Thursday, June 23, 2016

Speech Delay : Bahagian 4 : Ego

Dah lama tak update pasal perkembangan speech delay Zhareef. Perjumpaan dengan speech therapy kali ke-4 dalam bulan May hari tu kalau tak silap, lupa dah. Tapi sebab masa tu aku takde mood nak tulis dalam blog.

So, hari ni aku nak share.

Aku nak bercakap pasal EGO.

Aku bercakap dengan speech theraphy bahawa di sekolah Zhareef sangat payah nak bercakap dengan kawan-kawan dan teacher dia. Teacher dia kata, Zhareef sangat pemalu. Nak bergaul pun susah.

Aku dan husband pun pelik, kat rumah dia kemain becok, menyanyi, berjoget, membebel tak henti-henti walaupun bahasa dia pelat dan entah apa-apa. Tapi bila kat sekolah, rupa-rupanya sikap dia sangat berbeza, sangat kontra.

Aku pun mengiya kan saja bahawa Zhareef ni pemalu. Tapi, aku heran jugak, kalau pergi taman permainan, jumpa budak-budak sebaya dia, elok je dia berkawan, tak nampak macam pemalu pun. Kalau balik kampung, kemain seronok main dengan sepupu-sepupu dia, takde nampak muka pemalu jugak.

Speech theraphy itu pun mula berborak-borak dengan Zhareef, umpan dia dengan mainan.

ST : Awak nak mainan ke tak nak Zhareef?

Zhareef : (Diam, pandang-pandang muka aku)

ST : Awak dengar tak saya tanya? Awak nak mainan ke tak nak? Kalau tak nak, saya simpan balik lah. (ST sengaja nak tengok response Zhareef macam mana, so kena ugut sikit konon-konon nak simpan mainan tu).

Zhareef : (Diam lagi)

ST : Ok lah, awak tak nak mainan, saya simpan. (ST buat-buat ambil mainan dan konon-konon nak simpan)

Zhareef : Nak mainan..

ST : Haa...ada pun suara (ST pun bagi mainan pada Zhareef)


Ok. Daripada perbualan tersebut, nampak macam ringkas, nampak macam takde apa-apa kan? Tapi sebenarnya...ada something hidden tentang perangai dia.

Zhareef bukan pemalu, dia sebenarnya ego.

Ingat orang dewasa je ada ego? budak-budak pun ada ego tersendiri. Kenapa speech theraphy kata Zhareef ego?  Kerana...


Dari perbualan tentang mainan tadi, Zhareef tak menunjukkan riaksi pemalu. Kalau budak yang betul-betul pemalu, dia tak akan pandang langsung muka orang tu, malahan akan bangun dari kerusi dan terus lari menyorok belakang mak dia. Bila dia di ugut mainan akan disimpan, baru dia cepat-cepat buka mulut dan bercakap.

Kalau budak yang betul-betul pemalu, dia langsung tak akan buka mulut.

Faham tak?

Macam kita orang dewasa juga, ada ego masing-masing. Contohnya, dah buat salah dengan seseorang, tapi tak nak minta maaf, bukan sebab malu, tapi sebab ego.

Dan kerana ego juga lah Zhareef susah nak berkawan kat sekolah. Speech theraphy kata lagi...

"Zhareef ni pemikiran dia macam ni, kat sekolah kalau teacher atau kawan-kawan bercakap dengan dia, dia tak nak layan atau balas balik bercakapan orang tu sebab dia fikir....buat apa aku kena bercakap dengan dia? penting ke? Tak payah cakap lah"

Bagi Zhareef, tak penting nak bercakap dengan teacher atau kawan-kawan kat sekolah, tapi bila balik rumah mulut dia becok sebab dia rasa penting nak bercakap dengan orang yang dia kenal, yang rapat. Dengan orang yang dia tak berapa rapat, dia malas nak bercakap.

Haa.. gitu lah serba sedikit kisah budak kecik ni.

Ego ni, kalau makin dibiar, takut bila dia dah besar, jadi lagi teruk. Jadi, kita kena kontrol dia. Macam mana nak kontrol?

Mudah je.

Jangan ikutkan sangat kerenah Zhareef. Kalau dia nak sesuatu benda, contohnya dia suka makan coklat. Bila aku tak bagi, dia akan mengamuk. Nak tak nak, aku terpaksa bagi. So, dari situ, dia tau setiap permintaan dia akan dipenuhi, kalau tak dipenuhi, dia akan mengamuk.

Lepas ni, parents kena bertegas. Kalau tak nak bagi dia coklat, jangan bagi terus. Biarkan dia menangis dan mengamuk, tapi lepas tu kita pujuk semula, cakap baik-baik. Sebagai parents, kita ada kuasa nak beri atau tak. Kalau kita biasakan terus memberi walaupun benda tu memudaratkan, anak-anak akan naik lemak. Dari situ lah timbulnya sikap ego dikalangan anak-anak. Bila dah besar nanti, kalau tak dikontrol, mereka akan cepat memberontak kalau tak dapat apa yang mereka mahu.

Faham kan?

Dalam bahasa mudah, jangan terlalu manjakan anak-anak. 

Sesekali kena bagi dia rasa tak semua benda yang mereka nak, mereka akan dapat. Tapi lepas tu kena terangkan semula, kenapa mereka tak layak dapat benda tu? Adakah benda itu memudaratkan? atau benda tu tak penting pun..ada benda lain yang lagi penting. Tapi dalam usia macam Zhareef, nak terangkan secara details memang buang air liur aje. Selalunya aku akan biarkan saja dia menangis. Lepas tu baru aku pujuk semula, kiss pipi dia, peluk dia supaya hati dia sejuk semula.

Bukan mudah jadi mak bapak ni. Banyak dugaan dalam proses nak membesarkan anak.


Harap-harap perkongsian aku ini dapat membantu ibubapa yang ada anak tantrum.


2 comments:

cinta said...

Oooo. Baru tahu psl bdk2 pn ada ego. Ilmu baru ni.
Nasib baik tanya pakar. Bukan tanya mak jemah. Hehe.

Julie Shahril said...

siti: bila pakar kata gitu, mula2 rasa mcm pelik juga, budak2 pun ada ego. tapi bila tgk balik perangai anak sndiri, mmg btol apa yg dia ckp. ego budak bkn la mcm ego org dewasa, tp tetap dipanggil ego. kita jarang guna perkataan ego utk budak sbb kita smua slalu guna perkataan 'degil'. kedegilan diaorg tu lah ego sbnrnya.