Wednesday, October 24, 2012

zhareef - suka kentut



Haritu tok mak dia nak salinkan pampers..biasa la dah berat dengan air kencing...ieeee. Zhareef ni kalau orang nak salin pampers mesti dia nanges. Tengah dia nanges2 tu....tiba-tiba dia kentut...kuat pulak kentutnya...dia terkejut terus nanges lagi, pastu buat muka tak bersalah.

Saya ketawa terkekek-kekek...apa daaa....bunyi kentut sendiri pun terperanjat ke....

Mesti dia pelik, apa benda la yang keluar dari vontot aku tu....kihkihkih...

Zhareef kuat kentut....




Monday, October 22, 2012

zhareef - suka ngarok


Zhareef ada angin. Dia tak boleh lambat bagi susu, sure mengamuk. Saya pulak sedang berperang dengan diri sendiri dan berusaha macam mana nak banyakkan air susu. Sabar la Zhareef, buat masa sekarang kena la campur dengan susu formula yer. 

Zhareef manja, asik nak berkepit je. Owh...Zhareef dah 3.3kg, last week timbang. Ada peningkatan dari lahir yang beratnya 3.08kg.




Thursday, October 18, 2012

hari ke-13


Tempoh berpantang yang saya rasakan ter.....lalu lama dan banyak dugaan. Tapi kini saya dah rasa sikit selesa, cuma boring yang amat. Dah la jauh dengan hubby...huhu, nasib baik family ada dan family mertua pun dekat sekangkang kera je.

My daily routine is totally change. Tapi saya dah boleh manage sikit-sikit. Mula-mula dulu sampai meleleh air mata. Bayangkan di saat anak sendiri lapar nak susu, tapi saya tak boleh nak buat apa-apa sebab saya kekurangan susu. Sangat sadis.

Nasib baik ada insan-insan mulia sudi datang ke rumah menyelamatkan keadaan. Terima kasih sahabat kerana menenangkan suasana yang buntu dan bercelaru. Terima kasih kerana membantu saya yang dalam keadaan susah dan tak tahu nak buat apa. Allah sajalah yang akan membalas jasa baik itu. Saya sangat terhutang budi dan akan saya ingat sampai mati. Terima kasih jugak kepada si kakak sebelah meja opisku kerana mengambil berat. Tak tau nak cakap apa...semoga Allah balas jasa baik mu itu.

Kelahiran Zhareef tidak di duga. Kelahirannya cepat 19 hari dari tarikh jangkaan. Namun saya bersyukur kerana semuanya selamat. Cuma keadaan sedikit kelam kabut kerana kelahirannya terlalu awal dan saya sendiri tidak bersedia apa-apa baik dari segi mental dan fizikal. Yang paling penat ialah hubby, kesian dia ke hulu ke hilir menguruskan segalanya. Nasib saya baik kerana family kebetulan ada, tapi bercelaru jugak sebab sibuk terkejar-kejar nak ke majlis konvokesyen adik saya di UIA.

Hari ini hari ke-13 saya berpantang dan saya sudah boleh handle sendiri Zhareef tanpa bantuan mak kecuali nak mandikan dia. Bab-bab nak mandikan baby ni memang saya tak konfiden, jadi memang mak kena tolong lah. Yang lain alhamdulillah....saya uruskan sendiri Zhareef. Berjaga tengah malam pun dah tak kisah sangat. Awal-awal dulu memang pening kepala dibuatnya kerana Zhareef ada angin. Saya amek masa 2-3 hari jugak nak memahami perangai Zhareef dan sekarang saya dah tahu apa kehendak dia. Zhareef adalah insan yang baru nak mengenal dunia, saya tahu dia sendiri pun keliru dengan apa yang dia rasa. 

Harap-harap lepas ni keadaan akan bertambah baik. Doa-doakan saya.


Tuesday, October 16, 2012

05 Oktober 2012


 credit to pakcik Wak Gelas untuk pic yang cantik ni...


Tarikh: 05 Oktober 2012
Hari : Jumaat

3.00 pagi
-Saya terjaga dari tidur kerana terasa macam ada sesuatu keluar macam air kencing tapi saya tak rasa nak kencing pun. Saya bangun pergi toilet. Laju je air tu keluar tanpa boleh di kawal. Saya dah rasa takut tapi cuba untuk cool. Saya teringat pesanan nurse masa buat check-up, air ketuban kalau pecah memang akan keluar tanpa kita boleh kontrol. Saya kejut hubby. Dia pun macam blur-blur. Kami ni tak ada pengalaman. Nasib baik family saya ada di rumah waktu tu. Hubby kejutkan mak saya. Mak saya suruh saya tidur dulu sebab saya tak sakit apa-apa, dan mak pulak sebenarnya tak pernah keluar air masa dia bersalin dulu-dulu. Dia suruh saya tidur macam biasa.

5.30pagi
- Saya sakit perut. Terasa macam nak buang air besar. Saya bangun dan membuang apa yang patut. Lepas tu saya tidur semula.

7.00 pagi
- Saya sakit perut yang saya rasa kesakitan yang agak pelik. Sakit yang sekejap-sekejap. Saya fikir mungkin itulah permulaan untuk contraction. Masa tu saya sempat fikir lagi, hari ni baru 5 haribulan, due date aku 24...apasal aku dah sakit? Cepatnya aku sakit.

7.30 pagi
- Hubby suruh saya siap-siap untuk ke hospital. Mak dan abah ikut sekali. Nasib baik lah diaorang ada kat rumah masa tu. Sebenarnya tujuan diaorang datang untuk menghadiri majlis konvokesyen adik saya di UIA pada hari ahad nanti. Tup-tup hari ini saya dah sakit. Saya pakai baju ala kadar dan duduk sekejap sambil tahan sakit. Mak bagi saya minum segelas air tanpa saya sedar air tu air apa. Kami bergerak ke Hospital Putrajaya Presint 7. Sampai di hospital, nurse terus hantar saya ke labor room. Nurse check, bukaan dah 4 cm. Hahhh...4cm? Macam tak percaya. Jadi betul lah aku nak bersalin ni....

10++ pagi
- Doktor check, bukaan dah 7 cm. Nurse tanya saya, puan ada minum air selusuh ke? Saya geleng. Masa tu nak bercakap pun dah tak mampu. Doktor pakar datang check, dia tanya saya. Puan nak amek epidural tak? Puan tahan sakit tak?Saya jawab, saya nak epidural doktor. Doktor check graf denyutan jantung baby, doktor kata saya tak boleh amek epidural kerana graf jantung baby tak berapa cantik. Kalau saya amek jugak ianya akan memberi kesan tak elok pada baby. Saya pasrah. Jadinya, saya kena bertahan dengan kesakitan itu. Baru saya tahu macam mana sakit nak bersalin.

12++tengahari
- Doktor check lagi, bukaan dah 9 cm. Doktor induce nak bagi cepat lagi bukaan, tinggal 1 cm je lagi puan...kejap lagi puan akan bersalin, kata doktor. Saya diam saja, dah tak mampu nak bercakap. Hubby ada di sebelah, menemani saya. Hanya Allah saja lah yang tahu betapa sakitnya nak bersalin ni.

12.45 tengahari
- Masa ni adalah masa kemuncaknya kesakitan. Doktor suruh saya teran. Kepala baby dah nampak dah. Percaya tak masa ni saya sempat lagi fikir apa yang saya baca dalam blog seorang doktor, cara-cara nak teran. Saya ingat apa yang doktor tu tulis. Saya teran dalam 3-4 kali, ikut apa yang doktor tu ajar. Sakitnya tak terkata, macam nak putus nyawa, Masa tu saya dengar doktor tu cakap...bagus, teran lagi macam tu, dah betul cara awak tu, teran lagi...teran lagi. Alhamdulillah, tepat pukul 12.45 tengahari, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Maka, lahirlah AHMAD ZHAREEF HAIQAL BIN AHMAD SHAHRIL yang seberat 3.08kg.

Keluar saja baby, terus hilang rasa sakit. Serius tak tipu. Cuma saya kena mengadap sakit nak kena jahit pulak. Tapi sakit jahit tu tak terlawan dengan sakit nak bersalin. Sakit kena jahit tu rasa macam kena gigit semut aje. Hidup-hidup saya kena jahit, tak ada bius apa pun. Saya boleh rasa doktor tu tarik benang satu-satu. Masa ni saya dah flat gila. Dah tak ada tenaga dah.

Selesai semuanya, saya tidur agak lama sebelum kena transfer ke hospital Presint 8 pulak.


Ya Allah, patut lah syurga itu dibawah telapak kaki ibu. Saya dah faham sekarang. Alhamdulillah, saya dah rasa apa yang ibu-ibu lain rasa. Syukur, saya sakit lebih kurang 5 jam dalam labor room dan terus bersalin. Syukur sangat-sangat ya Allah. Hubby setia disebelah saya menyaksikan anak kami lahir depan mata.

Zhareef sayang, mama doakan Zhareef jadi anak yang baik dunia dan akhirat. Mama dan papa sayang Zhareef sangat-sangat. Walaupun kita bukan orang kaya, tapi mama dan papa akan cuba memberikan satu kehidupan yang selesa untuk Zhareef. We love you.




Tuesday, October 2, 2012

my pregnancy journal - week 37

Menghitung hari....tik tok tik tok tik tok....


Salam kawan-kawan yang mengenali diri ini....ayat mcm bagus jek....hehehe

Saya ingin memohon kemaafan dari awak-awak semua jika ada kesilapan saya secara sedar atau tidak, dari hujung rambut hingga ke hujung jari, saya tak tahu macam mana saya akan menghadapi saat-saat melahirkan kerana saya belum ada pengalaman, saya harap saya dapat menghadapinya dengan tabah.

Kepada suamiku yang tercinta, tolong ampunkan segala salah silap dan dosa-dosa saya. Saya harap awak dapat berada disisi saya sewaktu saat itu tiba.

Tolong doakan saya selamat, saya tak tahu bila masa itu akan tiba....bila-bila masa saja. Saya hanya bersedia fizikal dan mental dan Ya Allah, semoga Kau permudahkan lah segalanya.



Aku tak boleh taip lebih-lebih, nanti meleleh......aku kan cepat touching.....hikhikhik