Hari ke Enam
Bila berkunjung ke satu-satu tempat, waktu yang paling tak best ialah hari terakhir nak balik. Rasa macam nak menjerit tak nak balik, tak nak balik, tak nak balik.
Walaupun HCMC cuacanya panas dan Mui Ne yang berdebu dengan padang pasirnya, keseronokan itu tak dapat aku jelaskan. Bila dah nak balik ni, dah mula terbayang aku akan mengharungi liku-liku kehidupan harian di rumah (bangun pagi-pegi keje-balik keje-makan-layan anak/suami-tidur). Ulang-ulang setiap hari.
Namun, kita harus pulang ke pangkal jalan. Harungi hidup harianmu seperti biasa.
Back to reality.
Awal pagi yang sunyi. Sangat tak best perasaan nak kena balik ni.
Kami naik teksi Vinasun yang memang hari-hari ada di depan hotel, tak perlu risau pasal teksi. Teksi bermeter yang boleh dipercayai.
Urusan di airport yang smooth walaupun beratur agak panjang.
Tetap nak tayang gambar makanan. Dalam flight, kami berdua kebulur. Asik kebulur je kan...hahaha. Nak order makanan lain semua dah habis, yang ada nasi lemak dan nasi dagang. Aku beli nasi dagang. Sedap juga nasi dagang ni.
Selamat tinggal HCMC. Panjang umur aku datang lagi, shopping lagi. Orang Vietnam semua baik-baik pada aku. Mungkin ada yang sedikit kasar, biasa lah manusia. Peniaga-peniaga di Ben Thanh dan pasar malam pun semua baik-baik, ada jugak yang kerek...itu pun perkara biasa. Di Malaysia laaaagiiii ramai orang kerek kan, kan.
Even aku jumpa Malaysian kat Vietnam pun ada yang kerek susah nak senyum. Ermmm...
Ok. Dari hasil membeli belah di HCMC, ini yang aku bawak balik....ini pun puas bertapis bagai, kalau ikutkan nafsu, mungkin lebih lagi kot, tapi sebab memikirkan beg dah padat tak muat, risau terlebih berat luggage...aku kawal juga mental masa membeli.
Biasa lah...bila shopping, mental boleh mereng sikit.
Biasa lah...bila shopping, mental boleh mereng sikit.
Sutera Vietnam untuk diri sendiri, keluarga aku dan keluarga mentua
Vietnam Cotton untuk aku dan mak
Baju kemeja untuk abah
5 helai jeans untuk aku...hihi. Best pakai jeans ni. Dalam gambar cuma ada 4 helai sebab aku dah pakai selai.
5 helai jeans juga untuk husband aku, haha.
T-shirt untuk diri sendiri
Baju husband aku, ada selai t-shirt untuk bapak mertua aku
Baju dan seluar Zhareef. Aku rasa shopping baju budak kat Malaysia lagi seronok kot
Beg Deuter untuk adik-adik lelaki aku, husband aku punya pun ada jugak. Yup, memang Deuter di sana tak ori. Kitaorang bukan nak pakai buat lasak pun, bukan nak buat aktiviti yang berat sangat, sekadar letak barang atau baju je, so tak kisah lah ori ke tak ori kan.
2 biji beg kecik (merah dan biru) tu untuk Zhareef, warna pink untuk Dhia, anak saudara aku.
Ada cerita kelakar masa beli beg Zhareef yang warna merah dan biru tu. Ceritanya begini..
Masa aku survey beg ini, aku macam biasa lah, mintak harga murah. Tokei kedai kata ok boleh. Tapi aku cakap balik, tapi saya bukan nak beli sekarang, kalau esok saya datang balik, boleh dapat harga macam ni lagi tak? Tokei tu kata boleh, takde masalah. Ok, kami pun beredar.
Esoknya, kami datang semula nak beli sebab tempat lain kami tak berkenan. Aku tanya tokei tu lagi, saya mahu harga semalam, kenal kami kan yang datang semalam? Tokei tu angguk, memang dia kenal pun tapi...yang tak bestnya dia tak nak bagi harga semalam. Tak tepati janji betul la dia ni. Kami pujuk-pujuk pun dia tak nak bagi. Ok la...kami pun redha, beli aje lah, sebab dah berkenan, lagipun untuk anak sendiri, bukan untuk orang lain.
Tengah malam, masa aku sibuk berkemas barang-barang nak masuk beg, aku buka la zip beg tu. Haaaa...kau tau bedah apa yang ada dalam beg biru tu? Dalam beg biru itu ada beg yang warna merah. Kiranya, dalam beg ada beg.
Berdekah-dekah aku gelak. Tak pasal-pasal si Zhareef dapat beg free, buy one free one. Sebab itu, dia ada 2 beg, satu biru, satu merah. Rezeki kau la nakkk...
Yang kitaorang pulak, memang tak check pun beg tu masa beli, tak tau la kenapa. Selalunya kalau beli beg mesti nak check zip, zip ok ke tak, ada koyak ke tak. Ni..langsung tak check, agaknya dah bengang dengan tokei kedai tu, bayar...terus blah.
Pengajaran: Kalau berniaga, dah berjanji dengan customer, jangan mungkiri.

Tak lupa juga, kopi vietnam yang ohsem
aku beli dengan Soleh
Dan...penapis kopi, pun aku suruh Soleh carikan, padahal banyak aje jual kat kedai area hotel aku tidur tu.
Terus test buat kopi Vietnam..
yeayyy menjadi...maknanya ikhlas si Soleh tu ajar aku...hahahaha
.
.
.
.
Maka,
tamatlah kisah percutian Vietnam yang memenatkan tapi super seronok. Masa
mula-mula nak pergi Vietnam, rasa takut-takut, rasa was-was, tapi bila dah
sampai sana, segala ketakutan hilang. Mungkin sebab kat sana ramai Malaysian,
mungkin juga kot...tapi, yang sebenarnya bandar HCM bukan lah teruk sangat,
orangnya baik-baik, kalau ada yang sewel sikit tu anggap aje itu dugaan.
Cuma
semasa berada di Mui Ne, aku agak risau juga sebab hanya kami bertiga Malaysian
yang berada disitu ketika itu. Aku cuma jumpa sorang aje budak lelaki
Singapore. Dia tegur aku cakap Melayu masa aku turun dari ATV di White Sand
Dunes. Ok la kan...at least jumpa juga dengan manusia yang boleh cakap Melayu.
Hehehe.
In case la anything happen to us masa di HCMC, aku siap-siap cari contact no. Malaysian Consulate kat sana. Aku rasa siapa-siapa yang nak bercuti ke luar negara memang patut simpan nombor telefon Malaysia Consulate, benda ni penting untuk kita bila kita tengah hadapai kesusahan. Kalau tak terjadi apa-apa, alhamdulillah. Tips ni aku dapat dari traveler lain dan aku rasa ianya berguna.
Tapi, kalau korang ada saudara mara atau family members kat sana, takpe lah, senang lah nak mintak tolong apa-apa kan.
Gigih tak aku buat exchange rate ni, VND to RM. Kertas ni sentiasa ada dalam poket aku masa shopping kat sana, tapi sebab kat sana banyak guna RM, takde lah aku guna sangat benda ni. Cuma, masa nak book pakej ke Cu Chi dan Mui Ne, benda ni berguna nak compare harga.
Tapi masa di Ben Thanh, peniaga kat sana ada yang tak suka bila dia tengok aku keluarkan kertas ni untuk check rate duit kita, haha. Agaknya dia tahu aku mesti nak mintak harga murah tak masuk akal. Hehe. Kalau setakat duit USD, boleh lah nak congak-congak, tapi duit VND yang main angka ribu-ribu ni, letih nak mencongak.
------------------------------------habis cerita------------------------------------------
Salam. Sutera vietnam tu harga berapa ya sis? Di beng thanh ke?
ReplyDeleteDan kedai mana ya? In Shaa Allah akan ke vietnam next month. Nak survey2. Tha nks.
ReplyDeleteSalam. Sutera vietnam tu harga berapa ya sis? Di beng thanh ke?
ReplyDelete