Thursday, September 29, 2011

mengantuk

Kalau mengantuk, jangan drive. Tolong la jangan drive. Selain merbahayakan diri sendiri, ia juga merbahayakan orang lain.

Last week masa on the way back to KL from Endau, kat area Rompin, ada satu kereta Waja depan saya memandu dengan kelajuan biasa 80-100km/jam. Mula-mula ok, tak ada apa yang pelik. Tiba-tiba entah macam mana, kereta Waja tu terbabas masuk ke laluan sebelah (laluan bertentangan), aduhai....cuak saya kat belakang ni. Kereta dari arah bertentangan of course lah lagi cuak, nasib baik ada yang sempat mengelak sikit ke tepi, ada yang bagi high beam.

Kereta Waja tu sempat mengelak juga, kalau tak...selamat dah eksiden. Terus dia bagi signal berhenti kat tepi. Mungkin dia pun terperanjat. Memang sah dia mengantuk. Ramai orang terlelap masa memandu.

So please....kalau mengantuk atau penat sangat, better rehat lah dulu atau suruh orang lain yang drive. Jangan paksa diri memandu kalau tak larat. Nyawa tu berharga.

Wednesday, September 28, 2011

jus alpukat

Dah terjatuh cinta dengan jus alpukat (avocado juice) lepas makan nasi ayam penyet di Kg. Baru. Setakat hari ini, ada 3 restoran ayam penyet yang saya suka iaitu di USJ, Central Market dan yang terbaru di restoran Wong Solo, Kampung Baru.

Terima kasih kepada yang belanja makan ituu...

Bercakap pasal jus alpukat, harus lah saya mencari resepi untuk membuatnya sendiri. Tak pernah saya minum air sampai habis kalau makan kat luar, even kat rumah pun saya cuma minum 3-4 teguk air je. Tapi sejak dah cuba minum jus alpukat ni, terus dah tersuka. Harus lah saya order lagi...harus...harus...


googled


googled


Resepi jus alpukat:

1 biji avocado (ambik isi)
2 sudu besar susu pekat manis F&N
200ml susu dutch lady
ais ketul banyak mana suka
hersheys chocolate syrup banyak mana suka

Cara-cara:
Maka semua ini disatukan dlm blender kecuali syrup.... blend sampai jadi ais blended,tuang dlm gelas, then tuang syrup coklat... nak minum kacau2 la dulu supaya sebati baru sedap diminum.



Bahagia tau dapat minum jus alpukat.



Tuesday, September 27, 2011

optimis

Kita tak boleh merubah situasi yg boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yg kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.

Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya..


Fikir yg baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.


Rezeki anda murah dan segala yg baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yg anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yg buruk sedangkan anda boleh tarik semua yg baik-baik? =)

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yg melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu..Belajar menjadi pemaaf dan anda akan menarik ketenangan datang pada diri anda! =)


Sumber: Facebook


kenapa mesti nak siram kubur dengan air?

Kenapa kalau kita pegi kubur, kita mesti siram atas kubur tu dengan air? atau pun tabur bunga-bunga atas kubur? ada setengah orang siap siram kubur dengan air mawar lagi.

Ni soalan di benak fikiran saya sejak dulu. Bila takde orang jawab, maka google lah tempat mengadu. Google kata siram or menabur bunga tu hanya adat orang melayu, just utk menampakkan yg kubur tu ada orang yg datang melawat. Maka, kalau kita tengok kubur tu semak samun, banyak lalang, macam tak terjaga..maknanya kubur tu jarang-jarang sekali orang dtg melawat.

ok.

Monday, September 26, 2011

Taman Negeri Endau-Rompin

Another unplanned activity. Taman Negeri Endau-Rompin. Actually jangan confuse antara Taman Negeri Endau-Rompin dengan Taman Negara Endau-Rompin...dua tempat ini berbeza. Agak jauh juga nak masuk ke dalam ditambah pula pertama kali sampai ke sini walaupun tak jauh sangat dari Endau, pulak tu jalan nak masuk ke Taman Negeri ni ala-ala jalan kat Cameron Highland, berliku-liku dan berbukit.

simpang nak masuk ke Taman Negeri Endau-Rompin
jauh lagi..


as usual, we had stopped in the middle of the road to snap the picture..
very nice view actually...mcm kat Tasik Kenyir pulak..


tertipu dengan pintu gerbang ini, ingatkan dah nak sampai, rupanya jauh lagi jah..

finally...saya sampai juga di pintu masuk Taman Negeri Endau-Rompin

welcome signboard

Tempat ini sangat sunyi, tak ramai orang yang datang atau mungkin waktu ini bukan musim cuti sekolah, jadi memang tak ramai lah yang ke mari. Tengok dalam visitor book, kebanyakan yang datang ke sini adalah orang luar yang terdiri daripada mat-mat saleh. Mereka suka suasana hutan macam ni agaknya.

To be honest, tempat ni macam tak terjaga sangat, chalet yang ada agak menyeramkan, terpikir dalam hati, ada ke orang tidur kat dalam hutan ni? ada kot.

antara tumbuhan yg ada di sini

kat sini ada air terjun, nice jugak lah.

air terjun yg sejuk

kalau masuk hutan, tak sah kalau takde pacat..

pondok yg ada di situ, boleh duduk dan tengok air dari atas

ini tapak camping bagi sesapa yg nak camping

jambatan...tak tau lah apa yg ada di seberang sana sebab tak pegi sana pun, ni utk jungle tracking...saya dtg utk rehat-rehat aje..

ini chalet yg kat belah luar...yg ni baru rasa tak takut sangat nak tidur...cantik pun cantik..
merah gitu


ni anak sungai ke apa ntah...maha jernih punya air..
jumpa di pertengahan jalan nak balik..


keadaan jalan di Taman Negeri Endau-Rompin..
sempit, berliku-liku dan berbukit..

Tempat ni sunyi yg amat, nasib baik ada air terjun, kira ok la juga boleh rendam-rendam kaki. Yg lain-lain tu takde apa yg menarik pun.

Saturday, September 24, 2011

sarapan ala-ala mat saleh

Makan burger dengan roasted capsicum memang rasa best dan bahagia.

Thursday, September 22, 2011

hometown - Endau ------>Semaloi, Pianggu,Penyabong

I was here for the first time in my life, kan saya dah kata walaupun ini kampung tempat saya membesar, banyak juga tempat yang belum pernah saya jejak walaupun sebenarnya tempat itu hanya sekangkang kera je. Ini sungai di Jln Surau, Kg. Semaloi. Air keruh maknanya banyak udang galah.

Saya jumpa pokok bercabang-cabang ini di Pianggu, kampung bersebelahan dah masuk area Pahang dah.

Ini jeti Penyabong, tempat port nelayan dan port kaki pancing

Walaupun tak dapat pegi Krabi, air laut Penyabong ini pun dah cukup mempesona..

ignore kaki saya yg hodoh, lihat air laut yg cantik warnanya tu...

jeti Penyabong

bot nelayan, ada juga bot nak pegi Kelong Acheh kat seberang sana tu, apa ntah nama pulau tu..port kaki pancing jugak

nelayan dan botnya

bot siap dengan nombor plat

ni bukan nelayan, ini penduduk kampung yang turun ke sungai saja-saja nak mancing, bawa enjin sendiri tapi tak pasti bot fiber tu dia punya ke sewa...rasanya dia punya..

ini jeti di Kampung Labong, kampung orang Asli di Endau. Tempatnya agak terpencil, kurang kemudahan, jeti pun dah uzur sangat2..

penutup tirai....gambar tuan tanah..
actually this picture looks like I was in the era of '80s
like it..



Rasa rugi pulak tak merasa dtg ke tempat-tempat ini waktu kecik-kecik dulu.....waktu kecik dulu terperap kat rumah aje...nak keluar mak marah....huhu..

Wednesday, September 21, 2011

hantu susu


I laughed out loud watching this drama.

Synopsis: Mengisahkan 4 jenis hantu dari telemovie yang lepas iaitu Pontianak kg Batu (Erra Fazira), Kum Kum (Marsha Londoh) , Tangisan Langsuir (Zarina) dan Penanggal (Amy Mastura). Keempat empat hantu ni berpindah ke kampung baru dengan niat nak bertaubat dan jadi hantu baik tetapi di kampung tu mula ada pembunuhan dan mereka berempat cuba menyelamat kampung itu dari Hantu Susu.Siapakah Hantu Susu?

Drama komedi yang best.

Saturday, September 17, 2011

hometown - Endau ------>Penyabong

I am addicted to the camera. I like taking pictures wherever and whatever I feel beautiful and attractive. I am not a professional, this is just my hobby and I really enjoy it.

Saya pun tak ingat sejak bila saya mula suka snap-snap gambar ni. Saya takde kamera DSLR pun, saya cuma ada G12 kesayangan saya tu saja, separuh compact separuh DSLR. Saya tak habis explore pun kamera ni, suka hati lah nak setting macam mana, janji nampak cantik.

Hari tu pergi Tanjung Resang, kali ni pergi Pantai Penyabong pulak. Cuaca sangat baik masa tu.

harus lah tuan tanah jadi model

saya sangat suka bergambar dengan sampan/bot...
tak tau lah kenapa..


port baik untuk dating bagi orang kampung saya

actually this place is nice, suitable for those who want to make a pre-wedding photo shoot

I like black and white mode...it's more dramatic..
orang kata selain nampak lebih dramatik, black and white adalah gambar yang paling tulus dan jujur..
orang kata lah...


kaki pancing..

black and white again..

saya dalam mode 'sepia'..
selain black and white, sepia juga kesukaan saya..



Sukanya edit gambar...duduk berjam-jam depan labtop edit gambar pun takpe...


Friday, September 9, 2011

tidak ada yang mustahil dengan usaha dan izinNya

pic from fb

We have been talking about this woman in our conversation between me and my mother during my holiday in kampung last week. This is Idah Awang which my mother said her full name is Faridah and maybe I can call her auntie Idah. She is my mother's old friend who had been living in the States for 17 years.

She is one of the Associate Professor in Eastern Kentucky University. She started live in the US after graduation in PhD and continue her life as a lecturer in EKU. Recently, she has been awarded in Dyer Award for Teaching Excellence, presented by EKU, school of business. Congratulation and I'm so proud of you. Details story you can read here.

Oh saya tumpang bangga, ada juga orang kampung saya yang berjaya di luar sana, di mata dunia. Mak suruh saya search nama dia di facebook. Tengok profile dan gambar-gambar dia membuatkan saya rasa betapa bertuahnya dia kerana telah berjaya di sana.

Mungkin saya tidak mampu untuk menjadi seperti dia, tapi sekurang-kurangnya kejayaan dia memberi saya semangat supaya suatu hari nanti saya boleh jadi seperti dia, walaupun tidak dimata dunia, cukup lah hanya dimata ibu bapa saya.

Masa chat dengan auntie Idah, dia sangat lah humble, dari cara dia, nampak dia sangat down to earth. Kalau saya tak mampu jadi macam dia, mungkin suatu hari nanti, anak-anak saya boleh...sapa tau kan. Jadikan ini sebagai pembakar semangat!


Thursday, September 8, 2011

tolong promote

Tolong kawan....kalau ada sesiapa berminat nak tempah jahit manik, sila la ke blog ini...

http://zazahomeboutique.blogspot.com/

Tuesday, September 6, 2011

hometown - Endau ------>Teluk Sari

Endau terletak kira-kira 306km dari Kuala Lumpur dan mengambil masa lebih kurang 4 hingga 5 jam (mengikut kiraan google map) untuk sampai ke sana. Kalau dah biasa drive 3 jam pun dah boleh sampai, tapi tu kena drive macam nak bunuh diri lah.

Saya di besarkan di sini sejak kecik hingga lah habis sekolah menengah. Walaupun anak jati Endau, saya tak habis jelajah pun kampung sendiri. Tempat jauh macam gunung kinabalu dah selamat saya jelajah, tapi kampung sendiri banyak juga tempat yang saya belum sampai. Sadis jugak lah.

Jambatan Teluk Sari

Beberapa hari sebelum raya haritu saya keluar jalan-jalan kat kampung...orang putih kata sight seeing. Tempat yang saya paling suka pergi kat sekitar kampung ialah pantai. Di Endau, pantai yang agak famous ialah pantai Penyabong, tapi saya lagi suka pergi pantai Teluk Sari dan Teluk Gorek. Dua tempat ni terletak di Tanjung Resang, salah sebuah kampung yang ada di mukim Endau.

Saya suka pantai di sini kerana keadaan pasirnya yang landai dan bersih, cuma kena bersabar sikit lah dengan bau tahik lembu. Biasa lah lembu-lembu kat sini mana pernah sekolah jadi najis-najisnya bersepah lah atas rumput.

Dulu-dulu masa kecik-kecik memang selalu picnic kat sini. Masa tu tak ramai lagi yang tahu tempat ni sebab semuanya tertumpu kat Penyabong. Sekarang tempat ni dah ramai orang tahu, siap dah ada jalan tar yang cantik, orang pun dah ramai bermandi manda, nak camping pun boleh.

Kat padang ragut ni banyak kerbau, suasananya cantik dan mendamaikan. Boleh lah kalau nak berangan konon-konon berada di New Zealand, hehe.

Walaupun airnya tak secantik air laut di Krabi, tapi ia tetap memukau pandangan mata saya

bawak budak 2 orang ni jalan kat air. Sorang sibuk nak main air, sorang lagi sibuk nak cari anak ketam.

ini lah pantai Teluk Sari

jauh kan nak jalan sebab air surut

gambar tuan tanah harus lah ada..

pokok kelapa melambai-lambai

batu-batu tu nampak macam 'mini island'

Pantai Pasir Lanun, itu lah nama pantai di Penyabong..
tak pasti lah kenapa nama dia pasir lanun...
banyak lanun agaknya dulu-dulu..


Balik dari pantai, singgah kejap lah kat depan sekolah saya ni, Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin (SMKUH). Di sini lah tempat saya belajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Banyak kenangan di sini, terlalu banyak untuk di ingati. Tapi dulu warna bangunan sekolah bukan warna ni, dulu warna lain. Bangunan pun dah bertambah. Sayu je hati tengok sekolah, automatik teringat segala apa yang pernah terjadi dan lalui 14 tahun yang lepas. Lama dah rupanya saya meninggalkan alam persekolahan. Ikutkan hati nak je masuk tapi keadaan masa tak mengizinkan, lagipun tak konfiden nak masuk sesuka hati, takut ada orang marah.

Sesekali balik kampung dah banyak perubahan. Banyak rumah-rumah baru dibina, jalanraya pun dah selesa. Indahnya kampungku. Jemput lah datang ke Endau kepada sesiapa yang belum pernah sampai.