Sunday, October 3, 2010

the bee and friends

Semalam lepas mamai-mamai bangun tidur petang, sebelum tu pergi rumah terbuka Huz. Thanks Huz kerana menjemput kami. Kenyang aku makan sampai ke malam tak payah makan dah. Ok, sambung balik cerita bangun tidur. Saya bangun dan mendapati seorang manusia pun takde dalam rumah itu. Saya ke dapur dan alangkah terkejutnya apabila terlihat sesuatu yang amat aneh.

nampak tak apa yang aneh? kalau tak nampak sila tengok gambar kat bawah pulak

after zoom 4x. nampak tak? ok kalau masih belum nampak, tengok lagi gambar bawah

ye, sarang lebah!!! saya termenung kejap, pikir betul ke apa yg aku nampak ni?


Apasal saya baru terperasan ada sarang lebah kat situ? 2-3 hari sebelum ni tak nampak langsung. Pastu saya terpikir, apasal lah lebah-lebah tu memilih rumah aku sebagai tempat sarang diaorang? haha. Geli pulak aku tengok segerombolan lebah-lebah tu, macam apa ntah. Mmg geli naik bulu roma. Aiyyakk.

Then tadi, fad call JPA untuk membantu membunuh lebah-lebah tu. Baru saya tahu macam mana cara nak bunuh lebah. Orang JPA tu datang dari Klang semata-mata nak bunuh lebah yang ambil masa cuma 1 minit. Huhu. Caranya:

1. Padam semua lampu. Biarkan keadaan gelap gelita.

2. Ambil lighter. Hidupkan api lighter, halakan ke arah sarang lebah.

3. Dalam masa yg sama semburkan ridsect (penyembur ubat nyamuk). Serta merta api besar muncul. Uhh...best pulak tengok api.

4. Dalam masa 1 saat, semua lebah-lebah tu rebah ke lantai. Tamat riwayat.

Tapi dinasihatkan jangan buat sendiri kat rumah. Apinya begitu besar, takut apa-apa jadi, terbakar pulak rumah, lagi parah.


Tengok, semua lebah dah mati. Tapi dinding jadi tak cantik lah. Hitam.

Lantai pun hitam, arghh.


Kalau tunggu lama, mesti sarang lebah tu jadi makin besar kan? mesti boleh dapat minum madu free, hehe.





4 comments:

Gerb said...

Dulu dekat kolej aku lebah buat sarang dalam locker. Lebih kurang besar mcm kat umah ko ni .

Panggil bomba and diorng buat benda yg sama jugak. Guna lighter n ridset

Tapi kesian member aku.Habis baju kebaya mahal dia terbakar.

Tapi yang penting korang tak apa2

joyahsport said...

gile brani..pergh..

NHA said...

Ni lebah yg buat madu tue ke

Julie Shahril said...

meeza: nsib baik xde pape,tp tiap kali msuk dapur meremang bulu roma, x nak pandang tp mata terpandang jugak..huhu,geli pun ada.,kesian kwn ko tu,x psl2 baju kebaya jadi korban..hehe

joyah: berani apanya,tgk dr jauh je.amik gambar pon dr jauh,guna zoom.

fiza: a'ah lebah buat madu, eh..bkn semua lebah buat madu ke?