Friday, June 29, 2012

beger mek di


Pagi-pagi tadi ada orang belanja beger Mek Di. Arigato yer En. Me kerana membelanjakan beger Mek Di ni untuk saya dan PuanLawa. Oleh kerana aku dah melantak roti telur kat kedai mamak tadi, maka aku KIV dulu beger ni sampai pukul 10am. Kebetulan tadi aku duk sibuk pindah tempat, tenaga pun dah abes banyak la kunun....so beger ni la yang me'nopup'kan semula tenaga aku yang hilang akibat mengangkat pc yang berat itu.

Ok sekarang tempat duduk aku dah privacy sikit. Kalau aku nak menggaru ke nak belek-belek jerawat ke, nak amek gambar sendiri guna henpon pon dah tak malu sangat. 

Hikhikhik.

Monday, June 25, 2012

Lanun Steak

Aku tak boleh lupakan Lanun Steak kat Uptown Damansara. First time makan kat sini, tapi husband aku dah penah datang dulu-dulu. Mula-mula aku nak order Beef Steak tapi dah takde, so orang kedai suggest order Sirloin Steak. Aku angguk aje.

google...
sebab tak sempat amek gambar, kamera pulak tinggal dalam kereta
tapi ni la kedainya..

 Sizzling Sirloin Steak
aku snap guna henpon je sebab kamera tinggal dalam kereta

Kenapa nama kedai ni Lanun Steak? sebab dia ada sos putih yang diberi nama Sos Lanun. Aku suka steak ni, dagingnya super duper lembut, black paper sauce yang sedap dan sos putih yang nyummm. Yang paling aku suka ialah harganya...sangat murah. Dua sirloin steak dan 2 gelas fresh orange, harganya around rm30+. Pada aku murah sangat dah tu sebab 2 orang makan. Air fresh orangenya pun gelas besar.

Kalau nak sos lanun, kena bagitau orang kedai tu....saya nak sos lanun. Mula-mula aku tak tau apa ke benda sos lanun tu, husband aku sedap aje order. Bila aku makan, sebenarnya memang sedap kalau dah dicampur dengan black paper sauce tu.

Aku lagi suka steak ni daripada steak kat Marche.

Kenapa la uptown damansara ni jauh dari Putrajaya? Kalau lah dekat......adehhh..

Thursday, June 21, 2012

kejang kaki


Aku selalu terjaga diwaktu-waktu tertentu ditengah malam dan kena kekejangan kaki. Masa tu punya la sakit Allah saja yang tau. Apa yang aku buat ialah dengan menegakkan kaki setegak-tegaknya supaya rasa kejang tu hilang, kalau bengkokkan kaki memang lagi bertambah-tambah sakit dan rasa nak meraung.

Kekejangan kaki biasa terjadi kepada orang mengandung....kata nurse. Itu semua disebabkan oleh kekurangan kalsium. Kalau boleh minumlah susu 2 atau 3 kali sehari. Elakkan ambil pil kalsium, lebih baik minum susu kerana susu adalah bahan semulajadi yang lebih mudah diserap oleh badan berbanding pil kalsium yang ada bahan kimia tambahan.

Melalui bacaan, ini yang aku dapat:
Cemana nak elak kan kaki kejang???

Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali (seperti yang digambarkan di atas) sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam. 
- Tak pernah buat pun

Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.
- Yang ni memang selalu buat :)

Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV. 
- Putar buku lali tak pernah, cuma urut-urut kaki tu biasa

Makan makanan kaya dengan kalsium. Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.) 
- Ya..ya dah tanya doktor, doktor suruh minum susu banyak-banyak dan elakkan ambil pil kalsium.

Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus
 - Tak pernah sentuh langsung minuman bergas sejak pregnant.

kuih raya

Tempahan kuih raya dah dibuka. Bukan aku yang jual, orang ofis. Dah tak lama nak puasa, sekejap je kan. Terkejut aku dapat katalog kuih raya siap dengan sample sekali. Gigih mereka cari duit.

Harga kuih raya buat mata aku celik besar-besar...sebabnya tahun ni aku tak boleh beli satu tapi kena beli dua. Satu untuk family sendiri, satu lagi untuk family mertua, baru adil ye tak.

Aku kan lemah semangat dalam bab-bab shopping ni. Terpedaya la juga. Kalau tak tempah sekarang, lama-lama aku tetap kena beli juga. Plan dalam kepala ada kuih yang nak buat sendiri. Plan je la...aku ni selalu plan je lebih, buatnya tidak. Tapi akan diusahakan lah, untuk kuih yang sempoi-sempoi je, yang komplikated tu sori.

Wednesday, June 20, 2012

doa pelindung diri

Tadi ada orang tiba-tiba kena histeria kat level 21, terkejut aku. Pertama kali aku tengok orang histeria, tapi aku tak pegi dekat pun, duduk diam-diam je kat meja. Baru nak jenguk-jenguk konon-konon nak intai apa yang berlaku, dah kena marah dengan Puan Lawa, dia kata, duk sini diam-diam, jangan nak nyebok kat sana. Hehe.

Abg Razak suruh aku baca ayat kat bawah ni, bagus di amalkan sebagai doa harian, insyaAllah, Allah akan melindungi kita. Terima kasih Abg Razak.
 

Maksudnya:
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Petua Beramal:
  • Doa ini dibaca 3 kali di waktu pagi, insya-Allah sepanjang siang Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan. Jika dibaca 3 kali di waktu maghrib, insya-Allah sepanjang malam Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan.
  • Bila hendak pergi ke suatu tempat yang berisiko/merbahaya, tempat kerja, bermusafir, balik kampong, hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7 kali.
  • Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7 kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
  • Lazimkan juga membaca surah al-Fatihah & ayat Kursi setiap kali selepas solat 5 waktu.

Tuesday, June 19, 2012

tanya doktor

Aku tanya Dr. Zubaidi personally pasal makan durian....nampaknya jawapan Dr. Zubaidi sama macam jawapan Dr. Patrick Chia from babycenter.com.

Aku tanya Dr.Zubaidi dalam FB, dia jawab dalam blog. Terima kasih doktor.

durian

Aku tau aku tak boleh makan durian banyak-banyak, tapi saja nak letak gambar durian. Hasil dari kebun di Melaka. Saiz tak lah besar, tapi isinya sedap.




...dan ini durian kecik chumel....macam montot baby..ehehehehe....



Klebang Coconut Shake

Terlanjur dah pergi Melaka kutip durian, tak kan terus nak balik. Aku ke Klebang mencari Coconut Shake yang glemer tu. 

Cari jalan menuju ke Pusat Bandar, lepas tu tengok signboard ke Klebang.

Orang lain dah berkali-kali datang sini, aku baru 1st time nak rasa nih. Aku membayangkan kedainya betul-betul kat tepi pantai, konon-konon sambil minum tu sambil tengok laut, angin tiup sepoi-sepoi bahasa. Oh jauh panggang dari api. Kedainya kat tepi jalan aje, sebelah Caltex. Tapi yang tepi jalan ni khas untuk customer yang nak 'take away', kalau nak duduk minum situ boleh masuk belah dalam. Ada parking jugak kat situ. Aku beria la park kereta kat Caltex.

 Ini kedai yang untuk kita duduk makan minum kat situ.

 Klebang Original Coconut Shake..
semua orang kata sedap..
pada aku...ok, not bad..

 close-up
murah aje RM2
 Oleh sebab aku lapar, aku makan nasi lemak yang ada tersedia kat kedai nih..
murah jugak RM1.20 aje...
nak kata sedap sangat tu tak lah..
bole la...
tapi sambal dia pedas..

 pulut kuning..
tak pasti pulak harga berapa..

 ni la nasi lemak tu..

Dah siap makan semua bagai, terus pusing-pusing sekitar Melaka. Aku ke Makam Hang Tuah. Macam jakun pulak tak pernah pegi Makam Hang Tuah, kesian kan. Sekali tengok makamnya, mak ai...panjangnya kubur Hang Tuah ni. Orang dulu-dulu jenis tinggi ke apa?

Lepas tu aku gagah berjalan ke Tanjung Bidara. Selama ni aku duk sebut-sebut je nama tempat ni, tapi tak pernah jejak pun. Takde apa pun yang best, biasa lah tengok laut, tengok orang-orang mandi manda. Sesuai untuk bersantai-santai di hujung minggu bersama keluarga.

Tahan betul kulit diaorang duk berjemur....ala-ala nak jadi mat saleh gitu.


kebun durian

Aku masuk kebun durian. Diulangi...aku masuk kebun durian. Nyamuk banyak. Lalat banyak. Panas. Berlengas. Tapi enjoy. Kenapa aku enjoy? Sebab bukan aku yang duk mengutip dan mengangkut durian-durian tu. Hehehe.

Aku ke Melaka Ahad lepas. Aku fed-up tengok harga durian yang jual kat tepi jalan tu. Daripada aku beli kat tepi jalan, baik aku kutip dalam kebun yang fresh. Terima kasih la Akademi JPJ Melaka sebab menyediakan kebun yang luas untuk orang-orang JPJ datang mengutip durian.

First time aku masuk kebun durian. Pakai sandle ala-ala nak pergi beli barang dapur kat Mydin. Padan muka sebab licin.

  fresh view

 he started looking for durians..
 dapat lah merasa gigitan nyamuk kat tangan
dah lah aku kurang darah, kau isap lagi darah aku yer nyamuk..
pulang balik darah aku cepat...!

hasil kutipan..
musim durian dah nak abes sebenarnya..
yg dapat ni last-last...tapi sangat puas hati..
 berpeluh orang tu angkut durian

rambutan pun ada...
tapi tak masak cantik sangat lah..
 bunga-bunga liar dalam kebun..

lalang pun kalau dah masuk dalam kamera cantik jugak...


Betul ke orang mengandung tak elok makan durian?


Bukan tak boleh makan tapi jangan makan banyak sebab kandungan gulanya agak tinggi, jadi ditakuti boleh kena diabetes.

Ok noted.


Monday, June 18, 2012

anemia

Aku mengalami anemia. Apa itu anemia?

Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin (hb) yang rendah semasa mengandung. Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah didalam darah berkurangan dari biasa.

Bacaan hb aku cuma 10.3, berbanding sebelum ni 11.1. Mak aku cakap memang rendah pun.

Doktor bagi aku pil Iron untuk tambahkan zat besi dalam badan. Aku kekurangan zat besi yer. Then doktor suruh makan banyak sayur hijau, daging merah, hati, kuning telur, seafood dan apa ntah lagi.

Aku risau juga walaupun aku tak menzahirkan kerisauan itu di wajah. Dah la masa timbang berat, berat aku naik macam apa....3 kali aku turun naik alat penimbang tu depan nurse sebab tak percaya dengan nombor yang tertera. Sah, memang berat aku naik gila-gila tahap dewa-dewa.

Masa check-up kali ni aku dapat nurse yang juga sedang mengandung. Haha. Aku faham hormon dia pun tak stabil, sebab tu dia kira jumlah minggu aku pregnant pun salah. Biasa lah, aku kalau depan nurse agak banyak cakap, lagi-lagi kalau perkara tu aku musykil, dan lagi-lagi kalau dia salah kira dah berapa minggu aku pregnant. Dengan muka konfiden dia kata aku pregnant baru 19 minggu. Aku argue balik, eh saya kira dah 21 minggu. Dia kata eh tak lah...baru 19 minggu. Aku kerut-kerut dahi tak puas hati. Dia kira semula.....a'ah betul la awak dah 21 minggu. Hehehe...aku gelak dalam hati. Kan aku dah cakap, hormon dia pun tak stabil.

Lepas tu dia bertekak dengan aku pasal nak scan baby. Kenapa awak nak scan? aku kira soalan itu macam satu lontaran sebijik batu besar ke arah muka aku.

Aku jawab, saja nak scan, nak tengok keadaan baby, nak tengok gender. Aku jawab tu sambil sengih-sengih lah. 

Dia kata, tak payah scan la, baby awak kecik lagi, bukan nampak pun. Tunggu dah 7 bulan baru scan, masa tu baby dah besar sikit. Buat apa nak tahu jantina...ni mesti 1st baby kan? patut la excited...1st baby rupanya. Awak scan pun bukan confirm baby tu lelaki ke perempuan. Ada yang scan nampak lelaki, tapi bila keluar perempuan....bla...bla...bla....apa entah lagi dia membebel.

Aku jadi geram pulak. Eh suka hati aku lah nak scan ke apa, bukan dia pun yang scan, doktor yang scan. Lepas tu dia belek-belek buku merah aku tu....nampak apa yang Dr. Nur Aishah tulis last month masa check-up, muka dia sengih-sengih. Ooo...doktor yang suruh scan eh....ok la..awak scan la. Iee...ieee...haaa...kan, sebelum sembur orang tu baca lah dulu apa yang doktor tulis. Memandai je dia nak membebelkan aku. Haishhh....hormon...hormon...

Maka aku pun scan la.....

Jeng...jeng....jeng.....walaupun aku tahu, perkara ini tak pasti, maklumlah scan 2D je pun, aku tak mengharap atau meletakkan harapan yang tinggi, aku cuma berserah. Lelaki ke perempuan ke...tak kesah, yang penting baby aku sihat, selamat dan sempurna sifat.

Hahaha......lelaki ke perempuan....ehehehe...

Nanti la yer....nanti-nanti aku bagitau..

Monday, June 11, 2012

medan muara ikan bakar

Sempena cuti-cuti Malaysia aku ke sekitar KL...aku ke Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang. Jauh aku merayap. Tak ada apa agenda, cuma jalan-jalan. Nampak restoran Medan Muara Ikan Bakar, terasa nak cuba.

Aku order tak banyak sebab yang makan cuma aku berdua dengan husband. Jadi jumlahnya pun aku rasa tak mahal, semua sekali rm39 termasuk sekali dengan air.

 
ini lah medan muara ikan bakar

 Ikan kerapu masak 3 rasa..
aku nyesal order 3 rasa sebab ada nenas..
oleh itu aku cuma makan isi ikan aje..

 aku mintak kailan ikan masin..
tapi katanya kat sini cuma ada kailan sos tiram..
aku tak puas hati..
punya la besar restoran ni...dan glemer bagai..
kailan ikan masin pun takde ke..

 tomyam ayam..

 jus tembikai tanpa ais..
aku punya..

 sirap dan ais kosong..
husband punya..

 glemer tisu kat restoran ni...
siap berplastik bagai..

Rumusan yang boleh aku buat, masakan di restoran ni biasa-biasa je, tak lah sedap mana. Aku rasa mungkin restoran ni more to bakar-bakar kot, aku tak order ikan bakar ke apa. Ikan 3 rasa tu ok la..tapi dia goreng garing sangat, kailan tu memang tak sedap, tomyam ok.


Aku tunggu sunset. Aku memang tak ada bakat langsung amek gambar sunset ke sunrise ke atau apa-apa yang berkaitan dengan sun lah. Aku tak tau nak salahkan diri aku ke nak salahkan kamera, tapi aku suka nak salahkan kamera...hikhikhik. Kesian kamera tak bersalah.

Aku rasa lebih seronok amek gambar binatang dan bunga.


KL Butterfly Park


















Tetiba aku berangan nak jadi wildlife photographer. Macam best pulak amek gambar binatang.

Hehe..