Friday, September 14, 2018

Penang trip - day 2

Hari ke-2.

Check-out dari Ixora Hotel pagi-pagi, terus menuju ke George Town melalui jambatan. Kononnya nak breakfast di Roti Canai Transfer Road. Aku fikir aku dah awal dah...rupanya bila sampai dilokasi kedai, punya lah panjang beraturnya. Gerai kecik, jalan pun sempit, meja kerusi tak banyak, umat pulak ramai sebab cuti umum....

Maka, cancel lah breakfast kat situ. Anggap aje takde rezeki.

Aku bukan nak makan roti canai, tapi nak makan roti bakar telur goyang. Jadinya, kita ke gerai yang tak jauh dari gerai roti canai yang fofularrrrr sangat tu.

Roti bakar Muhibbah. Orang ramai juga tapi takde nak beratur-beratur bagai.

Disini rezeki kami pagi tu.


 Roti Bakar Muhibbah
lokasi tak jauh pun dari gerai roti canai yang viral tu

Makanan menyatukan kita, tak kira melayu, india, cina...kita semua makan roti canai, nasi lemak, minum kopi.


 Aku tetap nak roti bakar telur goyang
feveret selamanya
punya la lapar...dua pinggan tu aku sorang je


 Abang macam biasa dengan roti telur dia


Dah kenyang, dah ada tenaga. Jom lah mulakan jalan-jalan. Kali ni aku jadi pelancong yer, sebab mengheret dua orang budak ni.

Jom melancong ke Bukit Bendera.

Muahahahaaaa....

As per my expectation...manusia pasti ramai. 

PASTI.


 Kan betul aku cakap, beratur panjang berjela. Pengsan sekejap. 
Makanya, aku beli tiket FAST LANE.

 Pemegang tiket fast lane tak payah beratur, tunggu je diruang khas fast lane ticket, bila train dah sampai, terus masuk dan terjah. Kalau beli normal ticket, subuh esok lah baru dapat naik.

Ini tempat pemegang fast lane ticket menunggu. Kalau hari biasa yang tak ramai orang, takde maknanya aku nak membazir beli fast lane ticket.

Fast lane : rm40
Normal lane : rm10

Kan jauh beza tu.

Ok...train dah sampai. Bye-bye awak-awak yang masih beratur tu...kami naik dulu....tak sanggup nak beratur dengan budak 2 ketul ni ...

Laju gila train ni bergerak, dah macam naik ERL aku rasa. Seingat aku zaman pertama kali naik bukit bendera dulu, aku naik train yang warna putih-merah tu, yang slow tu....

Sekarang, train dah canggih dan lajuuuu..

Yang seronok bawak budak 2 ketul ni...diaorang seronok dan teruja...
masing-masing nak berdiri...lagi-lagi si abang

 Suka view macam ni...hijau saujana mata memandang..
dan sejuk..masih berkabus

 Souvenir shop

 Fridge magnet

 Aku nak beli poskad, nak pos untuk diri sendiri
Tapi bila dah jalan kedepan....terus lupa...

 Sekeping poskad rm2 je..

 Boleh pos dari atas ni..

Suka view kabus-kabus macam ni
pokok, hutan, kabus....sukanyaaa


 Kabus masih tebal

 Jom lah bergambar untuk kenangan...
nanti budak-budak ni dah besar, tgk balik gambar diaorang..
mama papa penah bawak korang naik bukit bendera yer...
ni buktinya..

Oh ya, nak masuk ke Little Village ni kena bayar lain...cantik juga dalam ni, ada love love bagai..




 Rumah hobbit
tuan rumah baju biru tu...

apa yang kau tengok nak?

Masa ni semua dah exhausted. Budak kecik ni pun dah mengaruk nak tidur, nak susu. Nasib baik jumpa kereta ni, penyelamat keadaan. Ralit sekejap dia main, abang dia sibuk main tempat lain, makpak dia duduk kepenatan.

 Rumah siapa ni yer? macam syok je rumah diatas bukit bendera

 View from Penang hill

 Jalan kebawah sikit, nampak pulak burung ni..
abang dah sibuk nak amek gambar dengan burung

Mama layankan, sebab fikir....ini semua kenangan..


Dah penat mendaki bukit bendera, moh la kita check-in hotel. Penat sangat dah ni. 

 Aku tidur di Copthorne Orchid Hotel, terletak di Tanjung Bungah
Tepi pantai....

 Seaview

 Ada bathtub
abang la paling seronok

 Bilik mandi
ada la sikit-sikit rambut atas lantai..
mungkin cleaner nak cepat kot, tak sempat nak cuci betul-betul
maklum lah orang ramai nak check-in
bab ni...pihak hotel kena improvekan yer...
yang lain ok...

 Sebab kepenatan dan malas nak keluar cari makan, husband aku order makanan dari bilik je. 
Agak pricy, sekali sekala boleh la...kalau selalu buat, pokai juga
tapi food was good, sedap.

 Mari makan sambil mengadap laut

 Masa ni air laut cantik...
bila dah petang sikit, air surut...masa tu dah tak cantik dah....dah tak biru

 Balkoni macam ni, kena awasi yer anak-anak bersantai kat sini
biasa la diaorang suka memanjat....kalau tak awasi, bahaya.

 Kawasan belakang hotel berdepan dengan pantai.

 Private beach

Aku suka dengan hotel ni sebab ada private beach. Pantai ini hanya boleh di access oleh guest yang menginap di hotel ini sahaja. Jadi, kita tak bercampur dengan orang lain, aman damai je nak mandi pantai, nak buat istana pasir ke, nak tanam diri sendiri ke...hehehe

Budak ni memang suka main pasir, bukan setakat main, dia selalunya makan sekali pasir tu. Tapi kali ni dia baik pulak tak masukkan pasir dalam mulut.

 Tak ramai orang, aman sangat nak mandi
tapi abang lagi suka terjun pool dari mandi laut

 Tenang aje, takde ombak kuat sebab kat depan tu diaorang letak batu besar-besar sebagai pelindung ombak.



 Penang trip

 Ini budak sudah terbakor kulit...
asik berjemur...


 Dah takde kulit putih gebu gebas...
sekarang kulit tanned style


 View pantai dari tingkat 7 dekat swimming pool

 Batu-batu ditambak sebagai penghalang ombak

 Dan batu-batu tersebut jadi port kaki pancing

Dah lepak-lepak kat pantai, kami ke pool semula
abang yang excited mandi kolam

 Si kecik ni kalau lepas mandi kolam, wajib tidur

 Lena pulak tu dia tidur
tak hirau apa dah
dari dalam pool lagi dia dah menguap....sabor je lah

Belah malam, kami ke pasar malam di Batu Feringgi. Aku tak banyak snap gambar sebab bertukar-tukar tangan melayan budak berdua ni.

Aku suka pasar malam disini, cumanya yang tak best waktu-waktu cuti umum ni faham-faham jelah penjual tekan harga.

 Suka t-shirt ni, dapat juga saiz aku
hahahaaa
feeling-feeling tourist sangat kan

dan seluar ni....suka, selesa.
alaa macam seluar pelikat pants tu



Tamat aktiviti hari ke-2.


No comments: