Selepas bercucuk tanam sikit-sikit, aku dan husband aku merancang nak bela ikan pulak. Pada mulanya idea nak bela ikan ni hanya hobi saja, tapi why not kita membela secara serius. Husband aku try and error beli anak ikan talapia kat jalan pasar 135 ekor, lepaskan dalam kolam nak tengok depa semua hidup ke tak.
Lepas tu timbul rasa seronok tengok ikan-ikan membesar depan mata, haha. Mula lah mencari dan survey di internet pembekal-pembekal benih ikan yang murah sebab nak beli lagi banyak.
Terjumpa lah dengan Masbahal Aquatic Sdn Bhd.
Masbahal Aquatic ini sebuah company milik bumiputera. Bos besarnya bernama En. Mohtar. Pejabat dan kolam utama dia terletak di Lenggeng, Negeri Sembilan.
Siapa-siapa yang menternak ikan air tawar mesti tahu dan kenal Masbahal Aquatic ni.
Ini lah office En. Mohktar. Pejabat dia ni sebelah rumah dia jer. Office En. Mohktar tak lah besar sangat, tapi selesa. Ada ruang untuk dia buat kerja dan ada ruang untuk discussion. Cuma yang aku jelesnya ialah...office dia sebelah rumah!
Ini lah seronoknya berniaga sendiri. Depa bukan saja ada 'money freedom', tapi juga ada 'time freedom'. Selain dari bebas mengawal selia duit keluar dan duit masuk, depa bebas mengawal 'masa' depa sendiri. Tak payah pening-pening kejar train atau drive untuk kejar masuk kerja 8 to 5. Bestnya!!
Tapi berniaga pon ada dugaan jugak, dugaannya lagi hebat dari kerja makan gaji. Siapa yang dah terjun ke dunia berniaga akan faham lah dugaan-dugaan itu.
Ini lah ruang untuk discussion. Ada buku visitor disitu, boleh tulis nama dan dari mana.
Ini lah En. Mohktar, founder Masbahal Aquatic Sdn Bhd
Sedikit info mengenai En. Mokhtar. Beliau ada pengalaman dalam bidang penternakan ikan air tawar lebih 20 tahun. Beliau seorang pesara kerajaan. Dulu beliau kakitangan kerajaan di Kementerian Pertahanan. Di Masbahal Aquatic, penternak boleh membeli anak ikan, makanan ikan dan peralatan lain untuk menternak ikan. Masbahal Aquatic menghasilkan pembenihan anak ikan sendiri dan beliau mempunyai 40 buah kolam di belakang rumahnya!
Selain dari menjual benih anak ikan, beliau juga memberi khidmat nasihat kepada badan-badan kerajaan atau swasta yang ada menjalankan kursus-kursus berkaitan penternakan ikan air tawar. Pelajar-pelajar universiti yang membuat kajian atau kerja kursus juga ramai datang berjumpa beliau untuk mendapatkan maklumat dan tunjuk ajar.
Menarik!
Beliau seorang yang knowledgeable. Tanyalah apa saja pasal ikan, beliau tak lokek ilmu untuk berkongsi.
Masbahal juga ada menyediakan khidmat township.
Apa itu township? Township ni satu kawasan baru yang kita nak bangunkan untuk tujuan kediaman atau perindustrian.
Contohnya, kalau aku ada sebidang tanah, dan aku plan nak buat ladang penternakan ikan air tawar. Aku datang berjumpa En. Mokhtar untuk mendapatkan khidmat nasihat, kira macam kita hired consultant lah. Di mana nak buat kolam, dimana nak buat office, sistem perpaipan macam mana, nak lagi senang faham, apa yang patut ada untuk mewujudkan sebuah ladang penternakan? Gitu lah lebih kurang.
Umpama macam developer lah, beli tanah seluas-luasnya, lepas tu buat projek perumahan berkonsepkan township. Dalam township tu bukan saja ada rumah, tapi ada kedai, sekolah, klinik atau hospital dan masjid. Kira orang-orang yang tinggal disitu tak perlu pergi jauh-jauh untuk beli barang atau berjumpa doktor kalau sakit. Semua facilities ada dalam satu tempat.
Lama jugak lah kami menyembang. Sebenarnya rasa nak sambung sembang lagi sebab macam tak puas nak korek ilmu dari En. Mokhtar. Tapi disebabkan kami kena patah balik ke kebun, terpaksa lah mintak diri dulu. Kami beli 1000 ekor anak ikan talapia merah, dan ini juga antara sebab kami tak boleh sembang lama. Anak-anak ikan dah siap bungkus dalam plastik, pekerja En. Mohktar dah siap masukkan dalam bonet kereta. Cuaca panas lit lit, kalau tunggu lagi lama, anak-anak ikan akan mati.
1000 ekor anak ikan talapia saiz 2 inci
Ada jugak anak ikan saiz 1 inci terlepas masuk nih, hehe
1000 ekor anak ikan talapia dilepaskan pada 04.05.2019
Sebelum lepaskan anak ikan dalam kolam, kita kena rendam sekejap beg plastik yang ada anak ikan tu dalam air kolam lebih kurang 10 minit. Kemudian barulah boleh lepaskan anak-anak ikan itu perlahan-lahan supaya depa semua tak terkejut masuk ke dunia baru.
Anak-anak ikan tu ibarat baby yang baru lahir, dari alam dalam perut tiba-tiba keluar ke alam dunia, ambil masa nak adapt dengan keadaan yang serba baru. Depa ni sensitif, maklum lah saiz 2 inci, kecik sangat. Tapi sebab baru nak belajar menternak, aku nak cuba bela dulu. Aku tahu, dalam 1000 ekor ni bukan semua berjaya hidup. Dalam kolam aku ni ada ikan haruan. Ikan haruan ini dikenali sebagai ikan pemangsa. Haruan juga bersifat ganas yer.
Kita tengok lah berapa ekor yang hidup.
Dah alang-alang aku bercerita pasal menternak ni, aku nak share nasihat dari En. Mokhtar, aku tulis disini supaya aku sendiri tak lupa.
Berniaga ni kena banyak bersabar. Kita tak akan dapat pulangan duit yang sekelepuk dalam masa yang singkat. Apa saja pekerjaan yang kita buat, kita kena ada satu sikap ini, GIGIH.
Bukan rajin. Orang yang rajin anytime dia boleh jadi malas. Tapi orang yang gigih, dia tak akan malas. Walau penat macam mana pun, dia akan gigih bangun dan berusaha. Orang gigih tak pernah kenal erti penat. Gigih ni tak semestinya dalam berniaga saja. Tak kisah kau kerja apa, makan gaji ke, berniaga sendiri ke, kau kena gigih. Kau nak travel ke mana-mana, kau gigih simpan duit kan? Sanggup ikat perut. Itulah namanya gigih. Orang gigih juga tak akan putus asa. Kalau orang yang rajin, tapi kena dugaan sikit, terus down. Tapi kalau kau gigih, kau anggap dugaan itu sebagai satu platform untuk kau bangun dan berusaha lagi.
Itulah serba sedikit perkongsian dari En. Mokhtar. Semoga bermanfaat.
usahawan ikan talapia la ni. selamat maju jaya Julie!
ReplyDeleteKay : Belum usahawan lagi, baru nak berjinak-jinak...in shaa Allah one day...doakan
ReplyDelete