itu.

Bayangkan kalau hidup ini sentiasa bergerak dengan smooth tanpa susah, tanpa dugaan, tanpa cabaran, tanpa air mata dan tanpa kepayahan, pasti hidup ini membosankan. Dengan adanya dugaan dan air mata tersebut, hidup kita lebih 'berwarna'.

Macam dulu-dulu, saya selalu mempersoalkan kenapa kita perlu belajar matematik? Apa pentingnya matematik tu? cukup la sekadar tahu mengira 1 sampai 10, buat apa nak belajar algebra la, kalkulus la...kan menyusahkan kepala otak je. Bukannya dlm hidup kita hari-hari ni nak gunakan algebra untuk beli sayur atau nak guna coordinate untuk pergi kerja. What the hell...

Tapi lama-lama ada orang cakap, matematik tu seumpama kita menyelesaikan masalah tiap-tiap hari dalam hidup. Matematik adalah satu masalah yg mesti kita selesaikan. Contohnya cikgu bagi soalan matematik, sila selesaikan dan hantar jawapan atas meja cikgu pagi-pagi esok. Jadi bertungkus lumus lah kita mencari jalan dan cara bagaimana nak menyelesaikan masalah-masalah matematik itu. Bagi yg tabah dan rajin, mereka akan berusaha untuk mencari jawapan dengan apa cara sekalipun. Kira, congak, bukak buku sifir, hafal formula dan selesaikan. Bagi yg kurang tabah dan malas, tiru saja jawapan orang lain.

Itu lah matematik, seperti mana kehidupan kita hari-hari. Saya dah sedar sekarang bahawa hidup ini bukan setakat macam hafal formula, tapi kena tahu nak gunakan formula tu waktu bila. Ada orang dah hafal berpuluh-puluh formula tapi lupa nak gunakan formula tu bila. Maka salah lah jawapan yg dibuat kerana tersilap formula.

Setiap hari kita berdepan dengan pertemuan, perpisahan, kehilangan, kesedihan dan kegembiraan. That's life. Full of risk, full of challenges. Kalau hari ini kita kehilangan sesuatu, pasti suatu hari nanti kehilangan itu akan diganti dengan sesuatu yg lebih baik. Kalau hari ini berlakunya perpisahan, pasti suatu hari nanti akan ada pertemuan yg lebih indah dan bermakna, kalau hari ini ada kesedihan yg melanda, pasti suatu hari nanti ada kegembiraan sedang menanti. Allah lebih tahu.




note: actually aku pon bukan kuat sangat nak hadapi dugaan....lemah semangat!


Monday, May 30, 2011

sepatah dua kata

Sedih lah. Kenapa sedih? entah, tetiba rasa nak sedih. No words can describe what is on my mind right now. Takpe,takpe. Bak kata sorang kawan tu, aku kan takde perasaan.

training


Last week saya kena pegi training dari Isnin hingga Khamis di Prescott Metro Hotel, Kajang. Training yg santai tapi agak bagus. Tajaan dari Mara, all free of charge, semua orang suka. Saya dapat 1 bilik untuk tidur tapi tak tidur sana pun, just untuk rehat-rehat dan solat. Who cares, Mara nak bayar, kita redha je la...haha.

Objektif training tersebut ialah untuk melahirkan lebih ramai lagi juruteknik bertauliah dalam bidang servis aircond. Juruteknik? saya adalah orang yg paling tak ada kena mengena dalam objektif training ni, tapi sebab ianya bagus dan all FOC, so pegi aje lah. Kalau nak ikutkan saya tak layak untuk training ni sebab saya zero basic dalam bidang HVAC, tapi En.Suhaimi kata it's ok, datang je. Dan yg membuatkan saya nak datang sebab ada Kak Su, kalau takde dia korang upah aku 1k pun aku tak akan datang. 1k ok...kalau 100k aku datang kot. :)

Cerita pasal training ni, ianya bukan sekadar training duduk dalam bilik dengar ceramah, bukak buku dan baca, tapi siap ada test lagi. Peperiksaan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu peperiksaan teori, oral dan amali. Teori mewakili 50 markah, oral 15 markah dan amali 35 markah. Aku rasa macam ambil exam SPM pulak.

Test teori macam main pondok-pondok sebab duduk dekat-dekat, boleh jeling-jeling dan cakap bisik-bisik. Haha. Oral pulak soalan semua org lebih kurang sama, terpulang pada kita la ingat ke tak apa yg dibaca dan diajar. Yg agak susah bagi saya ialah amali. Darah dah naik ke muka dah, langsung tak ingat macam mana nak sambungkan wayar merah biru kuning tu. Benci. Tapi nasib baik Kak Su ada, dan Wen pun baik hati bagi saya soalan mudah....terasa macam special pulak bila Wen kata....ok la, saya nak tanya soklan mudah je, tak payah susah-susah. Hehe. Dia tahu saya budak baru belajar. Macehhh.

Cerita pasal hotel pulak, sapa-sapa yg memang warganegara Kajang mesti la tahu Prescott Hotel tu kan. Saya baru tu lah dengar nama hotel tu. Everything okay, cuma food. Food tak best sangat tapi alhamdulillah dapat makan free terima lah seadanya.

Apa bagusnya training ni? kerana untuk membuka minda dan memberi pengetahuan bahawa betapa bahayanya penggunaan CFC yg terkandung dalam gas bahan penyejuk aircond yg kita gunakan hari-hari tu termasuk lah aircond kereta dan peti sejuk. Jadi lepas ni kalau nak tukar gas kereta tu bawak2 lah tanya kat org kedai tu jangan guna gas yg ada CFC. Kenapa CFC bahaya? kerana ia boleh menyebabkan lapisan ozon menjadi nipis, boleh menyebabkan barah kulit, katarak mata, rantaian makanan musnah dan pemanasan global. Jadi tak heran lah sekarang kita rasa cuaca macam dah tak menentu, kalau panas tu panas melampau sampai rasa nak pitam, baru duduk bawah cahaya matahari setengah jam dah terbakor kulit. Training ini juga mengajar cara-cara melakukan penyelenggaraan sesebuah aircond dengan cara yg betul dan selamat.

Terima kasih Mara kerana menganjurkan training ini, juga kepada Jabatan Alam Sekitar yg perihatin terhadap kesihatan bumi kita yg hampir musnah jika tidak dijaga.



nur kasih the movie

Finally saya berjaya duduk dalam panggung wayang sit paling belakang untuk menonton Nur Kasih The Movie, antara tiket paling lewat pukul 11.00pm. Berduyun-duyun manusia tengok movie ni. Sangat laku dan tiket cepat habis macam McD buat promo beli burger 1 percuma 1.

Movie ni so-so je. Tak se'best' drama bersiri sebelum ni. Tak tau la kenapa saya tak rasa touching pun, ke saya yg takde perasaan? Bukan tak touching langsung, cuma tak berapa nak touching. Watak Umi Nazira takde, jadi mcm ada kureng sket. Kalau ada Umi mesti ok kot, ada lah perasaan geram sebab Umi bawak watak pompuan psiko, adik kepada Nur Amina (lakonan Tiz Zakiah). Lakonan Tiz tetap mantap macam dalam drama sebelum ni, dan Tiz Zakiah memang comel dan gebu.

Kiranya cerita ni happy ending untuk Nur Amina dan Adam sebab mereka berdua kekal bahagia hingga ke hari tua, cuma malang bagi Aidil sebab dia kematian isteri kerana kemalangan. Fizz Fairuz berjaya membawa wataknya dengan berkesan. Ohh...aku ni nak mengulas movie ke pelakon? huhu...

Secara keseluruhan, jalan cerita movie ni tak berapa nak kuat, tapi visual cantik, lagu tema sedap. Bagus lah Kabir Batia dan isterinya dapat menghasilkan movie keislaman macam ni. Patut diperbanyakkan lagi cerita-cerita berunsur keislaman ni. Ni asyik-asyik filem seram. Boring.

Friday, May 27, 2011

a place to climb

I found this place. It was interesting to me to try it in future.

the spiderman was climbing the wall

visit this website to know more details

we can rent all climbing equipments here including shoes with reasonable price

Friday, May 20, 2011

percutian paling santai

20 keping gambar di Fraser Hill dengan mechanical department. Gambar dengan GGK belum sempat update. We stayed in Tanglin House.

cekodok pisang, pisang goreng dan keropok lekor.
Saya suka cekodok pisang.


I snapped this pic before start lunch

Jijoe and wife, Huda.

Hilmy and wife, err...lupa nama.

Awin, Kamarul's wife

I like this picture. It's real, bukan berlakon.
they smiled together while watching facebook using my labtop
.

Mohd Danish, anak kerul.
handsome kan..


membakor bersama-sama

menyanyi bersama-sama

Liza

signboard

dan bunga..

dan bunga..

dan bunga..

dan bunga..

bunga lagi..

dan bunga lagi..

we left Fraser Hill after lunch..

the green view

till we met again ...



Wednesday, May 18, 2011

damn,it's true # 1

There's a little problem behind "I'm OK."

There’s a little "I need you" behind "Leave me alone!"

There’s a little pain behind "It's OK!"

There’s a little emotion behind "I don’t care."

There’s a little truth behind every "just kidding."




(from twitter)

Thursday, May 12, 2011

zaman dolu-dolu

Bila aku ingat balik suka duka zaman jahil-jahil dulu, aku terpikir betapa bodohnya aku waktu itu kerana terlalu mengikut perasaan. Tapi kan, benda tu semua adalah kenangan. At least aku dah rasa kena lempang tu macam mana, kena maki tu macam mana, kena marah tu macam mana...bla..bla..bla.

Sekarang aku lebih positif. (Yeke positif?) Ye la kot. Dulu-dulu aku lagi jahat sebab suka berfikir yg blue-blue. Eh tak. Bukan blue, cuma kelabu-kelabu sket sebab kepala masih ditahap bullshit waktu tu. Aku boleh bergaduh dan mengeluarkan kata-kata keji tak kira tempat. Oh, statement ini terlalu eksklusif sebenarnya sebab aku tak pernah reveal kat mana-mana laman web sosial pun. Ok, itu zaman study yg agak bengong dan jahiliah. Sekarang aku lebih dewasa (konon). Aku lebih matang (sikit la...), kadang-kadang aku rasa adik aku yg berumur 8 tahun lebih muda dari aku itu lebih matang dari aku..(malunya..). Lebih malu bila adik aku yg ajar dan betulkan bahasa inggeris aku yang tunggang terbalik.

Zaman study diploma lagi jahiliah. Pergi tengok konsert, melepak kat leisure mall main game dari pagi sampai petang, tgk wayang 2-3 movie dalam 1 hari sebab aku dapat masuk free. Haha. Tu la untungnya ada kawan kerja kat GSC. Lepas tu suka hati mak bapak aku nak pegi kelas ke tak, suka hati aku nak buat assignment ke tak. Arghh...jahat tak terkata waktu tu. Perangai yg keji.

Itu zaman gelap. Zaman neolitik. Zaman kepala otak gonjeng yg suka bertikam lidah. Aku malu sendiri bila ingat balik. Kalau la memori tu boleh delete kan bagus. Tapi tak best pulak kalau delete, nanti tak boleh ingat kenangan yg meruntun jiwa raga tu. Ok, biarkan memori itu melekat di kepala otak ini. Sekurang-kurangnya aku ada modal nak bercerita dengan anak-anak aku kelak. Haha.

Ada seorang makhluk Allah yg juga kawan aku pernah bercakap tanpa tapis kat aku, dia kata aku ni macam mesin. Contohnya mesin kelapa. Kerjanya hanya untuk memarut kelapa, tak boleh nak buat kerja lain. Ye la kan, takkan mesin parut kelapa nak buat mesin perah air tebu pulak. Maksudnya, aku ni jenis orang yg tak boleh nak buat banyak kerja dan pikir banyak benda dalam 1 masa, kalau buat byk benda atau pikir byk benda nanti aku jadi makin bodoh dan ala-ala bengong. Auww..ermm..aku terkesima jugak waktu tu. Bernanah jugak telinga mendengarnya tapi aku terima kata-kata berapi tu dengan dada yg lapang. Sejak dari hari itu aku bertekad nak jadi multifunction machine. Hehe.

Bapak aku selalu marah aku, dia kata kau ni boleh tak jadi orang, jangan jadi robot. Haha. Ok la,aku nak jadi transformer.

Penat cerita pasal zaman jahiliah. Sekarang dah masuk fasa baru, alaf baru. Zaman petrol dah mahal dan gula naik harga. Zaman ini zaman tertekan. Ramai orang bunuh diri minum racun, terjun bangunan, toreh nadi sendiri kat pergelangan tangan dan macam-macam cara la untuk menamatkan riwayat hidup kerana tak sanggup nak hidup lagi. Zaman sekarang duit RM50 tu macam RM5 je. Bawak pegi pasar malam dah habis.

Tensen la cerita pasal tekanan ni. Meh la sini layan gambar-gambar aku diwaktu-waktu zaman jahiliah dulu. Jangan gelak sudah. Masa ni aku tak jaga penampilan. Ada jerawat batu kat pipi, kulit muka terbakor, rambut tak sikat...who cares.., janji happy.

lokasi: Universiti Tun Hussein Onn, masa zaman ni dikenali dengan nama KUITTHO.
aktiviti: bergotong-royong membersihkan kawasan universiti ini yg dilanda banjir teruk.
Zaman ni aku pakai cermin mata. Contact lens belum diperkenalkan, maklum la zaman jahiliah.


lokasi: Alor Setar, Kedah
aktiviti: main bowling bersama geng bas sekolah

sebelah aku tu Gee, cik mek ganu...

lokasi: Makmal Kejuruteraan Bahan, Unimap.
aktiviti: bertapa dalam lab siapkan FYP.
Ohhh...report FYP aku dapat A, saja nak mention...nak berlagak. Hehe.
Tu pun setelah puas di bambu oleh supervisor aku, Puan Alina.


lokasi: area Kangar
aktiviti: berbasikal sejauh 12km
tengok la muka masing-masing berkarat sebab terbakor termasuk la muka aku.


setelah tamat berbasikal sejauh 12km...
aku kayuh separuh jalan je...

separuh jalan lagi aku naik van...hahahahaha

lokasi: Langkawi
aktiviti: perabeh duit dengan keluarga


Huduh dah muka aku? Jawab jujur...

Aku rindu sangat zaman jahiliah aku kat Perlis dulu. Kebanyakan diaorang semua dah kawen, dah beranak pinak dah pun. Aku je terkinja-kinja lagi kat sini. Takpe, the time will come.

Bertemu dan berpisah adat berkawan. Semoga korang bahagia dengan kehidupan yg dilalui..huhu. Tetiba sedih pulakkkk.

Monday, May 9, 2011

relax

Thanks to my photographer for this picture. I love it.

This picture was taken when I was trying to explore my favorite place to relax my mind. I just got back from Fraser Hill and I have headache attack at this moment.

I hate headache.


Friday, May 6, 2011

malang

Aku geleng kepala, senyum dan ketawa sorang-sorang depan pc bila mengenangkan nasib badan bekas-bekas pelajar Unimap yg sama batch dengan aku, 2007. Kami adalah pelajar yg agak malang dalam sejarah kerana mengalami masalah tidak layak berdaftar dengan BEM. Dengan itu kami dikehendaki mengambil kertas peperiksaan tambahan yg dianjurkan oleh Unimap dengan caj bayaran 'free of charge'.

Aku selalu follow berita-berita terkini dalam blog http://akreditasiunimap.blogspot.com/ untuk mengikuti berita-berita terkini mengenai pendaftaran peperiksaan itu. Tapi agak malang apabila bila aku baca entry terbaru mengatakan ada kebakaran berlaku di bilik server ICT yg menyebabkan sistem server mereka terganggu dan mungkin kami mengalami masalah untuk berdaftar secara online. Aku gelak. Gelak dalam duka sebab aku rasa memang malang nasib batch aku ni.

Dah la tak layak berdaftar dengan BEM, kena ambil paper tambahan, dah tu nak daftar pulak ada masalah, terbakar kat bilik server pulak. Aku rasa aku kena mandi air tolak bala la.

Lepas ni apa pulak yg berlaku?


Wednesday, May 4, 2011

kampungku

Tujuan utama balik kampung last week adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya, Aja, sekarang dah jadi Puan Aja. Tahniah kerana berjaya naik ke level ini dengan jayanya. Majlis ini berlangsung di Felda Keratong 2, Pahang. Dah bertahun jugak la tak jejakkan kaki di Keratong.

kebetulan baju aku sama pulak dengan tema baju pengantin, biru.

Balik dari Keratong, cuci mata kat jeti area belakang rumah saya. Tengok laut, tengok jambatan yg memisahkan antara negeri Johor dan Pahang, tengok bot orang pegi tangkap ikan dan tengok orang mancing.

jeti lama, dah buruk dah..

tunggu nak roboh

bot nelayan

lupa apa nama bangunan ni...
mcm mercu tanda pulak


welcome to Johor

ni pulak kat resort chedOq ke apa ke namanya...lebih kurang gitu la..
kat area Rompin..