Idea ini datang dari Kak Su. Saya tak terpikir pun nak kesini sebab memikirkan betapa sesak untuk berjalan kaki. Bila Kak Su ajak pegi sana, saya pikir ok juga. Yg saya tahu, dah 7 tahun saya tidak menjejakkan kaki ke Central Market. Kami ke sana menaiki train.Mungkin pada setengah orang berfikir, apa la bestnya pegi central market ni. Actually tempat ni ada kenangan yg tersendiri. Ala-ala KLMJ gitu. Kenangan 7-8 tahun lalu dimana saya belum ada kereta, naik train dari Ampang Park turun di Pasar Seni, kemudian jalan kaki ke Puduraya untuk menaiki bas balik kampung. Kenangan tu. Pernah basah kuyup dari sini sampai Pudu, salin baju kat toilet, pastu berkejar naik bas takut bas tinggal. Kenangan, kenangan.
Aktiviti pertama kami ialah makan. Kami makan ayam penyet. Tapi saya order Lele Penyat (ikan keli). Sedap. Memang tak boleh lawan ayam penyet USJ, tapi lebih sedap dari yg kat Ampang Park. Yg kat sini sup dia lain sikit, tapi saya suka.
Dah siap makan, jalan-jalan terjumpa kedai Fish Spa. Bayar rm5 untuk 10 minit spa. Saya try. Rasa geli geleman bila ikan-ikan tu gigit kaki, tapi best la. Lebih geli bila ikan tu gigit tapak kaki. Macam kena geletek.
Jalan-jalan lagi. Banyak dah perubahan dalam CM ni, suasana kedai lebih tersusun dan cantik. Selesa nak jalan, tak macam dulu. Masa ni la rasa touching, apasal ntah tiba-tiba rasa macam tu. Agaknya teringat dulu-dulu datang sini dengan kawan baik.
Lorong Kolonial













