Wednesday, May 30, 2012

ikan julie

Pegi Kajang.....singgah kedai akuarium....dan aku jumpa ikan yg bernama 'Julie'....rm2.50 sekor...

Hehehehe...

Tuesday, May 29, 2012

6.20 pagi

Semalam aku cuti sebab bapak mertua datang rumah. Sebenarnya aku memang malas pun datang kerja sebab aku tengah tak ada kerja, duk goyang kaki je kat ofis lepas St.Joseph kena hold. Semua teamwork bersorak gumbira projek ni hold, semua tarik nafas lega. Projek ni kecik tapi agak gila.

Ok, berbalik pada cerita aku tadi. Lepas setel semua perkara, hantar bapak mertua pergi KDN, hantar kawan dia pergi klinik pakar, aku dan husband pergi Kajang, hantar tablet aku yang tak kurang gila tu. Balik rumah dah maghrib. Malam, aku duk ngadap tablet tu. Keluar masuk simcard, keluar masuk broadband, hampeh. Bongok betul benda ni. Ke aku yg bongok?

Sudahnya handpon aku pun gila sebab dah banyak kali keluar masuk simcard, time setting dah lari. Cepat 1 jam. Pagi tadi aku bangun tidur macam biasa, normally aku kunci jam pukul 6 pagi. Alarm berbunyi, aku konfiden bangun, mandi...siap-siap apa yang patut lah. Dengan bangga aku keluar rumah macam biasa, pergi ke kereta. 

Masa drive aku tengok keadaan jalan lengang gila. Aku keliru. Kenapa lengang sangat? Pikir punya pikir....oh agaknya sekarang tengah cuti sekolah, sebab tu jalanraya lengang. Aku pun drive la dengan riang ria sambil dengar lagu kat handpon. Lagu Aerosmith okey, pastu layan pulak lagu Bruno Mars. Masuk highway MEX, aku rasa ada la 2-3 bijik kereta. 

Aku duk pikir....aik, kenapa tak banyak kereta? kalau ye pon cuti sekolah takkan lengang semacam je? Langit pun gelap gulita, seolah-olah hari ni public holiday pulak. Aku tengok jam kereta, pukul 5.55 pagi kalau tak silap. Eh jam kereta ni rosak ke? aku konfiden lagi masa tu. 

Drive punya drive, akhirnya sampai la jalan tun razak. Langit masih gelap. Aku pelik kenapa langit ni gelap sangat? Selalunya dah nak masuk pukul 7 mesti dah terang benderang. Hati aku terdetik nak tengok jam ditangan....ohhh..mak kauuuuu...baru pukul 6.10 pagi okey. Uwarggghhh...alarm aku cepat 1 jam.....bengong..bengong....

Apa aku nak buat kat KL pukul 6.10 pagi?

Sudahnya aku sampai opis pukul 6.20 pagi. Tak ada sebijik kereta pun lagi, aku sorang je. Dah parking, aku duk lepak dalam kereta main angry bird. Kesejukan dalam kereta semata-mata nak tunggu pukul 7. Tak kuasa aku nak naik opis pukul 6.20 pagi...ieee...nanti ada 'orang lain' tegur demam seminggu pulaks.

Puas aku ketawa sorang-sorang sebenarnya. Tak penah dibuat orang datang opis pukul 6.20 pagi. Pukul 7 aku nampak jijoe sampai....arhh...selamat. Aku pun naik opis. Hehehehe...

Aku semakin sengal sekarang.

Aku dah betul time setting kat handpon. Esok jangan aku datang pukul 4 pagi pulak.


 



Friday, May 25, 2012

hobi baru

Sekarang ni...sekarang ni la...hobi aku makan, makan, makan. Tiap kali buat check-up, risau sorang-sorang sebab takut terlebih naik berat badan. But so far, berat badan naik pada paras yang tidak membimbangkan (alhamdulillah...hehe).

Aku bukan penggemar ayam sebenarnya sebab aku lebih suka ikan. Tapi sesekali layan ayam goreng rempah ok juga. Lokasi ini tak jauh, di UTM KL. Dekat aje. Cik puan lawa perkenalkan lokasi ni. Pada aku the taste of ayam rempah is so nice and yummy. Tapi pada tekak orang lain tak tau lah.

Hidangan ini datang bersama ayam (of course la kan), lauk lemak daging, sambal belacan dan sedikit sayur. Aku habis makan sepinggan tu..(sungguh tamak haloba)..
 
Sebelum datang ke Secret Recipe, aku sebenarnya nak beli Chocolate Indulgence, tapi bila dah masuk dalam kedai, terus berubah fikiran sebab aku nampak kek ni, Yogurt Cheese Cake. Agaknya sebab sekarang aku tengah gila makan yogurt kot. The taste is sooooo nyum...sebab ada rasa masam-masam. Aku macam tak heran sangat pada cheese tu, aku lebih addicted pada rasa masam yogurt. hah..hah...apakah...

Ok, stok yogurt aku dah nak habes.....harus beli..

angin malam

Malam semalam keluar berjalan-jalan tengok sekitar Putrajaya yang tengah huru hara dengan Hari Belia. Nothing special sangat sebab dah tengah malam, banyak booth dah tutup. It's ok, bukan nak shopping ke apa, just nak cuci mata. Tengok kumpulan nasyid buat persembahan. Kejap je pun. Putrajaya dah bertukar rupa...dari aman damai kepada havoc melampau. Biasalah memang itu pemandangan biasa kalau ada sebarang karnival.

Dan aku nampak Cat Farish tengah buat show dengan group dia, Fabulous Cat. Aku cam muka dia je, muka ahli yang lain langsung tak kenal.

Dah lama tak keluar malam, sekali sekala boleh la...

Thursday, May 24, 2012

boleh ke minum coffee atau nescafe semasa hamil?

google

Saya adalah penggemar coffee, juga nescafe. Walaupun ada fakta mengatakan minum nescafe tak bagus tapi saya tak pasti sejauh mana kebenarannya. To be honest, kadang-kadang saya addicted pada dua minuman ni.

Semenjak pregnant, saya tak sentuh langsung nescafe, tapi kadang-kadang saya masih minum coffee untuk memenuhi permintaan hati yang teringin. Saya akan order coffee latte atau cappucino panas, bukan yang sejuk.

Untuk mengetahui lebih lanjut, saya tanya nurse di klinik masa check-up haritu. Boleh ke saya minum coffee atau teh atau nescafe semasa pregnant?

Nurse jawab, boleh tapi dengan syarat...
1) Jangan minum kerap, sesekali tak apa.
2) Jangan minum coffee atau teh atau nescafe bersama hidangan makanan (pagi, tengahri atau malam). Kalau rasa teringin sangat nak minum, minum pada waktu-waktu free yang bukan bersama hidangan makanan, maksudnya, minum pada waktu-waktu petang. 

Kenapa tak boleh minum bersama hidangan makanan?
Sebab bayi dalam kandungan memerlukan segala zat dan nutrisi daripada makanan yang ibu makan. Jika minum coffee atau teh atau nescafe bersama hidangan makanan, akan hilanglah segala zat dan kebaikan yang ada dalam makanan tersebut. Minuman seperti coffee, teh atau nescafe akan meneutralkan vitamin, zat dan segala nutrisi yang ada dalam makanan yang kita makan. Jadi sia-sia saja lah kita makan makanan yang berkhasiat.

Jadi ingat yer, kalau tiba-tiba terasa mengidam nak minum cappucino ke latte ke...minum pada waktu-waktu free contohnya waktu petang, minum air itu saja, jangan makan apa-apa.....diulangi, minum air itu saja, jangan makan apa-apa.

Dalam hati saya menjerit girang....yeayyy....

Tapi jangan minum hari-hari pulak, sekali sekala takpe..........pesan nurse. Hehehehe...

Sama juga cara makan ubat, contohnya makan obimin, asid folik atau apa-apa ubat. Makan ubat dengan air suam atau air buah tanpa gula. Jangan makan ubat bersama air susu kerana air susu akan meneutralkan ubat tersebut, jadi sia-sia je kita makan ubat, serupa macam tak payah makan. Kesian baby dalam perut kan...

Sharing is caring!
 

Wednesday, May 23, 2012

makanan untuk si kecil #2


Dalam banyak-banyak air buah delima, air jenama ni je yang saya boleh telan. Rasa dia masam-masam kelat. Jenama lain memang tak boleh terima dek tekak.
 
Import dari Arab Saudi.
Sekotak rm8...beli dua kotak rm15
susah nak jumpa air ni...
 
Yogurt. Lately terdorong dan tersuka nak makan yogurt, dari dulu pun memang suka, tapi sekarang lagi suka. Nurse kata bagus makan benda ni.
 
Neurogain. Baru semalam start makan setelah 4 bulan usia kandungan. Lupa pulak akak farmasi tu eksplen kebaikan neurogain ni, tapi ianya salah satu supplement yang baik untuk membantu perkembangan baby.

Lately jugak tersuka pulak makan buah laici, bukan buah laici dalam tin tu, buah laici fresh. Sedap. Manis. Best sangat.

Tuesday, May 22, 2012

hari paling bongok



Hari ni hari paling bongok. Keluar awal dari ofis nak pegi cari CIMB Finance kat Jalan P.Ramlee, sesat barat bagai apa. Park kereta kat Rohas Perkasa, ingatkan CIMB ada kat dalam tu, rupanya tu bukan CIMB kat Menara Hap Seng. Kena menapak jauh ke Menara Hap Seng nun jauh di seberang jalan. Menyumpah-nyumpah jugak la tapi terpaksa la jalan jauh. Sangat bongok aku rasa. Haa...sebelum tu gaduh dengan driver bas (gaduh dalam kereta je pon)...puas aku membodohkan orang hari ni. Tak boleh tahan la..driver bas dengan driver teksi kat KL memang kurang ajar nak arwah.

Dah sampai CIMB kat bangunan Hap Seng tu, dengan bangganya aku amek nombor, duduk amek nafas. Bila nombor aku dipanggil, oh rupanya aku salah bank. CIMB finance kat Wisma Nusantara ye cik....kata orang bank tu. Ya rabbi...apa la malang nasib aku. Wisma Nusantara tu seberang jalan je pon, tapi kena menapak la jugak. Ieee....sakit...sakitnya hatiku.

Aku pon menapak la ke Wisma Nusantara nun di seberang jalan, nasib baik berdua dengan Cik Puan Lawa, kalau aku sorang mau nanges kat situ.


ni la Wisma Nusantara...
siap berposing pulak kat sini sebab sakit hati, penat.....hahaha..
ajak cik puan lawa bergambar...
jom la kita amek gambar kat sini....kenangan ni...
aku tutup muka sebab malu...
debab kan aku..

ni cik puan lawa...
kami berdua dah berpeluh bagai...
duduk sebelah kambing pon kambing pening...
 
dah sampai bank...duduk depan kipas...berlengas ok..
kat kepala cik puan lawa tu kenapa ada 2 biji mata?
opppss...aku lupa nak delete mata tu masa edit tadi....ekekeke...

Tau tak apa jadi kat bank ni? Tujuan aku datang bank ni nak amek geran kereta, nak renew roadtax/insurans sendiri. Rupanya geran kereta aku kat bank PJ. Aku rasa nak meroyan masa tu kat kaunter. Sabar...sabar. Macam mana boleh ada kat PJ pulak? rupanya last time aku renew roadtax, bank kat PJ yang buat, sebab tu geran kereta aku kat sana. 

Orang bank tu suruh aku gi PJ collect kat sana. Ahhhh...tak kuasa makkkk, mak penat nak...mak tak larat nak tekan minyak pegi sana. Kalau macam tu kami boleh courierkan untuk cik, tapi cik kena bayar duit courier RM10...kata orang bank tu. Nasib baik dia layan aku dengan ramah tamah, sejuk hati mak ni. Ok la...courier pun courier la...aku dah penat. Kalau drive sendiri pegi sana pun luak jugak duit minyak aku kan, campur duit parking lagi, so aku bayar aje duit courier RM10. Setel masalah.

Tapi cik kena tunggu 3 hari untuk courier ni sampai yer...kata budak bank tu lagi. Ye la dik...aku dah malas nak layan. Anggukkan aje. Sebelum tu dia duk pujuk-pujuk aku suruh buat roadtax kat situ, aku tak mau.

Itu lah kisah hari ini. Tragis aku rasa. Mak penattttt....


Monday, May 21, 2012

poskad dari Krabi



Terima kasih...dari Krabi datangnya....
Terima kasih sebab masih ingatkan ahli yang dah nak bersara ni....

Friday, May 18, 2012

my pregnancy journal - week 17

Comel tak? budak kecik kan redha aje apa baju yang mak dia pakaikan. Ha..ha..ha..

Cerita lain..

Semalam pergi check-up. Minggu ni dah 17 minggu baby membesar dalam perut, persamaan dengan 4 bulan. Everything goes smoothly. Urine test, done. HB test, done. Blood pressure test, done. Saya sihat. Baby juga. Nurse bagi saya dengar bunyi degupan jantung baby, ada satu alat siap ada speaker membolehkan ibu dengar bunyi degupan jantung baby dalam perut. Bunyi jantungnya laju macam bunyi keretapi. Keretapi ok. Bayangkan lah sendiri bunyi keretapi macam mana.

Nurse bagi nasihat, begini bunyinya:
- Makan buah banyak-banyak, apa-apa jenis buah pon boleh, makan aje.
- Jangan makan ubat dengan air susu, nanti ubat tu jadi neutral, seumpama macam tak makan ubat.
- Pakai stokin waktu keje sebab urat-urat di kaki dah mula timbul sikit-sikit.
- Kekejangan kaki, sakit gigi dan gusi berdarah adalah perkara biasa berlaku pada ibu, dan itu semua disebabkan oleh kekurangan kalsium. Jadi banyak-banyak lah minum susu.

Saya tanya nurse:
- Ada kawan saya kata tak elok makan buah banyak-banyak, nanti baby banyak lendir, betul ke? Nurse jawab, takde lah...! benda tu semua tak betul, takde kena mengena makan buah dengan baby banyak lendir. Tolong jangan dengar cakap orang, dengar cakap nurse atau doktor. Satu lagi, jangan terlalu percaya pada fakta dalam internet kerana tak semua artikel dalam internet tu tepat. Kalau nak tahu info pasal ibu mengandung atau baby, better beli majalah atau buku atau bahan bacaan lain, jangan percaya sangat pada fakta internet.

Masa jumpa doktor, doktor dan sahkan bahawa jika diserang sakit kepala ketika hamil, kita BOLEH MAKAN PANADOL tetapi dalam dos yang dibenarkan. Kalau sakit kepala, makan hanya 2 biji panadol setiap 8 jam. Jangan makan lebih dari itu. Fuhh...aku lega. Lately memang selalu sangat sakit kepala.

 

Next check-up....boleh scan. Tak sabarnya....

Monday, May 14, 2012

hari ibu

Selamat hari ibu untuk mak yang sentiasa disayangi sampai mati. Semoga hidupnya sentiasa gembira walau apa pun dugaan yang melanda. Walaupun saya jauh, namun ingatan kepada mak tidak pernah luput walau sedetik pun. Walau apa orang kata pada mak, ada orang suka, ada orang tak suka, ada orang depan mak je baik, belakang mengata....dia tetap mak saya. Saya kenal hati budinya, saya kenal sikapnya kerana saya lahir dari perut dia dan membesar di tangannya.

Friday, May 11, 2012

nostalgia













moga-moga kalian semua berjaya dalam hidup dan kerjaya...



blog hilang akal

Aku rasa pemilik blog ni gila/hilang akal. Semoga dia mendapat hidayah Allah suatu hari nanti.

Thursday, May 10, 2012

tiket percuma


Suatu petang saya ke Alamanda bersama husband. Niat nak tengok wayang, cerita The Avengers. Sampai-sampai terus menuju ke kaunter tiket, orang tak ramai. Tengah beratur tu, datang satu couple ni, tak tahu lah diaorang ni bangsa apa, Malaysian ke foreigner, tak pasti. Dia datang menuju ke arah kami dan bertanya:

"Do you want to watch The Avengers?" yang si lelaki bertanya.
"Yes", saya dan husband menjawab serentak.

"Actually I have 2 extra ticket The Avengers 3D, I have bought for my friends but they do not coming.." katanya. Dia menghulurkan 2 tiket tu kepada kami.

"How much do you want to sell to me?" saya tanya.
"It's up to you....berapa-berapa lah"..eh..eh boleh cakap Melayu pulak.

Lepas tu girlfriend dia kata..

"It's ok...I give to you for free.."..dia senyum, terus bagi kat husband saya tiket tu dan blah.

Saya pandang husband, husband pandang saya. Hahaha. Kami gelak. Rezeki...rezeki...dapat tengok wayang free. Sebenarnya plan asal kami nak tengok yang 2D je, tapi dah dapat tiket free 3D...layannnn.

Movie ni gabungan 4 superhero, Ironman, Thor, Captain America dan Hulk. Nice movie actually...nice sampai aku terlelap sekejap. Terlelap sebab pakai cermin mata 3D tu....hahaha...setiap kali tengok movie 3D pasti aku terlelap.

Terima kasih lah kepada 2 orang couple tu, tak kenal pun siapa mereka. Tak pasal-pasal dapat tengok wayang free.


Wednesday, May 9, 2012

3 perkara

Sebenarnya aku dah lama memikirkan hal ini....hari ni aku menggunakan perkataan 'aku' sepenuhnya. Ada beza guna 'aku' atau 'saya'.

Hal yang selalu aku fikirkan namun tiada jawapan yang agak pasti:

1. Dalam bilik mesyuarat, boleh dikatakan semua Melayu sedang duduk bermesyuarat, tapi dari awal sampai akhir, cakap bahasa inggeris. Aku gelak dalam hati, apakah bahasa melayu ini memalukan ke untuk digunakan sebagai bahasa rasmi di pejabat? ok fine, di pejabat mungkin ada bangsa asing, mat saleh, jepun or apa-apa bangsa la, tapi aku selalu jumpa orang melayu sendiri cakap omputih sesama mereka. Ok fine, aku tau bahasa inggeris tu penting, kononnya lambang kemajuan seiring dengan kemajuan dari negara barat, tapi kenapa Jepun, Korea dan Jerman boleh maju tanpa mengagungkan bahasa inggeris? mereka sangat bangga bertutur bahasa ibunda mereka. Kalau orang luar nak datang belajar di negara mereka, haruslah wajib mengikuti kursus bahasa mereka dahulu. Sebab tu mereka bijak, bukan senang nak dapatkan ilmu dari  orang Jepun. Suatu masa dulu aku terdengar seorang nenek bercakap inggeris di rumah bersama cucunya. Mereka pun Melayu. Cucunya fasih cakap inggeris tapi pelat cakap Melayu. Aku sangat hairan situasi itu. Kenapa yer?

2. Orang selalu bagi harapan palsu pada aku. Contohnya, dia berkata begini....kalau you ada apa-apa masalah atau tak faham, datang jumpa i...jangan diam aje. Harapan tu macam sedap didengar. Tapi bila aku betul-betul tak faham dan bertanya, dia marah dan hentam aku balik. Eh...ni pun you tak tau ke...benda ni basic je...bla...bla...bla...dia membebel 1 jam dalam bilik. Aku tadah telinga. Dulu aku hanya diam membisu sebab aku tak tau nak jawab apa, tapi sekarang aku dah berani menjawab secara jujur bahawa aku benar-benar tak tahu. Contohnya, apa itu scaffolding? kalau tak tahu, boleh google sekarang. Sebenarnya aku selalu nampak scaffolding tu cuma aku tak tahu nak panggil benda tu apa, aku selalu panggil benda tu ceracak besi. Aku senyum dalam hati bila ingat tentang ni. Pada aku tak perlu lah dia nak melenting, cakap elok-elok kan boleh. Kalau dah dasar panas baran kan...

3. Aku berada di surau ofis, di suatu petang dulu, lama dah. Masuk seorang perempuan muda free hair, berseluar ala-ala skinny jeans, dia nak solat. Ok fine. Dia pakai telekung tapi tak pakai kain, oleh itu dia hanya bersolat dengan hanya memakai telekung dan seluar dia tu. Aku ternampak di kuku jari kakinya ada pewarna kuku, bukan inai, warna pink terang. Dia solat macam biasa, tiba-tiba tangannya turun kebawah membetulkan pinggang seluar dia, satu pergerakan yang aku kira macam keterlaluan dalam solat. Kalau setakat nak garu gatal tu biasalah. Aku rasa semua orang tahu basic pergerakan ketika dalam solat yang tidak akan membatalkan solat kita tu. Aku pun bukan pandai sangat dalam soal agama ni, cuma aku terfikir aje.

Aku pun tak tau apa yang perempuan ni nak betulkan pada seluar dia tu. Lepas tu dia solat macam biasa. Yang aku musykil ialah pewarna kuku di jari kakinya tu. Sangat musykil. Sampai sekarang aku tak faham dengan perempuan tu. Dia pakai pewarna kuku, solat tak pakai kain, kalau nak pakai seluar pun tutup la kaki tu dengan stokin, lepas tu bergerak-gerak ketika sembahyang. Aku tak pernah cerita kat sapa-sapa hal ni, aku tulis kat sini lah buat pertama kalinya.



Tiga perkara itu saja yang aku fikirkan. Namun ada satu perkara yang aku ingat sampai sekarang. Satu pesanan dan kata-kata dari abah aku:

"Jangan kecik hati kalau kena marah, kena marah tu perkara biasa. Kalau kau tak kena marah macam mana kau nak pandai. Jadikan benda tu sebagai proses pembelanjaran, kalau kau salah, mengaku salah. Jangan melawan"

Aku pegang kata-kata tu. Aku rasa aku akan pegang kata-kata tu sampai mati kot. Bab melawan tu, aku bukan melawan, tapi ada masanya kita kena protect diri sendiri ketika sedang berdebad. Bukan nak tegakkan benang yang basah, tapi nak perbetulkan keadaan yang orang salah anggap. Tapi aku selalu tewas ketika berdebad. Lagi-lagi dengan orang-orang atasan, yang dalam bilik tu pun. Sebenarnya aku memang selalu tewas ketika berdebad dengan sesiapa pun. Hanya satu aku terfikir:

Diam itu lebih baik. Sebab itu Allah ciptakan aku ni sebagai manusia yang pendiam dan tak banyak cakap. Kalau nampak aku diam tu bermakna aku dah tak ada apa nak cakap, bukan marah tapi tak ada apa nak cakap. Diam aje lah.

Tapi bila aku diam, orang cakap lain pulak.

Boringnya.

Monday, May 7, 2012

sabtu - pesta buku

Sabtu, pegi Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Orang ramai. Biasa la tuh. Tapi saya rasa kali ni ramai sebab last week ramai orang tak dapat pegi, terhalang dengan perhimpunan BERSIH. Tujuan utama saya ke sini hanya lah satu, nak cari buku Sudoku. Hah..hah..hah..
 
Balik, singgah lepak kat jambatan Putrajaya tu. Tengok pemandangan. Ambil gambar.
 
Siang-siang boleh lepak lama-lama kat jambatan ni, tapi kalau malam polis datang halau suruh balik.
 
Cuba teka kat mana saya beli strawberry ni? kat pesta buku PWTC okeh. Murah, sebekas besar penuh cuma rm12. Tujuan utama beli sebab terliur nak makan dengan coklat.

Petang ahad, cairkan coklat, curah aje strawberry ni dalam coklat, gaul rata-rata. Jadi lah strawberry chocolate. Sedap juga. Rasa masam-masam campur dengan manis-manis coklat. Aku makan sorang. Ada orang tu tak minat...., bagus...tak payah berebut. Hehehe.

Thursday, May 3, 2012

sup ketam

Semalam masak sup ketam, ratah ketam tanpa nasi. 3 ekor ketam sederhana besar saya makan sorang. Tamak haloba. Habis tu...husband tak boleh makan ketam, jadinya terpaksa la saya makan sorang. Sebenarnya suka..sebab tak payah share dengan dia..hehehe..

Ketam di angkut dari kampung. Jauhkan bawak ketam ni. Bukan setakat ketam, ada ikan jugak. Ni la aktiviti baru kalau balik kampung, angkut barang basah.

Percaya tak, ni la pertama kalinya dalam hidup saya masak ketam. Siyes. Tu yang call mak tanya ketam ni sedap masak apa selain dari masak lemak atau sambal? Masak sup pun boleh.....wah macam menarik. Saya memang suka hirup-hirup kuah ni.

Mak pun bagitau la segala ramuan.....ok senang aje, beressss.

Ni je yang tinggal...

Resepi sup ketam mak saya sangat lah simple, pejam mata pun boleh masak. Tak tau la resepi mak orang lain...

Bahan-bahan: 
3 ekor ketam sederhana besar
1 labu bawang besar (kalau nak guna bawang merah pun boleh) - dikisar/tumbuk
3 ulas bawang putih - dikisar/tumbuk
1/2" halia - dikisar/tumbuk
beberapa biji cili padi (kalau nak pedas letak la lebih) - di ketuk aje
sedikit daun sup
sebungkus soo hoon
sebiji tomato (ni aku pandai-pandai tambah sendiri, mak tak suruh letak pun..hehe)
air
garam (tapi saya tambah maggie cukup rasa)

Cara-cara:
1. Tumis bahan kisar dan cili  padi sehingga naik bau.
2. Masuk kan air (agak-agak la sendiri air tu nak banyak mana). Tunggu sehingga air mendidih.
3. Bila air dah mendidih, masukkan ketam. Tunggu kejap. Pastu masukkan soo hoon. Kalau rasa soo hoon tu banyak sangat, masukkan separuh aje.
4. Masukkan tomato. Perasakan dengan garam dan cukup rasa, kalau nak letak gula pun boleh tapi jangan banyak sangat.
5. Bila dah mendidih, tutup api, taburkan dengan daun sup.
6. Sedia untuk di baham.

Simple je kan. Tak payah pening-pening pikir.


Blog aku ni dah jadi blog masak-masak dengan blog ibu-ibu mengandung kan... :D