Wednesday, January 17, 2018

Anxiety

My current feeling after the death of my sister....
.
.
.
.
.
.
Anxiety.

Kalau orang lain ramai kena depression, aku pulak dilanda anxiety. Adakah ini berkait dengan mental? 

Atau mungkin aku masih belum move on diatas apa yang telah berlaku pada keluarga aku. Kematian adik secara mengejut membuatkan aku banyak berfikir tentang pelbagai perkara.

Tentang hidup masa sekarang..

Tentang hidup masa depan..

Apa akan jadi kalau tiba-tiba aku pulak yang mati?

Atau husband aku mati?

Anak-anak aku macam mana?

Kusut juga. 

Kalau dilayan perasaan ini boleh jadi tak tenteram hidup. Boleh jadi kurang siuman.

Banyak perkara yang bermain difikiran, tapi tak tahu nak luah macam mana. Memendam perasaan sorang-sorang adalah tidak bagus. Tapi nak bercerita pada teman bukan boleh sebarang cerita. Jadinya, aku biarkan perkara-perkara itu berlalu pergi. Sesekali ia datang mengetuk pintu hati, menerjah fikiran, tapi aku sibukkan diri, atau baca lah apa-apa ayat yang boleh menenangkan fikiran.

Sebenarnya aku tahu...

Allah nak kejutkan aku dari mimpi yang panjang, dari khayalan yang tak berkesudahan. DIA ambil adik aku bersebab. Dan sebenarnya, aku susah nak redha. Tak baikkan kalau kita tak redha. 


Hidup mesti terus.

Benarlah kata orang, seseorang yang ketawanya berlebihan diatas lawak yang kecil, sebenarnya dia dalam kesedihan. Aku selalu mengambil langkah mudah untuk menutup kesedihan dengan menonton cerita-cerita komedi.

Paling senang, aku buka cerita P.Ramlee. Aku pilih cerita yang lawak-lawak, yang boleh buat aku ketawa. Sekurang-kurangnya aku boleh lupa sekejap pada masalah. Boleh lupa sekejap pada anxiety aku ni.

Allah duga kita sebab Allah sayang kita.

Dan Allah duga kita diatas perkara yang kita mampu memikulnya.

Allah itu maha Adil.



3 comments:

SalbiahM said...

Alfatihah untuk arwah adik sis Julie ye. Bak kata orang, berat mata memandang...apa pun saya doakan sis dan famili tabah

Kay said...

Redha tu biasanya memang lambat sikit... aku doakan ko tabah. semoga anxiety yg ko rasa tu hanyalah datang sekejap saja...

Julie Shahril said...

salbiah: terima kasih sis, in shaa Allah

kay: nmpk gayanya mcm nak berpanjangan jer...sbb ada saki baki masalah lain pulak yg dtg...biasalah fmly problem

aimnubharis: tq sis diatas doa itu, salam perkenalan.