Friday, May 20, 2016

Family Trip : Krabi : Day 3

Hari ke-3 di Krabi.

Pagi ini selepas bersarapan, kami berlima naik motor untuk cari tempat Elephant Show. Aku membonceng motor kat belakang, Zhareef berdiri kat depan, manakala adik aku bawak mak mertua aku.

Puas juga berpusing-pusing cari tempat ni, berhenti tanya orang, bercakap macam ayam dengan itik sebab tak semua orang-orang kampung kat sini faham English. Tapi boleh la diaorang cakap sikit-sikit.


Akhirnya kami sampai juga disini. Cuaca tersangat panas terik. Masa sampai baru pukul 10.00 pagi, tapi bahang panas tu dah macam tengahari.

Adik aku nak merasa naik gajah. Dia naik sorang-sorang aje. Aku dah penah naik masa kat Hatyai, so takde rasa nak naik lagi.

 Aku cuma tengok elephant show aje

 Tu gajah sedang buat show. Masa ni Zhareef dah meraung ketakutan. Dia berani sekejap aje, lepas tu takut, langsung tak nak datang dekat.

 Elephant trekking

 Ini lah nama tempat ini

 patung gajah yang comel

Lepas habis show, aku terus bawa Zhareef berehat dekat-dekat dengan ofis diaorang, masa ni dah 500ml air mata keluar...hahahaha. Meraung macam apa, padahal dia yang excited nak tengok gajah.

Tak lama lepas tu adik aku lalu tepi ofis...siapa-siapa yang naik gajah memang akan lalu tepi ofis dan melintas jalanraya.

 Kawasan sini memang biasa gajah berjalan atas jalanraya

Aku bagi makan gajah.


Dah setel tengok gajah, kami bergerak pula ke Gastropod Fossil. Tempat apa ni agaknya?

Gastropod Fossil ini adalah satu kawasan tepi laut yang ada tinggalan fossil-fossil lama dari berjuta tahun dahulu. Nak masuk kena bayar. Tapi bukan itu tujuan kami ke sini.

Kami nak shopping barang sikit disini, sebab dikawasan ini banyak deretan kedai menjual souvenir dengan harga yang murah dan berpatutan. Kalau beli souvenir di pantai Ao Nang, harganya agak mahal sikit.


 On the way to Gastropod Fossil, jumpa pulak patung-patung ikan ni, berhenti kejap amek gambar.

 Pintu masuk Gastropod Fossil
Sebelah signboard tu terus boleh masuk kedai

 Dah penat shopping, kami bersantai sambil tengok laut yang cantik membiru

 Tengok laut sambil makan somtam
Somtan disini sedap ya rabbi..

Yang aku faham 75 je..75 million barangkali..
ini dah dekat dengan pintu masuk untuk tengok fossil-fossil lama

Turun ke bawah untuk tengok fossil yang berusia 75 juta tahun
tapi kami tak masuk pun..


Petang, kami balik hotel dan berehat sekejap. Penatnya badan, bercampur panas yang melampau. Tapi aku tak reti serik...hahaha. Dah rehat-rehat, pastu keluar balik.

Merempit lagi. Dah sewa motor, pastu dah topup petrol...rugi kalau tak jalan.

Jalan punya jalan, pusing sana sini...jumpa Masjid Ridwanullah yang cantik berwarna pink. Haa..elok lah budak berdua ni bergambar depan masjid dengan seluar pendek kan, kan. Kami tak singgah pun di masjid ini.

 Lepas tu, jumpa kolam ikan, masuk kejap tengok apa ada kat dalam..
takde apa yang menarik pun...hahaha.

Signboard tempat ni..
Tulisan pun ada yang dah tercabut..
Krabi Coastal Fisheries Research and Development Center..
gitu lah namanya.

Lepas tu kami masuk satu resort...apa entah nama resort ni. Sesuka hati je masuk resort orang, hehehe. Resort ni cantik juga, more to nature. Restorannya pun cantik dan ala-ala mesra alam gitu.

 Restoran yang comel dan diperbuat dari bahan-bahan alami..

 Dibelakang resort ini ada pantai, kami melepak sekejap kat sini..

 lakonan semata-mata..

Masa nak on the way balik hotel, kami singgah disatu kawasan yang macam pasar malam, tapi aku tak pasti ianya pasar malam atau pasar tani atau pasar apa....yang pasti disini banyak menjual barang keperluan harian, barang basah, kuih muih dan makanan goreng-goreng. Pakaian pun ada jual.

Jom tengok apa ada disini..

 ayam bakar

 Nasi goreng, kuey teow goreng dan mee goreng

 ini kuih apa aku tak tau..
macam pelik sikit

 Ini lagi aku tak tau apa benda

Ini aku tau lah..kuih pau..

 Ada orang jual-jual makanan, boleh duduk makan disitu.

Haa...ni pun aku tak tau apa benda..macam sup



Merayap dalam pasar diaorang, aku cuma beli buah mangga potong dan air teh ais saja. Lepas tu, kami bergerak balik. Hari pun dah petang, badan pun dah letih.

Letih-letih pun sempat lagi singgah kat bukit depan hotel kami sebab nampak pokok berdaun merah ini.

Belah malam, selepas mempersiapkan diri..kami keluar untuk makan malam. Sebelum ni kami makan biasa-biasa aje, tapi sebab fikir malam ni malam last, nak jugak merasa makan sedap-sedap.

Kami ke restoran Lemon.

Restoran halal ini famous di kalangan orang Malaysia. 2 tahun lepas pun aku ada makan di sini. Dulu restoran ini terletak berdekatan dengan hotel aku, tapi sekarang dah berpindah jauhhhh nunnn.....aku nak cakap pun tak reti kat mana. Tapi memang jauh dari hotel kami.

Semua pekerja restoran pandai cakap Melayu. Diaorang kata kami pindah sebab tanah kena amek, kedai tu kami sewa, sekarang tapak tu tengah construction untuk buat hotel baru.

Ok. Di sini...kami makan...

 Somtam

 Telur dadar

 Tomyam

 Sayur campur

 Udang masak butter

dan...Kaeng Som ikan siakap.
Ini yang aku idamkan. Kaeng Som ini adalah makanan Thailand yang nak kata macam tomyam tak, macam asam pedas pun tak. The taste is...pedas dan masam. Macam asam rebus kot.


Sorry lah letak gambar makanan pulak, hehe. 

Makan disini memang sedap dan harga pun berpatutan. Kalau datang Krabi, singgah lah makan di Restoran Lemon....ecehhh, aku tolong promote.

2 tahun lepas aku pernah makan Pulut Mangga di restoran ini dan memang sedap sangat. Kali ini aku takde rasa nak makan pulut, so tak order lah.

Ok, dah kenyang tahap dewa. Alhamdulillah untuk semua rezeki yang Allah bagi.

Esok....dah nak balik KL :(






1 comment:

  1. makan kat thailand mmg sedap nyam nyam nyam... tapi pilihan lebih kurang kat Malaysia... arrghhhh hahaaha

    ReplyDelete