Thursday, October 26, 2017

Pasar Seni (Central Market) Kuala Lumpur

Dah bertahun tak pergi Pasar Seni. Tak ingat bila last time ke sana. Semalam, kebetulan cuti sebab ada appointment hospital. Dah setel urusan di hospital, aku malas nak balik rumah. Jadinya, aku naik train ke NU Sentral. Merayau tanpa tujuan. Dah lama tak merayau sorang-sorang sejak ada anak. Aman damai rasanya berjalan sendirian, hihi.

Lepas makan, aku decide nak ke Pasar Seni (Central Market). Hari-hari naik LRT lalu CM, hanya tengok dari dalam train je. Memang teringin sangat nak ke CM setelah sekian lama tak jejakkan kaki di situ.

Bangunan Central Market ini terletak di jalan Tun Tan Cheng Lock. Mula dibina pada tahun 1888 oleh British di era kolonial British Malaya. Pembinaan siap sepenuhnya pada tahun 1937. Lama juga, Pada awalnya bangunan ini dijadikan sebagai pasar basah (wet market) untuk warga Kuala Lumpur dan pelombong bijih timah.

Bangunan ini telah dibesarkan dan dibaik pulih banyak kali juga, sehingga lah pada tahun 1982, ia telah ditukar dari pasar basah kepada Pasar Seni dan Kraftangan. Sebab itu sekarang tempat ini menjual banyak hasil kraftangan dan lukisan.



Signboard ini pernah menjadi isu sedikit waktu dulu sebabnya tulisannya tak mention nama 'Pasar Seni' dalam Bahasa Melayu. Yang ditulis ialah dalam Bahasa Cina dan Inggeris. Ramai orang tidak puas hati kenapa tidak ditulis dalam Bahasa Melayu. Kini, tulisan telah ditukar dalam dwi bahasa utama di Malaysia iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 


Ini signboard lama yang menjadi isu
Sumber dari google.

 Check in!

Central Market pada tahun 1982

 Central Market, 25 oktober 2017
Captured by me

Kasturi Walk
Bersebelahan dengan bangunan CM, kawasan pejalan kaki berbumbung

 Malay Street

Little India

Chinese Straits

3 bangsa utama di Malaysia, Melayu, Cina, India.

 Masih mengekalkan suasana zaman dulu

Siapa yang nak mencari kedai pinggan mangkuk viral dalam fb, ianya terletak di Kasturi Walk, belah kanan, kedai pertama. Nasib baik aku naik train, kalau aku naik kereta memang dah berangkut dah pinggan mangkuk ni. Takpe, sabar. Tunggu rumah siap, dah pindah masuk, nak beli jugak pinggan mangkuk ni.

Belah belakang ada kedai lukisan potrait. Siapa-siapa berminat nak mengabadikan wajah dalam potraint, boleh lah tempah.

 Potrait Tun Mahathir dan Rowan Atkinson (Mr.Bean)

 Hasil lukisan oleh Dhanik Studio

Disepanjang lorong ini adalah kedai lukisan

 Jalan dan jalan lagi, jumpa pulak kedai jual passport cover. Boleh letak nama dan aksesori mengikut citarasa sendiri

Tadaaaa...
Pilihan design aku sempoi dan simple aje



2 comments: