Thursday, November 29, 2012

MAHA 2012

MAHA 2012 bertempat di MAEPS, Serdang, tempat hubby selalu memancing, dan juga tempat saya selalu melepak melayan dia memancing. Gagah juga saya berjalan dengan baby kecik, lenguh kaki cik jah. Sehari sebelum pembukaan MAHA tu saya dah pergi ricky2 dah. Ada satu kawasan rumput lapang...cantik, macam kat New Zealand la. Kihkihkih.



 ada macam ala-ala kat New Zealand tak?
hahahaha...



bunga matahari yang tunduk malu selepas hujan..
 

 buah nenas yang disusun banyak-banyak jadi bentuk klcc..



keluarga mertua..

 

 banyak gambar si kenit tu....tapi semua nampak kaki je...
hahaha...


suka papan iklan nih...
 

 sayur-sayur tu semua sayur betul yer, bukan plastik..


marissa, ezral dan buah-buahan....macam tajuk buku kanak-kanak..
 
 cuba sebut buah apa?
buah apa...?

 buah-buah ni pun buah betul...nak makan...amek je..
kihkihkih

 ni la rangka ikan paus...

dan ini si Tenang....dugong yang mati tersangkut jaring...

Banyak tempat yang tak pergi, penat sangat dah. Lagi 2 tahun la datang lagi. Masa tu Zhareef dah besar, tak payah dukung dah.





Wednesday, November 28, 2012

durian crepe yang sedap


Sana sini sibuk duk cerita pasal durian crepe, sedap sangat ke?

Sedap....!!!

Tak sangka benda ni sedap. Isi durian tu tak la banyak sangat, tapi sebab dah campur dengan whipping cream yang di putar sampai kembang, dia jadi sedap. 

Nak lagi...!!!!!




Monday, November 26, 2012

1st anniversary

Late update. 

19 November lepas adalah tarikh keramat saya dinikahkan dengan husband saya. Sekejap je dah setahun. Cepat betul masa berlalu.

Teringat-ingat lagi waktu bernikah, bersanding dan honeymoon.

Honeymoon dalam Malaysia je....Langkawi yang di taja sepenuhnya oleh seorang kawan. Syok berjalan free.






Sedar-sedar dah setahun, lahirlah permata hati kami....Ahmad Zhareef Haiqal. Dia lah penyeri dan pelengkap hidup kami berdua.


Happy anniversary to us....semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Amin.



Thursday, November 15, 2012

kau yang terindah




kAu yAng tErinDah dALam hIdup Ku...









Saturday, November 10, 2012

10.11.12


Date yang cantik. Tak ada apa nak update sebenarnya. Teringat hari ni tarikh lawa, so nak jugak tulis something.

Hari ke-36 berpantang. Cinonet saya pun dah makin debab. Timbang berat dah 4.5kg. Patut la dukung kejap je dah lenguh urat saraf.  Yang atas tu gambar lama masa kat kampung, masa ni dia belum debab lagi. Actually saya dah 2 minggu di Putrajaya. Jaga diri sendiri...hehe. Tapi sekarang mak dan adik ada...temankan kami. Minggu depan diaorang balik lah.

Semalam cinonet kena cucuk, oh my gucci...dia punya meraung sampai hilang suara. Tapi kejap je tangisnya. Masa kat klinik, cinonet pandai jaga kelakuan, sopan tak meragam, sampai orang sebelah tegur...baiknya budak ni..tak nangis pun. Hahahaha...baik yer, dia belum tengok si kenit ni meraung meragam...abes satu rumah tak boleh tidur. Depan orang dia kontrol ensem...kikiki.

Saya sayang cinonet saya.


Thursday, November 1, 2012

kuatkan lah semangat aku


Zhareef,

At this moment, you still inside my tummy. Terasa rindu pulak saat-saat ni. Apa taknya, 9 bulan ke hulu ke hilir bersama, dan sekarang...Zhareef dah pun selamat keluar melihat dunia. Dunia ini penuh pancaroba tau, ada 1001 dugaan yang perlu ditempuhi. Pada waktu ini, mama sangat struggle untuk belajar menerima tekanan kehidupan baru, terutamanya waktu malam...dan mama sangat frust kerana tak dapat memberi Zhareef suatu benda yg penting...tapi mama akan cuba juga. Di kala ini, mama agak serabut, macam-macam perkara yg mama fikirkan, fikiran kadang-kadang kusut juga.

Baru mama tau....macam mana rasanya ada anak. Kena kuat semangat.