Monday, September 3, 2018

Hari Merdeka 2018

Sekitar sambutan Hari Merdeka 2018 di Putrajaya. Buat julung kalinya sambutan hari merdeka diadakan di Putrajaya, selalunya setiap tahun pasti disambut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Aku pun mengambil kesempatan untuk join bersesak dengan orang ramai. Dah alang-alang dekat dengan rumah, join lah sekali. Nak jugak merasa macam mana sambut merdeka. Selama ni memang malas nak ke KL.

Seawal 6.45 pagi aku dah sampai, orang dah ramai. Ingatkan aku dah awal, rupanya diaorang lagi awal. Haha. 

Gigih aku angkut budak 2 ketul tu join sekali. Jadi la kan....merasa la jugak.

Layan la gambar-gambar yang tak semegah mana. Memori merdeka 2018.











 























 




























Tahun ni aku perasan group yang buat perarakan dan perbarisan macam tak seramai tahun-tahun sebelum ni. Mungkin tahun ini hari merdeka jatuh pada hari Jumaat, so nak cepatkan masa, sebab nak solat Jumaat lagi, mungkin sebab tu tak seramai dulu.

Apa pun, tahun ni merasa juga aku menyambut hari kemerdekaan yang tak jauh dari rumah. Hehe.


3 comments:

Kay said...

Aku lupa ko duduk putrajaya... aku ni nak sgt pergi, tapi takde kengkawan yg nak pergi. anak sedara aku plak p cuti2... maka aku tgk tv je la

Unknown said...

Seronok pulak tengok nya.. hehehe

Julie Shahril said...

Kay: lorr yeke. next year la...tapi next year kalau buat lg kat putrajaya aku xtau nk pegi tgk lagi ke tak...sbb dh rasa sekali...kalau rajin, pegi. kalau malas...depan tv aje..huhuu

unknown: seronok. tapi pertunjukan udara tu sekejap sgt, tak puas.