Friday, August 31, 2012

kisah Luqman Hakim

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang.
 
Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." 
 
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." 
 
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." 
 
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
 
 
 ******
Faham tak apa maksud kisah ni? Hidup kita ini memang tidak akan terlepas daripada percakapan orang, buat benda betul salah, buat benda salah lagi la salah. Ada je yang tak kena. Kalau kita asik nak fikir apa orang akan kata, sampai bila-bila pun kita susah nak hidup.
 
 
 

Thursday, August 30, 2012

duta toys r us

Aku masuk Toys 'R' Us...Puan lawa nak cari otomen untuk anak bujang dia...tapi tak jumpa...selamat duit kan...hahahaha...

cumel takkkkkk....

 baby twin....



tapi yg best....
aku jumpa ni...

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

ni duta baru toys r us....
ada persamaan tak dengan giraffe tu?
ada kan?


my pregnancy journal - week 32

Dah trimester ke-3, minggu ke-32. Cepatnya masa berlalu. Orang dah suruh aku isi baju siap-siap dalam beg, mana la tau tersakit awal. Aku dah packing baju, takde la banyak, just standby. Sediakan payung sebelum hujan.

Dan aku ter'excited' nak mengemas bilik untuk si kecik. Gunakan apa yang ada je, takde la beria-ria sangat. 

Seriously, aku memang mengah sekarang. Kalau duduk, tak boleh duduk tegak, kena menyandar. Makan pun tak boleh sumbat banyak-banyak. Tapi aku banyak minum air....dan buang air. Pendek kata aku dah jadi bestfren jamban. Aku dan jamban tak boleh dipisahkan. Kalau jamban tu boleh berkata-kata, mesti dia muak tgk muka yang sama masuk jumpa dia.

My due date is 24 Oktober. Agak-agak menepati masa atau tercepat atau terlambat? Huhuhu....I have to prepare on my mentality more than my physically. Mental kena kuat untuk hadapi sebarang kemungkinan kan. Kalau badan tak kuat tapi mental kuat, insyaAllah...kita akan lebih bersemangat. Aku dah rasa sakit contraction tu masa pregnant 6 bulan haritu. Sakit sangat. Mak kata, tu belum sakit yang betul-betul ko nak bersalin...ko akan rasa pinggang ko macam takde....ohh...gitu eh.

Ya Allah, permudahkan lah segala hal.

 

Wednesday, August 29, 2012

wedding onie

Ini Onie, nama gelaran, Wan Aznie nama sebenar. Jiran mertua aku. Dia dah selamat melangkah ke alam baru pada Jumaat lepas. Tahniah.

Aku faham perasaannya ketika ini. Berdebar, takut, terharu....semua ada. Bila dah sah, baru rasa lega. Selamat pengantin baru untuk Onie dan suami. Selamat melayari alam rumahtangga yang bukan saja penuh dengan suka, tetapi dugaan juga. Dia akan faham bila dah melaluinya nanti. Aku doakan dia kekal bahagia hingga ke akhir hayat.



pacific mall

 Pic from Kosmo

3 tahun di JB, 3 tahun la aku melepak kat bangunan ni. Dulu bangunan ni gah, tempat aku dan kawan-kawan makan, window shopping dan melepak-lepak tanpa sebab. Sekarang bangunan ni dah macam tempat berhantu dan aku rasa dah jadi sarang mat gian kot.

Pacific Mall, tinggal kenangan. Di situ lah aku berjumpa seorang lelaki India gila yang aku cop sebagai 'SexMania'. Memang sangat gila. Aku masih ingat macam mana lintang pukangnya aku dan Ana lari daripada India tu sampai Ana jatuh tersembam kat tangga. Gila laju Ana lari masa tu, aku terdetik dalam hati....lajunya minah ni lari, ekekeke. Dalam keadaan takut memang tak ingat apa dah. Yang penting nak selamatkan diri. Bila ingat balik, macam kelakar pun ada. Bayangkan lah kitaorang yang ayu pakai baju kurung ni berlari lintang pukang...ekekeke. Nasib baik masa tu aku tak pakai high heels.

Tu pengalaman pertama jumpa India gila. Pengalaman kedua di tempat kerja lama kat Wisma Persekutuan tu. Ohh jangan tak tahu aku pernah jadi government staff okey. Masa tengah jalan kaki nak balik, ada pulak India naik kereta Wira Aeroback kalau tak silap, berhenti tepi jalan. India tu keluar terus menyorok di sebalik pokok tanpa memakai seluar, di ulangi....tanpa memakai seluar. Bongok kan. Budak perempuan depan aku lari lintang pukang kena sergah dengan India gila tu. Aku yang kat belakang ni terus lari tempat lain, adehhh...kenapa aku yang mesti jumpa dengan orang gila ni...adehhhh...

Dan kalau nak tau kereta India tu ada langsir. Sebab tu aku agak fobia kalau tengok kereta ada langsir. Ekekeke...langsir kat rumah takpe yer. Kalau langsir pada kereta tu aku agak musykil.

Lelaki-lelaki sekalian...tak kira lah apa bangsa dan agama pun, kenapa korang suka tunjuk sesuatu yang tak sepatutnya? Pergi kawen laaa...at least ada tempat halal untuk melepaskan nafsu, bukan nyorok disebalik pokok, atau merayau-rayau dalam shopping mall, atau kat belakang-belakang bangunan, pastu bukak seluar. Sengal!





Monday, August 27, 2012

raya 2012 - Endau, Mersing, Pontian

Aku hadapi bulan puasa tahun ni macam biasa, cuma terlebih penat sikit sebab nak kena bawak badan yg berat. Family belah hubby agak ramai, bukan agak ramai....memang ramai pun. Kemeriahan tu terasa sebab rumah mereka dekat-dekat, jalan kaki je. Family aku pulak kebanyakan tinggal di luar Endau, nak tunggu berkumpul ramai tu berjanggut jugak lah.

So ini adalah family my husband.








 Ini pulak family aku di Mersing.





Ni family di Benut, Pontian.
Actually saudara mara di Benut ni aku tak berapa kenal dan rapat sangat, jumpa pun setahun sekali.






 Beraya rumah kawan husband...
yg baju oren tu kawan sekolah dia..

dan ini Kiddy and Aida...
tak sangka diaorang sudi datang ke rumah..
walaupun dah lewat malam...
makan aje apa yang ada....hehehe..


Hari raya yang memenatkan....dan menggemukkan.




Friday, August 24, 2012

1st day raya 2012

 semua orang kata aku tembam....huhu...

Sambutan Aidilfitri 2012 untuk pertama kalinya sebagai isteri, bergambar di pagi raya bersama keluarga mertua. Dengan keluarga sendiri tak ada adegan gambar-gambar sebab mak tak pakai baju raya di pagi raya, alahai...macam mana nak bergambar. Takpe, gambar-gambar di Pontian ada, later-later aku update.

Lepas salam-salam dan membedal ketupat rendang, pergi rumah mak dulu, mak pakai tshirt dengan kain batik je, rimas katanya pakai baju raya. Hahaha. Lepas tu pergi beraya rumah kaum kerabat hubby, jenuh kaki ni berjalan dari rumah ke rumah, perut pun dah tak boleh menerima makanan lagi. Kenyang anak aku dalam perut membedal macam-macam. Hehehe.

Apa-apa pun, raya tahun ni ada kelainan sebab dah ada keluarga lain. Dulu dengan keluarga sendiri je. Walaupun penat tapi seronok. Badan dah melekit bagai tetap jugak nak beraya. Jangan tak percaya, dah tua-tua bangka macam aku ni pun still dapat DUIT RAYA okeyyyyy.....i like....





Thursday, August 16, 2012

aku pun nak ucap selamat hari raya juga

Semua orang dah sibuk-sibuk ucap selamat hari raya, bermaaf-maafan. Lepas raya buat dosa balik...kihkihkih. Kidding.

Raya tahun ini aku agak pening kerana memikirkan untuk 3 rumah. Dah tentu, belanja pun lebih. Apa boleh buat, dah lumrah alam. But I'm glad I can make my own kuih raya, and cook for berbuka at home. Ia tidak semudah yang disangka. Dalam keadaan yang macam ini, sudah masuk 30 minggu membawa anak dalam perut, aku rasakan yang aku adalah 'superwoman'.

Cuma sesekali aku beli je kat luar untuk berbuka. Tapi bazar ramadhan sekarang sudah tidak ada jiwa. Yang mana sedap tu sedap lah, yang mana tak sedap tu redha aje lah. Cuma aku pernah terbeli kuih yang berharga 60 sen seketul. Mahal kan? Tak sedap pulak tu. Kadang-kadang aku rasa penjual kat bazar ni macam kejam. Tapi tak semua. Ada yang ok. Ada jugak yang kerek, yang kedekut berkira pun ada. Alah...lumrah alam kan.

Jadi di sini aku pun nak mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua. Maaf untuk segala keterlanjuran kata. Moga kita semua dapat menyambut raya dengan gembira bersama keluarga tercinta. 

Memandu dengan berhati-hati. Jangan memandu laju-laju, rumah kita tu tak lari kemananya...jadi tak perlu terkejar-kejar. Ingat orang-orang tersayang yang menanti kepulangan kita.







Tuesday, August 14, 2012

14 ogos - happy birthday to you


hari ini e.m.p.a.t b.e.l.a.s o.g.o.s...
hAppY biRthDaY tO yOu...
sEmoGa diPaNjaNgkaN uSiA...
diMurAhkaN rEzekI...
dAn sEmogA jOdOh kIta kEkaL bErpAnjaNgaN
hiNggA kE akHir uSia...

i LovE yOu...





protected : bosan sesangat

Monday, August 13, 2012

mengira

Ni keje aku sekarang, count the movement of my baby. Everytime, everywhere. Seronok jugak. Kena bawa buku kemana-mana aje aku pergi. Tapi kalau dah berjalan dalam shopping complex, tengok baju, tengok beg, mana ada aku nak mengiranya. Hihihi.





lamb chop

Aku pegi Carrefour Alamanda, niatnya cuma nak beli balang plastik untuk simpan kuih raya, tapi benda lain pulak yang aku beli.

Lamb!

It's quite cheaper, 5 keping rm30. Kalau makan kat kedai sepinggan lamb dah bape hengget kan. Aku tak pernah masak lamb dan ini adalah untuk pertama kalinya aku cuba-cuba nak memanggang lamb ni. Google resepi, tapi last-last aku ikut resepi yang mak aku bagi.

Lamb Chop.

Bahan-bahan:

Untuk perap daging kambing:

5 keping daging kambing
*4 atau 5 biji bawang besar (bawang besar yang aku guna tak besar sangat)
*5-6 ulas bawang putih
*1" halia
*sedikit lada hitam
*3 sb sos lada hitam
*2 sb madu
*sedikit garam, gula dan serbuk perasa

(Sila blend halus bahan-bahan bertanda *)


Untuk black pepper sauce:
Sedikit butter (untuk menumis)
2 biji bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (potong dadu)
2 sb tepung gandum
sedikit sos cili
sedikit kicap manis
sedikit serbuk lada hitam
sedikit tepung jagung
air

Cara-cara:

dalam bekas besar, perapkan daging kambing dengan bahan blend tadi selama 1 jam,
tapi aku perap 30 minit je.

kemudian, panggang atas kuali leper atau non stick pan,
kalau guna kuali leper biasa tu kena letak minyak sikit la,
aku letak minyak sapi..

 untuk black pepper sauce pula,
cairkan butter..

kemudian masukkan tepung gandum, campur sikit tepung gandum tu dengan air ye..
masa tumis ni, tepung tu memang akan berketul-ketul sket..
kacau je sampai sebati.

kemudian, masukkan bawang besar dan bawang putih..

 gaul-gaul jadi macam ni..

 bila dah naik bau,
masuk air..
air tu agak-agak sendiri la banyak mana..


kemudian, masukkan sos cili, sos lada hitam, serbuk lada hitam dan kicap manis,
kicap tu jangan banyak sangat, nanti kalau warna terlampau gelap tak cantik..
bila dah mendidih, warna dia akan jadi makin gelap...so tak nampak cantik masa menghidang,
rasakan dengan garam, sedikit gula dan serbuk perasa.. 
untuk nak pekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung dgn air.

 dah boleh serve dengan kentang goreng dan coslow..
takde la cantik sangat presentation aku kan..
hahaha..

 tapi habis juga...
licin..
makan kat rumah memang buruk lantak sket..



ini lah menu aku berbuka semalam dan sahur pagi tadi.
I love lamb so much!



biskut makmur

Aku ni old fashion. Aku suka kuih raya jenis lama-lama, contohnya kuih makmur, baulu, biskut suji dan semperit. Kuih yang canggih-canggih sekarang ni suka juga, tapi bukan kategori feveret. So dengan tabah hatinya aku sedaya upaya buat kuih makmur. Actually kuih ni bukan setakat kesukaan aku, tapi adik aku juga. Tiap-tiap tahun dia akan request aku buat kuih ni. Sama macam cornflakes madu tu.

Aku ikut resepi google, tapi biasalah, aku tak akan ikut 100%. Aku suka nak godak-godak resepi tu ikut tekak aku. Jadi ini adalah resepi aku yang telah di godak.

Biskut Makmur.

Bahan-bahan: (Untuk 50-60 biji)

Untuk inti:
200gm kacang tanah
4-5 sb gula halus
sedikit minyak

Untuk bahan doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung
minyak sapi (tak ada sukatan, ikut banyak mana boleh kepal)
gula halus untuk salut kuih

Cara-cara:


 goreng kacang tanah tanpa minyak..
kemudian, buang kulit, kalau tak nak buang kulit pun takpe.
blendkan halus, then campur dengan gula halus..
ikut suka la kalau nak manis lagi boleh lebihkan gula..
lepas tu tuang minyak sikit supaya kacang tu boleh melekat, nanti senang nak masukkan inti ni dalam doh..

 Untuk doh pula, aku guna sukatan cawan ini...
satukan tepung gandum dan susu tepung dalam mangkuk, gaul-gaulkan sebati,
kemudian gaulkan pula dengan minyak sapi,
gaul sampai agak-agak boleh kepal, jangan keras sangat, jangan lembik sangat.

 ini doh yang dah siap sebati..
banyak ni boleh dapat 50-60 biji..

 bulatkan doh kecik-kecik,
leperkan, masukkan inti kacang tanah tadi,
kemudian bulatkan semula, kalau nak bentuk lonjong macam yg aku buat ni pun boleh..
debab-debab kan kuih makmur aku...hahaha
kemudian, bakar dalam oven pada suku 160 degree C selama 15 minit.

bila dah masak, keluarkan dan sejukkan dulu,
dah sejuk, gaulkan dalam gula halus...
dah boleh makannnnn....


senang je kan...
 tapi aku buat 60+ biji ni pun dah semput cik non...


 

Saturday, August 11, 2012

cornflakes madu

Tak sangka tahun ni aku ada mood nak buat kuih raya. Ala...kuih sempoi je pon. Cornflakes madu. Kuih paling senang dalam dunia.

Cornflakes madu

Bahan-bahan:
250gm cornflakes
150gm butter (aku main agak-agak je butter ni sebab takde alat penimbang)
90 gm gula (oleh kerana aku takde alat penimbang, aku tukar jadi 4 atau 5 sudu besar gula, bergantung pada tahap kemanisan yang kita suka)
5 sudu besar madu
 chocolate rice warna warni untuk hiasan


Cara-cara:

 satukan butter, gula dan madu dalam periuk,
cairkan atas dapur dengan api paling kecil,
kacau-kacau sampai semua bahan cair.

 bila semua bahan dah cair, akan jadi macam ni...

 tuangkan campuran butter, madu dan gula yang dah cair tu ke dalam bekas yang ada cornflakes,
gaul-gaul rata sampai semua sebati..

 sudukan adunan kedalam paper cup..


 hiaskan dengan chocolate rice warna warni..

 kemudian, bakar dalam oven pada suhu 150 degree C,
bakar menggunakan api bawah sahaja selama 15-20 minit.
yang ni dah siap di bakar ye,
keluarkan dari oven, sejukkan dulu..

dah sejuk, baru simpan dalam bekas kedap udara..
tutup kemas-kemas supaya tak masuk angin..
nanti lemau...huhu..
dah boleh makan...

senang kan?
budak darjah 6 pun boleh buat..



 


Wednesday, August 8, 2012

semi-D

Tempat duduk baru yang konon-konon privacy. Boleh la dikatakan privacy, tapi setiap orang yang lalu nak ke tandas pasti akan menoleh ke aku jugak. Tak kesah la, janji dah tak duduk tepi highway macam dulu. Lama tau menyewa di tepian highway....sekarang dapat rumah semi-D...baru best. Hihi.

Siap ada 2 bijik bantal untuk aku peluk dan tidoooo...

Tuesday, August 7, 2012

JPO

Khamis malam rushing balik kampung, hantar adik ipar urgent nak kena naik kapal hari Sabtu. Jumaat aku MC, hehe. Sabtu, masa hantar adik ipar tu, singgah ke Johor Premium Outlet (JPO). Saja cuci mata. Nak cuci poket, poket dah siap dicuci awal-awal gaji lagi.

 bawak Ezral skali...
dia kata tempat ni best...
aku pon tak mengerti apa maksud 'best' dia tu..
hehe..

 lengang kan..
sebab aku sampai awal...
pukul 10++ gitu..



 aku masuk kedai coklat...
beli la 2-3 jenis coklat..

 takde keje masuk vincci amek gambar...

 dan beli kasut...
vincci je pun..
macam la kat kl takde vincci...
hahahaha...

On the way balik, aku kena jem kat Jalan Kota Tinggi. Jem yang tak bergerak langsung, sempat keluar kereta amek gambar. Aku ingat kan ada eksiden teruk sebab ramai yang keluar kereta menuju ke depan. Rupanya....bukan eksiden, tapi ada orang tebang pokok, pokok tu melintang atas jalan. Patut la aku dengar ada sorang mamat tu marah-marah...ye la, apa ke sengal tebang pokok melintang atas jalan. Adehhh....buang masa je la.

Tolong jangan tebang pokok melintang atas jalan....bongok.