Friday, April 12, 2024

Kenapa aku tak suka hari raya

Aku ada beberapa sebab kenapa aku tak suka hari raya. Aku tak pasti ada orang lain sama macam aku atau aku sorang saja yang tak normal. 

Nantilah aku cerita kenapa. Yang pasti sebenarnya selama aku hidup ini aku memang tak suka hari raya.






Sunday, January 14, 2024

Begitu begini

Sebagai seorang anak dan juga menantu, aku dah alami pelbagai perasaan. Biasa lah kan, bila kita berkahwin, kita akan masuk dalam keluarga baru yang serba serbi berbeza. Bagaimana penerimaan ahli keluarga baru terhadap aku, dan bagaimana pula penerimaan ahli keluarga aku terhadap husband aku. Tapi bukan itu persoalan utama.

Aku tak nafikan, hidup setelah berkahwin kadangkala berlaku kesulitan. Semua orang yang telah berkahwin akan mengalaminya. Ini juga bukan persoalan utama yang aku nak cakap.

Apa yang aku nak cakap sekarang ialah aku selalu terfikir bagaimana pula suatu hari nanti bila anak-anak aku dah besar dan mereka pula yang akan berkahwin dan aku akan mendapat menantu, adakah aku akan menjadi mertua yang baik?

Kita selalu mendengar atau membaca tentang kemelut emosi yang berlaku antara mertua dan menantu, malah ada juga ibubapa kandung sendiri yang membuat masalah. Aku selalu terfikir, kalau umur aku panjang, aku bakal melihat anak aku berkahwin dan aku bakal menerima menantu. Adakah aku mampu menjadi seorang ibu mertua yang baik dan disayangi oleh menantu aku? Hahahaha.

Kita selalu mengharap anak kita bakal memilih pasangan hidup yang baik dan pandai serba serbi, tetapi kita lupa bahawa anak kita sendiri bukanlah sempurna. Kita selalu high demand mahukan menantu begitu begini, tetapi kita lupa nak mendidik dan mengingatkan anak sendiri supaya menjadi suami atau isteri yang baik. Kita selalu ‘menangkan’ anak sendiri walaupun anak kita itu banyak membuat masalah. Ini antara punca menantu makan hati.

Aku ada melihat satu video seorang makcik ini, dia bahasakan diri dia Kak Pah. Apa yang beliau katakan telah menarik minat aku. Aku suka dengan kata-kata dia.

“Kalau menantu masak sedap, kita makan banyak. Kalau dia masak tak sedap, kita makan sikit. Yang penting kita jangan cerita kat orang. Mulut kena jaga”

Yang menjadi masalah sekarang aku tengok ramai emak-emak suka berborak bersama kawan-kawan seangkatan mereka mengutuk anak menantu. Serba serbi tak kena. Serba serbi salah. Kalau salah, ada baiknya tegur terus secara berhemah, tak perlu nak buka pekung menantu depan orang lain. Tak perlu nak cerita aib orang dengan kawan-kawan mereka.

Apa yang aku fikir ketika ini ialah adalah aku mampu menjadi seorang ibu mertua yang mengunci mulut dan menutup aib menantu di depan orang lain? Dan aku juga harus sedar anak aku sendiri bukan manusia sempurna, jadi kenapa aku nak demand mahukan menantu yang sempurna?

Suatu masa dulu abah aku pernah berkata…

“Kalau kau nak kawen satu hari nanti, aku kena cerita tentang buruk kau dulu, bukan baik kau”

Tapi semasa aku nak berkahwin 13 tahun yang lalu, abah aku lupa barangkali apa dia pernah cakap, jadi tak adalah dia buka mulut tentang keburukan aku, hahaha. Syukrannn!

Kau tahu tak kenapa banyak rumahtangga bergolak akibat sebab ‘tiada persefahaman’? Kerana semasa tempoh bercinta, kita hanya nampak yang baik dan yang murni-murni sahaja. Yang buruk dan yang busuk, kita tutup. Bila dah berkahwin baru kau tahu perangai sebenar dan the true color of your sleeping partner. Betul tak? Dari situ bermulanya konflik. 

John Gray ada menulis sebuah buku bertajuk ‘Men are from Mars, Women are from Venus’. Buku ini menceritakan tentang perbezaan seorang makhluk Tuhan berjantina lelaki dan perempuan.

John Gray mengumpamakan ada seorang lelaki datang dari planet Mars bertemu dengan seorang perempuan yang datang dari planet Venus. Mereka berjumpa di planet Bumi lalu jatuh cinta. Mereka berkahwin. Mereka datang dari latar belakang yang berbeza. Seorang dari Mars, seorang lagi dari Venus. Cara hidup mereka berbeza, didikan yang berbeza…tiba-tiba berkahwin duduk satu rumah. Konflik berlaku kerana mereka berdua tak dapat menerima PERBEZAAN masing-masing.

Itulah yang banyak berlaku didunia realiti. Apabila berlaku konflik, masing-masing nak menang dan yang paling tak bagus ialah ada keluarga masuk campur. 

Aku selalu berangan kalaulah suatu hari nanti anak aku nak kahwin, aku nak ikut macam apa yang abah aku pernah cakap. Aku nak bagitahu bakal menantu aku apa keburukan anak aku. Jadi bila mereka dah berkahwin, menantu aku tak terkejut sangat dengan perangai anak aku, tak gitu? Hehe. Kalau dia dah tahu awal-awal apa keburukan anak aku dan boleh menerimanya, aku harap akan kuranglah konflik antara mereka berdua. Aku pulak sebagai seorang mak yang tak sempurna, aku kena perbetulkan perangai anak aku sendiri sebelum aku perbetulkan perangai menantu. Anak aku dua-dua lelaki, mereka bakal jadi ketua keluarga.

Dan sebagai mertua pula, aku tidak seharusnya masuk campur hal anak dan menantu. Korang nak kawen, pandai-pandailah berdikari. Aku kalau larat bila dah tua nanti, nak keluarkan duit simpanan ajak husband aku travel, wakaka. Anak menantu, kena belajar hidup sendiri sebagaimana aku belajar hidup sendiri dengan husband aku dari start kami kahwin. 

Jauh benar aku berfikir. Anak sulong aku baru darjah 5. Adik dia baru darjah 1.

Hahahaha.