Wednesday, November 30, 2011

My Wedding Journal : Bersanding

Pelamin saya simple. Majlis saya pun simple. Simple-simple pun penat jugak. Cerita persandingan saya ni penuh dengan pancaroba sebenarnya. Nak nangis. Tak apa, saya malas nak cerita lagi. Next entry la kita gosip.

Cuma apa yang saya nak cakap ialah perkhidmatan mak andam saya sangat mengecewakan. Siapa yg ada dalam bilik di saat-saat akhir saya nak keluar duduk atas pelamin tahu lah perasaan saya ketika itu. Macam nak menjerit.

Ok tak apa, saya simpan dulu kisah menyayat hati itu.

Majlis persandingan yg pada mulanya diadakan pukul 2 petang dah berubah lambat diatas sebab-sebab menyayat hati tu lah. Walaupun lewat setengah jam, persandingan tetap meriah. Oh, banyak sangat kamera, saya tak tau nak pandang kamera mana satu. Kesian photographer saya terselit dicelah-celah orang ramai. Penat saya nak senyum, sengih..letih urat pipi nak senyum sepanjang masa. Hihi. Tiba-tiba saya rasa macam artis pulak..muahaha.

tunggu pengantin lelaki yg tengah busy bayar tol kat pintu pagar
hahaha..


Tradisi negeri Johor ni memang macam ni, nak boleh sampai ke pelamin tu, habis la duit bayar tol. Mengalahkan tol highway plus. Tapi seronok. Kalau orang luar Johor mesti pelik apasal pulak nak kena bayar-bayar tol ni...nak bersanding pun kena bayar ke. Actually, benda ni just for fun, bukan adat yg wajib, saja suka-suka sebab nak bagi nampak meriah.

Selesai bayar tol baru boleh duduk atas pelamin. So pada siapa-siapa yang nak kawen dengan orang Johor, macam ni lah caranya. Jangan terkejut pulak kalau kena tol. Benda ni saja suka-suka je tau.

Penat nak senyum, seriously...saya dah tak tau nak senyum macam mana, nak pandang kamera mana. Terima kasih kepada yang datang dan menyaksikan persandingan kami.

With GGK: Kay, Amy, Nurul dan Huz. Terima kasih korang kerana sudi datang dan menunggu hingga aku bersanding. Terharu rasanya.

with my adik-adik ipar

Dah lepas bersanding, makan beradab pulak. Saya langsung tak boleh nak telan makanan tu semua, main paksa je makan. Bukan sebab tak sedap, tapi macam tak boleh nak makan dalam keadaan depan orang ramai macam tu. Rasa macam semua mata tertumpu kat saya, tengok saya makan. Macam mana saya nak makan macam tu...tak boleh la...sedap macam mana pun lauk tu, memang tak boleh makan.

Ni cousin saya punya idea. Dia beli coklat bentuk duit emas, suruh saya baling kat budak-budak. Meriah jugak. Berebut budak-budak kat situ kutip coklat. Konon-konon baling syiling emas..hahahaha.

Dah siap makan beradap, bergambar sekejap kat atas pelamin. Masa ni makanan kat meja beradap tu dah selamat kena tibai dek kaum kerabat kami. Diaorang yg kenyang makan lauk pengantin, hehehe.

Lepas tu kami salin pakaian warna gold pulak. Baju yg ini memang khas untuk potong kek dan outdoor. Actually kami bukan potong kek, kami potong pulut kuning. Saya lebih prefer potong pulut kuning, mak saya pun cadangkan potong pulut kuning. Kata mak, kek tak sedap...makan pulut lagi best. Hahaha...ok la, pulut pun pulut la. Saya ikut saja cakap mak, almaklum lah lepas ni saya bukan dibawah tanggungjawab mak lagi.. :(

Ini keluarga mertua saya. Ma dan abah. Masa ni saya datang rumah mertua sekejap, bergambar dan kenal-kenal saudara. Rumah mertua sekangkang kera aje...golek-golek dah sampai :D

Lepas dah bergambar dengan keluarga mertua, kami bersama photographer ke Teluk Lipat, Bukit Tekedai dan sekolah untuk sesi outdoor photoshoot.

Balik dari outdoor....kelaparan! :D

Penat kawen ni eh...


Next entry....outdoor photoshoot.

Monday, November 28, 2011

My Wedding Journal : Nikah

Dengan sekali lafaz, tanggal 19 November 2011, saya sah menjadi isteri kepada suami saya, Ahmad Shahril. Rasa macam bengong-bengong je, betul ke aku ni dah jadi isteri orang? Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

Pada mulanya kami merancang untuk bernikah pada tarikh cute 20.11.2011, tapi sebab takut kelam kabut, mana nak nikah, mana nak siap-siap untuk sanding, jadi kami tukar tarikh nikah pada 19.11.2011. Tak kisah lah tu, yg penting segalanya berjalan seperti yg dirancang.

Saya bernikah genap 2 tahun setelah adik saya nikah. Dia nikah pada 19 November 2009.

Yang paling best, dia tengah sarat mengandung dan hanya menunggu detik-detik nak bersalin. Masa saya tengah duduk nak bernikah...dia sakit nak bersalin. Muahahahahaha...dan dia selamat melahirkan bayi perempuan pada keesokannya iaitu tarikh cute 20.11.2011.

Dhia Yasirah Balqis....nama diberi. Yeayyy...saya dah ada anak saudara. Saya dapat suami dan anak saudara dalam satu masa. Alhamdulillah, rezeki.


menunggu detik untuk dinikahkan
pic: credit to Aja, my cousin


sedang dinikahkan..
berdebar-debar masa ni..
saya rasa semua org yg pernah kawen merasai perasaan ini..


dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri..
alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah SWT..


lega...sangat lega..

ketika suami membacakan lafaz ta'liq terhadap isteri

pic: credit to Aja
gambar yg Aja amek cun-cun lah...i loike..

suami menyerahkan mas kahwin
sambil membacakan 'lafaz penyerahan mas kahwin' kepada isteri

mas kahwin negeri Johor adalah yang paling murah..
RM22.50 sahaja..


menyerahkan mas kahwin

giliran saya pula membaca lafaz janji

membatalkan air sembahyang, salam dan cium tangan suami..
kami tak ada buat babak-babak cium dahi sebab pak imam tak berkenan acara tu..


menyarungkan cincin nikah..

close up...
menyarungkan cincin nikah di jari manis sebelah kanan


saya, ketika membaca sesi akujanji dengan mak..
bergenang air mata...
tapi saya dah niat tak nak nangis..
nak happy-happy je..

apabila seorang anak perempuan sah menjadi isteri kepada suaminya..
maka terputus lah tanggungjawab ibu itu terhadap anaknya..
selepas ni saya dibawah tanggungjawab suami saya sepenuhnya..


salam, cium tangan mak..
cium pipi mak..
bohong lah kalau saya kata saya tak sedih..
sedih..
tapi kan dah niat tak nak nangis..


sesi tandatangan autograf peminat..hehe
tandatangan borang nikah..


lafaz dan akujanji suami sambil meletakkan tangan di ubun-ubun isteri..

Majlis pernikahan kami selesai dalam suasana simple. Saya bersyukur dan gembira kerana apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Selesai majlis nikah, diadakan sedikit jamuan makan-makan. Tak lama lepas tu, hujan turun dengan lebatnya...lebat yang amat lebat. Hujan rahmat kot.

Dah selesai semuanya, maka saya pun memulakan sesi berposing-posing ala-ala poyo.

From top to toe...saya beli sendiri..saya suka baju nikah saya..untuk tudung, saya pakai shawl...saya lebih prefer pakai shawl berbanding tudung ekspress..shawl yg ada banyak manik dan labuci. Nasib baik saya beli tudung sendiri, tudung yg mak andam sediakan sangat lah tak lawa. Ada kawan dah pesan, better sediakan tudung spare in case tudung mak andam tak cantik.

Ni posing poyo-poyo atas katil sambil pegang teady bear...muahahaha...poyonya..

ni lagi 14x poyo...hihihi
penat cousin aku melayan kerenah aku bergambar nih...


i like my hand bouquet..
nak harapkan bunga tangan mak andam....pada saya hand bouquet mak andam tak lawa..
nasib baik jugak lah Along buatkan bunga tangan ni..
memang tak pakai langsung bunga mak andam..
ini lah sebab kenapa saya tempah hand bouquet sendiri..
yg mak andam punya tidak menepati citarasa saya..


just married..
doakan kebahagiaan kami..

abaikan adik saya kat belakang pakai seluar pendek tu..
dia baru sampai dari Kuantan... :)



Apa perasaan saya setelah bergelar isteri?
Jawapannya...macam tak percaya. I am married. Saya dah ada suami. Ini lah jodoh saya dan saya berdoa semoga jodoh ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Semoga kami bahagia hingga ke syurga. Amin...doakan kami.

Next story.....sanding.

My Wedding Journal : Hantaran

Saya memulakan cerita perkahwinan ini dengan barang hantaran dulu. Hantaran dari pihak lelaki ialah 7 dibalas 9 oleh pihak perempuan. Sempoi...

Hantaran pihak perempuan kepada lelaki:

Potpourri

Kain pelikat

Kemeja

Set perfume

Coklat

Kasut Bowling

Wallet, belt & tie

Tuala

Sirih Junjung
sirih junjung ni sebenarnya belum siap sepenuhnya...hehe
bila dah siap lupa nak snap gambar



Hantaran pihak lelaki kepada perempuan:

Duit mas kahwin dan cincin nikah
actually ini tak termasuk dalam hantaran kerana yg ni diserahkan sewaktu nikah..


Kek

Handphone BlackBerry

Buah-buahan

Kasut & handbag

Al-Quran, telekung & sejadah

Set perfume

Sirih Junjung

Habis pasal hantaran. Nanti masuk kisah yg paling penting.....nikah.

Sunday, November 27, 2011

Wedding Preparation #7: Jumlah belanjawan perkahwinan

Saya short list bajet mengikut bab-bab yg dah saya cerita sebelum ni...sila la tengok..
  • Kad jemputan Perkahwinan = RM525
  • Pelamin, andam & photographer = RM3100
  • Hantaran & goodiebag = RM3215
  • Guestbook, table decoration & hand bouquet = RM700
  • Persiapan terakhir (makan damai, bunga dll) = RM480
  • Duit hangus (minyak, tol, makan, beli itu, beli ini yg tak cukup tanpa sedar, repair kereta, tukar tayar, apa-apa aje lah belanja yg tak nampak = (+-)RM3000
GRAND TOTAL MY WEDDING BUDGETARY = RM11,020

Besar tak belanjawan saya untuk kawen? ke biasa-biasa je? Pada saya...besar sebab saya tak ada sponsor. Dulu saya ingatkan kalau spend RM10K dah cukup untuk kawen, rupanya tak. Ada sorang hamba Allah pernah berkata, kalau nak kawen at least kena ada duit RM20K...baru boleh kawen.

Yg saya kira grand total ni adalah perbelanjaan saya sendiri, kalau nak campur dengan perbelanjaan mak dan abah yg menambah duit diaorang sendiri..lagi banyakkkk.

Dalam list preparation saya tu tak ada pun tertulis perkataan 'honeymoon'...hehehe...memang tak masuk dalam list pun. Orang semua duk tanya honeymoon kat mana? aku sengih je lah. Hikhikhik...insyaAllah, kalau ada rezeki terlebih dan ruang waktu yg cukup, akan berhoneymoon lah saya...huhu.

Ok, habis dah bab preperation dan bajet. Nanti masuk bab majlis di hari kejadian pulak.



Wedding Preparation #6: Persiapan terakhir

Sebelum saya tulis total cost untuk majlis saya ni, saya nak cerita dan share serba sedikit persiapan terakhir saya sebelum majlis bermula.

Untuk jamuan makan perkahwinan saya ni..semuanya diuruskan oleh mak dan abah saya. Duit hantaran saya tak sentuh langsung, digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan membeli barang-barang keperluan untuk jamuan. Daging lembu, ayam, segala rempah ratus, minyak, beras dan macam-macam barang masakan dibeli mengikut kuantiti seperti yang diminta oleh tukang masak.


Percaya tak, duit hantaran tu tak cukup pun nak menampung perbelanjaan jamuan tu, mak dan abah kena tambah lagi beberapa ribu.
Ohh ya, upah tukang masak ialah RM700. Ini ditanggung oleh my parents, tapi tak pasti dia guna duit hantaran atau duit diaorang sendiri. Tak sempat tanya. Terima kasih kepada salah seorang saudara saya kerana bermurah hati nak sponsor kambing. Tapi malangnya saya tak dapat jamah pun kambing tu. Dia memang dah berniat, kalau saya kawen dia nak bagi kambing sekor. Hehehe...terima kasih, hanya Allah SWT saja lah dapat membalas budi baik itu.

Untuk kos perbelanjaan makan damai, saya membelanjakan lebih kurang
(+-)RM100 untuk membeli barang-barang masak...diatas kerelaan saya. Mula-mula mak hanya suruh listkan barang-barang yg nak dibeli, lepas tu biar dia pegi beli. Tapi entah macam mana, sepupu saya ajak pegi shopping barang-barang tu semua, maka saya pun rela hati lah menanggung kos semua tu.

Untuk hiasan bilik pengantin, saya sekeluarga hias sendiri, tak amek pun pakej mak andam tu. Kalau nak amek pakej mak andam sekali dengan hiasan bilik pengantin, saya kena tambah lagi RM300. Hahaha...mak kata, baik hias sendiri, tak payah lah nak membazir RM300 semata-mata nak hias bilik yg tak seberapa tu. Nasib baik ada sepupu sepapat yg terer memanjat dinding, memasang kain untuk tutup dinding bilik dan gantungkan bunga-bunga.

Meh la saya tunjukkan gambar-gambar disepanjang persiapan terakhir saya sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Saya jadi jurugambar tak bertauliah...almaklum lah aku ni memang suka amek gambar.

ni sepupu saya, Kak Maria...dia salah sorang sepupu yg jadi spiderman...memanjat tangga untuk pasang kain penutup dinding dalam bilik.

ni lah rupa bilik saya sebelum dihias...macam tongkang pecah..
tengok tu...vacuum pun duk atas katil..


bunga-bunga dan peralatan untuk memasang pelamin

nak pasang tiang pelamin

haa...dah berjaya mendirikan tiang pelamin..
apa lah yg dimenungkan oleh Kak Liza..
itu lah Kak Liza..mak andam saya..


pinggan dan goodiebag tersusun dalam bilik belakang

telur pindang dalam bakul di bilik tengah

ni lah rupa bilik saya setelah dihias oleh pakar-pakar sepupu sepapatku..
sangat simple kan...

atas katil tu hantaran untuk pihak lelaki....warna oren

bunga matahari kat katil tu saya beli last minute...sebab dah kehabisan bunga..

meja solek...

saya nyalakan lilin-lilin yg tersusun atas meja solek

masa ni saya belum letak kipas warna warni kat belakang frame gambar tu..

rendam pulut kuning..
saya tak potong kek..
saya potong pulut kuning..


haaa... ni lah teady bear yg saya letak atas katil tu..
beli di Toy R Us...
harga RM39.90


ini teady bear yg saya letak atas meja guestbook..
harga RM89.90
beli di Lovely Lace, KLCC.


ini bantal kecik saya letak atas katil..
saya beli 2 biji..
harga RM50 (untuk 2 biji bantal)

bantal ni pun beli di Lovely Lace,KLCC
bantal ni boleh buat sendiri...tapi saya dah tak ada masa..
jadi terpaksa lah beli..


Lupa pulak nak cerita pasal baju nikah, actually baju nikah saya beli sendiri di Nilai 3. Sangat murah, murah nak mati...satu set baju nikah (baju+kain+veil) saya beli cuma RM170. Daripada saya sewa dengan mak andam, baik saya beli.

Kos untuk bab ni:
  • Belanja barang-barang makan damai = (+-)RM100
  • Teady bear besar = RM39.90
  • Teady bear kecik = RM89.90
  • Bantal kecik = RM50
  • Lain-lain (bunga dan barang hiasan dlm bilik) = (+-)RM30
  • Baju nikah =RM170
Jumlah kos = (+-)RM480

Jumlah keseluruhan perbelanjaan...saya akan tulis dalam bab seterusnya. :)