Friday, October 21, 2016

4 tahun

05 Oktober yang lepas aku dan husband buat sambutan hari lahir Zhareef yang ke-4 tahun di taskanya, bertempat di bangunan Wisma Pertanian dan Industri Asas Tani, Presint 3 Putrajaya. Majlis yang sangat simple, aku hanya bawa sebijik kek dan 75 keping buku mewarna sebagai hadiah kepada kawan-kawan Zhareef.

Mula-mula ingat nak bagi goodies bag, tapi masa dah suntuk dan aku fikir apa benda lah nak letak dalam goodies bag tu? Aku tak nak letak jajan atau makanan yang merapu. Pikir punya pikir, aku bagi buku mewarna, at least ada jugak aktiviti budak-budak tu kat rumah. 75 keping buku mewarna aku beli borong, sebab kawan-kawan playschool Zhareef ada 75 orang, ramai kan...

Bayangkan kalau aku nak membungkus 75 goodies bag....tak larat aku. Bagi buku mewarna lagi bagus, tak perlu nak bungkus-bungkus dan sangat bermanfaat untuk budak-budak.


 birthday boy muka serius jer

Semua berkerumun nak makan kek
sweet betul budak-budak ni


Walaupun ianya hanya satu majlis yang simple, tapi bermakna untuk Zhareef. Seronok tengok budak-budak makan kek ramai-ramai.

Abang Zhareef dah big boy, tak lama lagi nak jadi abang. Mama doakan abang Zhareef membesar menjadi anak yang baik, bahagia dunia dan akhirat, dan ketahuilah betapa mama dan papa sangat-sangat sayang pada abang tau.

Love you.


Wednesday, October 5, 2016

scone sedap

Untuk memudahkan aku mencari semula resepi scone, aku simpan disini lah. Resepi asal dari SINI , dan tuan punya blog pulak dapat resepi ini dari Joy of Baking.

BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
25 grm gula - aku agak-agak je sebab penimbang rosak
70 gm butter tanpa garam - sejuk - aku lebihkan butter
1 biji telur - dipukul sikit
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
100 ml cream - dalam kotak
1 biji telur dipukul sikit utk disapu atas scones
 
CARA MEMASAK :

1. Panas kan oven pada suhu 180'C selama 5 minit (suhu panas bergantung pada jenis oven yang anda guna)
 
2. Ayak tepung dengan baking powder , gula serta garam . Kemudian masukkan semua butter sejuk yang sudah dipotong menjadi kiub kecil dan terus ramas-ramas butter dengan tepung sehingga menjadi macam serbuk roti yang berderai-derai . Buat semua ni dengan cepat supaya butter kekal sejuk.
 
3. Dalam bekas yang sesuai satukan telur , esen vanilla dan cream . Kacau semua bahan sehingga sebati.
 
4. Buat seperti lubang di tengah-tengah adunan tepung tadi dan masukkan  adunan telur tadi kemudian gaul rata  adunan ni dengan senduk , biar semua bahan-bahan cukup sebati  . Jangan uli terlalu lama jika adunan melekik letak sikit tepung ditangan/jari-jari . Bila doh dah jadi padat macam sebiji bola masukkan sekejap dalam peti sejuk selama 20 minit . 
 
5. Keluarkan doh dari peti sejuk dan terus ratakan doh guna pengelek anggaran 1 1/2 inci tebal dan boleh la guna acuan bulat atau gelas untuk terap doh ni , saya hanya tekan-tekan doh dengan jari dan terus terap guna gelas . Susun adunan tadi atas tray pembakar yang sudah disapu sedikit butter atau minyak sayur . Sapu telur atau susu pada pemukaan adunan scones ni .
 
6. Bakar scones ni selama 15-20 minit pada suhu 180'C atau sehingga scones masak kuning keemasan , pastikan jangan terover masak nanti scones boleh jadi berderai/kering . Bila masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas relai/tray besi. Aku bakar scone ni selama 15 minit saja sebab aku tak berapa suka scone yang terlalu kering berderai.  
 
 
Jom tengok hasilnya:
 
 aku tekap scone ni guna gelas sebab takde acuan

 masukkan dalam oven

 dah hampir siap dibakar

 tadaaa...menjadi scone ai..

 makan dengan strawberry jam yang aku beli di YZ Agrofarm dan butter