Thursday, January 31, 2013

layankan saja


Aku suka bermain dengan gambar. Senang cakap, aku suka edit gambar. Aku boleh mengadap pc seharian touch up gambar-gambar yang aku suka. Kadang-kadang aku terfikir yang aku ni sebenarnya tersalah pilih kerjaya.

Aku tak sepatutnya duduk di kerusi dan meja sekarang ni. Aku patut berada di tempat lain.

Tapi tu bukan bermakna aku nak jadi photographer. Hahaha...kamera pun cikai nak jadi photographer apanya. Photographer anak aku boleh la. Nak setting kamera pun terhegeh-hegeh. Orang ajar sekali aku paham, esok aku lupa. Hehehe.

Aku teringat apa yang abah aku pernah cakap, selalu aku fikirkan. Percaya atau tak percaya...90% dari apa yang dia cakap tu betul dan dah terjadi pun. Macam mana dia boleh fikir dan cakap benda yang dulunya aku rasa macam cerita dongeng je. Mungkin dia dah melalui pengalaman hidup yang hebat, dah merantau ke merata tempat, dah berjumpa dengan ramai orang, dan mungkin juga dia tahu aku ni macam mana...ye la kan...dah dia bapak aku, mesti dia kenal siapa aku. Hehe.

Ok, takpe. Aku rasa macam nak layankan aje life yang sekarang ni. Tak boleh tergopoh gapah. Rileks. Jangan tertekan sangat.




Wednesday, January 23, 2013

peraturan

Listen..listen..listen.

1) Attendance
  • Tak boleh datang lewat lebih dari 60 kali setahun
  • Tak boleh ambil MC/EL sebelum atau selepas weekend/long holiday lebih dari 5 kali setahun
2) Timesheet submission
  • Tak boleh tak submit timesheet lebih dari 5 kali setahun
3) Long medical leave/hospitalization and full MC utilization
  • Tak boleh ambil MC terlalu banyak (tapi company bagi 30 hari setahun) 
 4) Long unpaid leave
  • Tak boleh ambil unpaid leave lebih dari 2 minggu setahun tanpa alasan kukuh.
5) Serious negative third party feedback
  • Ini kalau ada orang komplen (e.g: client)
6) Sign in/Sign Out
  • Kena tulis manually dalam buku kedatangan setiap hari
  • Kena touch access card setiap hari menggunakan pintu hadapan sahaja 
 7) Kena apply annual leave 3 hari sebelum cuti, kalau tak akan dikira sebagai EL.

 8) Kena apply halfday leave juga 3 hari sebelum cuti, kalau tak akan dikira sebagai EL juga.


Dah tau kan kenapa aku rasa nak muntah. Setiap syarikat ada peraturan yang mesti kita ikut dan patuh, tapi ada juga peraturan yang aku rasa macam tak adil dan tak munasabah.



Item warna merah: Perkara yang aku memang argue dan tak puas hati.

Bluekkkk....muntah lagi.



bawang putih bakar


CikPuanLawa suruh aku makan bawang putih bakar untuk buang angin. Coppp...korang penah makan ke bawang putih bakar? Aku tak pernah!

Tapi aku cuba makan....dan ternyata ianya....SEDAP!

Mula-mula macam ragu-ragu, apahal pulak nak kena bakar si bawang putih bawang merah nih...aku bakar dalam oven jek. Kopek kulit, basuh, campak dalam oven. Bakar sampai warna kecoklatan dan bawang jadi macam lembik-lembik. Bau dia sedap, bila makan....lagi sedap. Makan dengan nasi ok.

Dan sekarang, aku dah kemaruk dengan si bawang putih bakar ni.







Tuesday, January 22, 2013

apa pun tak boley

Tolong, aku rasa nak muntah tengok ofis.

Bluekkkkk......gulp, telan balik.


Friday, January 18, 2013

Contest#1

Updated!



Ada orang ajak aku ber 'contest'. Tajuk contest : "Siapa paling banyak turun berat badan".

Aku setuju. Siapa kalah belanja makan. Hahaha. Tak nak la belanja makan...macam ni, sapa kalah belanja baju...ok tak? Dah penat-penat buang lemak, nak belanja makan tambah lemak buat apa...

Contest bermula bulan Februari nanti, so bulan ni boleh melantak puas-puas. Heheee...

Syarat-syarat contest:

1. Wajib ambil makan tengahari tapi tak wajib ambil sarapan ( tapi suka hati aku la nak tuko ambil sarapan tapi tak amek lunch...boleh gitu?)
2. Di haramkan makan malam.

Sapa langgar peraturan tanggung risiko sendiri.

Baik lah!








kura-kura dalam perahu, dah tau dah ada kura-kura


Bukan nak melucah...hehehehe....tapi kura-kura ni tengah comolot....gatal!

Jauh kura-kura ni merangkak...datang dari Kawah Gunung Ijen. Sampai jugak ke Malaysia walaupun terkedek-kedek merangkak secara haram...ngeh3. Kalau nak ikutkan tak boleh masuk Malaysia, tapi entah macam mana boleh terlepas....dia nyorok dalam bagasi.

Terima kasih la kepada yg memberi, ada T-shirt juga tapi lupa pulak nak snap gambar t-shirt tu.

Bila la aku nak sampai ke Jogja tu kan...

In sha Allah......suatu hari nanti...








Friday, January 11, 2013

info baby#1 - makan dan minum


 Kenapa bayi tidak boleh diberi makan sebelum usia 6 bulan? Baca kat sini.



Kenapa bayi tidak boleh diberi minum air masak? Baca kat sini.


Orang tua dulu-dulu memang senang sangat nak bagi makan pada baby yang usianya masih dalam hari, sebab diaorang rimas dengar baby tu menangis. Pada diaorang, baby menangis je lapar, asal nangis je lapar. Macam dah set dalam minda diaorang kalau baby nanges je mesti nak suap makanan.

Mak aku citer, arwah nenek dulu pun dah suap aku makan masa umur aku seminggu. Haha. Ok la, abaikan...past is past.

But sorry to say, aku tidak akan sesekali membenarkan sapa-sapa menyuapkan anak aku makan sebelum tiba waktunya. Biarlah dia membesar dengan susu dulu. Cukup lah dia minum susu. Dia selalu menangis bukan sebab lapar je, tapi ada sebab lain. Antaranya, dia kembung perut, susah nak berak, tak sedap badan dan macam-macam masalah lain. 

Kesan buruk akibat bagi bayi makan sebelum usia 6 bulan kita tak nampak sekarang, tapi bila dah dewasa nanti. Ada juga bayi yang pecah ususnya akibat diberi makan pada usia yang masih 'baru'.

Tapi aku tahu, kadang-kadang kita keliru sama ada nak dengar cakap orang yang berpengalaman atau nak dengar cakap doktor.

Pada aku, sebagai ibu, kita berhak menentukan apa yang patut, apa yang tak patut, apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Ibu bapa, kawan-kawan dan saudara mara di rujuk sebagai panduan. Pokok pangkalnya diri kita sendiri. Kena rajin membaca info-info berguna dan bertanya pada mereka yang pakar jika tak tahu.

Kalau nakkan yang terbaik untuk anak kita....fikir-fikirkan lah.






jumaat yg tersangat bosan

Minggu ni aku rasa lambat. Lambat nak sampai ke hari jumaat. Agaknya sebab minggu ni aku keje full seminggu. Nampak sangat minggu-minggu sebelum ni aku rajin ponteng cuti. 

Makin lama aku makin takde mood tengok pejabat.



Selamat berhujung minggu.






Thursday, January 10, 2013

dimana leher itu


Adik, mama nak tanya....

mana leher adik? mama tak nampak leher adik....mana? mana?


Zhareef jawab:

Ala...takde leher pun hensem apa....


Hehehe...

7.5kg sudaaaa....





Tuesday, January 8, 2013

layang-layang terputus talinya


Ini bukan UFO....ini layang-layang. Orang dah tak main layang-layang waktu siang...orang main waktu malam pulak. Aku tak dapat la nak amek gambar sharp, dah la tak reti nak setting kamera, tangan pulak terketar-ketar ala-ala parkinson.

Dah nak setahun usia gambar ni. Lokasi di Skudai, JB, sehari sebelum aku berjimba-jimba di Singapore.

Ni dia layang-layang dah mendarat...susah jugak nak naikkan layang-layang nih, sebab berselirat dengan lampu, kalau takde skill tak boleh terbang la layang-layang tu.

Kreatif diaorang nih.


Monday, January 7, 2013

my teady bear


Tengok tu....teady bear aku yang satu ni....

Aku suruh dia baring golek-golek....tapi dia bedal tengok tv citer boboiboy....adoi la anak...

Aku panggil langsung tak nak toleh...

Oooo...mentang-mentang demam dah nak baik...dia buat dek je orang panggil...

Geget pipi baru tau....





Thursday, January 3, 2013

berita gembira dari seorang kawan

Seminggu dua ni aku selalu teringatkan sorang kawan yang dah lama tak jumpa. Dan semalam aku dapat sms dari dia mintak alamat, nak kirim kad jemputan kawen. Alhamdulillah...

Aku tak ingat bila kali terakhir aku jumpa dia, tapi sejak dia pindah rumah masa kat Subang dulu, aku dah tak jumpa dia lagi. Contact pon jarang-jarang, ada la sekali dua bertanya kabar, lepas tu senyap. Perangai aku ni...kalau orang tu senyap, aku pun senyap la. Sebabnya aku segan nak contact orang yang dah lama tak jumpa.

Dia ialah Ana.

Selamat Pengantin Baru in advance untuk Ana dan bakal suami.

Sejujurnya, saya rindu awak Ana.


 in memory...
belakang: Irene, Ana, Niza
duduk depan: Jane, aku
sewaktu kami gathering di Bumbu Bali, Puchong.

ni masa baru lepas konvo di UTM Jb.
selekeh gila muka aku.....abaikan..