Monday, December 26, 2011

1st niece

Hai....

Nama saya Dhia Yasirah Balqis. Saya anak sulong kepada mak saya, anak saudara pertama kepada maklong saya dan cucu pertama kepada nenek dan atok saya. Masa dalam perut, doktor kata saya akan lahir pada tarikh 11.11.11, mak saya teruja dengan tarikh itu tapi malangnya saya belum bersedia untuk keluar.

Yg kelakarnya masa maklong saya kawen pada 20.11.2011...saya baru terkial-kial nak keluar. Jadinya saya dan mak saya tak dapat tengok maklong saya bersanding. Saya lahir di Johor Bahru, jauh kan.

Nama saya ni mak saya yang pilih, dari mana mak saya dapat pun tak tau lah. Panjang kan nama saya? Kalau nak ikutkan nama yg mak saya nak beri sebelum ni lagi panjang, tapi nenek saya marah. Nenek kata awat panjang sangat nama...baik kau pikir semula...begitu lah kata nenek kepada mak saya. Jadinya setelah di pikir-pikir, dapat lah nama Dhia Yasirah Balqis. Saya rasa mak saya terpengaruh dengan drama 'Tentang Dhia' kot...sebab tu dia bagi nama saya Dhia. Tapi best jugak, nama ni nice. I like....

Nenek saya yg banyak uruskan saya. Daripada mandi, pakaikan pampers, pakaikan baju...semua nenek saya buat. Mak saya tak reti lagi sebab baru first time dapat anak kan...hikhikhik.

Ok lah....saya nak rehat kejap...jadi baby ni syok,tido je...penat tido..bangun mintak susu. Senang kan...

Tata.


karangkraf

Seminggu selepas kawen, saya dan husband pergi ke Karangkraf, seksyen 15 Shah Alam. Tujuannya nak beli buku. Katanya beli buku direct di Karangkraf boleh dapat diskaun. Saya excited la kan sebab dengar perkataan diskaun. Walaupun saya dah jarang-jarang membaca sekarang ni tapi tak salah kalau nak beli buku.

ok tepek gambar tuan tanah dulu...

Rambang mata tengok novel, semua rasa nak beli. Tapi mata saya tiba-tiba tertumpu pada satu novel ni, tajuk dia macam menarik...'Akhirnya Aku Kahwin'....hoyehhh. Saya terus capai, baca sinopsis dulu, bila rasa sinopsis pun menarik, apa lagi terus pegang tak lepas-lepas lah.

Pastu beli novel ni jugak...saja beli sebab nak baca novel yg dikatakan terlaris di pasaran ni, sampai keluar filem gitu..

Dan novel ni...

Novel ni husband saya belikan beberapa hari sebelum kawen, yang saya jadikan props masa kawen tu kan...

Saya belikan dia t-shirt mancing ni...kalau dah gila memancing kan...

Hasil tangkapan di Karangkraf...hehehe

Ada 5 buah novel yg belum dibaca, 4 daripadanya belum buka plastik pembalut lagi.....persoalannya...bila saya dapat habis baca kesemuanya? hehehe...akan ku usaha sedaya upaya...

Saturday, December 24, 2011

Langkawi - day 4

Hari ke-4 adalah hari terakhir di Langkawi. Saya bangun pagi dengan muka sembab, mungkin sebab kepenatan dan tak cukup rehat. Pagi ini kami akan tengok LIMA sebelum balik KL petang nanti.

Kami lepak di luar pagar airport Langkawi beramai-ramai, dah macam picnic pulak siap bentang tikar dan makan sandwich. Suasana dah panas, kat Langkawi ni memang panas sentiasa.

Kepala saya dah mula sakit, mungkin sebab cuaca panas dan keadaan saya yg memang penat sebab tak cukup rehat. Kepala dah pusing-pusing, last-last saya lepak dalam kereta Aida, daripada lepak terus tertidur. Jadinya saya hanya menyaksikan dan dengar bunyi deruman enjin kapal terbang dari dalam kereta saja. Memang tak larat langsung nak lepak kat tengah panas terik tu. Lepak dalam kereta, bukak aircond dan tidur. Indah.

Husband saya yang snap semua gambar sebab dia yg tengok semua show tu sampai habis. Rasa rugi jugak sebab hanya lepak dalam kereta tapi apakan daya memang tak ada tenaga dah, ditambah lagi kepala yg sakit teramat sangat.

3 hari sebelum ni dah tengok diaorang buat latihan dah kira ok la kan...Kiddy kata latihan dengan show sebenar lebih kurang sama je, so nak sedapkan hati terpaksa lah cakap...ala...sama je show dengan latihan yg saya tengok sebelum ni cuma hari show ni lebih meriah sikit. Tu aje...hehe.

LIMA show was awesome, terpesona juga dengan kemampuan orang kita yang mampu bawak kapal terbang tunggang terbalik tu....ngeri you..

Yg baju merah tu Udin, si tuan punya kereta waja yg kami pinjam tu...

hebat kan pilot yg bawak kapal terbang tunggang terbalik ni....tak pening ke kepala diaorang?

Ini kapal terbang tentera milik Amerika Syarikat. Nampak macam debab kan...tapi boleh buat show ok...tak memerlukan landasan yg panjang untuk terbang.....canggih kan...

haa...ni la pesawat yg terbang tunggang terbalik tu...

saya suka gambar ni....awannya sangat biru. Perfect!

ni kapal terbang debab tadi...

Bila show dah abes, semua orang beredar balik. Saya dan Kiddy terus pegi Kuah untuk beli tiket. Alhamdulillah....kami dapat tiket feri pukul 4.

Maka berakhir lah siri bulan madu kami di Langkawi. Berjuta-juta terima kasih kepada Kiddy, Aida dan Udin...banyak betul jasa korang semua. Saya doakan mereka dimurahkan rezeki dan perniagaan akan semakin maju. Amin....

Bulan madu yg tak dirancang, tapi ditanggung oleh kawan....sangat lah indah.


Wednesday, December 21, 2011

Langkawi - day 3

Seksanya nak update blog dan upload gambar sekarang ni sebab broadband bengong tahap lipan bara. Ini aje yg sempat di upload, tu pun berjanggut menunggu nak upload semuanya, ada lagi yg tak sempat upload tapi tak kuasa dah nak menunggu, penat.

For 3rd day in Langkawi, we have decided to go to Island Hoping. Ada 3 tempat yg akan kami pergi iaitu Pulau Beras Basah, Pulau Tasik Dayang Bunting dan Helang Feeding. Disebabkan masa kami holiday ni ada LIMA, so dapat lah tengok kapal-kapal tentera di sepanjang perjalanan kami ke 3 tempat itu.

Our 1st visit is to Pulau Beras Basah. Apasal ntah nama dia Pulau Beras Basah, tak tau pulak, belum sempat saya nak kaji.


Untuk mengelak kelihatan seksi selepas mandi, memakai baju berwarna hitam adalah pilihan terbaik :)

Sampai aje di Pulau Beras Basah ni, saya dah macam orang 4 tahun tak jumpa air. Lama tak berendam.

Mandi di Pulau Beras Basah ni best, air jernih boleh nampak ikan tapi ada sebahagian tempat tak boleh nak mandi sebabnya ada obor-obor. Tapi tempat yg saya mandi ni selamat ok, saya mandi di tempat yg betul.

Kami stop di Pulau Beras Basah ni tak lah lama sangat, then pegi pulak ke Tasik Dayang Bunting, tempat paling glamour di Langkawi.

Allah's creation is the best. Bukit yg menyerupai seorang perempuan mengandung sedang baring, that's why this Island is called Pulau Tasik Dayang Bunting.

Ada sesetengah orang percaya kalau nak pregnant minum lah air dari tasik dayang bunting ni. Ohh..ini mcm tahyul tapi mungkin terjadi sebab kebetulan kan. Air di tasik ini sedalam 10 meter (if not mistaken), disebabkan saya dah terlalu lama tak berenang, jadi haruslah memakai life jacket. Tak kuasa nak terkapai-kapai susahkan orang kalau lemas. Safety first.

Ohh, sangat lah berlagak ini orang. Katanya pada saya, apa guna masuk kelas swimming bayar ratus-ratus tapi at the end pakai life jacket. What the what? Yang penting saya selamat dan enjoyyyyy...dah terlalu lama tak berenang, segala teknik-teknik swimming katak dan gaya bebas yg dipelajari dari Kak Syarifah dah semakin pudar dalam ingatan. Kalau nak berenang semula pun bukan di tasik ini tapi di kolam berenang yg ada cikgu renang, boleh tolong pautkan tangan saya kalau saya lemas.

Minah saleh ini satu bot dengan kami. Masa di Pulau Beras Basah dia tak ada sibuk nak mandi pun, tapi bila sampai je kat tasik ni terus bukak baju....warna pink you. Si pinky ni terer berenang, sangat lah jeles saya melihatnya. Ini yg rasa nak masuk swimming class semula ni.

Ohh yes, orang yg sangat berlagak ini akhirnya tercungap-cengap kepenatan. I like. Katanya penat sebab dah bertahun-tahun tak swimming. Huahuahua.

My turn to jump into the lake. Saya sangat lah cuak sebab dah lama tak terjun air sedalam 10 meter ni. Terkapai-kapai rasa kaki dalam air, life jacket sebagai penyelamat. Actually memang syok sangat swimming kat tasik ni, tapi saya penat. Penat ko walaupun pakai life jacket, kena la berenang juga sampai ke tengah. Semput nafas saya. Teringat dulu-dulu lepas habis je swimming class, saya mesti letih sangat dan lapar!

Konon-konon nak berenang gaya bebas, memang bebas pun, entah apa gaya tak tau lah, janji bergerak ke tengah. Ada la mamat-mamat kat atas tu duk perhati, saya buat bodoh aje.

Ohh orang yg sangat berlagak tadi akhirnya pakai life jacket jugak. Huahuahua. Geli hati rasanya. Alasan dia malas nak penatkan diri, dan tak sangka swimming pakai life jacket lebih rileks dan enjoy. Haa...tau pun. Memang rileks habis la sebab tak payah susah-susah nak kuak air untuk floating.

Eagle feeding. Tengok pakcik tu tabur kulit ayam bagi burung helang makan. Banyak gila burung helang, agaknya sebab tu Langkawi ni ada perkataan 'Lang' kot.

Tak puas main air sebab pakcik bot tu ajak balik awal. Tak adil sebab masa ada lagi 45 minit. Terukkan. Apa la yg dia kejarkan nak balik awal, so next time kalau pegi hoping saya akan chartered bot sendiri.

Balik dari hoping, cari tandas awam untuk mandi, kitaorang dah check out dari Mali Best, so terpaksa lah cari bilik air awam untuk bersihkan diri. Lepas siap semua bagai, tunggu Kiddy hantar kereta Waja milik adik ipar dia. Dapat kereta je terus pegi Pekan Kuah, cari kedai jual segala macam jenis produk gamat. Oh ya, kereta Waja tu kami pinjam free-free aje. A big thank you to Udin, si tuan punya kereta.

Masa study kat universiti dulu-dulu, selalu pakai bedak ni. Bau dia wangi, harga zaman dolu-dolu cuma rm4, sekarang....rm6.90. Jauh bezanya kan.

Bedah sejuk untuk kulit bermasalah..

Dah siap shopping kat kedai gamat, cari pulak kedai coklat. Singgah di kedai Haji Ismail Group, coklat di sini murah berbanding tempat lain, tapi pinggan mangkuk agak mahal. Walaupun pinggan mangkuk kat sini mahal, tapi ada jenama. Berkualiti lah.

Pinggan mangkuk saya beli di Idamansuri. Tempat ni sebuah gedung pinggan mangkuk yg besar dan luas, barang-barangnya murah tapi tak ada brand sangat, walaupun murah dan tak branded, pinggan mangkuknya cantik-cantik. Berbaloi untuk beli. Coklat kat sini mahal, so jangan beli coklat kat Idamansuri.

Lepas siap memborong pinggan mangkuk, kami ke Pantai Tanjung Rhu. Pantai ni agak lengang berbanding Pantai Chenang, tak meriah tapi pemandangan cantik.

Pantai Tanjung Rhu

i like this pic..

Kat pantai ni boleh memancing. Ohh ada orang itu dah gian nak memancing bila nampak satu group mamat duk mancing kat situ.

Balik dari Tanjung Rhu, Kiddy dah siap call suruh datang kedai dia di Cable Car, ajak makan Asam Pedas tulang rusuk. Sedapnya. Sampai je sana, hari dah agak petang jugak, Aida ajak naik Duck Tours dulu. Tau tak apa itu Duck Tours? Kenderaan 2 alam, boleh bergerak atas jalanraya dan terus boleh masuk dalam air.

My husband with Kiddy. Ini lah manusia yg banyak berjasa kepada kami sepanjang 4 hari di Langkawi. Dia lah yg sponsor resort, lunch, dinner....naik Duck Tour ni pun free aje.

Sebenarnya tak sangka pulak nak naik Duck Tour. Sampai-sampai aje kat Cable Car, Aida terus ajak naik. Benda free ni kan I like....naik aje lah. Kami di bawa pusing-pusing tengok pemandangan dan bot-bot orang kaya di situ.

Ini salah satu bot mewah milik orang kaya...hehehe...

Tau tak ni apa? ini adalah rumah yg digunakan untuk penggambaran filem 'Ana and The King'. Rumah ni tak terjaga, terbiar macam tu je. Bila dah malam seram pulak saya tengok.

Actually hari ke-3 ini sangat penat tapi enjoy. Malam ni jugak kami tidur kat hostel Kiddy sebab kami dah check out kan...so menumpang kat hostel staf-staf restoran dia. Hostel tu tak ada orang pun, hanya kami berdua.

Esok sudah mahu balik, tapi nak tengok LIMA show dulu.

Tuesday, December 13, 2011

Langkawi - day 2

Second day in Langkawi, I woke up pretty early, took a shower and get ready to go out for sight seeing around Chenang. Apa-apa hal breakfast dulu. Then, sementara menunggu Kiddy and Aida pick up, kami jalan-jalan di Laman Padi.

Nothing special in Laman Padi. Puas dah tengok padi disepanjang highway kat Kedah dan Perlis. Tapi untuk mengisi masa yg ada, tak salah nak masuk ke sini, lagi pun tak payah bayar apa-apa, free aje. Masa kami masuk tu, tak ada orang lain, hanya kami berdua saja..hehe. Tempat ni macam tak berapa menarik sebab hanya menunjukkan kawasan padi, untuk pelancong luar sesuai la kot.

rice garden omputih kata

sawah padi..
tak ada apa yg menarik sangat pun..


Kiddy dan Aida amek kami berdua untuk pergi ke Galeria Perdana. Katanya berbaloi jugak lah melawat ke sini, bayaran hanya rm5 sahaja. Tempat ini macam sebuah muzium tapi bukan muzium, menyimpan segala macam jenis hadiah dan barang-barang milik mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr.Mahathir. This place is nice.

this is Ruby Crude Oil, hadiah dari Petronas sempena lawatan ke Hanoi, Vietnam

contoh kondensit, juga hadiah daripada Petronas

salah satu craft dari negara mana entah..
diperbuat daripada sabut dan tempurung kelapa


ni pun ada..
kereta kuda ke kereta lembu...tak pasti lah pulak


dan kenderaan yg pernah digunakan oleh Tun disepanjang khidmatnya..

Banyak lagi gambar tapi tak payah la attach semua. Lepas abes melawat Galeria Perdana, Kiddy dan Aida bawa kami makan di sebuah gerai bernama Teratak Laksa Kaw Rossabina. Makanannya sedap dan murah.

Saya order laksa Langkawi, the taste is quite similar with laksa Perlis. Sedap.


Cendol..
1 mangkuk hanya rm1..
sedap.


Lepas makan, Kiddy turunkan kami di Underwater World. Kali ke-3 saya masuk. Sama je macam dulu. Harga tiket rm28.

salah satu tarikan dalam Underwater World ni ialah Penguin.

pelbagai jenis ikan..

Ini aje lah aktiviti kami untuk hari ke-2. Malam, merayau kat kedai-kedai souvenir, singgah kedai gambar untuk burn gambar dalam kamera ke DVD, almaklum lah memory card saya tak mencukupi untuk snap gambar hari berikutnya.

Beli burger tepi jalan, makan dalam bilik sambil tengok tv. Indah.