Friday, July 29, 2011
macaroon

Pertama kali lidah ini merasa makan macaroon, sungguh kesian kan, maklum lah saya ni orang kampung mana pernah makan benda-benda macam ni, selalu makan biskut cicah air kopi je. Selalu dengar orang sebut-sebut pasal macaroon, tapi tak pernah rasa.
Semalam cik kak sebelah meja saya ni bagi saya rasa macaroon, aduh sungguh manis. Saya telan yg warna biru tu...sangat manis. Terima kasih cik kak sebelah bagi saya rasa. Lepas tu makan pulak yg warna coklat, dalam kereta merasa lagi yg warna oren.
Lepas ni muka dan senyumanku akan bertambah manis la gamaknya sebab dah makan macaroon yang sangat manis...
Kalau ada sesapa nak try buat macaroon boleh cuba resepi ini dan ini...
Kalau dah buat tu pandai-pandai la bagi saya rasa...

Thursday, July 28, 2011
bola
Petang ni hingga ke tengah malam jalan pasti sesak kerana perlawanan Malaysia menentang Singapura. Dengar kata semua tiket soul out. Ada juga yang beli tiket banyak2, pastu jual balik kat luar dengan harga yg lebih mahal.
Saya tak pernah menonton bola secara live sehinggalah perlawanan Malaysia menentang Taiwan tempoh hari. Itulah pertama kali saya tengok bola di stadium yg luas dengan jumlah orang yg ramai dan sorakan yg membingitkan telinga. Dapat juga merasa mcm mana feel tengok bola di stadium.
Tapi saya rasa lebih selesa tengok di rumah. Tak tau lah orang lain yg memang peminat sejati bola sepak yg mana mereka lebih suka tengok bola di stadium, tapi saya bukan lah peminat bola. Pada hari perlawanan yg bermula pukul 8.45pm, saya sampai agak lewat kerana jalan jem nak mati. Parking pun kat tepi jalan, pastu kena menapak jalan kaki ke stadium, berpeluh juga.
Di stadium, tak ada ulang tayang macam dalam tv. Kadang2 saya tak tahu kenapa pemain tu kena kad kuning, kenapa pemain tu jatuh, kenapa itu, kenapa ini...kalau kat rumah tengok tv ada ulang tayang. Pastu nak jerit sambil baring or duduk tertonggeng pun takpe, kalau kat stadium segan la nak jerit-jerit..hehe.
So untuk pasukan Malaysia, semoga mereka berjaya menentang Singapura. Walaupun saya ni bukan peminat bola, tapi harus lah bagi semangat. Singa lawan Harimau Malaya, fuyyoo...dua-dua garang.

Wednesday, July 27, 2011
make up tutorial
I don't even know how to apply make up on my face, so I tried to google it and I found this video from Michelle Phan. Mula-mula kena la belajar basic dulu. Dalam banyak-banyak video, saya paling tertarik video dari Michelle ni.
Kemudian, bila dah tahu basic, belajar pulak make up ala-ala romantik.
Kemudian belajar pulak macam mana nak buat Smokey Eyes.
Untuk yang pakai cermin mata, this video is for you..
Kalau yg suka muka dia nampak macam anak patung barbie doll, boleh buat make up macam ni..
Video ini untuk saya kerana saya baru nak belajar macam mana pakai eye liner... hikhikhik
For me, Michelle is beautiful with and without make up...
JLo - Live Luxe
Tadi teman Kak Su pegi AmBank, lepas tu tetiba datang perangai jahat terpesong pegi Sogo. Niat mula-mula nak riki-riki kasut, tapi satu kasut pun saya tak berkenan. Tup-tup terbekenan kat perfume ni...Live Luxe from JLo. Bau dia ada fruity-fruity sket. Jatuh cinta pandang pertama la. Ni Kak Su punya pasal la ni....dia yg memperkenalkan pada saya perfume ni. Dulu dia rekomen Forever and Ever from Dior, ni Live Luxe pulak.Apakah, bilakah, bagaimanakah harus saya mendapatkannya....harus,harus,harus...
Monday, July 25, 2011
dialog#1
Julia : hai...assalamualaikum (sambil hulurkan tangan dan bersalaman).
Julie: hai..waalaikumsalam (sambil menyambut huluran tangannya dan kami bersalaman).
Julia: Nama saya Julia...(sambil senyum meleret)
Julie: Saya Julie....(sambil senyum juge..)
Julia: Eh...nama kita hampir2 sama la, macam adik beradik pulak..hehe..
Julie: (senyum meleret lagi...)
Lepas tu kitaorang berbual itu ini begitu begini....bla...bla...bla...
Julia: Umur Julie berapa?
Julie : ** tahun...(malu-malu je jawab)
Julia: Oh yeke....tapi Julie nampak muda la....
Julie: (kembang kempis hidung, dalam hati gelak besar)
Julia: Betul...nampak muda....saya baru 27...
Julie: yeke...(senyum kembang kempis lagi, dalam hati...suka...suka..suka org kata aku nampak muda)
Bukan senang orang nak kata saya nampak muda ok....
Julia ialah seseorang yg saya kenal selama 10 minit semasa menghadiri peperiksaan PTD tempoh hari. Orangnya cantik, putih tapi agak berisi sket. Kerja di Parlimen. Mata dia cantik...warna coklat.
Tu je yang saya tahu pasal Julia. Tapi tak boleh lupa ayat dia kata saya nampak muda....walllaaaa...

Sunday, July 24, 2011
selesai
Alhamdulillah...selesai sudah sesuatu perkara yang terbeban di fikiran. Peperiksaan akhir untuk kertas tambahan di UPM terlaksana sudah. Ini adalah peperiksaan paling menarik yang pernah saya duduki. Kenapa?
Kerana:
1)Kelas diadakan dalam keadaan yang tergesa-gesa dan rushing bagai nak gila.
2) Subjek yang sepatutnya dipelajari selama 1 semester hanya belajar dalam masa sebulan saja, itu pun cuma sabtu dan ahad.
3) 3 core subject, bukan calang-calang otak nak belajar.
4) Sehari sebelum peperiksaan, saya cemas juga kerana satu apa pun tak masuk otak, baca nota tapi serupa macam tak baca, tengok formula rasa macam nak muntah. Kerana itu saya ponteng kerja hari Jumaat kerana Sabtu dah exam. Hari khamis sempat lagi buat saki baki assignment dan print nota yang belum print, tapi rupanya banyak lagi nota yang saya tertinggal.
5) Jumaat malam saya study sikit-sikit dengan Fad, terima kasih kerana mengajar dan menerangkan kepada saya, walaupun tak faham 100%, tapi at least saya ada idea apa nak buat.
6) Di hari peperiksaan, kejadian yang tidak diduga...rupa-rupanya kami boleh meniru! sangat enjoy menjawab soalan dan bertukar-tukar fikiran didalam dewan peperiksaan. Siap tukar-tukar kertas jawapan. Thats why saya kata ini adalah peperiksaan yang paling menarik yang pernah saya duduki. Lecturer pun dah bagi green light untuk meniru sebab mereka faham kami tak sempat nak study. Tapi kalau nak meniru pun jangan lah nampak sangat....katanya. Best kan?
7) Ada juga yang tak pernah attend kelas langsung, just datang untuk amek exam je, untungnya dia just collect jawapan dari semua orang. Indahnya kehidupan.
Walau apa pun, semuanya dah selesai. Saya harap selepas ini tidak ada masalah lagi untuk kami mendaftar dengan BEM. Cukup-cukup lah dengan kelas dan peperiksaan ni. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang sama-sama tolong menolong dalam dewan peperiksaan. You all memang best.
Bila lagi nak jumpa korang agaknya kan...

Thursday, July 14, 2011
selepas 3 tahun
Tengahari tadi buka fail yang simpan semua sijil-sijil, diploma, degree la bagai...nak cari satu sijil ni tapi benda lain pulak yang saya jumpa. Sesuatu yg membuat saya terperanjat. Benda ni tersimpan rapi, masih dalam sampul, masih bergam cantik, tak pernah buka hampir 3 tahun! Selama ni duk buka fail tu memang nampak ada sampul surat warna biru, tapi tak tau kenapa tak terpikir pun nak bukak, tup-tup hari ni terbuka hati nak buka.
Rupanya isi dalamnya ialah kad perpisahan dari company lama dulu, VME Process di Seksyen 26, Shah Alam. Tak sangka rupanya diaorang ada bagi kad masa saya nak resign dan kad ini saya buka hanya selepas 3 tahun..!

apasal la tak perasan kewujudan kad ni dalam fail saya selama ni...
Monday, July 11, 2011
tulen vs palsu
Bolehkah saudara saudari sekalian membezakan yang mana tulen dan yang mana palsu tanpa melihat label 'Tiruan' dan 'Tulen' itu? We cannot differentiate it with our naked eye, we must do an analysis at laboratory to know whether this product is 100% original or fake!
Sama seperti produk diatas, kacang ni pun jadi mangsa penipuan orang-orang yg tidak bertanggungjawab. Entah berapa banyak agaknya saya telan kacang yg palsu (kalau terbeli yg palu la) . Macam mana nak bezakan sedangkan rupanya sebijik sama? takkan nak tenung sampai tembus? takkan nak bawak gi makmal check betul ke kacang ni ori? Damn!
Produk Olay pun jadi mangsa juga, saya rasa banyak lagi roduk-produk penjagaan wajah yang tak ori bersepah dijual di pasaran, cuma kita yang tak perasan.
Ni tak ada kena mengena dengan produk tulen ke palsu. Ini adalah kaedah rawatan alternatif menggunakan LINTAH yang berfungsi sebagai penyedut darah kotor, sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit migrain, resdung dan yang sewaktu dengannya. Dari lintah tu kecik kurus sampai jadi gemok gedempol macam tu. Kakak ni kata dia start buat dari pukul 10.00 pagi, pastu saya tengok jam, oh skrg dah pukul 2.00 petang. Lamanya...Friday, July 8, 2011
sempurna

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya...
Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya...
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya...
Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya...
Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya...
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya...
Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa...
Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana Allah...
Thursday, July 7, 2011
Friday, July 1, 2011
hijau bumi Tuhan - XPDC

Sekali ku memandang
Kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang
Hati riang nikmatnya tuhan
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya
Semusim ia datang
Keindahan ciptaan tuhan
Hijau yang terbentang
Makhluk tuhan bermesra-mesra
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya
Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti
Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari..hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang ria
Abadikan keindahan ini
Kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang
Hati riang nikmatnya tuhan
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya
Semusim ia datang
Keindahan ciptaan tuhan
Hijau yang terbentang
Makhluk tuhan bermesra-mesra
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya
Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti
Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari..hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang ria
Abadikan keindahan ini

This song can cheer me up. Apasal ntah, rentak dia kot, dan liriknya. Lagu-lagu XPDC ni universal, lagu cinta ada, lagu kehidupan, lagu untuk teman, lagu untuk keindahan alam pun ada. Macam-macam ado. Asyik dengar lagu mendayu-dayu je, makin layu la hati ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)