Tuesday, April 30, 2013

politically obsessed

I never talk about politic before. NEVER. But today, I don't want to talk about politic, but the behavior of the politically obsessed.

I am a human who did not mind which party you choose. It is their right.

One day, someone asked me the question:

"Celcom ada problem ke? kenapa tak boleh call/sms ni?"

Then I replied: "Entah, ye kot". I look at my handphone, it was ok. Ya ada line.

But someone else has to give her answer like bullshit:

"Memang celcom takde line sebab berada dibawah pondok Umno"

Oh my oh my...ohh ya Allah, I was very surprised by the answer and I think that is the most stupid answer in the world.

Guys, as I mentioned above, it doesn't matter which party you choose, but please don't give an answer like Cow. If you choose PAS, then I don't mind. If you choose PKR, it is not my problem. If you choose Umno, it's up to you. 

But don't relate other problem with politic. This is so stupid.

Kucing kau mati kena langgar kereta, salah Umno?

Ikan gapi kau mati terbongkang dalam akuarium, salah PAS?

Rumah kau banyak nyamuk sampai anak kau kena demam denggi, salah PKR?

Telefon kau rosak sebab jatuh terhempas, salah DAP?


Think about it.


Monday, April 22, 2013

alergik kucing

Minggu lepas aku cuti hari isnin dan selasa. Minggu ni pun aku cuti hari ni (isnin) dan esok, selasa. Aku tak tau apa pandangan orang melihat aku yang asyik cuti. Mungkin lepas ni akan keluar memo tak boleh cuti hari isnin dan selasa kot.

Semua ni gara-gara budak bambam tu tak sihat. Apa boleh buat, aku bukan buat perancangan sengaja nak cuti pada hari yang sama 2 minggu berturut-turut. Sakit pening bukan aku yang tentukan. Tak mustahil juga orang tak akan percaya kalau aku cakap anak aku sakit.

Takpe lah, yang penting Allah SWT tau segalanya sebab Dia nampak.

Pagi tadi masa bangun nak pegi keje, budak bambam ni pun bangun nak menyusu. Aku macam biasa la belai-belai kepala dia. Sekali tu aku rasa kepala dia panas, badan dia pun panas. Bukan dedar tapi memang panas. Aku bajet mungkin effect dia nak tumbuh gigi. Tanpa berlengah aku terus bagi makan ubat demam, takut demam dia melarat. Sah-sah jugak aku tak akan pegi keje. Perasaan ini hanya ibu-ibu je yang faham. Kalau yg tak faham tu aku tak tau lah, mungkin deria rasa naluri keibuan dia dah pupus kot.

Tengahari, budak bambam tu naik merah-merah kat muka dan badan. Aku tau dia terkena alergik cuma aku tak tau dia alergik apa. Takkan alergik makan bubur? Owhh sangat mustahil. Bila dah petang merah-merah tu makin banyak. Aku bagi dia makan ubat tahan gatal tapi takde kesan pun. Maka ke klinik lagi aku malam ni. Takpe lah demi anak tersayang aku korbankan apa saja, kalau aku kena marah dengan bos sebab cuti lama pun aku tak kesah. Pada waktu ini perasaan aku memang kering.

Di klinik, doktor check budak bambam ni. Dia bukan setakat kena alergik tapi kena selesema jugak. Badan kejap panas kejap ok. Apa masalah dia sebenarnya?

Doktor tanya, awak ada bela kucing ke? Aku jawab takde, tapi jiran saya rumah tingkat bawah memang ada bela kucing. Bau kucing tu semerbak naik ke atas. Dah ada orang komplen pasal bau busuk kucing tu tapi tuan kucing tu memang tak reti bahasa.

Doktor kata budak bambam berkemungkinan...berkemungkinan la, bukan pasti.., dia alah dengan kucing. Bakteria or segala mikroorganisma jahat tu boleh merebak melalui udara dan udara tu kita duk sedut hari-hari.

So lepas ni aku tak boleh jemur baju bambam kat luar lagi. Oh tuan kucing, esok aku akan ke pejabat untuk komplen!

Sebenarnya bukan bambam je yang gatal-gatal, dengan aku sekali gatal-gatal kat kaki ni. Grrrrr...aku benci kucing. Tapi kesian kucing, bukan salah dia pun. Yang salah tuan dia.

Dah lama aku dan jiran-jiran lain menanggung bau busuk kucing tu, nampaknya tuan kucing ni memerlukan sedikit kekerasan selepas komplen yang dulu dia buat tak endah.

Pernah seseorang bercerita....dia pernah masuk dalam rumah tuan kucing tu. Dia tak boleh bernafas, bau busuk tu mashaAllah...dia pelik macam mana tuan rumah tu boleh hidup dengan keadaan bau yang macam tu?

Aku rasa tuan kucing tu dah sebati kot dengan bau kucing. Tapi tolong laaa..jangan seksa kami jiran-jiran tetangga ni.

Adoilaaa...







Friday, April 19, 2013

kemalasan

Lately aku rasa tahap kesihatan aku makin merundum. Aku selalu letih, mengantuk, sakit kepala, malas dan tak bermaya.

Aku rasa selain dari tak cukup tidur, mungkin cara pemakanan aku yang menyebabkan aku jadi macam tu.

Siasat punya siasat, aku dah makin kurang minum air kosong. Bukan makin kurang, tapi memang dah lama tak minum.

Dasyat tu.

Aku selalu tengok orang minum air kosong penuh selera macam dia minum ice coffee latte. Macam mana diaorang boleh minum air kosong penuh selera eh? aku nak habiskan satu gelas pun payah.

Masalah aku ialah, aku memang tak suka minum air kosong. Ermm...

Kena ubah cara pemakanan ni. Aku rasa dalam badan dah banyak toksin. Sistem penghadaman pun macam lembab je nak berfungsi. Tapi, selera makan mak aii...sentiasa terbuka. Huhuuu...

Tahap malas aku sampaikan nak update blog pun malas, apatah lagi nak buat kerja lain.

Huuuuhhh....





Thursday, April 18, 2013

encik kentang a.k.a mister potato

Selalu aku makan kerepek-kerepek buatan orang kampung, kerepek pedas, kerepek pisang dan segala jenis kerepek lah.

Sekali sekala makan kerepek ala-ala mat saleh uols...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

MISTER POTATO IN DA HOUSE...!!!!!




tersusun cantik ala-ala bangunan klcc uols...

banyak kan....haaaa...makan...jangan tak makan...

makan sampai lebam...




Friday, April 5, 2013

model tak berbayar

Macam biasa aku menjadi mangsa CikpuanLawa untuk menge'test' skillnya mengambil gambar. Maaf la model ni tembam sikit, sama je mcm anaknya..hihi. 

Lokasi tak jauh, turun lift opis dah sampai. Kereta lalu lalang, orang pun lalu lalang duk jeling-jeling apa benda la minah 2 orang ni buat kat tengah panas. Sebenarnya ni je gambar yang aku rasa sesuai nak letak di sini, yang lain ada yang gegar, gelap, over expose, nampak sangat gemuk, senyum tak lawa...macam-macam la.

Dan gambar ni aku dah edit sikit bagi lagi jelita. Hihi. Bukan edit apa, terangkan sikit mana yg tergelap, tu je.

Info: kitaorang buat keje ni waktu lunch yea..kang ada pulak yang ingat kitaorang mengulor.






bongok je aku rasa...
aku suka pulak tengok gambar yg last ni...
sebab tudung aku tu kena tiup angin...
konon-konon seni la...





bila nak kurus ni...



CikpuanLawa




Thursday, April 4, 2013

baby progress#2 - 1st Solid Food



Zhareef dah nak masuk usia 6 bulan. Sebenarnya esok (05. April. 2013) dia genap 6 bulan. Aku rasa dia macam dah hampir nak besar, tapi memang dia besar pun. Hehe. Pada usia ini aku berpendapat Zhareef sudah harus di beri solid food.

Aku merujuk dalam BabyCenter dan banyak lagi sumber lain yang aku baca, bayi hendaklah diberi susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga usianya 6 bulan, tapi awal-awal lagi aku memang dah kalah dalam bab ni. Takpe lah, walaupun Zhareef minum susu ibu sikit je dan seterusnya minum formula, aku harap-harap sangat perkembangan dia setaraf dengan bayi yang menyusu ibu. Harap-harap lah kan. Aku fikir positif. Perkara ni aku selalu borak dengan Zhareef.

Untuk makanan pertama Zhareef, selain dari merujuk bahan bacaan, aku bertanya juga pada mereka-mereka yang dah berpengalaman, contohnya emak aku, mak mertua, CikPuanLawa sebelah meja aku ni dan yang paling penting aku merujuk pada doktor dan nurse di klinik tempat aku bawak Zhareef check-up tiap-tiap bulan. Aku juga join page HSFFYB (Home-made Solid Food For Your Baby) di Facebook. Terima kasih Liza Aziz sebab dia yang suggest kan page ni pada aku.

Banyak tip-tip yang aku baca dalam fb, blog, majalah dan sumber-sumber lain. Sebagai ibu yang baru-baru nak kenal apa makanan yang baik untuk baby, aku kena banyak membaca dan merujuk.

Bagi bayi yang baru mencecah usia 6 bulan, makanan pejal pertama yang dicadangkan ialah:

1) Puree buah tapi bukan semua buah boleh beri, selected fruits only, depends on the age of the infant. Boleh rujuk jadual yang aku attach kat belah bawah.
2) Plain porridge (bubur kosong tanpa dicampur dengan apa-apa makanan lain)

Semua makanan tersebut hendaklah dikisar halus kerana baby berusia 6 bulan masih belum ada gigi untuk mengunyah, dan usus baby yang baru nak mengenal solid food belum boleh memproses makanan yang kasar.

Ada sesetengah orang berpendapat elok bagi baby puree buah sebagai pengenalan makanan pejal. Ada pulak pendapat lain elok mulakan dengan karbohidrat. Doktor dan nurse suggestkan aku mulakan dengan karbohidrat. 

Dan aku mulakan dengan bubur kosong!

Sebelum itu, aku tercari-cari blender khas untuk kisar makanan Zhareef. Pada mulanya aku berniat nak beli Hand Blender. Senang nak kisar makanan, simple dan mudah. Tapi aku pikir mana nak simpan makanan Zhareef untuk buat stok?

Entah macam mana aku terbaca satu iklan di Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung (PIICM) di Facebook mengenai Baby Bullet.  Aku terus tersuka dengan produk ni, haha.

Magic Baby Bullet
yang penting ianya BPA free.

Aku masak segenggam bubur untuk Zhareef

kemudian, blend halus bubur tu menggunakan baby bullet ni

dah hancur halus

Oleh kerana aku masak cuma segenggam bubur je, hasilnya boleh muat untuk 4 storage cup je. pada aku ok je sebab memang aku nak try buat sistem 'Solid Food for baby using 4-days rules', yang aku baca dalam blog. Cup ni ada tarikh yang mana kita boleh set kan tarikh bila kita masak makanan tu. Sebenarnya cara simpan stok makanan baby ni sebijik SAMA macam kita simpan stok ebm. Stok-stok makanan yang sudah dikisar halus (tak kira lah puree atau bubur) kena simpan dalam freezer tempat sejuk beku tu, dan ianya tahan selama 3 bulan. Kalau simpan kat belah bawah peti sejuk tu tahan beberapa hari je.

1 storage cup itu mewakili 2oz yer. Seeloknya untuk baby yang pertama kali nak makan, bagi 1oz dulu. Dan aku memang bagi Zhareef 1oz je dulu. Ermmm...as per my expectation, tak cukup!

1oz plain porridge for Zhareef

licin!
dia memang berselera makan walaupun bubur kosong je pun...
hehe..


Apa itu Solid Food For Baby Using 4 Days Rules?

4-days rules ini merujuk kepada kita memberi makanan pejal kepada bayi yang baru belajar nak makan ini selama 4 hari berturut-turut. Maksudnya, kita bagi anak kita makanan yang sama selama 4 hari berturut-turut bertujuan supaya kita boleh melihat/spot makanan mana yang dia alergik atau ada masalah penghadaman pada baby. Contoh macam aku bagi Zhareef plain porridge selama 4 hari berturut-turut, dan aku tengok Zhareef poo-poo ok je, tak sembelit, tak sakit perut, tak alergik...so maknanya plain porridge tu sesuai untuk dia. Ada faham? hehe.

Jadi, selepas 4 hari, boleh tukar makanan lain pulak, dan aku berniat nak buatkan dia puree epal, dan aku akan bagi dia makan puree epal selama 4 hari berturut-turut, tengok makanan tu sesuai ke tak dengan dia.

Let say, dalam masa 4 hari tu baby ada masalah seperti alergik atau susah nak hadam, kena stop bagi dia makan dan try tukar makanan lain.    

Dan seeloknya, makanan terbaik untuk anak ialah makanan yang dimasak sendiri dirumah! Jangan campur garam kerana ginjal bayi masih belum boleh memproses Natrium (garam).

Say no to junkfood atau makanan dalam tin. Masa kecik-kecik ni tak payah la bagi baby makan benda-benda tu semua.

Dan aku memang sangat-sangat cerewet dalam memberi anak makan, senang cerita aku memilih makanan. Aku tak tau ibu-ibu lain, tapi aku cerewet. Kalau Zhareef tu dah besar lain cerita la, dia nak makan rimau gajah pun tak kisah, hehe, tapi dia kecik lagi, kena la pantau apa makanan yang dia boleh makan. Kang dia sakit perut ke, alergik ke, tak boleh poo-poo ke....aku jugak yang susah kan.



jadual makanan pejal untuk bayi yang baru belajar nak mengenal makanan
abaikan 'pork' tu yer...hahaha
apa daa ada pork pulakkk...


Dalam kotak Baby Bullet yang aku beli tu dah ada buku resepi untuk makanan baby, jadi senang la aku nak rujuk apa nak bagi dia makan, at least ada bahan aku nak refer selain dari google. Hihi.
  
Sekarang baru aku tahu betapa best dan seronoknya suapkan anak kita makan, lagi-lagi budak macam Zhareef yg memang berselera, suap je telan...suap je telan. Kejap je habis bubur tu. Hahaha.


 



Wednesday, April 3, 2013

bila ada keje tapi bosan+malas nak buat

Actually aku nih dah tak berapa aktif berfotografi, kat rumah hanya amek gambar anak je, tu pun tak ada setting apa-apa. Malas+tak reti nak setting.

Ada masa-masa tertentu aku melayan aktiviti CPL berfotografi. Dan lihat lah rupa aku bila muka aku ni dijadikan background subjek...er...dijadikan bokeh juga.

 kan...
aku punya la senyum,
rupanya muka aku jadi background untuk sang gajah apa benda ntah tu semua..

 ini pun..
tapi aku akui lens ni memang cantik.

 lepas tu mari lah kita amek gambar diri sendiri..

pastu edit masuk dalam Instagram..
kihkihkih

 gamba tong sampah pon ada..
BB aku dalam kenangan..
ada lagi fon tu...
hantaran kawen tu mana bole biar gitu jek..
cuma kena repair sket bagi hilang biul..  

biasanya kami akhiri dengan mengambil gamba berdua..



Tuesday, April 2, 2013

episod ke-2 di rumah pengasuh


Boipren i...

kena tinggalkan di rumah pengasuh,
setelah 3 bulan di jaga oleh adik i..
dulu penah hantar pada pengasuh jugak, tapi bertahan 4 hari je jah...

kali ni...harap-harap bertahan la yer,
mama trust you sayang,
i know you can behave well,
i know you are a good boy,

mama trust you sangat-sangat tau,
don't always cry except on something that should have you crying,

remember my words: BEHAVE WELL






bersangka baik


Ada beberapa perkara berlaku sejak dua menjak ni. Semuanya yang menyentap hati. Baru aku sedar manusia itu sebenarnya begini:

"Apa yang keluar dari mulutnya tidak sama dengan apa yang ada dalam hatinya"

dan...

"Berhati-hati ketika berbicara. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar"

dan lagi...

"Jangan menyusahkan sesiapa lagi, usaha sendiri"


Pada aku, jangan 'menghakimi' orang lain jika kamu tidak tahu apa yang dia lalui dan apa yang dia perjuangkan dalam hidup ini.


Pedih.


Mari lah kita bersangka baik.