Monday, November 22, 2010

my camera was stolen

I don't know how to express my feeling when I lost something valuable. It's my digital canon camera. Mula-mula dia tenggelam dalam air semasa di Nuang. Aku dah baiki sendiri kat rumah dan alhamdulillah boleh digunakan semula. Teror kan aku? tetapi ada cerita lain disebaliknya.

Semalam aku ajak Ujie hangout. Dia park Myvi merah menyala dia kat rumah aku, then kitaorang keluar naik kereta aku. Makan dulu, then kami ke Taman Metropolitan, Kepong. Aku tak pernah ke sini, Ujie suggestkan, katanya tempat riadah ni ok. Nak lepak dan rileks2 pun ok. Fine, aku agree. Kami pun kesana.

1st impression aku pada tempat ini sangat tinggi. Means, I like. Ada trek joging yang luas gila, ada tasik dan tempat lepak. Tak ketinggalan ada menara tinggi yang kita boleh naik dan lihat alam sekeliling dari atas. Menarik bukan? aku tertarik. Gambar diatas itu lah menaranya. Aku dengan Ujie naik atas menara tu dan lepak kat atas. Kitaorang snap2 gambar guna kamera aku. Trek jalan warna biru tu untuk joging.

But suddenly, sedang aku lepak dan berborak dengan Ujie, I saw someone. Lelaki. Berdiri disebalik pokok2 buluh yang ada disitu. Apa dia sedang buat? he was masturbating! Aku tak sampai hati nak tulis perkataan tu dalam bahasa melayu. Terlalu keji aku rasakan. Keji sangat. Memang keji. Keji dan keji. Keji...keji.

Ujie suggestkan kitaorangg blah saja dari menara itu. Mana lah tahu lelaki gila tu naik atas menara pulak kan. So dalam kelam kabut nak turun tu, kitaorang terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak yg sibuk juga nak memanjat menara tu. Ujie capai makanan dan air, manakala aku capai kamera. Ya, kamera. Aku dalam keadaan sedar, aku ambil kamera tu. Tapi masa kitaorang dah turun bawah berjalan ke arah pondok untuk duduk, aku tak rasa aku pegang kamera. Aneh lah.

Bila dah sampai di pondok, aku dgn Ujie duduk dan borak-borak lagi. Cuaca terlalu panas. Aku memandang ke arah tasik, dan terdetik dalam hati nak snap gambar. Aku toleh kanan, bongkar2 dalam beg, kamera aku tak ada! Aku tanya Ujie, Ujie pun tercengang. Kitaorang sama-sama blur.

Aku berjalan macam lipas kudung naik semula kat atas menara untuk cari dan check kot-kot aku tertinggal kamera tu kat atas. Tak ada! Aku turun bawah semula dan kitaorang terpusing-pusing macam orang bodoh. Aku dgn Ujie macam kebingungan. Apa dah jadi dengan kami sebenarnya? We cannot think
properly. Tak tahu apa nak buat. Aku terduduk semula kat pondok tu, pikir mana pegi kamera aku yang memang confirm aku dah pegang masa nak turun dari menara tu. Macam mana kamera tu boleh ghaib? Atau pun mungkin perasaan aku saja mcm aku dah pegang, tapi sebenarnya aku tak ambil pun kamera tu? Tapi Ujie banyak kali mengesahkan bahawa dia nampak aku ambil kamera tu semasa nak turun dari menara. Ya, aku pun rasa macam aku dah ambil, tapi masa aku berjalan aku tak rasa aku pegang kamera. Dan kamera aku dah hilang. My camera was stolen by......I don't know.

Puas aku pikir macam mana kamera aku hilang macam tu je? Aku sedih yang
amat sangat. Masa kamera tu jatuh dalam air kat Nuang pun aku tak sedih macam ni. Tapi kali ni kamera tu ghaib macam tu aje, dan aku rasa ralat sangat. Yang paling aku risau ialah gambar-gambar dalam kamera tu. Memang lah tak ada gambar yang bukan-bukan seperti gambar aku tak pakai baju ke..hahaha...mengarut je. Kebanyakan gambar dalam kamera itu semasa di KK dan Kuching. But syukur aku dah transfer semua gambar, cuma aku risau si pencuri itu menggunakan gambar aku untuk tujuan yang keji. Nauzubillah.

Ni kereta Myvi Ujie sebelum bertukar color.

Kereta Ujie semasa dalam proses nak transform from silver to red.

Dalam perjalanan nak balik, kami singgah jumpa guard yang jaga di kawasan taman itu. Kami cerita apa yang dah berlaku, tentang lelaki masturbating, tentang kamera yang hilang. Guard tu geleng kepala. Dia cakap "macam-macam hal jadi kat sini. Tempat ni kalau malam tak payan datang lah. Bahaya!"

Apa tak bahayanya, kat sini tempat couple berdating. Aku perhatikan di sebalik pokok dan batang pokok, pasti ada couple yang sedang bercinta. Bila nampak aku dgn Ujie lalu, cepat-cepat tutup muka dengan jaket. What the what? pandai pulak malu.

Dalam keadaan yang masih blur-blur, bingung-bingung, aku tanya Ujie:

"Kau percaya pada pukau?".

Ujie angguk.

What happen to me actually? mystery.





(pics from Ujie's camera)


8 comments:

Kay said...

tumpang berasa ralat...

mungkin ada pengganti yg lebih baik :)

kfaisal said...

dah macam siri cerita "Bercakap Dgn Jin" pulak aku baca entri ko nih..

Takziah psl kamera ko tu.. Bak kata orang kt atas tuh.. ada replacement yg lebih baik lah tu insya allah..

Psl mamat kat pokok buluh.. patut korg rejam je dgn batu...

SuzieLAWAti said...

takziah jugak dari k.su ...
pernah sampai melaka aku bawak camera tu siap hilang casing lg....

dugaan tu..mungkin ade yang lebih baik dari yg ini....

NHA said...

Tumpang simpati gak...normal lah tue...when we hope for something better, current we had always gone just like that...tanpa kita sedari...apa plak aku merepek nie...anyway byk2 bersabo yea

Ko ada plan nk beli camera baru kot...tu yg hilang tue :-)

Julie Shahril said...

kay: bln 1 dh gi mulu,of course kena cari pengganti..sob..sob.. :(

blurr: ni siri brcakap dgn julie..hihi. nak rejam mamat tu dgn batu x berani la,kot2 dia cucu buluh betong,sbb tu bediri blkg pokok buluh..hehehe

kak su: hilang casing xpe..ni hilang smua,apa nak gadai utk bli kamera baru ek?

fiza: syahdu btol komen ko..hehe. tu la jangka hayat kamera tu dgn aku x lama, tp aku xde niat pon nk bli kamera lain,kamera tu yg merajuk..

Anonymous said...

tak de jodoh la tu :) .

Anonymous said...

kamera yg hilag tu kamera yg masuk air tu ke? mmg kena beli baru tu.. he..he..he..

joyahsport said...

sadisnyer..org pon pnah ilang kemra sbb ltak lam kete mase parking kt B1..huu..

patut langgo lari jek laki blakang pokok tu..dusyum..