Monday, December 28, 2009

KL-Melaka-Muar-KL

Aktiviti cuti umum:

1st place : Sunway Pyramid
Activity : Lawatan sambil belajar di kedai-kedai handbag.
Description :

Sempat sambar 2 beg, one for me, and the other one for my mother sempena birthday dia esok. Sambil buat lawatan tu, sempat snap a few pics yg very colorful. Suka betul aku tgk musim2 org sambut krismas ni, memang meriah la shopping mall. Paling best budak2, siap ada permainan utk diaorg. On this time I pray if I could turn the time back. I wanna be a kids. Nak main lagi.

Bestkan...hidup sebagai kanak2 la yg paling seronok..tp mak/bapak budak pon sama naik main juga...hahaha


2nd place : Melaka
Activity : Jalan-jalan mkn angin
Description :

Aktiviti yg tak dirancang. Hari ni orang ajak, esok terus pegi. My suggestion, jgn la pegi Melaka musim2 cuti sekolah, bertembung plak dgn cuti krismas. Nak muntah saya tgk keadaan Melaka yg sesak dan ramai manusia dari segenap alam. Punya la susah nak cari parking. Paling parah bila semua jalan dah one way, so kalau silap masuk mana boleh patah balik. Ohh ya..dah hampir 10 thn tak gi Melaka. Keadaannya berubah sket terutama jalanraya. One more thing, kenapa signboard kat Melaka kecik2 belaka? konpius aku...

Layan gambar2 masa di Melaka..


Baru sampai...rasa mcm pelancong je...jalan sket amek gmba...jalan sket amek gamba...
hahaha


Menara yg nampak sayup2 tu menara Taming Sari..
tgk dari jauh jela..


A Famosa..
tempat wajib pegi..



Naik beca...1 jam RM40..hahaha
tapi saya naik tak sampai 10 minit pun..
cuma bayar RM10..
ok la tuu..


Lepak kejap minum cendol...
cendol dia sedap..
kurang manis..
dan saya suka view tepi sungai ni...
rasa mcm kat Italy plk...hahaha



Eye on Malaysia..
melepak sambil lunch di tepian selat Melaka..
tgk kapal2 lalu..



Maka, berakhir la penjelajahan di Melaka sebelum saya meneruskan perjalanan ke Muar pula.


3rd place : Muar
Activity : Ikut kawan balik kampung & wedding
Description:

Well, kalau duduk kat Muar ni memang la saya gemuk. Asik makan jela. Kiranya kalau balik sini tak akan mati kebulur. Kebetulan ada wedding my friend punya sedara. Apa yg uniknya di sini, wedding diaorg siap ada orang silat2 and menari. Auww..susah nak jumpa majlis kawen mcm ni. I likeee. Dan yg kelakar, saya tak sibuk pun amek gambar pengantin, tapi sibuk amek gamba budak2 kecik ni bersilat dan menari.



Lepas makan, duduk kejap dlm umah tunggu pengantin sampai, tengok budak2 tu menari & bersilat....then balik KL.

Maka inilah aktiviti penutup tahun 2009..


No comments: