Thursday, June 30, 2011

central market

Idea ini datang dari Kak Su. Saya tak terpikir pun nak kesini sebab memikirkan betapa sesak untuk berjalan kaki. Bila Kak Su ajak pegi sana, saya pikir ok juga. Yg saya tahu, dah 7 tahun saya tidak menjejakkan kaki ke Central Market. Kami ke sana menaiki train.

Mungkin pada setengah orang berfikir, apa la bestnya pegi central market ni. Actually tempat ni ada kenangan yg tersendiri. Ala-ala KLMJ gitu. Kenangan 7-8 tahun lalu dimana saya belum ada kereta, naik train dari Ampang Park turun di Pasar Seni, kemudian jalan kaki ke Puduraya untuk menaiki bas balik kampung. Kenangan tu. Pernah basah kuyup dari sini sampai Pudu, salin baju kat toilet, pastu berkejar naik bas takut bas tinggal. Kenangan, kenangan.

dah 7 tahun tak ke sini...

Aktiviti pertama kami ialah makan. Kami makan ayam penyet. Tapi saya order Lele Penyat (ikan keli). Sedap. Memang tak boleh lawan ayam penyet USJ, tapi lebih sedap dari yg kat Ampang Park. Yg kat sini sup dia lain sikit, tapi saya suka.

Dah siap makan, jalan-jalan terjumpa kedai Fish Spa. Bayar rm5 untuk 10 minit spa. Saya try. Rasa geli geleman bila ikan-ikan tu gigit kaki, tapi best la. Lebih geli bila ikan tu gigit tapak kaki. Macam kena geletek.

fish spa first trial....best.

julie & kak su

Jalan-jalan lagi. Banyak dah perubahan dalam CM ni, suasana kedai lebih tersusun dan cantik. Selesa nak jalan, tak macam dulu. Masa ni la rasa touching, apasal ntah tiba-tiba rasa macam tu. Agaknya teringat dulu-dulu datang sini dengan kawan baik.

aksesori yg cantik-cantik, kegilaan saya sekarang ialah membeli gelang dan cincin.

Kak Su meleburkan duit di kedai beg. Tahniah!

Lorong Kolonial

Untuk tak rasa sia-sia datang sini tanpa membeli apa-apa, saya beli 1 headband, geram sebab nampak cute. Banyak lagi tempat belum singgah sebab tak cukup masa. InsyaAllah pasti akan datang lagi dan leburkan duit.

Masa snap-snap gambar kat sini, orang tengok macam pelik. Mesti diaorang pikir saya jakun. Haha.


Tuesday, June 28, 2011

pukul 3 pagi

Isnin, saya ponteng keje. Pengakuan ikhlas malas nak cover. Alasan nak kemas bilik. Tu alasan penipu, alasan sebenar memang monday blues. Kemas apa yg patut, lipat baju, sapu sampah, kutip segala rambut yg gugur kat lantai, buang itu buang ini....hasilnya 4 plastik sampah berjaya saya kumpul. Hebat tak? 4 plastik sampah ok. Ingat senang ke nak kumpul sampah sebanyak itu? Saya je boleh buat.

Lepas siap kemas walaupun tak la sekemas mana, keluar berpoya-poya.

Sedang elok berpoya-poya, kena pulak sakit perut yang maha hebat. Banyak sangat minum teh ke, ke tertelan bawang putih banyak? Aish....mengarut. Perut kembung bagai di pam-pam, usus perut macam ditarik-tarik, nak meraung rasanya. Bibir dah pucat sebab sakit sangat. Gila ah. Tak penah kena sakit perut macam tu kecuali senggugut. Biasa la period pain, tapi masalahnya aku tak period. Oh, this is woman to woman talk. Hanya perempuan je yang tahu macam mana sakitnya senggugut.

Dan sekarang.....saya tak boleh tidur. Tengok jam.....dah dekat pukul 3 pagi....

Adoi...

Friday, June 24, 2011

hana tajima

Selepas membaca blog Haris, baru saya tahu siapa Hana Tajima. She is really impressed me when first time I saw her picture. Rasa nak tahu dan terus google dan google. Hasil dari google, dapat la sikit info mengenainya. Menarik.

Nama penuhnya ialah Hana Tajima Simpson, berusia 23 tahun. Merupakan seorang pereka fesyen untuk Maysaa.com di United Kingdom. Berdarah kacukan Jepun (bapa) dan Inggeris (Ibu). Memeluk agama Islam ketika berusia 17 tahun dan kini beliau popular kerana menampilkan imej bertudung serta menjadi pereka fesyen untuk wanita bertudung kontemporari.


Hana Tajima dan Yuna

Baru saya tahu dari mana datangnya imej bertudung Yuna yang sangat stylo ni, rupanya datang dari Hana Tajima.

Hana Tajima

sweet
pretty mixed Japan and English


Dan...Hana Tajima sudah pun berkahwin. First time tengok dress pengantin yang dia pakai ini, automatically teringat kat dress pengantin masa Yat kawen. Purple. So sweet. Takde chance la lelaki-lelaki kat luar sana nak mengorat si Hana Tajima ni.

Banyak blog yg saya jumpa bercerita pasal Hana Tajima. Dia merupakan ikon fesyen bertudung untuk wanita yang ingin bertudung sambil bergaya. Nice. Apa yg saya impressed ialah dia berjaya dalam kariernya dalam usia yg muda dan mempunyai peminat serta pengikutnya yang tersendiri.

For more info, boleh tengok di sini http://hanatajimasimpson.com/

Wednesday, June 22, 2011

semangat yg hilang

Ku cari semangatku, tapi tak jumpa. Cari kat bawah katil, takde. Cari kat ampang park, takde. Cari kat klcc lagi la takde. Klcc tu lagi mematahkan semangat ada la. Kemana la hilangnya semangatku ini. Ku hilang semuanya.

Maka, ku layan lagu ini. Hehehe.


Semangat Yang Hilang - XPDC
Jika engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku disana
Diufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

* Di dalam kubur manapun
Jasad aku ditanam
Aku akulah jua
Kita laksanakan
Mati hati yang damai
Disana kejujuran

** Semarak impian
Segunung harap dujulang
Usah diragukan
Keupayaan diri

Api yang membara
Mengikutkan kata apa
Jawapannya disini
Semangat kita hilang
( * ulang)

Semangat yang hilang
Kita cari pulang
( ** ulang)

Tuesday, June 21, 2011

sengal

Jika lagu Senyum nyanyian Malique dan Najwa ditukarkan menjadi lagu Sengal. Not bad...


Sengal sengal sengal
Sengal sengal

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya sengal
Awak mesti sengal sekali
Kalau kita sengal
Semua orang berjangkit
Bila semua orang sengal
Dunia tiada penyakit

Chorus
Sengal
Tak perlu kata apa-apa
Sengal
Tak perlu kata apa-apa
Sengal
Tak perlu kata apa-apa
Sengal
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersengal tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik sengal cantik mesti cantik lagi
Sengal sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu sengalan yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun sengal cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik sengal cantik mesti cantik lagi
Sengal sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit


gurau-gurau je... ^_^

Monday, June 20, 2011

dialog with client

Dialog 1:

Julie: Excuse me En. Wan, do you want to stop our meeting for awhile for lunch or want to continue to finish it?

En.Wan: No. I want to continue, I have another meeting after this, unless MMC provide us a pack of lunch..(sambil senyum).

Julie: Oh, no we don't provide lunch.

En.Wan: Ermmm...so I have to provide lunch by myself. Ermmm...MMC...biasa la tuuu (sambil senyum sinis)

Julie: (Bengang..)


Dialog 2:

En.Wan: Okay...lets continue for the next item (refer to CDBM issue in the report that need to discuss).

Julie: Ok. Next item is item no..bla...bla...bla.....(terus cakap pasal our decision instead of finding).

En.Wan: Cakap la finding dulu....!!! (dengan suara keras)

Julie: (Bengang lagi..) dalam hati aku cakap this is my 1st meeting with client handle by myself so I have no idea what to say first, could you speak politely with me? Oh...he never know that and who's care kan...

Dialog 3:

En.Jalil: So I have to revise all those things in the report, redo it? how about MMC?

En.Wan: You do your part, if MMC disagree with this, then this is MMC issue. Show your independent, you have to be an independent. MMC is MMC. Itu lain cerita (sambil memandang aku dan bertanya....you from MMC or GL?

Julie: MMC....(sambil senyum tak ikhlas).

En.Wan: (Ketawa)


Kesimpulan:
Team LDR ni especially En.Wan sangat lantang bersuara dan sinis dalam berkata-kata. Apa yg saya nampak ketara, masa bos ada, dia tak cakap sinis pun even bos banyak bidas dia, bila bos keluar je terus dia hentam aku cukup-cukup, mentang2 la aku tak pandai nak bercakap. Damn! superduper bullshit.


Friday, June 17, 2011

if tomorrow never comes - Ronan Keating

Sometimes late at night
I lie awake and watch her sleeping
She's lost in peaceful dreams
So I turn out the lights and lay there in the dark
And the thought crosses my mind
If I never wake up in the morning
Would she ever doubt the way I feel
About her in my heart

If tomorrow never comes

Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face this world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

'Cause I've lost loved ones in my life

Who never knew how much I loved them
Now I live with the regret
That my true feelings for them never were revealed
So I made a promise to myself
To say each day how much she means to me
And avoid that circumstance
Where there's no second chance to tell her how I feel

If tomorrow never comes

Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face this world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

So tell that someone that you love

Just what you're thinking of
If tomorrow never comes



Lagu ni sedap dan sweet.


Macam mana saya boleh tersuka dengan lagu ini? Semuanya bermula selepas saya tengok satu rancangan realiti tv Hollywood di Astro apa ntah, tak ingat. Ada sorang mamat mat saleh ni naik ke pentas dengan baju selekeh. Kiranya mamat ni kat US tu kategori orang kampung la yg datang ke bandar nak masuk rancangan realiti tv. Mamat ni tak hensem mana pun, dia kerja kampung je, kalau tengok pakaian dia mmg sah orang tak pandang pun.

Pengacara rancangan tu tengok semacam je kat mamat ni. 3 orang juri rancangan tu pun siap senyum sinis dan tergelak bila mamat ni naik ke pentas sambil pegang gitar. Sungguh siot kalau tengok muka juri yg senyum sinis tu. Macam nak lempang laju2.

Juri tu pun suruh la mamat ni nyanyi. Dengan muka selamba mamat ni petik gitar slow2, syahdu je dia nyanyi lagu ini...If Tomorrow Never Comes. Secara spontan, semua penonton terdiam dan tergamam. Suaranya......sangat sedapppp. Memang sedap. Juri yg gelak tadi tu pun terdiam. Semua senyap. Semua mata tertumpu kat mamat ni. Bila mamat ni abes nyanyi, semua penonton bangun dan tepuk tangan. Korang ingat senang ke nak dapat tepukan berdiri macam tu?

Juri tu terus puji melambung kat mamat ni, terus dia pilih mamat ni masuk rancangan realiti tu. Dan....mamat tu la juara rancangan tu.

Kesimpulan, jangan mudah2 kita nak judge orang sebelum kita mengenali orang itu terlebih dahulu.


Wednesday, June 15, 2011

berenang

Mendapat perkabaran berita dari adik saya yg belajar di UIA Kuantan. 2 orang sahabatnya meninggal dunia kerana lemas di Sungai Lembing. Innalillah..., saya bersyukur kerana adik saya tahu berenang.

Saya?

Dah berbulan-bulan meninggalkan kelas renang. Bila dengar berita mcm tu seram pulak. Jadi lepas ni kalau yg tak tahu berenang tu bawak la safety jacket. Lantak la orang tengok semacam ke, nak kata apa pun asalkan nyawa kita selamat. Tapi budak lelaki ni selalunya malu+ego nak pakai safety jacket. Tapi entah la, saya tak pasti keadaan air kat Sungai Lembing tu macam mana, arus deras ke apa. Kadang2 bila ajal dah tiba, yg tahu berenang pun boleh lemas.



Kesimpulan: belajar la berenang, belajar basic pun jadi la.

pupus - dewa

Aku tak mengerti apa yang kurasa
Rindu yang tak pernah begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
Meski kau takkan pernah tahu

Telah kupersembahkan hidupku untukmu
Telah kurelakan hatiku padamu
Namun kau masih bisu diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara ...

Baru kusadari
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk sluruh hatiku

Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku
Semoga akan ada keajaiban hingga akhirnya kaupun mau
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
Mungkin kau takkan pernah tau

Baru kusadari
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk sluruh hatiku


Lagu ni takde kena mengena pun dengan hidup saya, tapi sebab dah terdengar kat radio pagi tadi, tetiba teringat rupanya dah lama tak dengar lagu ni, pastu sibuk cari lirik. Pastu aku duk pikir kenapa dia bagi tajuk lagu ni pupus sedangkan dalam lirik lagu ni sepatah perkataan pupus pun takde.......simbolik tu...


kelas

Baru tahu kelas paper tambahan akan bermula this week, maka akan bertambah tak waras lah otak aku yg memang tak waras ni, Isnin next week kena attend meeting dgn client pulak, superduper tak waras lah kiranya.

Itu je yg aku nak cakap.

Wednesday, June 8, 2011

weekend

We spent our quality time together. We went to MAEPS for fishing, funfair for fun and game centre to enjoy. Thanks yer Ezral and Marissa, especially Marissa yg sgt bijak berkata-kata. Thanks for love maklong, bila korang dah balik maklong rasa sunyi pulak. Miss your words, "adik syg maklong" and she kissed my cheek. I love you too.

sharing is caring

Entry yang memberi inspirasi.... entry ini....

Tuesday, June 7, 2011

berangan: #1

Telah berfikir untuk menukar kerjaya, berangan tak salah kan...

berangan tu kan indah....

Sunday, June 5, 2011

wedding : Zul & Intan

To both of them, Intan dan Zul, here I'm sending you my blessing to say, may your wedding bring you endless joy and everlasting happiness.

Ini lah namanya jodoh...

Friday, June 3, 2011

minyak & gas asia

OGA - Oil & Gas Asia. Saya register online dah lama, sebulan sebelum event. Tapi lupa nombor apa, so kena la register manual kat kaunter. Orang lain semua dah pegi awal, saya je tertinggal keretapi. Siapa lah saya ni kan, tunggu orang yg sudi meneman saya, nasib baik ada jugak yg sudi teman. Rasa nak patah kaki berjalan, dah la pakai heel, dengan baju kurungnya, terkedek-kedek berjalan dari 1 booth ke 1 booth. Bukan nak tanya apa sangat pun, nak kumpul goodie bag dengan souvenir je.

Di event itu saya masuk ke booth Puncak Oil & Gas. Baru saya tahu rupanya Puncak Niaga baru set up company oil and gas, ada la dalam setahun. Tu yang rasa teruja nak masuk, mana tahu ada keje kosong. Yg bestnya booth dia menyediakan makanan sedap dengan coffee yg enak, sofa yg selesa dan ruang bilik yg luas. Tapi.....ahh...ada juga kekurangannya. Lepas kenyang makan, kitaorang panggil lah orang-orang kat situ untuk bertanya lebih lanjut. Datang la satu mamat botak berjawatan Assistant General Manager bersama big bosnya, dan juga seorang perempuan berbadan agak gempal yang terrrrrsangat kerek. Tuihhhh....ohhh...sorri terludah pulak.

Hilang mood aku dengar minah tu bercakap. Kita ni kan datang atas sebab nak tahu, so apa salahnya kau explain dengan cara yg lembut dan berhemah. Ini tak, macam kau bagus sangat. What the hell, terus hilang keinginan aku nak apply keje situ. Oh tidak.

Kalau macam tu la layanannya, pegi mati la aku tak sudi nak apply. Tapi memang tak sesuai pun saya apply situ kecuali kalau saya willing nak ke offshore, bertapa kat tengah laut sampai lebam. For time being, stay la sini dulu sampai tiba satu tahap saya rasa nak termuntah baru blah.

Lupa pulak nak tengok nama minah tu dgn jawatan dia, kalau tak boleh jugak saya tepek kat sini buat tatapan umum, haha. Nak tepek kat fb takut kena saman.

Ok ciooowww dulu.