Hari ke Empat
Masa untuk balik ke Ho Chi Minh. Tak puas nak jalan-jalan di Mui Ne. Mungkin kami akan kembali semula suatu hari nanti...huhuu.
Bas akan pick up kami di lobi hotel pukul 10.00 pagi. Lepas dah siap-siap kemas barang, aku tak check out lagi, tapi kami keluar dulu bersiar-siar di kawasan terdekat, nak tengok keadaan disini sebelum balik.
Sebelum tu, jom tengok-tengok dulu kawasan dalam resort yang kami menginap ni.
ini signboard dibelakang resort menghadap laut
swimming pool
tempat rilek-rilek nak berjemur
resort kami yang menghadap laut
ada tangga kat bawah tu untuk turun ke tepi pantai
berlakon sekejap sebelum balik....hahaha
lobi resort yang tak berapa nak besar
tempat makan
ada meja main snuker
begini lah pekan Mui Ne pada waktu pagi...agak lengang
jom kita ronda-ronda dulu...ada 2 jam lagi sebelum naik bas
jalan-jalan kat sini terasa macam berjalan di pantai Chenang, Langkawi
Diaorang ni bukan duduk saja-saja, tapi menunggu kalau-kalau ada orang nak naik motor, kiranya macam option kedua kalau tak nak naik teksi. Ada caj mengikut jarak lokasi nak pergi.
Kalau belum beli tiket bas, boleh aje cari tiket kat kedai-kedai tepi jalan ni
Kami menyusur ditepi pantai, dan nampak ada bot bulat parking kat sini. Sebab jakun tak pernah tengok bot bulat kan, kitaorang gagahkan diri pergi ke sini sebab nak amek gambar.
bot/sampan yang macam mangkuk
macam ni keadaan didalamnya
pandangan terakhir sebelum meninggalkan tempat ni
Vietnamese in the boat in the middle of the sea
Sepatutnya bas datang pukul 10.00 pagi, tapi biasa lah, susah nak jumpa perjanjian yang menepati waktu. Last-last tuan resort yang tolong call kan Hanh Cafe sebab dia tengok kami dah menunggu lama di lobi, Zhareef pun dah tertidur atas kerusi. Agaknya dia kesian kat kami kot.
Pukul 10.30 baru muncul van untuk pick up kami. Rupa-rupanya, bas tak amek kami di hotel pun, tapi van yang akan pick up dan bawa ke ofis Hanh Cafe, tempat mula-mula kami sampai semalam. Adoi la. Takpe lah, janji dapat naik bas.
Bila dah duduk dalam bas, baru rasa lega dan bersyukur.
5 jam kemudian, kami selamat tiba di bandar Ho Chi Minh. Alhamdulillah, selamat semuanya. Berakhir sudah trip ke Mui Ne yang penuh dengan kenangan manis.
Kami berehat dulu dan buat apa yang wajib. Petang tu, kami kebuluran sebab belum makan lagi. Macam biasa, kami makan di Restoran Haji Osman. Kali ni aku try order Pho, sebelum ni di restoran Haji Osman aku asik order nasi goreng seafood.
Pho di restoran Haji Osman lagi sedap dan dagingnya lagi banyak, besar-besar pulak tu. Bukan setakat daging, tapi ada juga hirisan meatball.
Waktu malam pula adalah misi mencari Maybank. Hahaha. Esok plannya nak shopping, sebab hanya esok saja waktu free untuk shopping dan jalan-jalan sekitar HCMC.
Kalau korang nak tau, di HCMC ada maybank, tapi bukan bank besar, cuma mesin ATM. Lokasinya didalam bangunan Sunwah Tower. Pergi cari Sunwah Tower, ground floor, berdepan dengan kedai jam Tissot.
Penat jugak lah nak mencari lokasi bangunan ni, tengok peta dan tanya orang, akhirnya sampai juga.
Di hadapan Sunwah Tower, ada signboard Maybank dan Citibank
Mari kita cucuk duit...esok nak shopping. Bagi siapa-siapa yang plan nak keluarkan duit di luar negara, make sure sebelum fly, call bank dulu dan aktifkan kad bank di negara mana korang nak pergi.
berdepan dengan mesin ATM Maybank ni ada kedai jam Tissot
Lepas tu, ronda-ronda lah sekejap, boleh tahan havoc juga kawasan ni malam-malam
Ni bangunan apa ntah, lupa nak kaji, tapi kami tunggu teksi untuk balik semula ke hotel depan bangunan ni. Hahaha. Penat dah nak jalan kaki, apa lagi...tahan teksi Vinasun, bagitahu dia kami nak balik ke Ben Thanh. Kalau cakap nak balik hotel Saigon Pink 2, dia macam terpinga-pinga dan mintak alamat. Senang cerita, cakap aje nak pergi Ben Thanh Market.
Lepas tu, kami merayap di pasar malam. Boleh dikatakan sepanjang di HCMC, tiap-tiap malam pergi pasar malam, sampai ada peniaga yang dah kenal. Hehe.
Macam-macam benda dijual di pasar malam, benda yang sama dijual di Ben Thanh.
Bila nampak je mainan kat sini, Zhareef dah merengek. Mula-mula aku ingatkan murah, tapi mahal jugak la mainan ni. Saja je kan diaorang ni nak ketuk kita. Aku tak beli pun.
Lepas tu, survey telekung sebab ada orang kirim. Yang warna warni ni mahal juga, jejak seratus.
Yang ni harga dalam puluh-puluh, tapi lupa berapa puluh, kihkihkih
Yang ni Rm45
Tak banyak cerita pun hari ni. Penat baru balik dari Mui Ne, merayap cari bank dan jalan-jalan kat pasar malam. Itu aje lah.
4 comments:
masa kami pergi dulu, maybnak takde, ada HSBC je... tensen makcik
Tersuka lah kat mangkuk tu.
eh besen
eh eh bot tu.
Kay: org malaysia ramai guna maybank agaknya, tu yg wujud ATM maybank kat situ. jenuh jugak mencari.
cinta: rasanya panggil besen lg sesuai, hihi. kalau dpt sebijik, letak air penuh2, buat kolam anak.
tgk2, cam kenall....along sharil upenyaa..huhu...
Post a Comment