Kenapa aku dah lama tak naik kapal terbang? Merentas awan biru?
Kerana ini, sebidang tanah yang tak seberapa. Bajet dah habis beli tanah, maka aktiviti merentas awan biru terpaksa dilupakan.
Husband sibuk nak berkebun, dia minat bercucuk tanam. Macam-macam dah ada dalam kepala dia apa nak ditanam.
Lokasi tanah ini di Rasah, Seremban. Jauhkan beli tanah. Sebabnya harga tanah di KL/Selangor memang harga yahudi, hanya untuk golongan super kaya. Tanah ni tak besar mana, 0.5 ekar je. Jadi la kan buat aset untuk masa depan.
Sebelah tanah ni ada kilang papan, so nak buat rumah macam tak sesuai, confirm rumah penuh habuk. Sebab tu husband aku nak berkebun, lagipun status tanah ni memang untuk bertani.
Kebetulan ada kolam kecik atas tanah kami, so boleh buat sumber air untuk bercucuk tanam, dan boleh juga laki aku yang gila mancing tu melepas gian memancing geli-geli.
Cadangnya, lepas setel segala urusan dan dapat geran, tanah yang bersemak samun ini akan diukur oleh juruukur tanah dahulu, kemudian baru boleh ratakan dan pasang pagar. Lepas tu baru pikir hal-hal lain pulak.
Syok pulak nak berkebun ni, hahaha. Tapi sebelum tu banyak benda nak kena pikir dulu. Plan seterusnya nak buat pondok kecik, dan nak masukkan bekalan air. Senang sikit kalau ada air paip, senang nak basuh berak anak aku...kahkahkah.
Perancangan je ni...tengok lah jadi realiti ke tak....in shaa Allah.
tahniah Julie dan husband... Nampak juga duit ke mana walau tak terbang. aku tak terbang duitnya tak Nampak juga
ReplyDeletekay: ko pon ada rumah kan...aset tu. tapi ko ni kan...sedar2 je dah ada kat aceh la, perth la...pasni muncul kat mne plak...hahahaha
ReplyDelete