Thursday, March 8, 2018

Langkawi : Bawa masuk kereta sendiri

Cara-cara nak bawa masuk kereta sendiri ke Pulau Langkawi:

1. Masuk laman web Langkawi Auto Express.
2. Register dan booking. Bayaran adalah mengikut jenis dan tahun kereta, boleh tengok dalam website dia. Kalau tak faham, sila call dan tanya sebab takut tersalah booking.
3. Bila dah booking dan buat bayaran, kita akan dapat emel dari Langkawi Auto Express. Ada borang yang perlu di isi.
4. Lepas tu, sila faks atau emelkan borang beserta salinan IC, geran kereta dan salinan lesen memandu. Lebih senang emelkan, kalau faks lambat sikit mereka nak terima. Dah emel, call mereka untuk confirmkan yang mereka dah terima emel dari kita.

Syarat nak bawa masuk kereta ke Langkawi ialah kita kena stay di Langkawi lebih dari 48 jam (2 hari).

Berbaloi ke bawa masuk kereta sendiri?

Pada aku berbaloi. Ok, kita boleh pilih untuk naik flight tapi kalau dapat tiket yang harganya betul-betul murah, berbaloilah, tapi kalau tiket mahal, lepas tu nak sewa kereta lagi kat Langkawi, sangat tak berbaloi.

Untuk aku yang berjalan dengan anak, of course bawa beg besar gedabak, dengan stroller bagai, sangat senang bawa masuk kereta sendiri, tak payah aku nak angkut keluar masuk barang, rilek je barang-barang dalam bonet kereta langsung tak terusik.



Pejabat Langkawi Auto Express terletak berdekatan dengan Masjid Al Hussain di jeti Kuala Perlis. Tak susah pun nak cari. Masa pergi, aku pilih naik feri waktu pagi, pukul 10.30 pagi. Pukul 9.00 pagi dah kena check-in. Bukan kereta jer yang naik feri, bas, lori pun ada yang naik. Mereka akan lepaskan kenderaan yang besar-besar dulu masuk feri, baru lah kereta boleh masuk.

Company Langkawi Auto Express ada 2 buah feri, Langkawi Auto Express 1 dan Langkawi Auto Express 2. Masa pergi, kitaorang naik Langkawi Auto Express 1, cantik ferinya, siap ada meja. Tapi masa balik, naik Langkawi Auto Express 2, tak cantik sangat feri yang ni..haha.


 Bila kereta dah masuk, parking dan tarik handbrek ke aras paling maksima untuk memastikan kenderaan kita tak bergerak sebab semasa feri bergerak, feri akan bergoyang sikit, biasalah kan...ombak laut.


 Dalam feri kita boleh duduk dengan selesa. Yang ni feri Langkawi Auto Express 1, ada meja kalau nak makan. Ada cafe kecik jual-jual air dan makanan ringan. Ada tv dan toilet. Dah makan, buang sampah dalam tong sampah yang disediakan, jadilah manusia yang bertamadun...hihi.

 Bukan anak je excited, makpak pun excited. Kahkahkah. Kerjanya bersidai kat luar sambil tengok view yang subhanallah cantik sangat.

 Kat tepi ni ada kerusi kayu, kita boleh duduk santai-santai sambil layan view

 Bila dah hampir sampai ke Langkawi, akan nampak lah pulau-pulau kecil yang mana viewnya sangat cantik dengan airnya yang kehijauan.

 Cantiknya pemandangan dalam gambar tidak terbanding dengan melihat dengan mata sendiri

 Langkawi Island, the jewel of Kedah

Ni la kerja kami, bersidai kat luar, rugi rasanya kalau asik duduk kat dalam, budak berdua ni pun bosan terperuk je dalam feri

Saja tepek gambar ni. Ini feri masa balik, Langkawi Auto Express 2, tak cantik macam Langkawi Auto Express 1, tapi tetap selesa. Ada tv, toilet tapi tak ada meja.


Seronok tak naik feri? Jawapan aku...seronok!

 

4 comments:

  1. ni yg dok plan dgn adik beradik ni tapi plan je la diskas sikit2 je, banyak2 takde lagi.

    nak duduk banglo kerajaan tapi asal cuti sekolah je full. kena cari cuti sekolah la sbb adik aku sorg cikgu anak-anak pun sekolah.

    Soalan aku: berapa lama nak kena booking feri kereta tu sebelum tarikh pergi?

    Sekian terima kasih

    ReplyDelete
  2. kay: aku booking 2 minggu sblm tarikh pergi. sbb masa tu tgh berkira2 nak naik flight ke atau drive. jgn booking last minit sbb takut ferry full.

    ReplyDelete
  3. menarik.tak ramai orang macam feri biasa. mungkin ada untungnya naik kereta sendiri kalau lama

    ReplyDelete
  4. salbiah: memang syarat nk bawa kereta sendiri kena stay langkawi more than 48jam (2 hari), kalau fikir logik pun, stakat stay 1-2 hari rugi je bawak kereta, baik sewa je kat sana. kalau stay lama mcm saya 5 hari mmg berbaloi sgt

    ReplyDelete