Monday, May 17, 2010

last training

Ahad. Masih lagi bersemangat training panjat bukit apek. Semangat membara la katakan. Lagi 10 minit nak sampai puncak, saya tengok Yat dah duduk. Nak pitam katanya. Saya pun duduk sebelah dia. Perut saya kelaparan. Sebelum pegi dah beli roti dan coklat tapi tinggal dalam kereta. Cerdik tak aku?

Tengah rilek2 tu sambil menunggu fad dan adik yg masih belum sampai, saya makan kacang. Boleh la utk alas perut. Tiba-tiba ada sorang budak perempuan cina dlm linkungan umur 5-6 tahun menegur kitaorg. Dengan pelatnya dia kata:

" Kamu sudah sampai ke puncak ke belum?"

Saya dgn Yat dah tercengang. Peramahnya budak ni.

"Belum..", saya dan Yat jawab serentak.

"Ooo...saya sudah sampai atas, saya mahu turun. Saya sudah berehat selama 20 minit"..budak tu kata lagi.

Nak tergelak pulak dgr budak cina tu cakap. Kata-katanya sangat skema. Ayat buku.

Saya tanya dia lagi... "Sorang je ke? mana kawan?"

"Takde kawan, ada kakak".

Saya toleh ke belakang. Yg follow budak ni mcm rupa pompuan indon. Rupa2nya tu orang gaji dia. Dia panggil kakak. Hehehe.

Pastu kitaorang meneruskan perjalanan sampai ke puncak. Tgh duduk2 rehat tu jumpa pulak dgn Makcik (saya tak tau nama dia apa, tapi makcik ni geng kak wana yg sama2 panjat kinabalu, ex-MMC, skg keje Technip). Dia pun bagi la segala mcm tips utk kitaorang yg bakal2 menawan puncak kinabalu ni. Seronok gak borak2 ngn dia. Husband dia siap tolong call kan guide kat sana, booking utk kitaorang. Bagus kan....

Pray for us to be a part of Malaysian to the summit of kinabalu.

1 comment:

Kehelan said...

semangatnya korang training lg... ktiorg naik tangga turun tangga je pun dh lama stop...

siap packing mlm td, tp dpt 2 beg? cemana nih!

- kay -