Monday, February 27, 2012

asid folik

Saya start amek asid folik kira-kira sebulan selepas kawen. Ada orang 2-3 bulan sebelum kawen dah mula makan asid folik. Masa tu saya tak tau info, ada member suggest suruh makan if you are plan to get pregnant. Masa kat klinik hari tu doktor pun bagi asid folik untuk makan setiap hari.

Bagi yang tak tahu, asid folik ini sangat penting sebenarnya untuk wanita mengandung, ianya untuk mencegah kecacatan tiub saraf yang boleh menyebabkan kecacatan saraf kekal pada bayi.

Info lebih lanjut, baca di sini.

Selain pengambilan asid folik dalam bentuk pil, kita boleh dapatkan asid folik dari sumber makanan semulajadi iaitu daripada sayur-sayuran seperti bayam, bendi, brokoli dan banyak lagi lah. Senang cerita, banyakkan makan sayur dan buah-buahan segar.

So far, hanya ini supplement yang saya ambil, yang lain saya belum berani nak makan sebarang2.


Friday, February 24, 2012

T3 Mycin Clindamycin Lotion

Lepas kawen, saya terus stop amek Roaccutane Isotretinoin (ubat jerawat yang beli kat klinik kulit Ranjit tu). Rasanya ubat tu tak sesuai untuk saya makan lagi. Lepas 2 bulan tak amek ubat tu jerawat mula tumbuh dengan jayanya. Rasa tension jugak tengok muka depan cermin.

Then saya beli vitamin C dan E untuk kulit. Masa masuk farmasi, saya saja-saja tanya kat kaunter ubat tu ada tak jual ubat sapu (external medicine) untuk jerawat. Kalau boleh saya nak elakkan amek ubat makan, saya lebih prefer ubat sapu je, lebih selamat.

Orang farmasi tu syor saya beli T3 Mycin Clindamycin Lotion. Nama dia je 'Lotion', tapi sebenarnya benda ni liquid, cair macam air masak tu. Harga kat farmasi Mersing rm29.90....tapi kat farmasi Ampang Park rm32.00....haha. Takpe la, tu kira dah murah berbanding ubat jerawat yg saya beli kat klinik Ranjit, sekotak rm200, ada 30 biji untuk sebulan. Daripada bayar rm200 baik bayar rm32 je kan.

Ubat ni ternyata berkesan. Cuci muka bersih-bersih....keringkan, pastu sapu ubat ni di tempat yg ada jerawat, atau nak sapu keseluruhan muka pun boleh. Kalau boleh pakai waktu malam, waktu dah nak tidur. Lepas pakai terus tidur supaya kulit muka boleh berehat.

Esok pagi bangun kulit muka dah beransur elok sikit demi sedikit. Kalau jerawat teruk, pakai setiap malam....sehingga la jerawat dah berkurangan. Bila jerawat dah kurang atau dah hilang, dah tak perlu pakai hari-hari.

Tapi ubat ni bau dia menyusuk hidung sket, bukan bau busuk tapi bau macam.....tak tau nak cakap bau apa, bau macam menyusuk gitu.

Saya puas hati dengan ubat ni.

Wednesday, February 22, 2012

mother-to-be


Percaya atau tak percaya, I'm pregnant. Sungguh tak percaya. Thanks Allah for the very greatest gift from You. Now my little one is growing 5 weeks in my stomach. 5 minggu? Saya pun terkejut bila doktor cakap tadi.

Semalam saya dengan gigih pergi beli UPT (urine pregnancy test) di farmasi. Orang dah pesan, test waktu pagi esok, even dalam kotak pregnancy test tu pun ada bagitau waktu paling bagus untuk test ialah waktu pagi kerana waktu tu kandungan hormon hCG adalah tinggi. Apa itu hCG?

hCG ialah human chorionic gonadotropin yang dikeluarkan oleh uri (placenta) pada bayi. Pembentukan uri berlaku sebaik saja janin(embryo) ‘ditanam’ (implantation) pada rahim. Uri akan menghasilkan hormon hCG dan dapat dikesan melalui air kencing wanita itu. Alat UPT membantu mendiagnosa kehamilan di awal kehamilan. (Source)

Tapi oleh kerana kes tak sabar, malam semalam jugak saya test. Sungguh menggelupor kan aku nih. Hehee. Lepas test rasa was-was, betul ke ni? ke tipu je? Maka saya send la gambar result ujian kehamilan tu kepada 3 hamba Allah ni....ketiga-tiga hamba Allah ni cakap...ye, betul...result tu positif, kau pregnant. Kalau kau tak pregnant, line yg bawah tu tak akan ada langsung walaupun samar-samar. Kalau ada 2 line merah tu memang sah lah kau pregnant.

Syukran....syukran.

5 minggu....saya duk pikir balik...dalam masa 5 minggu tu macam-macam benda saya buat. Owhh...siap pergi jalan-jalan Singapore, masuk USS, main roller coaster. Roller coaster???? Yer, 3 jenis roller coaster saya main. Waktu tu mana lah tau dah ada 'sesuatu' dalam perut ni kan.

Patut lah badan saya membesar bagai johan, siap Kay tanya lagi...hehehehe. Ye cik Kay...waktu kau tanya tu aku tak tau pun aku dah pregnant, atau mungkin waktu tu masih terlalu baru dan tak ada tanda-tanda lagi. Jadi dengan konfidennya aku jawab aku blom pregnant. Huhu.

Doakan saya dan kandungan ini sihat dan selamat hendaknya. Tak sangka jugak...terima kasih ya Allah diatas rezeki ini.

Maka terhenti lah aktiviti saya nak berjalan-jalan untuk seketika....nasib baik tak book apa-apa tiket masa Air Asia promo haritu. Hehe..


Saturday, February 18, 2012

suara ku berharap - hijau daun

Saya suka lagu yang ada petikan bunyi gitar. Bunyi gitar best, and I have not heard the sound of the guitar from my husband's finger. Daripada gitar dia tu terperuk dalam bilik baik suruh dia petik nyanyi lagu ni.





di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

reff:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

reff2:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

repeat reff

suara dengarkanlah aku

unedited pictures

Unedited pictures. I just resize and put the word on the bottom left of the picture.

For the beginner photographer...ehem....not photographer.....ayat lebih manis ialah orang yang tak habis explore kameranya seperti saya, I think the best place for me to snap the night shoot is at I-City, Shah Alam. I-City adalah tempat bergemerlapan dengan cahaya neon berwarna warni dan sangat sesuai untuk mencuba mode-mode yang pelbagai di kamera anda. Tapi saya tak mencuba sangat pun, sangat malas nak menukar mode, lagipun tak tahu nak guna mode apa, snap gambar semuanya blur.

Jadi saya menumpang bangga dengan kecanggihan kamera Canon EOS 60D yg berharga...ehem....5K. Last month, tak ingat ntah kali ke berapa saya ke I-City, bawa Kiddy dan Aida jalan-jalan. Diaorang datang dari Langkawi, nak test kamera baru....huhu. Menumpang jadi model dalam kamera mahal, bila lagi kan.....ni la masanya.

Kiddy is trying to teach me how to use his new camera..
berat yer kamera mahal ni...takut aku pegang..


Canon EOS 60D...
but this is not mine.....sob...sob...
one day perhaps..


Lepas pilih sudut-sudut yang dirasakan sesuai.....
ini lah hasil tanganku...
tapi Kiddy yang setting semuanya.....hikhikhik
saya cuma click the button aje..

gaya itu penting...

Bangga betul dengan kamera orang. Bila la nak dapat rasa kamera macam tu dalam erti kata hak milik sendiri....hehehe. Sebenarnya bukan senang nak snap gambar di waktu malam dan ditambah lagi ada banyak lampu-lampu. Saya berharap akan dapat belajar teknik-teknik night shoot, siapa yg sudi ajar selain kelas-kelas yg kena bayar? huhu.

Jadi model ni indah..

kan aku dah kata.....gaya tu penting...
ni guna kamera sendiri....


Suka gambar ni, bukan semata-mata ada muka kami sebagai model, tapi gambar ni nice..no blurring. Actually nak naik benda alah ni kena bayar rm10, tapi Aida dah belanja kami tiket rm50 untuk semua permainan....walaupun tak sempat main semuanya, merasa lah juga daripada tak rasa langsung.

Thursday, February 16, 2012

sorok

Haritu kat rumah dah kehabisan minyak masak. Jadinya saya keluar lah dengan husband, pegi pasar malam di Presint 2. Setiap hari selasa dan jumaat ada pasar malam kat situ, meriah, macam-macam ada. Selain Maidin kat Presint 15, pasar malam ni lah tempat saya membeli barang dapur. Tapi Maidin kat Putrajaya ni kecik, tak macam kat USJ. Tu tak kisah lah, ada jugak tempat nak menyoping kan.


Berbalik pada kisah minyak masak ni, dengan bangganya saya pegi ke satu gerai...tanya, ada minyak masak tak? jawapannya, takde kak, dah abes.


Ok fine.


Pegi pulak kat gerai lain, tanya soalan yang sama....jawapannya pun sama, dah abes kak.


Dengan penuh semangat saya pegi gerai lain pulak....tanya ada minyak masak tak?jawapannya...takde kak, dah abes.


Uih....laku betul minyak masak hari ni, semua dah abes. Saya rasa macam aneh sikit. Takkan la minyak masak dah abes terus kot. Jadinya tak ada la bekalan minyak masak di rumah kami hari itu, kesimpulannya aku tak masak la kan, beli aje makanan kat pasar malam. Hehe.


Semalam, saya tengok berita TV3, ada cerita pasal minyak masak disorokkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka.


Ohhh....patut la minyak masak dah abes, rupanya ada orang sorokkan.


Saya teringat kes gula yang dulunya pernah takde stok di pasaran, punca yang sama, ada orang sorok.


Tiba-tiba aku jadi marah. Barang-barang terkawal macam tu...ada orang sorok? Kenapa la diaorang buat macam tu? selfish. Lepas tu naikkan harga barang sesuka hati mak bapak dia je.

Lepas ni apa pulak yang diaorang nak sorok? beras? tepung? ieeee...kenapa tak ada orang nak sorokkan rokok eh?


Kan bagus kalau ada orang sorokkan rokok.


Ngeeeee....... :)

Sunday, February 12, 2012

Universal Studio Singapore

Kali pertama saya ke Singapore pada tahun 2008 dengan Ana, ikut dia tengok projek di Tuas. Tak sempat nak jalan kemana-mana pun waktu tu sebab masa sangat suntuk. Isnin lepas, saya ke Singapore lagi untuk kali kedua, kali ni nak berjimba-jimba dengan husband dan sepupu-sepupunya. Kami bergerak dari JB beramai-ramai naik bas, saya rasa lebih senang naik bas sebab tak payah fikir pasal transport. Semua dah disediakan, kami cuma bayar apa yang patut. Oh ya, trip kami ni hanya untuk ke Universal Studio (USS).

Untuk masuk ke Singapore kami perlu isi form, tulis dengan lengkap, kalau tak nanti kena marah dengan mamat kerek kat kastam tu. Baik punya sound dia bagi kat aku, tapi takpe, oleh kerana mood saya waktu tu baik, saya buat keras je.

Ini tiket USS, saya tak pasti pulak harga untuk tiket ni berapa sebab saya bayar lump sump terus kat organiser, dia yang uruskan semuanya. So kalau nak tau better you google it. But if I'm not mistaken, the ticket price is around SD68 to SD75, kalau duit kita dalam rm150 gitu...lebih kurang lah.

Sebelum masuk Singapore, saya diberi pesanan oleh husband supaya tukar duit di JB, jangan tukar di KL kerana nilainya tak sama. That's true. Di JB, nilai SD ialah RM237 bersamaan dengan SD100. Kalau di KL, RM241 bersamaan dengan SD100. I dont know why, tapi ikut logik akal saya mungkin sebab kat JB dah jadi kebiasaan diaorang tukar-tukar duit, jadi nilainya rendah sikit, lebih untung. Apa yg saya buat ialah, tukar SD di JB, balik KL tukar RM semula. Untung ok.

Kami bergerak dari JB pukul 8.00 pagi, sampai di USS lebih kurang pukul 10.30 pagi. Macam jauh sangat Singapore tu, kami lambat sebab stuck di kastam Singapore. Beratur panjang gila.

The Lost World, Far Far Away, Madagascar, New York, Ancient Egypt, Hollywood dan Sci-Fi City....7 tempat menarik yang ada didalam USS ini, semua menjanjikan keseronokan, cuma perlu bersedia kekuatan fizikal saja untuk menjelajah kesemuanya. Sci-Fi City adalah tempat baru dimana disitu lah robot Transformer ada, dan rata-rata pengunjung yang datang semata-mata kerana Transformer ni lah.

Ini dalam istana Far Far Away, menanti untuk tengok show Shrek 4D. Nasib baik masuk awal, tak ramai orang lagi.

The show is awesome! Macam real je kena tempias bersin dan labah-labah dikaki. Superb.

my husband before the show begin

Susun atur perjalanan kami mungkin dah tak tersusun sebab bercampur-campur. Ok fine, ini dalam The Lost World park, dimana kita boleh tengok awesome explosions and live water show. Macam ni lah pelakon-pelakon hollywood tu berlakon, ada stunt, tembak menembak...best.

mereka sedang berlakon..

Dalam USS ni banyak toilet, tapi dalam toilet tu cuma ada 1 bilik saja yang ada air, bilik lain semua pakai kesat dengan tisu je. So kalau nak masuk toilet dalam tu kena pergi bilik yang paling hujung, yang ada signboard macam dalam gambar kat atas tu.


Ini dalam Ancient Egypt. Selain Far Far Away, saya suka Ancient Egypt sebab dalam tu ada roller coaster best, selain ianya bersebelahan dengan Sci-Fi City. Syukur sangat-sangat waktu ini cuaca baik, biar lah panas terik takpe asalkan tak hujan.

Macam masuk dalam era firaun pulak. Senibinanya menarik, walaupun hanya gambaran era firaun, tapi suasananya macam betul-betul di Egypt. Cehh..macam lah aku ni penah pegi Egypt...hehe.

Jumpa pulak dengan orang kaki panjang ni.....setiap karektor yang ada disitu..kalau nak bergambar kena beratur panjang memandangkan terlalu ramai pelancung waktu itu.

besarkan patung ni..

Roller Coaster....wajib mencuba. Orang penakut macam saya ni keringkan hati aje lah naik benda ni. Orang kata, dah bayar mahal-mahal tapi skip banyak permainan adalah sangat rugi. Roller Coaster ini ada 2 bahagian, satu yg berwarna biru (kaki tergangtung), satu bahagian lagi yg berwarna merah (kaki jejak tapi dia menggelongsor ke bawah maha dasyat punya ngeri). Saya ni main redah aje....naik yang warna merah. Fuh..aku rasa punggung tak jejak pun kat kerusi tu, macam dah jatuh ke bawah dah. Ngeri tapi seronok. Sampai lebam lengan aku kerana roller coaster ni.

Trust me, it's really fun. Masa beratur tu dada dah berdegup dah, tapi bila dah selesai rasa seronok pulak. Alhamdulillah....saya tak pening pun naik roller coaster ni.

Sci-Fi City.....we want to see the Transformer!!!! This is the best place in USS, trust me. Walaupun sampai sakit kaki beratur panjang semata-mata nak naik roller coaster dalam Sci-Fi City ni, tapi ianya berbaloi-baloi. Sejuk rasa hati bila dapat merasa jadi robot dan berlawan dengan robot lain....jatuh bangunan....fuhhh....memang sangat-sangat best. Rasa nak naik lagi, tapi bila memikirkan kena beratur panjang, takpe lah. Dapat merasa sekali pun dah cukup bagus.

Ini Bumblebee sebelum bertukar menjadi robot. Malangnya Bumblebee yang sebenar muncul ketika saya tak ada di kawasan ni, sangat frust.

Tak dapat jumpa Bumblebee, amek gambar patungnya pun ok la.....dalam hati ni still frust.

Dapat jumpa robot ni je...pun kira ok la.

Actually ini dalam Sci-Fi City ketika sedang beratur panjang. Nasib baik sepanjang beratur tu macam-macam benda boleh tengok dalam tu, kalau tak bosan jugak.

Ada skrin besar, menceritakan pasal robot transformer....macam betul-betul masuk dalam NEST pulak.

Ada benda ni jugak, tak pasti lah apa nama benda alah ni..

Machine, control panel...pun ada...maklum la dunia robot..
masih terbayang-bayang jadi robot....bestnya...

Ini di New York. Tak dapat pegi New York kat US tu, pegi je la New York kat USS. Hehe.

yes i know i am fat...mendadak betol berat aku naik..
dont focus on me, focus on the background...
ekeke...


with the yellow cab...
only in New York city..


Kami bawa bagpack dalam USS ni semata-mata nak bawak banyak makanan. Sorry, saya tak singgah makan langsung kat mana-mana restoran dalam USS ni. The reason is nak save budget, disamping malas nak tertanya-tanya atau terbelek-belek mana satu restoran yang halal. Actually dalam USS ni banyak tempat makan, tapi untuk muslim kena tengok juga kedai tu halal ke tak, forget about the price, focus on the halal signboard. Tapi kami cuma makan bekalan yg dibawa sahaja. Kami selesa macam ni sebab kami berdua sibuk nak jalan, tak ada masa nak singgah-singgah makan. Serius, saya tak lapar sangat sebab excited nak main dan amek gambar.

Tapi jangan makan makanan luar dalam restoran disitu, nanti diaorang marah. Kalau nak makan bekalan sendiri, makan di luar okey. Ada banyak kerusi yang boleh kita duduk dan lepak-lepak, so duduk dan makan di situ, jangan makan dalam restoran.

New York di USS

I saw Marilyn Monroe! Ok fine, we have to queue up....long queue actually...semata-mata nak bergambar dengan minah klon Marilyn Monroe ni.

with Woody Woodpacker...

Ni patah balik ke Ancient Egypt, saja pusing-pusing semula sebab masa mula-mula masuk tadi orang ramai sangat.

Jumpa dengan minah seksi ni....karaktor yang hidup di zaman-zaman the mummy.

dengan lelaki gagah ni pulak...

dengan Frankenstein

Percutian saya cuma sekejap saja, jadi ada beberapa tempat yang tak sempat nak masuk. Dalam Jurassic Park tak masuk dalam pun, just bergambar kat luar aje. Saya banyak habiskan masa beratur di Sci-Fi City dan Roller Coaster.

USS is a nice place for us to have a fun with family or friends. Saya tak shopping apa sangat pun, cuma beli 1-2 souvenir untuk diri sendiri. Pukul 8 malam dah get ready untuk balik. Di sini kami dah dipesan awal-awal supaya punctual. Kalau lambat nanti bas tinggal.

Satu yang saya suka Singapore ialah jalanrayanya, tak ada satu lubang atau bonggol pun dan persekitarannya bersih, huhu. Tak boleh bawa masuk chewing gum, nanti kena tahan. Saya tak explore lagi Singapore secara keseluruhan, maybe next time kalau ada rezeki ke sana lagi, insyaAllah.