Monday, February 28, 2011

simple and easy

Saya scrub muka dgn yogurt spa milk salt...garam asli. Hilangkan dead skin.



Saya scrub badan dgn Olive Body Scrub from Bodyshop.



Kadang-kadang...saya tepek muka dgn putih telur. Terbaik.

Ini la cara saya merawat muka dan badan dengan cara yg paling 'malas' dan murah. Malas sebab buat sesekali je, murah sebab tak perlu keluar modal yg banyak kecuali scrub bodyshop tu. Eh, tapi scrub tu saya beli dah setahun...kira jimat la kan sebab pakai sesekali je.

Sejak-sejak rajin hiking, kulit muka dah cepat berkarat.


Saturday, February 26, 2011

a shoulder to cry on - tommy page

A good song is not only depends on the rhythm, but also on creativity of the lyric.




Life is full of lots of up and downs,
But the distance feels further,
When it's headed for the ground,
And there's nothing more painful,
Than to let your feeling take,
You down.

It's so hard to know,
The way you feel inside,
When there's many thoughts,
And feeling that you hide,
But you might feel better,
If you let me walk with you,
By your side,

And when you need,
A shoulder to cry on,
When you need,
A friend to rely on,
And when the whole world is gone,
You won't be alone,
Cause i'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be yur friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone cause i'll be there,

All of the times,
When everything is wrong,
And you're feeling like,
There's no use going on,
You can't give it up,
I'll help you work it out,
And carry on,

Side by side,
With you till the end,
I'll always be the one to firmly hold your hand,
No matter what there said or done,
Our love will always continue on,

Everyone needs a shoulder to cry on,
Everyone needs a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone,
Cause i'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be your friend to rely on,
When the whole world is gone
You won't be alone,
Cause i'll be there,
You have my shoulder to cry on,
I'll be there
I'll be the one to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone,
Cause i'll be there,

And when the whole world is gone,
You always have my shoulder to cry on.

Friday, February 25, 2011

walk in interview

Dapat tahu pasal benda ni dah lama, tapi baru hari ni nak tolong promosikan. Kepada sesapa yang rasa nak cari kerja tempat lain tu, try la walk in interview hari ni dan esok bertempat di Nikko Hotel, Jalan Ampang.

Aku nak pergi tak?

Tak kot.

Kenapa?

Seperti yang aku cakap, aku tak ada BEM. Lepas tu experience belum cukup untuk melayakkan aku melompat kerja tempat lain. Cukup la haritu bos dah interview aku dalam bilik dari pagi sampai petang, teruk jugak aku kena. Jadi aku rasa mungkin aku tak ada rezeki lagi. Walaupun aku buat banyak benda, HVAC, rotating, material dan static, tapi aku buat sikit-sikit. Sana sikit, sini sikit, jadi apa yang aku tahu pun sikit-sikit je la.

Sabar....tengah sabar ni....


Thursday, February 24, 2011

iktiraf

Kesian aku...kalau pergi interview kat Runhill or Technip dah memang sah-sah kena reject sebab tak ada BEM. What to do? Aku dah register BEM 2 tahun lepas, tapi oleh kerana ada masalah teknikal dan masalah dalaman lain, BEM aku dan ramai lagi yang lain pending. Unimap ni pun satu, aku ada dengar banyak cerita pelbagai version pasal universiti ni. Nak cerita detail karang takut aku kena saman pulak...hehehe.

Pilihan yang ada ialah kena ambil master. Master apa? Masterchef ke? hahaha. Atau pun kena ambil additional paper dengan Unimap untuk melayakkan diri didaftar dengan BEM. Aduhai...seksanya jiwa raga. Yang company aku ni pulak dah sibuk-sibuk mintak BEM registration number. Ermm...

Tiba-tiba aku teringat salah sorang Project Manager pernah cakap kat aku, dia kata dia tak akan ambil exam IR. Alasan dia....apa penting sangat IR tu...it's just a name. Yang penting you boleh buat kerja.

So sekarang, aku nak tanya, apa penting BEM tu? Ianya sebuah pertubuhan untuk mendaftar jurutera-jurutera di Malaysia ini. Kira macam jurutera berdaftar yang di iktiraf la. Maknanya aku ni jurutera yang tidak di iktiraf. Oh ya...dah banyak projek jugak aku buat, dah banyak dokumen aku prepare, cuma aku bukan jurutera yang di iktiraf. Kira kalau tengok dalam senarai beribu-ribu jurutera di Malaysia ni, nama aku confirm tak akan ada, seolah-olah aku tak wujud. Arghhh...sedih.

Aku memang berniat nak ambil master. Pernah ricky2 universiti mana nak ambil, but the problem is sapa nak tanggung pengajian aku tu? dari segi masa pulak, aku rasa buat masa sekarang aku agak sibuk, sibuk dengan kerja, sibuk beraktiviti luar....ermm, kena manage time kalau betul-betul nak amek.

Takpe...takpe...boleh pikir lagi.....tenang-tenangkan diri....



Tuesday, February 22, 2011

la vie est compliquée

So many things happen in my life lately. The bad things, the good things. I know more peoples have so many questions to ask me, but they dare not or don't have a strength to ask. My suggestion is if you concern about someone, or really want to know about someone, ask them personally. Don't ask other person because only me have the answer.

There are some people who are angry on me, and I have lost one of them. Thanks Allah, at least I still have my parents.

Dear Allah, give me the strength to survive.

Life is complicated.

Monday, February 21, 2011

the beauty of nature in Tabur Hill (Bukit Tabur)

My friends 'Geng Gunung' and I was planning to go to Tabur Hill, Taman Melawati last Saturday. Actually this is very short discussion planning through facebook and email. Alhamdulillah, our journey was successful. I have fallen in love with the beauty of nature in Tabur Hill so much.

I woke up late actually. Tuhan je la tahu macam mana gelabahnya saya bila alarm handphone tak berfungsi. Bangun, terus ke dapur buat sandwich, then mandi. Janji dengan Kay pukul 6.00am, tup-tup Kay pun lambat sebab ada sikit sesat, sempat lah saya solat subuh kat rumah. Tengah solat, telefon bunyi, saya tahu itu Kay. Dia dah sampai. Turun, jumpa Kay, beli sarapan kat depan rumah tu, tunggu Kay solat kat surau area rumah saya, then terus gerak ke tempat kejadian. Complete tak cerita aku untuk menerangkan mengapa aku lambat. Haha.

Kami sampai ke tempat kejadian lebih dulu dari yang lain. Janji nak jumpa kat petrol pump apa ntah, BHP kot, tapi semua tak perasan petrol pump tu kat mana, terus je gerak sampai ke Taman Melawati, area rumah besar gedabak, rumah orang kaya. Stop kat tepi rumah orang dan menikmati sarapan pagi dalam kereta.

Tak lama lepas tu Huz, Miza, Nurul, Fikri dan Uteh (selaku guide kami) sampai dan terus bergerak bersama-sama. I was so excited this time. Actually memang dah lama saya mengidam nak hiking kat Bukit Tabur ni. So Allah makbulkan impian saya ni. Syukur.

Tiba disana, briefing sekejap la dengan Uteh, then terus start hiking. Trail mostly batu-batu dan agak memenatkan lah. Mula-mula panjat je dah tercungap-cungap. Bila jadi macam ni, terus teringat Pinnacles. Semangat Pinnacles terus membara dalam hati saya. I can do it. Trek mula tak susah, cuma penat sebab angle agak tinggi. Jangan lupa tips makan chewing gum untuk membantu pernafasan. It's help!

Jalan sikit, dah nampak view yang tersangat cantik. Ya Allah...indahnya alam ciptaanMu. Terlalu cantik bagi saya selepas Gunung Kinabalu. This is the Dam of Klang Gate. Macam gambar dalam poskad.

the beauty of nature in Tabur Hill

..and we can see the KLCC and KL Tower from here

Teruskan pendakian slowly sebab sibuk snap gambar. Kami di khabarkan bahawa jalan turun nanti bukan jalan yg sama masa naik, so of course la kami tak akan jumpa lagi view ni masa balik kan, that's why kami tak lepaskan peluang untuk snap gambar.

"Hey, look at that, rumah Yusof Haslam"
We can see the house of one the famous actor/director in Malaysia, Yusof Haslam from here.


Same as Pinnacles, we have to climb the 90 degree angle to reach the top. Tak perlu ladder, guna 2 kaki, 2 tangan untuk memanjat sebab ada tempat nak pegang. Kat Pinnacles, batu-batu licin, takde tempat nak pegang, that's why kena guna ladder. Best! Tapi ada satu tempat yang agak mencabar tu saya mengelat guna jalan lain yg lebih mudah sebab saya tengah pening masa tu, malas nak bermati-matian. Next time, I will try it.

Salah satu kesulitan yang entah ke berapa, pegang tali kuat-kuat, bawah tu gaung. Kena tengok dulu tempat nak pijak, jangan main pijak aje. Sempat lagi aku sengih kan..

Kami enam orang di salah satu puncak, siap ada bendera Malaysia lagi. Thanks to Fikri kerana snap gambar ni. Memahami betul dia. Oh ya, jangan lupa pakai sunblock ye sebab cuaca panas gila, kecuali kalau ada orang yang suka kulitnya tanned.

Salah satu gambar yang saya suka tengok, combination yang cantik dengan pokok hijau dan langit biru.

Kami sampai di satu kawasan macam dalam taman...sangat cantikkkkkkk. Masa ni la saya rasa terkilan yang amat sangat sebab tak ada kamera sendiri. Kameraku masih di hospital, tunggu nak operate. Jadi menumpang kamera orang la ye. Seriously, I like this place so much.

Berhenti rehat sekejap

Selepas bergambar sakan, kami berhenti makan dulu, mengisi perut yang lapar. Masa ni saya dah start sakit kepala. Ni la masalah aku turun temurun, dehydrated. Tak cukup air, tak cukup oksigen kat otak. Aku paksa telan sandwich untuk tidak membiarkan perut kosong dan telan 2 biji ubat dengan harapan akan hilang sakit itu. Air mineral dah nak habis. Peringatan untuk ke Bukit Tabur, bawa lah bekalan air yang banyak at least 1.5 liter or 2 liter.

Lepas siap makan, kami bergerak turun. Seperti yang saya mention tadi, jalan turun tak sama dengan jalan naik. Untuk turun, kami melalui trek yang kurang mencabar sangat, jalan tanah biasa melalui kebun-kebun. View tak cantik macam trek naik. Untuk kasut, pakai lah rubber shoes. Saya pakai hiking shoes, so rasa macam tak grip sangat memijak tanah tu. Tak selesa.

Masa balik ni pun sempat lagi berhenti bergambar di satu pokok yang bercabang-cabang ni. Terima kasih la kepada si tukang snap gambar yang sanggup memanjat pokok demi nak dapatkan nice angle. Terbaik.

What I want to say is...I want to come back here again. Tabur Hill is a nice place, beautiful nature view tetapi ia agak merbahaya dan perlukan pengawasan. Lagi-lagi dah ada rekod orang jatuh, sesat dan...meninggal pun ada. So kena berjati-hati dan pergi lah dengan guide. Thanks to Miza for introducing us the nice guider, Uteh. Becok betol mulut dia yer.


All pictures are taken from Whooz, Nurul and Kay. Credit to them.

Tuesday, February 15, 2011

yang, kasih dan cinta

It's not about hati dan perasaan. This is about human name. I have met with 3 cute girls. Their names are cute too. Guess what?

Yang Nur Zulaika
Kasih Nur Shafika
Cinta Nur Shafika

I'm not sure their names spelling are correct or not, but the cutest part is the 1st name of these 3 girls, Yang, Kasih dan Cinta. Saya terjumpa mereka ni secara tak sengaja. I heard their mother calling "Kasih..........Cinta...". Cute huh.

From my observations, Yang and Cinta are tough and a little rough, but Kasih is more gentle, and she have beautiful eyes!. Nama pun Kasih kan, macam sesuai dengan perwatakan lembut, dan Kasih lebih kurus berbanding Yang dan Cinta. Haha, aku dah takde keje memerhatikan anak orang pulak.

Sunday, February 13, 2011

Akan Ku Jumpa - Azfar

I always watch Malay's drama 'Syurgamu Ramadhan' during the fasting month last year and I love the theme song entitled "Akan Ku Jumpa" sung by Azfar. Actually I like the lyrics.






Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakin ku kau kan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini

Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu

Life


Life is everywhere, explore it
Life is a challenge
Life is a gift

Life is a chance
Life is a tragedy
Life is lonely
Life is pain

Life is full of frustration
Life is a mystery
Life is love
Life is made of hurt

Life is not a bed of roses
Life is a dance for you to dance
Life is every state of mind

Life is a puzzle, solve it
Life is full of unexpected
Life is unexplainable

Saturday, February 12, 2011

Jelawang Waterfall - Day 3 and 4 (last day)

Hari ke-3 kami bangun awal pagi untuk melihat awan dari puncak air terjun, tapi hampa kerana selama 2 hari kami menunggu awan yang tak kunjung tiba. Mungkin kami kena datang lagi lain kali untuk melihat awan tersebut. Harapan tinggal harapan je lah.

Walaupun takde awan, pemandangan dari atas tetap cantik. Duduk ramai-ramai sambil menunggu matahari terbit, makan coklat, biskut dan bergambar.

matahari dah nak keluar

tu bukan awan, tu kabus

termenung je la menunggu awan yg takde

Bila dah kecewa awan tak muncul-muncul, kitaorang balik ke khemah dan prepare breakfast iaitu nasi lemak. Makan ramai-ramai memang best.

nasi lemak

Kemudian kami prepare perjalanan untuk ke puncak air terjun yg lebih tinggi dan juga telaga tujuh. Masa ni saya masih boleh tersenyum kerana sekejap lagi saya rasa nak meraung. Entah apa la malang sangat nasib bila kamera yang baru dibeli terhempas kat batu. Rasa nak menangis tengok kamera rosak. Nak meraung pada siapa? meraung dalam hari je lah. Masa tu baru rasa menyesal sebab cuai, tapi nak buat macam mana kan, kaki tersalah pijak kat batu yg licin, saya jatuh dengan kamera sekali jatuh.

senyum dulu

Apa lagi nak cakap, hanya mampu termenung je. Dah 2 kali terkena benda yang sama tapi yang kali ni lagi sedih sebab kamera tu baru. Kesan jatuh tu, lens rosak, blank tak nampak apa. Kalau hantar repair beratus jugak la kena keluar duit. What to do? Apa salah aku sampai jadi macam ni? Agaknya aku terlalu alpa dengan keseronokan duniawi, terlalu alpa dengan kegembiraan, dan mungkin juga aku ada banyak buat salah sesama manusia, mungkin ada orang terkecik hati dengan aku, atau mungkin aku ni sebenarnya tak sedar ada banyak buat silap, aku banyak dosa kot (memang banyak dosa pun). Tapi kali ni aku terlalu kecewa dengan kecuaian diri sendiri. Lepas daripada itu, aku hanya bergantung harap pada kamera kawan-kawan je lah. Mungkin ini caranya Allah nak tarik balik rezeki aku kot.

Sebenarnya aku senyum tu tak berapa ikhlas. Boleh aku cakap gitu? boleh. Lebih baik terus terang. Dalam hati tu tak tahu nak kata apa, tapi demi tak nak spoil kan mood orang lain, aku ketawa je lah. Lagipun datang sini jauh-jauh untuk hepi-hepi, cuma aku dilanda musibah secara tiba-tiba, tapi itu tak bermakna aku harus bersedih sepanjang masa. Aku harus menikmati keseronokan secara palsu, kerana hati aku bukan 100% gembira. Untuk hilangkan kesedihan lagi, aku secara beraninya ikut Azli terjun dalam arus air yg teramat deras. Aku berjaya. Cuma aksi-aksi berani mati aku tu tidak dirakam. Siapa la yang sudi mengambil gambar aku kan..

Aksi-aksi sliding berani mati yang lain ada dalam album Huz. Tapi Huz takde upload pun dalam FB, belum lagi kot. Takpe. Yang penting aku dapat merasa pengalaman yang mungkin orang lain tak rasa. Ceria dalam gundah.

Esoknya iaitu hari terakhir, selepas lunch, lebih kurang pukul 2.oopm kami bergerak untuk balik. Kali ini uncle bawa kami trek lain, kena merentas air terjun. Seronok juga dapat merasa cross the waterfall ni.

Thanks Huz kerana snap gambar ni. Aku kepenatan, cuaca panas.

Kami sampai di resort, tumpang mandi dan tukar baju di bilik air yang ada disitu. Bila dah lawa-lawa, wangi-wangi, kami bertolak balik menuju ke stesen keretapi Dabong. Tapi sebelum tu berhenti bergambar dulu kat tepi jalan. Baik hati sungguh pakcik driver tu kerana sudi melayan kerenah kami yang suka bergambar ni. Lepas tu berhenti lunch sekejap sebelum bergerak ke stesen keretapi. Masa ni kami still 6 orang.

Keretapi sampai lebih kurang pukul 9.00pm. Kami dah tukar baju t-shirt yang dibeli kat kedai uncle Adam, harga sehelai RM25, warna biru. Sayangnya Huz takde masa ni sebab dia dah balik rumah. Cik Huz ni kampungnya di sini, Kelantan. Jadi tinggal 5 orang je.

Perjalanan balik tak ada masalah. Keretapi smooth je, sampai di KL Sentral dalam pukul 9.ooam, betul-betul 12 jam perjalanan. Alhamdulillah, semuanya selamat. Selesai satu episod. Next episod...tak tahu lagi. Kesimpulan, aku enjoy trip ni walaupun ada sikit sedih, nak buat macam mana kan, dugaan. Terima kasih kepada Azli (walaupun dia tak baca blog ni pun) kerana membawa kami semua ke sana, menjadi porter kami membawa makanan dan peralatan yg banyak, membuat lawak-lawak bodohnya dan menghiburkan kami di sana. Thank you all.


END


Monday, February 7, 2011

Jelawang Waterfall - Day 2

kami di cafe

I woke up pretty early this morning. As I mentioned in the previous entry, I cannot sleep well. Asyik terjaga. Six of us went to the cafe in the train to having breakfast. Just a simple breakfast with hot milo/nescafe or tea and toast. Perut saya lapar tapi tak berselera pulak nak makan. Agaknya menu kurang memberangsangkan.

Actually our train had a technical problem and stopped for a while in Kuala Lipis, Pahang. Patut la masa saya terjaga terasa train ni statik je tak gerak-gerak. Rupanya rosak cik jah oi. Tak tahu lah apa kerosakannya, tapi train ni siap boleh beralih ke landasan sebelah. Hehe. Interesting experience for me yg baru pertama kali naik train.

my simple breakfast, nescafe and toast.

We have gone through a long journey from KL to Mentakab, then from Mentakab to Dabong. I was so happy but at the same time feeling a bit tired of waiting to arrive in Dabong. Kami sepatutnya sampai di sana awal pagi juga lah, mengikut itinerary yang telah dibuat, tetapi memandangkan train rosak, maka lewat lah kami tiba di sana.

If I not mistaken, we safely arrived in Dabong Railway Station at about 11.30am. Lebih kurang gitu lah waktu kami sampai. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kami di sini setelah menempuh perjalanan yg agak lama dalam sejarah. Stesen Keretapi Dabong tak besar mana, kecik je dan agak lengang waktu ini. Kami kena melintas landasan tersebut untuk berehat di kedai uncle Adam. Uncle Adam is our guide.

Apakah maknanya meletakkan papan tanda amaran ini? Untuk ke seberang sana, nak tak nak kena la melintas landasan, habis tu nak lalu kat mana lagi? Boleh ke bina jejantas kat landasan ni? hehe.

Di kedai uncle Adam ini lah kami tumpang simpan beg dan prepare untuk aktiviti pertama iaitu caving. Untuk caving ni macam biasa lah, just bawa apa yg penting saja : headlamp, baju hujan, kamera dan yang penting pakai rubber shoes.

This is uncle Adam atau lebih mesra panggil uncle je. Orangnya peramah. Dia banyak menerangkan pada kami tentang limestone. Saya rasa dia ni memang pencinta alam kot. Walau apa pun, dia guide yang baik dan beria-ria suruh kami hiking Gunung Stong dan Gunung Ayam. Next time la uncle yer..

As usual, sebelum start apa-apa aktiviti, kena briefing dulu. Mana boleh main redah je.

Di atas persetujuan ramai, kami memilih aktiviti simple dan santai je. Ini pun dah makan masa hampir 2 jam. Kami dibawa oleh uncle ke Gua Keris. Tak jauh pun dari kedai dia. Treknya pada saya biasa saja, mungkin kami dah melalui penderitaan di Pinnacles, jadi tak ada masalah sangat nak panjat untuk sampai ke gua ni. Betul la kata Burong, kalau kita dah berjaya sampai ke Pinnacles, kita tak akan ada masalah untuk mendaki di mana-mana gunung sekali pun. You are correct Burong. Ada hikmah juga mengalami derita di Pinnacles kan.

This is we call 'welcome frog'. Dalam gua ini ada batu berbentuk seekor katak yang besar. Cantik kan? Unik dan agungnya ciptaan yang maha Esa.

Batu berbentuk katak dari pandangan sisi.

tumbuhan yang ada dalam gua ini. Pokok ini tumbuh macam tu je atas tanah dalam gua.

the beautiful Allah's creation for us to see the greatness

kat sini pun ada batu-batu tajam, macam mini pinnacles. Cantik kan..

limestone yg terbentuk macam rupa gajah..
subhanallah..


batu-batu ni terbentuk macam rupa tengkorak.....scary movie...hehe

kata uncle, ni kasut Michael Jordan.
Actually ini batu yg terbentuk macam rupa kasut gergasi...


Jadi, ini la sebabnya kenapa gua ini dinamakan Gua Keris,..kerana ada batu berbentuk seperti keris...

dan ini pulak batu berbentuk macam ekor ikan..

Kami tak sempat pergi ke Gua Ikan kerana hari dah petang. Maknanya kena datang lagi la ni? hehe. Jadi bergambar je la depan signboard ni. Ok la tu kan..

Actually our focus is on waterfall. Jelawang Waterfall is the highest waterfall in Southeast Asia. Dengan ketinggian 303 meter, membuatkan kami teruja dan tak sabar nak sampai ke atas. Look at the picture above and you can see the human face..,the eyes, nose and forehead. Nampak tak seolah-olah air terjun itu mengalir dari dahi turun ke hidung? Nampak tak? Beautiful Allah's creation. Subhanallah.

Untuk sampai ke atas air terjun itu, kami kena mendaki melalui trek yang licin. Masa ni baru lepas hujan, sekarang pun musim hujan je, so trek memang licin. Siapa yg teringin nak main sliding2...try la kat sini. Kata uncle, perjalanan untuk sampai atas paling lama pun 2 jam setengah, depends pada stamina dan keadaan trek.

Trek tak susah, cuma licin sebab jalan tanah merah. Masa ni pakai la kasut apa pun, tetap licin. Kena hati-hati dan pegang tali kuat-kuat.

We can rest a few minutes in a small hut here. Lepas daripada pondok ni, dah tak jauh dah...kejap lagi sampai la ke camp site iaitu Camp Baha. Tiba-tiba teringat pulak kat abg Baha...ekeke.

Alhamdulillah, Nurul and I safely arrived at Camp Baha earlier than others. Yg lain-lain tak la sampai lambat sangat, lewat beberapa minit je.

Di Camp Baha ni ada kedai kecik untuk beli beberapa barang keperluan seperti minuman, makanan ringan, souvenir dan baju hujan pun ada. Tapi biasa la....harga mahal sikit la yer. T-shirt pun ada jual. Sehelai t-shirt harga RM25, mintak kurang tak dapat..hehe.

Setelah semua geng-geng sampai, kami set up khemah. Lelaki-lelaki gagah set up khemah untuk masak, perempuan-perempuan ayu ni pulak set up khemah untuk kami tidur. Best jugak camping ni rupanya....macam main pondok-pondok. Khemah purple di booking oleh Nurul, Kay dan Huz, khemah merah utk saya, fad dan adik. Apasal Nurul tak amek khemah merah? Ko kan the red lover...hehehe.

Selepas semua khemah dah di set up dengan jayanya, masa untuk prepare our dinner. Masa ni la Azli keluarkan menu ayam masak merah. Dengar kata menunya sama macam kat Berkelah dulu. Hehe..takpe la, asalkan dapat makan. Bukan senang nak makan ayam masak merah dalam hutan kan. Sayur pulak kobis goreng. Alhamdulillah...kenyang perutku.

Masa ni apa yg saya nampak ialah kerjasama. We do all work together. Seronok. Macam satu family pulak. After dinner, kami mandi dalam keadaan sejuk menggigil dalam sungai yg hanya diterangi oleh cahaya headlamp. Indah. Hopefully tak ada orang skodeng la yer. Di sini tak ada toilet. Pandai-pandai la cari port nak membuang. Hahahaha.

Selepas semua selesai, tidur dan buat preparation sikit untuk aktiviti esok. Goodnite everyone.



Bersambung...