Saturday, August 27, 2011

hometown - Endau

kampungku..

Di sini tempat saya membesar, tanah tumpah kampungku. Walau jauh macam mana pun saya merantau, tempat ini juga tetap dihati. Sebuah mukim dalam daerah Mersing yang dulunya kurang dikenali oleh orang luar, sebuah kampung yang bersempadan dengan negeri Pahang.

ENDAU, my hometown!

Friday, August 26, 2011

salam Syawal

Saya minta maaf jika saya ada terkasar bahasa, terlepas cakap, terpikir yang bukan-bukan dan apa-apa saja sikap yang kurang menyenangkan kerana saya hanya lah manusia biasa yang setiap detik ada melakukan kesilapan sama ada secara sedar atau tidak.

Saya tahu di luar sana ada orang marah pada saya, tidak suka dengan sikap saya atau kurang senang dengan tingkah laku saya, terasa hati dengan saya atau mungkin juga membenci saya.

Patah tumbuh hilang berganti, buang yang keruh ambil yang jernih, baru lah teguh peribadi.

Dengan ini saya dengan rendah diri ingin menghulurkan seribu kemaafan kepada semua kawan-kawan yang mengenali saya, kawan ofis, kawan sekolah, kawan serumah, kawan GGK dan mereka-mereka yang membaca blog ini. Saya minta maaf zahir dan batin, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Jemput lah datang ke rumah hari raya nanti.

Kepada mereka-mereka yang akan memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalanraya, memandu mengikut fikiran, bukan perasaan, ingat lah orang yang tersayang yang sedang menanti kita di rumah.

Semoga Syawal ini akan memberi sinar baru kepada kita semua.

Meminta maaf dan memaafkan adalah sesuatu yang membahagiakan.



Monday, August 22, 2011

merpati putih

Lagu puitis dari drama Tahajjud Cinta. Drama ini mengisahkan perjuangan hak wanita yang sering ditindas, terselit kes penderaan dan penceraian. Nice drama.








Chrisye - Merpati Putih

Mengering sudah bunga di pelukan
Merpati putih berarak pulang terbang menerjang badai
Tinggi di awan, menghilang di langit yang hitam

S'lamat berpisah kenangan bercinta
Sampai kapankah jadinya aku harus menunggu
Hari bahagia seperti dulu

Terserah kasih kembali mesra
Bercumbu langit memadu satu janji berjuta bintang
Dalam pelukan sehangat pagi yang cerah


Friday, August 19, 2011

my 1st time home made donut

donutku yg gebu

rupa dia agak buruk sebenarnya, tapi rasa dia sedap...

Dua tiga menjak ni teringin nak makan donut. Mula-mula beli JCo Donut kat Pavilion, beli 6 ketol pelbagai perisa, alhamdulillah...selamat dah masuk dalam perut. Lepas tu 2-3 hari ni teringin lagi, tak tau la kenapa nampak donut macam geram je rasa. Geram dengan kegebuannya, geram dengan kelembutannya. Tapi sebenarnya susah nak cari donut yang gebu dan lembut macam JCo.

Hasil google, saya dapat resepi donut yang sangat simple dan senang. Hasilnya mmg not bad, memang gebusss dan lembut. First time buat donut nih...puas aku makan!


result

Alhamdulillah, saya lulus peperiksaan kertas tambahan (topup paper) yg diadakan di UPM bulan lepas. Sebulan berlalu, kini segalanya selesai.

Tiba-tiba terus terbayang suasana semasa dalam dewan peperiksaan, betapa bertungkus lumusnya kami menjawab soalan dan berbincang untuk mendapatkan jawapan terbaik. Hehe.

*Clap..clap...clap...*

Tepuk tangan untuk diri sendiri.

Masa untuk mengisi borang BEM pulak.


Thursday, August 18, 2011

Wednesday, August 17, 2011

bonus raya

Dah lama tak merasa dapat bonus, tahun ni companyku yg tersayang dan tercinta ini akan memberi bonus raya. Mula-mula dengar cerita dapat sebulan gaji...ok, dalam hati ada taman bila dengar perkabaran itu. Tup tup...rupanya dapat setengah bulan aje. Terus bertukar dalam hati ada bara.

Dah la tu...dapat hari Isnin...mula-mula dulu kata dapat hari Jumaat (19/8), kenapa hari Isnin? Bila masanya aku nak membeli barang, nak servis kereta...nak tukar duit...macam-macam lah.

Bukan tak bersyukur, syukur sangat-sangat. Tapi sakit hati sebab dapat setengah bulan gaji aje...dah tu dapatnya hari Isnin....Isnin...Isnin...

Isnin!!!

Siot.



Tuesday, August 16, 2011

berhati-hati dgn bank tellers

Selepas saya baca entry Hanis Zalikha ni, tiba-tiba terus teringat pada satu kejadian, kejadian yang saya diamkan saja, rasanya memang saya diamkan, tak pernah dan tak terfikir nak cerita kat orang. Lepas baca entry dia baru saya teringat nak cerita.

Tapi bukan pasal bank tellers, pasal post office tellers. Lebih kurang la tu kan.

Tempatnya tak jauh, kat ampang park tu je. Saya keluarkan duit di pejabat pos, lepas dah dapat duit, saya terus masukkan dalam beg duit. Tak kira pun sebab masa tu orang ramai, biasa lah pejabat pos ampang park mana pernah lengang. So dengan confiden saya keluar dan merapu lah dalam ampang park tu.

Nak dijadikan cerita, dah abes merapu..saya lupa kat ofis ke kat rumah, baru saya terpikir nak kira duit yg baru keluar tadi. Kira 2-3 kali juga lah...memang kurang RM50! Masa tu duk pikir, aku ada terlebih belanja ke...rasanya tak. Saya siap asingkan duit belanja dengan duit yg baru keluarkan tadi.

Ermm...memang bukan rezeki saya lah kan..cuma terkilan juga, kenapa orang yg kira duit tu tak jujur? Tu namanya mencuri cara sopan.

Jadi lepas ni jadikan pengajaran kat diri sendiri, jangan percayakan tellers-tellers tak kira lah bank tellers ke post office tellers ke...apa-apa tellers lah. Mesin ATM tu lebih jujur dari manusia. Kalau nak keluarkan duit banyak kat kaunter, pastikan kira dulu duit tu, dan bawa kawan, jangan keluarkan duit sorang-sorang.

Ni musim-musim nak raya ni mesti ramai orang keluarkan duit dan tukar duit kat bank, so berhati-hati lah.


Monday, August 15, 2011

egg mask

Dah lama tak buat keje ni.

Amek telur, pecahkan. Amek putih telur saja. Kemudian, amek tisu, potong kecik-kecik. Sapu putih telur kat muka, tepek dengan tisu. Biarkan kering dalam setengah jam atau hingga betul-betul kering. Masa ni muka dah tegang gila, bercakap tak boleh, apatah lagi nak senyum.

Bila dah kering, tanggalkan perlahan-lahan. Sakit sket sebab putih telur tu betul-betul melekat kat kulit muka, memang bagus untuk menanggalkan black or white head. Lepas tu bilas dengan air. Lagi bagus kalau guna telur ayam kampung.

Bila dah siap, kawan aku pun cakap.....takde perubahan pun muka kau pakai mask. Erkk...

Sengal la kawan aku ni. Agaknya dia bajet kulit muka aku terus berubah licin bak sutera kot.




Friday, August 12, 2011

rindu

Saya rindu sama budak ini. Nama dia Herry. Dia adalah:

- adik saya
- kawan saya
- lawan saya
- kawan gaduh saya
- tukang jadi org yg selalu di suruh membeli barang keperluan saya dan mak
- orang yg selalu paw topup saya
- orang yg selalu saya buli

Adik, kenapa kau cepat sangat membesar? kan bagus kalau kau kecik lagi, boleh kak yie timang-timang, cium kau puas-puas. Bila kau dah besar kak yie tak boleh buli kau dah, silap-silap kau yg buli kak yie.

Ini lah adik bongsu saya yg sengal. Umur dah 13 tahun, tapi perangai masih kebudak-budakan. Rindu sama budak ini. Mak kata, lepas bersunat tahun lepas...hehehehe..dia dah makin tinggi, tak gemuk dah tapi makin tinggi. Oh ya, dah ada jerawat dah sekarang. Ntah-ntah dah ada makwe. Hikhikhik.

Thursday, August 11, 2011

mount fuji

Kawan saya cakap, kalau nak sangat pegi Jepun, ini lah masanya. Selepas kejadian gempa bumi yang teruk, Jepun mengalami banyak kerugian, pelancong pun takut nak datang. Ekonomi Jepun agak goyah, jadi untuk menaikkan semula ekonomi mereka, Jepun mengalu-alukan kedatangan pelancong luar.

Kawan saya yg bekerja di Kedutaan Jepun ni berkata, sekarang siapa-siapa yang nak apply visa ke Jepun senang je nak approve. Tiket ke Jepun pun murah gila. Tak caya check airasia.

Dia ada mempelawa saya untuk ke Jepun, hahaha...nice offer. Kalau ikutkan nafsu memang saya book terus tiket ke sana. Tapi bila fikir balik ikut akal, takpe, tak payah lah. Banyak benda lain yang saya nak buat, banyak duit saya nak guna untuk perkara lain yang lebih penting.

Yang lebih menyirap darah dengar cerita dia, kawan-kawan dia yang dah kesana, siap hiking di Mount Fuji..!!!!

Untuk lebih menyirap lagi, saya pun google lah pasal Mount Fuji. It's really really beautiful mount in Japan.

Ini lah hasil dari google:

Mount Fuji

When to climb?

Official Climbing Season

July and August are the official climbing season. During these two months the mountain is usually free of snow, the weather is relatively mild, access by public transportation is easy and the mountain huts are open. Everybody without much hiking experience is strongly advised to tackle the mountain during the official climbing season.

The Crowds

Climbing Mount Fuji is very popular not only among Japanese but also foreign tourists, who seem to make up more than a third of all hikers. The peak season for climbing Mount Fuji is during the school vacations which last from around July 20 to the end of August. The peak of the peak is reached during the Obon Week in mid August, when climbers literally have to stand in queues at some passages.

While you may want to avoid the Obon Week, we believe that by avoiding the crowds in general, you would miss out one of the most interesting aspects of climbing Mount Fuji, which is the camaraderie and unique experience of ascending the mountain among hundreds of equally minded people from across the world.

In order to encounter neither too large nor too small crowds, we recommend to climb Mount Fuji on a weekday in the first half of July before the start of the school vacations. The downside of a climb in early July is the weather, which tends to be somewhat more unstable than later in the season.

Off Season

Some mountain huts open a few days before the start of the official climbing season and/or remain opened until around mid September. Public transportation, however, is considerably less frequent or non-existent outside of the official climbing season.

While there is usually no snow on Mount Fuji from late June until October, temperatures at the summit can drop to far below zero in the shoulder seasons. Only experienced hikers should consider the ascent in late June or September. If there is snow on the mountain, appropriate mountaineering equipment and experience is required.

From October to around mid June, climbing to the summit is highly perilous due to extreme wind and weather conditions, snow, ice and a risk of avalanches.


near the summit

The Trails

Mount Fuji is divided into ten stations with the first station at the foot of the mountain and the tenth station being the summit. Paved roads go as far as the fifth station halfway up the mountain. There are four 5th stations on different sides of the mountain, from where most people start their ascent:


the trail

sunrise from the summit

mountain huts


Tak larat lah nak copy paste. Panjang sangat ceritanya. Tapi ianya sangat menerujakan saya.

Hiking tetap menjadi salah satu aktiviti kegemaran saya walaupun sejak kebelakangan ini saya dah tak involve lagi. Actually bukan tak involve, tapi macam nak rehat dan kumpul duit untuk perkara lain pulak. Sebab itu saya tidak join apa-apa aktiviti bersama GGK termasuk lah trip ke Medan dan Krabi. Sesungguhnya dalam hati ini sangat lah sedih sebab tak dapat bersama-sama mereka. Takpe lah, bukan rezeki saya kali ini. Pintu rezeki itu luas, mungkin suatu hari nanti saya pasti akan berada di sana walaupun bukan bersama GGK. InsyaAllah.

But, hiking in Mount Fuji is one of my dream!!!!!!

For more info, you can read HERE and HERE.



Wednesday, August 10, 2011

buka puasa - Pullman Putrajaya Lakeside

My friend RS is an unpredictable person. Sometimes (sometimes, not everytime) I can not read what is on his mind. He can do and plan something without asking me first. For example yesterday, he invited me to join berbuka puasa at Pullman Putrajaya Lakeside. Terkulat-kulat aku dibuatnya sebab ajakan itu berbentuk tiba-tiba dan dalam situasi tak bersedia.

Berbuka puasa di Pullman di sponsor sepenuhnya oleh vendor. Makan free, why not. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki di hotel 5 bintang ini.

introduce to you my friend, Eila.

..and this is Wana. She is pregnant first baby

not bad lah hotel ni, suasana dalam cantik, lagi-lagi kedudukannya dekat tasik.

suasana luar sebelum hari gelap

Buffet ramadhan di adakan di kawasan luar. Tempatnya agak crowded, mungkin susunan meja banyak sangat untuk menampung tetamu yg dtg untuk berbuka. Konsep buffet di sini adalah ala-ala arab. Pelayan hotel pun pakai baju arab, lagu-lagu pun ala-ala arab.

Walaupun hotel ini bertaraf 5 bintang, tapi pilihan makanannya tak la banyak sangat. Tapi still ok la untuk juadah berbuka.

antara makanan yg ada

ikan pari bakar

mertabak dan roti canai

lauk pauk, gambar gegar sebab berlanggar-langgar dgn org sebelah yg sibuk nak amek makanan

ayam bakar

..and this is my favorite part....dessert!
carrot cake..

puding

cheese cake, blueberry tart

apa ntah nama..
saya suka, rasa masam-masam mcm yogurt


kambing!
favorite jugak ni


Untuk berbuka semalam, saya berjaya me'minima' kan pengambilan makanan untuk elak pembaziran. Selalu makan buffet jarang dapat habiskan semua, tapi kali ni alhamdulillah...habis semuanya sebab amek makanan tak banyak, just cukup-cukup keperluan perut je.

begitu juga lah dengan pengambilan pencuci mulut yg sedikit sahaja

juga kambingku..

Untuk lauk, saya tak amek semua sebab banyak sangat. So far rasa ok, cuma udang buat spoil. Nampak macam sedap, tapi hampeh. Isi udang lembik, macam udang dah lama je. Apa daa...kata hotel 5 bintang. Dessert ok jugak la. Kambing....sedap!

Terima kasih lah kepada orang yg mengajak tu, dan vendor yang belanja. Katanya buffet ramadhan di hotel ini RM100++ /person. Kalau ikutkan portion makanan yg saya amek tadi, memang tak berbaloi. Nasib baik makan free.




Monday, August 8, 2011

birthday notes

I wish myself a happy belated birthday, I am happy to be born in this body, this name and this planet! hehe. I hope my life will be more happy, blessed and meaningful. Thank you to all friends out there for your birthday wishes either through sms or facebook. Your wishes are very much appreciated.

Love,
Julie

Wednesday, August 3, 2011

Cameron Highland - day 2

Hari ke-2 di Cameron Highland, saya keluar seawal pukul 7 pagi untuk ke Gunung Brinchang. Saya hiking guna kereta...hihi. On the way ke sana, biasa lah, stop 3-4 kali sebab nak bergambar. Awal pagi mcm ni mana ada kenderaan sgt, org lain pun belum bangun tido, jadi sesuka hati nak bergambar mcm mana gaya. Yg best, dapat rasa kabus sejuk di Cameron, siap pakai glove lagi. Rasa mcm kat obersi pulak.

Nampak buah strawberry besar ni, stop dulu snap 2-3 keping gambar.

Perjalanan ke Gunung Brinchang pada mulanya smooth je, cuma tak tahan sebab jalan kecik bebenor, kalau bertembung dgn kereta lain, kena la mengelak ke tepi. Kalau bertembung dengan bas atau lori, hehe...pandai-pandai la nak elak. Di sini ramai orang main hon sebab nak bagitahu kenderaan lain yg kita wujud kat situ, so orang lain pun akan alert kat depan tu ada kereta, ada masa nak elak ke tepi sket.

Lagi 2km nak sampai Brinchang...saya terpaksa park kereta tepi jalan sebab kereta saya tak mampu naik ke atas lagi. Adjust punya adjust...tetap tak boleh naik sebab jalan tu tinggi dan licin, tayar kereta tak lepas nak gerak ke depan. Tengok orang lain naik atas guna 4x4...macam smooth je. Jeles betul.

Kat sini la kereta saya terkandas, sedih. Jalan dah berlubang, dah teruk sangat dah. Ada 3-4 biji kereta lain pun park sini jugak sebab tak boleh naik.

Tapi alang-alang dah sampai, nak teruskan juga ke atas. Saya jalan kaki 2km untuk sampai atas, ala...bukan jauh pun 2km tu. Jalan sambil borak-borak, posing sana posing sini...lama-lama sampai atas.

View sangat cantik, hijau dan sejuk. Kena naik tangga dan jalan atas platform untuk tengok alam sekeliling. Memang super duper cantik. Keadaan cuaca yg sejuk membuatkan saya teringat Gunung Kinabalu. Macam tu la sejuknya. Kalau tak, buat apa pakai glove.

i love my pink glove.

kat sini dah takde tangga...kena hiking macam biasa la...

lawa kan....hijau dan sejuk mata memandang

cantik...view dari atas...on the way nak turun

pokok tu mengingatkan saya pada gunung kinabalu

ni la platform tu

buah hutan...tumbuh kat tepi jalan

berjaya juga turun bawah...jln slow2..

saya dan kambing

Balik dari Brinchang, singgah di Mountain Strawberry Farm. Rupanya kat atas ni pun ada farm. Singgah dulu. Orang lain kalau datang Cameron mesti interested dgn strawberry, but not me. Saya lebih interested kat tomato cherries!

Di farm ni boleh main petik-petik strawberry dan tomato cherries tu. Untuk tomato cherries, 1 kilo rm6 sahaja. Murah gila. Jadi saya pun memetik la sesuka hati dengan girangnya.

my tomato cherries
i love tomato so so so much

dah siap petik, nak pegi timbang

Pekerja bangla kat situ suruh saya makan baby carrot mentah-mentah mcm tu je. So dengan bangganya saya pun cuba la makan, rasa dia pahit-pahit kelat. Kalau arnab mesti suka...hehe

sayur kobis

Then, saya singgah di Kilang Teh Boh. Jalan nak masuk ke sini...masyaAllah...superduper sempit.

mesin apa ntah...dalam kilang ni kita boleh masuk dan amek gambar

masuk dalam kedai kat situ, beli teh.
gambar ni saya request suruh snap sebab nak compare ketinggian dengan mat saleh tu..hehehe


cafe dari jauh

saya suka itu purple socks..

and of course i love green...
- tea farm -
snap dari dalam kereta on the way turun dari Brinchang


Saya gerak balik ke KL lebih kurang pukul 2.30pm lepas makan. Percutian yg singkat dan ringkas, tapi seronok.